GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Thursday, December 10, 2009

UBAT KU


UBATKU


Mood saya hari ini bertambah baik. Apa tak baiknya pressure dah turun dan berat pun dah turun. Ini mungkin disebabkan saya mula tukar cara hidup saya. Mereka istilahkan tukar “life style”.


Bila kita tukar cara hidup perkara lain disekeliling kita juga akan berubah untuk mengikut cara hidup baru kita. Kalau tukar cara hidup yang baik alam keliling kita akan bertambah baik. Dan kalau tular cara hidup yang kurang baik maka alam keliling kita pun akan jadi kurang baik.


Sebenarnya saya dah mula kurangkan makan dan memilih apa yang dimakan. Dan saya juga dah mula-balik bersenam, yaitu berjalan kaki merayau bagi memanaskan badan dan membaiki perjalanan darah.


Itulah yang saya cuba berubah. Dulunya saya makan tanpa memilih, orang kata bedai eje apa yang nampak. Dan dulu saya malas nak bersenam atau memanaskan badan.


Harap2 perubahan cara hidup saya ini bukan hangat2 tahi ayam.


Ramai kawan2 saya berjalan kaki keliling padang untuk kesihatan. Maklumlah kami gulungan warga mas atau dekat warga mas mana nak jogging atau bersukan sangat. Semangat saja yang ada tapi kederatnya dah nak lupus.


Tapi saya tak suka berjalan keliling padang. Saya lebih suka berjalan kaki merayau merata2 di kawasan taman perumahan dekat rumah saya. Lebih seronok kerana ada pemandangan dan selalu juga dapat bertemu sahabat dan kenalan. Juga dapat minum di warung kopi. Dah dua kali saya dapat minum free member belanja selepas saya berjalan “jauh”.


Biasanya saya akan hanya berhenti minum selepas kira2 satu jam berjalan kaki.


Tadi saya jalan 4 kilometer dan jumpa Azmi Mekanik yang kemudiannya belanja saya minum teh o limau. Semalam Pak Hamid belanja minum selepas saya berjalan. Akan datang? . . . Tak tahulah.


Mungkin cara bersenam berjalan kaki merayau ini dapat mengeratkan persahabatan. Juga mendapat sahabat baru kalau kita ramah dan kita tak segan menegor orang lain yang berada di laluan kita berjalan.




Sebenarnya saya baru selesai buat pemeriksaan berkala saya di Klinik Kerajaan di Cheras. Hasilnya: tekanan darah tinggi saya ialah 82/134. Ini catatan terbaik pernah saya dapat sejak membuat pemeriksaan darah tinggi di Klinik itu sejah dua tahun lalu. Berat badan saya juga turun satu unit (jadilah buat kali ini. Harap dapat turun lagi).


Kalau saya dapatkan turunkan lagi berat badan saya di masa akan datang bolehlah saya pakai balik seluar saya yang lama tu. Sekarang seluar saya dah banyak yang ketat walaupun masih berkeadaan baik. Nak buang sayang, nak bagi orang tak patut rasanya!


Kaki tangan yang memeriksa saya pun nampaknya puas hati dengan keadaan tekanan darah saya buat kali ini. Di masa2 dulu tekanan darah saya semasa mereka buat pemeriksaan adalah agak tinggi. Ada kalanya mereka suruh saya rehat dulu dan diambil bacaan tekanan sekali lagi selepas 15 minit kemudian supaya mereka dapat mengesahkan yang tekanan itu tepat.


Kali ini, sekali ambil dah dapat 82/134. Ini adalah tekanan darah bagi orang biasa. Alhamdulillah. Bila Doktor mengambil bacaan tekan darah saya kemudiannya, bacaan ialah 85/135.


Sebenarnya saya dah lama mengidap tekanan darah tinggi. Tapi saya tak perasan kerana tak pernah membuat pemeriksaan.


Hanya perasan apabila kaki saya terkena gigit kucing. Bengkak kaki saya tak surut dan saya pergi buat pemeriksaan di Hospital Ampang selepas mendapat surat rujukan dari Klinik dekat rumah saya. Barulah saya tahu yang tekanan saya tatkala itu ialah 180 (sangat tinggi).


Sejak itu saya kenalah makan ubat setiap hari bagi mengawal tekanan tersebut.


Pada mulanya saya membuat pemeriksaan berkala tekanan darah dan mendapatkan ubatnya dari klinik swasta. Berat juga kena bayar. Setiap kali saya buat pemeriksaan kena bayar tak kurang RM200.00. Mana boleh tahan.


Sehinggalah kawan saya menyarankan saya pergi ke klinik kerajaan. Hanya kena bayar RM1.00 dan yang lainnya adalah percuma.


Selamat duit aku! Lima jenis ubat untuk bekalan lima dengan harga RM1.00 sahaja. Setahun, kosnya ialah RM1.00 kali 12 bahagi 5 = RM2.40 sen.


Nasihat saya: Pergilah buat pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital kerajaan.


Inilah Klinik Kesihatan Cheras Baru (klik untuk lihat)




http://pandakchangkatpetai.blogspot.com/2009/02/klinik-kesihatan-cheras-baru.html

2 comments:

Merbawi said...

Salam,

Tahniah Yop..!! Teruskan semangat yang bagus tu.! Teman pun dah terasa sekarang penangan lebih muatan..!! Isshhh....nak start jogging balik le nampak gayanya ni.

PANDAK CHANGKAT PETAI said...

Macam sayani tak perlu makan banyak kalau diikutkan. Makan untuk meneruskan hidup sahaja. Sikitpun dah cukup asalkan seimbang.

Tapi mafsu makan memang menghalang segalanya. Bersama2lah kita cuba.

Semalam pergi khenduri di Lubuk. Tak makan banyak sudah juga padahnya. Besoknya ada masakan rusa pula di Beluru/Geliong. Tapi teman terlepas kerana balik lepas khenduli di Lubuk tu.

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI