GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Thursday, December 3, 2009

KENA LANYAK

YANG KENA LANYAK:


Makluk manakah yang paling banyak kena lanyak? Atau kena buli? Atau kena salah-gunakan? Dan sentiasa ditindas tanpa belas kasihan. Sungguh malang makluk ini, tetapi ia tetap sabar dan menjalankan tugasnya sebaik mungkin. Ia tak mengeluh atau memberontak. Menjalankan tanggung jawabnya sehinggalah sampai ke tarikh luput tempoh gunanya atau hidup hayatnya.


Percayakah bahawa makluk itu adalah diri kita sendiri. Badan kita sendiri. Telah banyak kita lanyak dan salah gunakan badan kita.


Ambil satu contoh.


Kita gelojoh makan. Kita makan banyak. Kita makan bermacam jenis makanan. Kita makan tak kira waktu. Kita makan semua jenis makan termasuk yang banyak racunnya dan (yang tak halal?). Kemudian kita lepas tangan. Kita biar dan paksakan badan kita bekerja keras buat kita.


Bayangkan kita hanya perlukan setakat beberapa jumlah (kuantiti) protin, karbohaidrat, gula, lemak dan bitamin juga bahan galian untuk hidup sihat. Tapi kita hemtam makan apa yang ada, dan mencari tambah lagi, kadangkala tak kira halal-harus-haramnya. Kita makan secara “pantang lalu melintang patah”.


Perut kita tak membantah. Ia proses apa yang masuk dalam kilangnya. Ia tak kesah apa yang masuk. Terus memprosesnya. Dah tu ia serahkan kepada usus kita yang memilih untuk menyerap ke badan kita tau masuk jamban untuk dulunya, menjadi baja sayur.


Masaalahnya ialah tatkala bahan lepasan makanan kita masuk ke aliran darah kita dan disalurkan ke merata organ badan. Yang diperlukan oleh organ tersebut mereka terima serap dengan baik. Yang mereka tak perlu mereka akan rejek.


Untuk disorok dimerata perusuk badan kita dan menjadi beban yang membahayakan.


Mulalah badan kita menjadi berat dan mengelembung gemok (Macam tuan. Macam puan. Macam saya).


Dan tak lama kemudian timbul komplikasi benda yang tersorok itu. Mungkim mereka memberontak atau tak sabar menyorok. Mereka keluar mengamuk. Ada pula yang merayau merata2 mencari mangsa. Ada yang membuat sekatan jalan terutamanya di kawasan jatung dan di merata2 lagi.


Ada yang menjelajah kekaki dan berhimpum membuat tunjuk perasaan. Mereka "memecah" kaca untuk ditabur dikawasan kaki kita. Jadilah kawasan itu kawasan gaut.


Kalau kita jumpa sahabat kita dia akan nasihatkan kita jangan makan sea food atau kacang dan kumpulan hasil kacang.

(Ayam Goreng) Pakar basuhnya: Hj Zainal, Pakar Gorengnya: Jumali

Barulah kita perasaan. Dulu kita hentam makan apa saja. Sekarang kena berjaga2. Dulu kita buli badan kita memproses segala yang kita gelojoh-makan. Sekarang baru tahu.


Badan kita tak membantah. Badan kita tak kesah kena kerja kuat kerana ianya adalah kuli yang bertanggung jawab dan setia berkhidmat. Mereka taat pada sunatullah.


Bukan itu saja.


Tiga serangkai (sekawan) akan menjelma, Tunggulah. Macam “Do Re Mi” pula.

Darah tinggi, kencing manis dan lemah jantung. Awaslah dan sedialah menunggu kedatangan mereka.


Kecuali kita berubah cara hidup kita.


Di nasihatkan: “Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang”

SELAMAT KITA (klik untuk lihat)http://pandakchangkatpetai.blogspot.com/2009/08/lapar-dan-kenyang.html


Banyak lagi contoh kita melanyak makluk Allahni. . . . . .Ada masa boleh bersembang. “Bawaklah kopi O dan biskut mayat”.


HA HA HA . .



No comments:

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI