GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Wednesday, November 25, 2009

CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Cakap tak sama bikin


Kita mesti buat apa yang kita cakap. Inilah yang kita selalu katakan dan nasihatkan semua orang dan apa yang kita hendak semua orang lakukan.


Berbuat apa yang kita katakan adalah tindakan perbuatan yang baik. Dan jika kita memberi nasihat sedemikian kepada terutamanya gulungan belia atau kanak2, ianya adalah satu nasihat yang sangat baik. Dan kalau mereka ikut nasihat itu pastinya ianya satu ikutan yang sangat baik.


Nak beri nasihat sedemikian kepada orang dewasa perlu berhati2 sedikit kerana mereka makan garam lebih dahulu dari kita, walaupun mereka makan garam jenis lama dan mungkin kita makan garam kualiti baru yang terbaik. Garam jenis baruni kita gunakan sedikit pun dah cukup untuk memasinkan makanan dan kesannya ianya, ia boleh mengurangkan risko penyakit.


Kita kata atau suruh: “Jangan cakap tak serupa bikin”. Bila orang lain bikin tak saperti mana dia cakap kita akan dukacita atau marah!.


Tapi adakah kita pernah bikin apa yang kita tak cakap? Ada. Ramai orang yang berbuat demikian, termasuklah saya. Banyak juga ketikanya kita bikin apa yang kita tak cakap atau buat perkara yang berlawanan dengan apa yang kita cakap. Atau yang kita niat lain tapi kita buat lain.


Contohnya:

Bila kita nak meninggalkan keluarga di kampung yang kita lawati misalnya, sebelum berpisah dengan mereka kita akan kata “JALAN DULU”. Tetapi kita tak jalan pun. Maksudnya kita tak berjalan kaki tetapi kita beredar menggunakan kereta atau motosikal. (Kecualilah kita benar2 berjalan kaki).


Kenapakah kita berkata “jalan dulu” jika kita sabenarnya tak berjalan. Inilah “cakap tak serupa bikin”. Kita lafazkan nak berjalan dulu tapi kita naik kereta atau motor. Sepatutnya bila kita kata “jalan dulu” kenalah kita berjalan kaki.


Banyak lagi keadaan yang kita nyataka apa yang kita tak maksudkan.


Saya suka kacau kawan saya bia suruh dia ponteng air.


Ponteng maksudnya tak datang atau tuang.


Jadi bila saya suruh dia ponteng air dia akan tergaman tak tahu maksud suruhan saya. Saya akan suruh dia beberapa kali. Kalau dia tak faham juga saya akan katakan padanya: “apa maksud “ponteng”. Kalau dia tak tahu saya akan katakan: “ponteng = tuang’. Jadi “ponteng air” = “tuang air” = tuangkan air dalam gelas/cawan/dll”


Baru dia faham. Dan gelak kelakar!


Tapi percakapan sebegini hanya saya sebut kepada orang tertentu sahaja kerana ianya mendatangkan berbagai kesan. Orang yang kita boleh melawak boleh kita katakan sebegini. Jadi kenalah pilih orangnya dulu. Juga kena pilih suasananya. Kalau kawan saya tak suka saya tak akan bercakap sedemikian. Nanti dapat dosa pula.


Baru2 kawan saya seorang Nazir masjid, mengumumkan supaya mereka yang akan menunaikan haji untuk memberi nama mereka kepada Setiausaha masjid kerana pehak masjid nak adakan jamuan kecil untuk mereka. Saya berkata dalam hati “Kalau beri nama kepada setiausaha masjid, maka bila bakal haji tersebut akan ke Mekah tanpa nama sebab namanya dah diberikan kepada Setiausaha Masjid”.


Saya pernah berkata kepada Nazir tersebut yang sekolah di kampongnya dia yang punya. Sebabnya: Sekolah tersebut menggunakan namanya sebagai nama sekolah itu. Sekolah Menengah K?????. Nama Nazir juga K?????. Tapi mereka nama saja sama orangnya lain. Dia kata "Memang betul". Percakapan begini meningkatkan kemesraan hubungan silaturahim kami.


Bila saya ajukan hal ini kepada Nazir dia senyum sahaja. “No Komen”. Setiausaha Masjid pula gelak sahaja.


Banyak lagi benda yang "kita buat apa yang kita tak cakap" atau "yang kita cakap lain tapi buat lain".


Oleh kerana ianya menjadi kebiasaan kita maka ianya menjadi perkara yang tak janggal dan tak salah. Asalkan orang faham cukuplah.


Dulu kita tak ada kenderaan, jadi bila kita nak berpisak kita katakan “Jalan dulu” sebagai satu penghormatan. Tetapi sekarang kita tak tukarkan kepada “Pandu kereta dulu” atau "kayuh (sampan atau basikal) dulu". Janggal bunyinya, sebab tak biasa. Kalau kita cakap pun orang tak faham dan tak terima ungkapan tersebut.


Jadi teruskan “bercakap tak serupa bikin” yang telah diterima pakai dan masih boleh diterima pakai lagi. Asalkan ianya perkara yang baik dan tak mendatangkan dosa.


Kita dah banyak hilang istilah Melayu kita saperti Tetuang Udara, Kereta Lereng, Rumah Pasung dan sebagainya (repoh? = belukar). Ini Termasuklah http://aussieproxy.com/?__new_url=aHR0cDovL3BhbmRha2NoYW5na2F0cGV0YWkuYmxvZ3Nwb3QuY29tLzIwMDkvMDMvbWFoYXJhamEtbGVsYS5odG1s

Sayang juga kita kehilangan istilah lama tersebut. Orang sekarang tak tahu maksudnya pun dalam dalam kamus pun dak tak tersenarai.


Yang sepatutnya tak disenaraikan ialah istilah "Maharajalela' pembesar Melayu Perak yang sangat berpengaruh.



Friday, November 20, 2009

PILIHAN KITA


Membuat pilihan


Apabila kita makan durian kita hanya makan isinya. Kulit durian kita buang. Biji durian juga kita buang. Mungkin ada juga yang memasak biji durian untuk dimakan.


Apabila kita makan rambutan kulitnya kita buang. Bijinya juga kita buang. Tapi ada pula yang mencambahkan bijinya untuk menjadi benih. Kalau di zaman dulu dengan niat untuk hasilnya dimakan oleh anak cucunya.


Saya teringat ketika mengikut nenek saya untuk menanan anak pokok buah2an. Di antara doa beliau semasa hendak menanannya ialah: “InshaAllah, pokok ini cepat berbuah untuk dimakan oleh anak cucu aku”.


Nangka juga jika kita makan kita hanya makan isinya. Kulit dan bijinya kita buang. Tapi ada juga mereka yang merebuskan bijinya untuk dimakan. Sedap juga biji nangka rebus sebagai makanan tambahan. Semasa kecil dulu saya ada berbuat demikian.


Begitulah tabiat kita manusia. Kita hanya ambil gunakan yang kita fakir berfaedah untuk kita. Yang tidak berguna kita lempar buang.


Tapi tak semua manusia berbuat demikian.


Mereka yang bijak menggunakan kesemua yang ada untuk faedahnya. Sebab semua bahan cipaan tuhan ada faedahnya untuk manusia. Hanya manusia yang tidak mahu menggunakan faedah yang tersedia ada untuknya.


Sekarangni barangan dalam tong sampah pun boleh dibuat duit. Kalau tak percaya pergilah ke kawasan KL dan sekitarnya (tempat lain saya tak tahu) dan kegiatan mereka yang mencari barangan berguna yang (“tak berguna” pada yang “kaya” atau ingat dia “kaya” tak mahu menggunakannya) dibuang dalam tong sampah: plastic, kertas, logam dll semuanya dipungut dan dijual bagi mendapatkan wang.


Pencari barangan tersebut ada yang menggunakan basikal, motor dan kereta sorong. Kalau mereka rajin mereka boleh dapat banyak juga untuk ditukar menjadi wang membeli makanan.


Satu ketika dulu besi penutup longkang banyak yang dikebas mereka (tatkala itu harga besi buruk tinggi).


Pendek kata manusia biasanya banyak memilih. Kita hanya memilih benda yang berguna untuk kita dan membuang mana yang kita tak mahu.


Kadang2 tu pula membuangnya merata2. Pernah saya lihat (banyak kali pulaktu) makluk membaling sampah yang dibawa dari rumahnya ke dalam parit/longkang semasa menaiki motor dalam perjalanan hendak pergi kerja. Banyak ketika juga saya lihat makluk membuang sampah ke dalam longkang di belakang rumahnya.


Perbuatan sebegitu di zaman dahulu mungkin Ok.


Dulunya semasa saya kecil terdapat banyak rumah kecil di sungai Perak. Kalau kita naik bot pada tahun 50han dulu kita bolehlah lihat. Rumah ini kita istilahkan sekarang ini sebagai kata orang Amerika “rest room” (bilik rehat?), orang British kata “toilet”. Tapi sekarang ini dah tak ada lagi. Sekarang “bilik rehat” tersebut berada di dalam rumah.


Tapi perangai membuang sampah sisa tersebut masih ada.


Di Blok D sebuah pangsapuri mewah (mereka kena bayar kos pengelanggaraan bulanan RM120.00) setiap hari adaje lampin bayi dibuang ke tingkat bawahnya. Terjatuhlah dekat tadika di situ. Lama juga kami intip tapi tak jumpa siapa yang buangnya. Masa itu saya menolong sahabat saya mengelenggarakan pangsapuri tersebut. Nasib baik selepas beberapa minggu ianya tidak berlaku lagi. Tak taulah sebabnya. Mungkin sebab kami bernasib baik.


Manusia suka membuat pilihan. Termasuklah membuat pilihan membuang sampah saperti contoh di atas.


Perbuatan memilih ini banyakah baiknya. Lebih baik lagi kalau dapat membuat pilihan yang terancang.


Contoh: Makan durian: Pilih durian yang baik. Pilih harga yang sesuai. Pilih masa berhenti makan yang sesuai (jangan makan terlalu banyak, atau terlalu sedikit). Pilih apa nak buat dengan bijinya, kulitnya (buang di mana, buat bajake!, buat makanan rengan ke kalau boleh). Pilih makan sekarang atau kemudian dengan gang atau ahli keluargnya. Pilih nak makan atau buat tempoyak. DLL pilihan yang banyak itu. Tapi elakkan membuat pilihan salah.


Di rengkaskan:

Pilihan yang dibuat itu mestilah berfaedah dan tidak membawa mudarat terutamanya pada masa akan datang. Seorang kawan saya pilih pulun makan durian ketika berada di kampungnya dan bila balik rumah dapat strok kerana banyak makan durian. Pilihan salah walaupun memuaskan hati ketika itu, membawa padah dan mungkin sengsara sepanjang hidup.


"Melalut juga posting kali ini. Maklumlah dah lama cuti tak menulis. . ."


Pokoknya manusia perlu membuat pilihan. Perlulah setiap manusia membuat pilihan yang terbaik bukan untuk masa sekarang tapi untuk masa hadapannya dan untuk kehidupan yang kekal abadi. Bukan untuknya sahaja tetapi untuk semua manusia.


Renungan: Dulu kalau kita malas belajar apa kesannya pada kita sekarang dan generasi akan datang. Dulu jika kita rajin belajar apa kesannya pada kita sekarang. Itulah pilihan kita. Sekarang jika kita terus belajar apa akan jadi pada kita dan anak cucu kita akan datang.


Dulu dihentikan pelajaran tulisan jawi di sekolah. Sekarang apa kesannya pada generasi yang terlibat yang tak tahu membaca tulisan jawi? Dulu kita ada dasar DEB, sekarang yang terlibat menikmati hasilnya. Pilihan terbaik akan menghasilkan yang terbaik juga.


Kata orang jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita pun wangi. Kalau berlawan dengan perokok kretek mungkin baju kita juga berlubang macam bajunya terkena serpehan api kretek. Itu belum asap yang kita sedut walaupun jika kita tidak merokok.


Maka. Buatlah pilihan. Pilihan terbaik untuk sekarang dan sepanjang masa. Segala pilihan kita membawa kesan kepada kita dan persekitaran kita.

Selamat memilih yang terbaik untuk semua.


Ini juga kesan memilih (gambar hiasan sahaja)

Thursday, November 19, 2009

MASSALAH TELAH DIATASI

Dah lama saya tak menulis dalam blog ini. Bukan apa, agaknya saya merajuk kerana bila saya cuba buka blog tersebut saya tak dapat melihat isi kandungannya kerana dikatakannya "Address not found".

Lama juga saya mencari apakah masaalahnya tapi sebagai bukan ahli komputer saya gagal mencari puncanya. Kawan yang saya tanya pun bukan ahli komputer. Jadi masaalah tersebut berlarutan beberapa bulan.

Baru2 ini saya cuba menggunakan hand set saya dan blog saya berjaya dibuka. Tapi manalah puas kalau menggunakan handset. Skrinnya sangatlah kecil tak puas melihatnya.

Nasib baik pula saya dapat nasihat dan bantuan pakar. Beliau telah mengkaji masaalah saya dan pada mulanya beliau juga gagal mencari punca masaalahnya. Tetapi sebagai alternatifnya beliau sarankan saya gunakan http://aussieproxy.com/ dan memasukkan progremnya dalam kumputer saya.

Barulah saya dapat membuka blog "PandakChangkatPetai" melalui http://aussieproxy.com/ tersebut.

Seronoklah sikit. Dah beberapa bulan tak boleh lihat blog saya tapi sekarang boleh walaupun melalui pintu belakang bukan secara terus macam biasa. Alhamdullillah.

Tapi bila saya dah dapat buka blog sayani, modal pula dah tiada untuk ditulis. Mungkin saya kena rehat dulu menunggu modalnnya.

Jika diizin, saya akan terus menulis, InshaAllah.

Semasa saya tak menulis dalam blog saya itu sempat pula saya menolong sahabat saya Tokkidi, menyemak
Blognya: surahpilih




.

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI