GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Friday, December 25, 2009

PENCURIAN

PENCURIAN

Pencurian, saya ambil dari kata asalnya “curi”. Pencuri ialah pehak yang mencuri. Pencurian ialah semacam kita gunakan istilah “perumahan” yang berasal dari perkataan “rumah”. Nak buat penjelasan selanjutnya saya tak pandai.

Mencuri ialah satu perbuatan yang salah dan tak patut dilakukan oleh manusia. Bagi binatang mungkin OK kerana mereka tiada bertamadun dan hidup bebas tanpa peraturan undang2 dan ugama. Jadi manusia yang mencuri bolehkah kita anggapkan mereka sebagai binatang?

Walau pun mencuri adalah satu jenayah, manusia nampaknya semakin ramai yang mencuri. Dan cara mereka mencuri sekarang ini semakin changgih.

Mereka sanggup bekerja menggali longkang pada hari cuti umum tanpa upah. Alih2 Maybank Finance, cawangan Cheras membuat laporan polis beberapa hari kemudiannya menyatakan bahawa “bilik kebalnya” yang menempatkan barangan beharga pelanggannya telah dicerobohi dan barangan yang tak ternilai hilang dicuri. Tak ternilai kerana mereka tak tahu berapakah jumlah nilainya. Barangan tersebut termasuk barangan kemas dan sijil2 kepunyaan pelanggan mereka yang kaya (saya anggap mereka yang kaya sahaja yang simpan harta beharga mereka dalam peti simpanan di Bank atau Syarikat Kewangan).

Sistem Labu Peram atau Pelaburan bersistemkan piramid juga boleh disifatkan sebagai pencurian. Mereka yang membuat pelaburan awal mengaut untung dari wang pelaburan orang yang masuk lewat. Yang masuk lewat akan hanya dapat asapnya atau habuknya sahaja.

Bangunan yang banyak runtuh sebelum masanya juga satu pencurian. Banyak berita bangunan baru yang runtuh di siarkan di surat khabar baru2 ini terutamanya masjid, jambatan, bangunan sekolah dan lain2nya di Trengganu, misalnya. Tak siapa disalahkan dan mereka terus kekal kaya raya.

Juga jambatan gantung di Kuala Dipang, Perak.

Banyak lagi jika nak disenaraikan. Semua itu saya istilahkan sebagai pencurian. Mereka yang teribat mencuri secara moden.

Dulunya pada tahun2 80an dan 90an, manusia mencuri dengan cara yang changgil juga. Aman Shah mencuri wang majikan secara elektronik. Silap beliau ialah beliau telah membeli kereta mewah dan mempamirkannya di TV3 dan siaran tersebut ditonton oleh bossnya yang kehairanan dan membuat semakan dan siasatan. Sahih banyak juta juga wang “banknya” diserapnya.

Teringat saya pula kes 22 juta BNM. Wang sebanyak RM22 juta lesap dari akaun deposit BSN di BNM. Semuanya hasil dari tandatangan palsu dan pengesahan palsu seorang kakitangan BNM. Pehak yang menandatangani dokumen ialah orang yang sama mengesahkannya. Boleh juga terjadi sebegini. Wang sebanyak RM22 juta kemudiannya disalurkan ke akaun Bank Bumi cawangan Daya Bumi untuk ditunaikan atas alasan untuk kegunaan kempen pilihanraya. Kalau menggunakan alasan lain mungkin susah juga nak keluarkan wang secara tunai. Bukankah wang pilihanraya adalah cair?

Terdapat juga pencurian yang tidak disengajakan. Satu daripada kes tersebut melibatkan seorang teller bank yang membayar tunai RM10,000.00 bagi cek yang bernilai RM1,000.00. Bila disiasat kemudiannya sipenerima wang tersebut tidak mengaku menerima RM10,000.00. Kesannya, keputusan dibuat supaya teller tersebut kena bayar balik RM4,500.00 atas alasan beliau bersubahat.

Ini berdasarkan andaian bahawa beliau mungkin merancang berkongsi wang yang terlebih bayar itu. Beliau dapat RM4,500.00 dan penerima wang lebit tersebut juga dapat RM4,500.00. Nanyalah jika teller tersebut tidak terlibat berkongsi. Tapi itulah prinsip yang digunakan oleh majikannya. Betul-salah cerita lain.

Tapi kalau bank tersebut mahu tolong ia boleh kemudiannya menaikkan inkremen gaji atau menaikan pangkat teller tersebut bagi membolehkan teller tersebut menggunakan "lebihan gajinya" untuk membayar balik wang yang hilang. Itu pun kalau teller tersebut lurus orangnya dan rajin membuat kerjanya.

Terdapat juga mereka yang jujur yang memulangkan balik wang yang terlebih bayar. Ini pernah berlaku di BNM Alor Star sebelum perayaan Tahun Raya Cina. Seorang pelanggan yang telah terlebih bayar memulangkan balik lebihan tersebut dan kes ini terpampang di surat khabar ketika itu. Satu kes pencurian terelak.

Seorang pengarah dan empunya bank pernah mencuri wang banknya dengan mengarahkan bank tersebut membayar harga gigi masnya sebanyak RM300,000.00. (mahalnya gigi masnya?). Kes pengelewengan ini tak masuk Parlimen, tapi kes pengelewengan pengarah ini yang lain ada dicakapkan di Parlimen. Saya ingat kes tersebut kerana satu laporan 30 muka surat mengenainya dinyatakan dalam Parlimen pada awal tahun 80an dulu. Akhirnya beliau kena buang kerja tetapi dapat jadi Timbalan Menteri pula.

Terdapat juga sebuah bank zaman dulu yang membayar bil besi yang digunakan membuat bangunan kepunyaan pengarahnya. Besi tersebut dihantar dan digunakan oleh seorang pengarahnya membuat bangunannya sendiri. Bil hantaran besi tersebut dihantar dan dibayar oleh banknya. Kes ini terbongkar apabila bank tersebut menghadapi masaalah dan siasatan diadakan.

Begitu juga dengan kes Tinju Dunia yang hanya terbongkar apabila Tinju Dunia tak dapat membayar balik hutangnya dan saham kepunyaan Bank Rakyat dilelong bagi mendapatkan balik hutang tersebut. Kalau Tinju Dunia berjaya membayar balik hutangnya maka senyaplah jadinya.

Juga terdapat pinjaman yang diberikan kepada syarikat kepunyaan pengarah bank dibuat tanpa dokuman yang lengkap dan kesannya tanpa bayaran balik pinjaman tersebut.

Pengarah bank masa dulu sangat berpengaruh dan ramai juga yang mengambil kesempatan untuk kepentingan dirinya sendiri. Hasilnya, pehak bertanggung jawab mengetatkan perlantikan pengarah bank dan sekarang ini semua bakal pengarah bank mesti mendapat kelulusan dari BNM sebelum boleh menjadi pengarah. Akibatnya ramai yang keciwa terutamanya ahli politik. Prinsip digunakan ialah bahawa duit yang ada dalam bank tersebut adalah duit pendeposit yang dipertanggung jawabkan untuk diurus oleh bank. Ianya bukan kepunyaan pengarah atau pemilik bank. Jadi bagi menjaga keselamatan duit pendeposit beberapa peraturan yang ketat diadakan.

Kemudian bagi memantapkan lagi pengurusan dan kendalian bank diluluskan BAFIA (Banking and Financial Institution Act) dan lain2 akta. Ditambah pula dengan kawal selia BNM. (BAFIA dulu ada orang sebutkan MAFIA bukan BAFIA)

Barulah sistem bank di Malaysia diuruskan dengan lebih baik, agaknya.

Tetapi pencurian akan terus berlaku selagi manusia tamak dan mahu memperolehi harta secara mudah.

Kebanjiran peristiwa pencurian akan terus berlaku dan pencurian yang pelik2 akan kita dengar (jangan terlibat sudah). Injin jet TUDM ghaib pun adalah satu yang ajaib. Sama saperti kes zon bebas Port Klang. Juga kecurian nyawa Nurin, Beng Hock, Kugen, Altantuya dan lain2 yang kita tak pernah dengar dan yang disorokkan beritanya.

Jadi awaslah supaya kita tak kena curi dan kita tak akan mencuri. Dan ahli keluarga atau saudara mara kita tak kena curi dan tak mencuri.

Kerana pencurian dijangka tak akan hilang nyawa dan rohnya. Mungkinkah ini bala? Atau adakah kita diotek.


Tamat . . .
Sekarangni baru saya tahu yang DBP ada logo baru. Ingatkan mereka masih menggunakan logo lama. Kununya saya.
Otek = acah = main2kan = cabar

No comments:

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI