GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Saturday, July 25, 2009

BAH = BANJIR







KLIK UNTUK LIHAT "DHARURAT SEKARANG":
http://pandakingat.blogspot.com/2009/07/dharurat-sekarang.html



BAH = BANJIR = FLOOD


Bah adalah perkataan lama bagi banjir. Semasa saya kecil dulu kami tak pernah menggunakan istilah banjir, kami gunakan istilah bah. Mereka bidalankan, "Sekali air bah pasir akan berubah". Istilah banjir datang kemudian agaknya. Mungkin dari perkataan "ban", benteng di sawah. ? ? ?


Bah mendatangkan rahmat bercampur sengsara. Ianya macam hujan. Bagi seorang penoreh getah hujan waktu awal pagi adalah satu masaalah baginya kerana poketnya tak diisikan pada hari itu kerana tak boleh menoreh. Tapi bagi petani ianya adalah satu rahmat kerana ia tak payah menyiram tanamannya.


. . . . . Di sekolah rendah dulu saya terbaca cerita di mana seorang ayah bila pergi ke rumah anaknya A mendengar rungutan anaknya disebabkan selalu sangat hujan. Di masa yang lain pula dia pergi ke rumah anaknya B dan mendengar anaknya B merungut juga kerana pada masa itu cuaca kemarau dan dah lama tak hujan.


Serba salah dia kerana hujan pun tak kena, tak hujan pun tak kena. Sebabnya: anaknya A seorang pembuat bata yang memerlukan cuaca panas untuk projek batanya. Sementara anaknya B seorang pekebun sayur, kalau tiada hujan susahlah ia hendak menjaga tanamannya. . . . . . .


Sebenarnya kita kena adapt atau sesuaikan diri kita dengan rahmat Allah. Misalnya:


Bagi yang pandai dan bijak, ia menoreh jika hari tak hujan dan bertani apabila hari hujan. Inilah kata arwah mak saya dulu. Katanya "Apa yang susah sangat, kalau hujan jangan menoreh, berkebunlah" bila ada orang bersungut ketika selalu hujan. Mak saya tak menoreh tapi beliau rajin berkebun. (ampulah sikit).


Jadi setiap hari kita boleh bekerja mendatpatkan hasil bagi menyara diri dan keluarga. Dan kalau ada yang lebih boleh menyimpan dan membayar zakat juga besedekah. Nelayan pun boleh buat begitu zaman tengkujuh jika terdapat kawasan tanah yang subur. Atau berhijrah sementara di musin itu.


Bagi yang tak bergantung kepada cuaca dalam kehidupan hariannya, hujan atau tidak tidak menjadi masaalah atau kebaikan padanya.


Dapatlah kita lihat bahawa satu keadaan suasana alam ciptaan tuhan boleh mengatangkan tiga kesan kepada manusia; yang berduka, yang bergumbira dan yang tak ada kesan apa2. Sungguh menarik dunia ini.


Balik ke tajuk bah tadi. . . . . . .


Bah membawa rahmat dan “malapetaka”.


Di zaman dahulu bah membawa baja bagi tanaman manusia. Tak perlu mereka membeli baja untuk menyuburkan tanaman. Juga tak perlu adanya subsidi baja saperti sekarang ini. Mereka menggunakan baja asli (tahi ayam, tahi kelawar, tahi lembu dan sebagainya). Baja asal pula ialah hasil mendakan air bah yang ternyata sangat subur. Itu sebabnya kebanyakan lapangan pertanian berada di sekitar lembah yang dilalui oleh sungai. Dan di sinilah mulanya tamaddun manusia.


Bah Dahulu:

Kami di kampong terutamanya kanak2, seronok jika ada bah.

Walaupun rumah saya tak dekat sangat dengan sungai (Sungai Chempias yang bermula dari bukit di kawasan Taiping dan berakhir memasuki Sungai Perak di Kota Lama Kiri) saya menumpang seronok juga.


Rumah mak saudara saya Lamah (orang panggil beliau Hajjah Lamah kerana beliau pergi haji bersama Opah saya ketika beliau masih kecil lagi) dekat dengai sungai. Kami panggilnya “Yan”. Saya selalulah ke rumah beliau pergi mandi sungai terutamanya bersama anaknya Madin (Kamaruddin). Selalu juga makan tengah hari di rumahnya.


Waktu air sungai tak dalam kami bawa bersama kami jala ikan. Kerja kami mandi dan memekap ikan. Cara memekap ialah jala dibuka dan dimasukkan (menyelam) ke dalam air menyusur tebing supaya ikan jika ada tak dapat keluar dari jala tersebut. Bila rasa dah ada ikan atau dah tak cukup angin pernafasan (rasa nak lemas) kita timbullah. Kalau nasib baik ada ikan terperangkap dalam jala.


Zaman dulu memang selalu dapat ikan. Tapi sekarang ni hanya dapat sampah kerana ikan pun dah hampir pupus.


Kalaulah keadaan sungai sesuai kami "menebor" jala secara, jala dilemparkan ke dalam air dan jika ada ikan ianya akan terperangkap dalam jala tersebut. Tapi kalau sungai banyak sampah atau banyak kayu ianya merbahayakan jala kerana jala mungkin akan koyak. (Silap2 tuan punya jala (kami panggil dia abah) akan hampok kami pula).


Tapi kalau air naik i.i. banjir kecil, kami tak menjala. Kami akan "beranyut", maksudnya kami akan pergi ke kawasan hulu sungai, terjun ke dalam sungai dan tinggal terapong dalam air dibawa arus sungai ke hilir. Lagi banyak air dan lagi deras airnya lagi seronoklah kami.


Kami berbuat demikian sehingga puas beranyut. Berlarilah kami ke hulu, beranyut, berlari ke hulu, beranyut, berlari, beranyut. Inilah cara kami berolaraga. Sampailah puas atau sampai ditegor oleh orang tua. Yang baiknya kami tak dimarahi tapi ditegor sahaja. Jadilah kami perenang kampong.


Bah tak pernah menjadi masaalah kepada kami. Kerana kami seronok jika ada bah.


Di hulu sungai kami ada empangan dinamakan ampang Laneh (Kampong Laneh). Jika hujan dikawasan Taiping terlampau banyak maka ampangan Laneh akan dibuka dan airnya akan banyak mengalir melalui kampong kami.


Bagi kami senang sahaja nak tahu tatkala empangan itu dibuka. Kami hanya menelek pasir (macam Pak Belalang pula buat telek !). Kami hanya lihat pasir di sungai kami. Jika ada pasir yang terapong maka itulah tanda ampangan Lanih dah dibuka. Logiknya: bila ampangan dibuka, air akan naik di bahagian hilir ampangan dan pasir kering di sungai akan terapong. Lagi banyak yang terapong maksudnya lebih derasnya air sedang naik. (Masa belajar Sains baru tahu kenapa pasirnya boleh timbul. Nak tahu tanyalah saintis muda kita yang ramai di sekolah kita. Anak/adik/cucu/dll anda pun dah tahu. Tanyalah mereka. Sekurangnya jika mereka boleh jawab mereka akan merasa mereka lebih pandai dari kita, agaknya. Ini juga menjadi motivasi kepada mereka, InshaAllah).


Jadi bergantunglah pada mood kami. Kalau ada mood nak beranyut kami tunggu dan akan beranyut beberapa jam lagi. Kalau tak ada mood kami baliklah. Beranyut masa ini lebih seronok kerana tiada hujan. Hanya dikawasan hulu sungai yang hujan lebat. Beranyut semasa hujan leceh sikit. Silap2 demam jadinya.


Di kampong saya bah yang paling buruk sekali ialah semasa saya di darjah dua di mana gerotak (jambatan) melintas sungai di hadapan sekolah saya terputus dan tak dapat digunakan. Saya pergi sekolah pada pagi itu menggunakan jambatan lain berdekatan rumah Yan, dengan ramai eskotnya, mak saya dan lain2 saudara mara. Mereka seronok tengok banjir. Chegu Zubir pula terpaksa berenang untuk pergi ke sekolah.


Apa yang beliau buat ialah pada mulanya lembarkan pakaiannya ke seberang (ada yang menunggu untuk menangkap pakaiannya – saya tak ingat siapa). Lepas itu ia berenang keseberang. Jauh juga di bawa arus sebelum beliau sampai ke tebing sungai. Pada masa itu saya berada di situ dan saya risau juga kerana di bahagian hilir jambatan itu ada jojoi dan air di siti deras dan merbahayakan. Kalau Chegu Zubir masuk kawasan jojoi tersebut bolehkah berliau berenang. Itulah fikiran “innocent child” saya semasa itu. (Jojoi = ampangan di sungai yang dibena untuk menaikkan paras airnya supaya air tersebut boleh dialirkan ke sawah)


JOJOI 01:http://pandakchangkatpetai.blogspot.com/search/label/Ketekunan%20Nenek%20Moyang%20Kita


JOJOI 02:http://pandakchangkatpetai.blogspot.com/search/label/Cerita%20Sejarah%20Lama


Siapa kata bah tidak menyeronokkan?


Semasa saya di Tingkatan Satu, kami (saya dan Tybally Hussain) memancing di Padang Kanak2 Kuala Kangsar lepas sekolah. Waktu itu baru saja selasai banjir di sungai Perak. Nak diceritakan, Tybally ni bapanya ialah mesin typewriter. Itulah yang ditulisnya dalam boring kemasukan sekolah tatkala di Tingkatan Satu dulu. Chegu yang menyemak boring tersebut berdekah2 ketawa dan memberi tahu kami yang bapa Tybally ialah typewriter. Sebenarnya bapanya ialah petition writer bukan typewriter.


Tapi Tybally ini bijak dan telah meneruskan pelajarannya ke Australia. Sekarang saya dah tak dapat tahu dia di mana. Seorang lagi kawan saya ialah Gulam Rasul yang membawa/menjaga lembu sambil belajar. Beliau akhirnya membawa kapal terbang Boing 747 (pilot).


Keluar tajuk nampaknya ni . . . .


Ulasan: Semuanya yang kita lalui membawa banyak hikmah kebaikannya yang kita mungkin tak nampak. Yang penting kita gunakan segala keadaan yang kita lalui secara positif dan mendatangkan kebaikan. “Jika kau kata kau boleh kau hampir melakukan” – petikan lirik lagu.


Dua tahun lepas saya kena gigit kucing. HAHACEM kata ini tentu ada hikmahnya. Memang betul sebab selepas saya kena gigit kucing dan masuk Hospital Ampang selama enam hari barulah saya tahu yang saya ada penyakit darah tinggi yang merbahayakan jika tak dikawal. Surah pun banyak yang menyatakan demikian.



HAHACEN
dan
kumpulannya

Sunday, July 19, 2009

DHARURAT DAHULU

DHARURAT DAHULU



Rakyat Malaysia yang muda sekarang ini tak pernah mengalami keadaan dharurat. Mereka yang lahir pada dan sebelum tahun lima puluhan dapat menceritakan keadaan zaman dharurat, masing-masing dengan pengalaman mereka, ada yang duka dan ada yang mengumbirakan.


Mana tak dukanya jika orang yang disayang saperti ayah, datuk, ibu dan lain saudara menjadi mangsa dharurat tersebut. Ramai juga rakyat Malaysia (dulunya Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu) yang gugur atau digugurkan.


Bagi kami yang ketika itu masih kanak-kanak tak ada apa yang nak didukakan. Setiap hari Sabtu kami menunggu ditepi jalan Kuala Kangsar-Grik untuk melihat konvoi yang melalui kampong kami untuk membawa barangan yang dipesan oleh kedai-kedai sepanjang jalan tersebut. Kalau tak ada konvoi ini maka barangan untuk jualan oleh pekedai sepanjang jalan tersebut tak selamat untuk dibawa. Maklumlah ketika itu pehak kominis dikatakan kuat dan sentiasa menganggu gugat keselamatan penduduk.


Bukan ada apa pun pada konvoi tersebut. Hanya dapat melihat kereta polis mengawal dan mengiringi lori-lori yang membawa barangan untuk jualan di kedai sepanjang jalan. Konvoi tersebut didahului oleh kereta polis (kalau tak silap namanya ferret car. Di Balai Polis Kuala sekarang masih ada kereta tersebut sebagai bahan pamiran di kawasan balai) di tengah konvoi juga ada kereta polis dan dibelakang konvoi sebuah lagi kereta polis. Suasana ketika itu bagi kami sangatlah mengumbirakan. Itu sebabnya kami menunggu saban hari Sabtu untuk melihat “perarakan” tersebut. Mungkin bagi anggota polis yang bertugas mereka meresa kecut juga agaknya kerana pehak kominis ada di merata-rata, mungkin menunggu masa untuk menyerang. Silap haribulan isteri jadi janda dan anak jadi yatim, hospital dan tanah wakaf bertambah penghuninya.


Di tempat lain mungkin suasana sebegitu juga berlaku terutamanya di pinggir bandar.


Suatu lagi perkara yang menyeronokkan ialah ketika kereta peronda askar melalui kawasan sekolah kami. Selalunya selepas tamat sessi sekolah kira-kira pada jam 1.00 tengah hari (ketika itu di Sek Jenis Keb Padang Assam) kami akan berada di tepi jalan raya Kuala Kangsar-Taiping untuk menunggu bas. Bas pula tak datang awal kerana bas tersebut kena menghantar budak sekolah yang belajar di Kuala Kangsar untuk balik ke Padang Rengas dulu. Bila bas tersebut balik (bas kosong) ke Kuala Kangsar kami pun naik. Bagi saya pula saya akan turun bas di Simpang Lawin untuk menaiki satu lagi bas (bas lenggong) untuk balik ke Lubuk Merbau. Lepas itu naik basikal pula ke rumah saya di Changkat Petai. Kadang-kadang saya lepak di rumah opah saya di Lubuk. http://maps.google.com/


Semasa menunggu bas inilah kami main guli atau berborak-borak sambil menunggu trak askar lalu. Kalau ada yang lalu kami akan melambai ke arah mereka dengan harapan dibalingkan kepada kami gula-gula atau biskut kering. Kalau tak dapat kami bagi signal “Thumbs down” (tak Bagus). Kalau dapat kami akan bagi signal “Thumbs up”. Masa itu ramai askar Mat Salleh di Malaya. Mereka mungkin seronok tengok kami “layan” mereka.


Di kawasan Simpang Lawin pula selalu mereka berhenti berehat. Kami yang menunggu bas kadang-kadang mengurat juga kalau-kalau dapat gula-gula atau biskut. Bukan untuk apa saja seronok2. Maklumlah budak2. Mana tahu bahaya atau orang tak suka.


Di Simpang Lawin juga pada tahun 1960 tahun pertama saya pindah belajar di Padang Assam (SMC1) terdapat satu pos askar. Bila sampai di situ kereta kami (masa itu saya naik kereta Pak Alang ke sekolah) kena berhenti untuk pemeriksaan. Tapi di situ ada saudara yang Pak Alang kenal. Mudahlah pemeriksaannya. Lagi pun penumpang kereta hanya budak2 sekolah. Pos ini ditutup kemudiannya (tak tau sebabnya).


Sebelum itu ketika saya belajar di darjah dua atau tiga di Sek Umum Tanah Merah ada juga askar yang melalui sekolah kami. Mereka selalunya berjalan kaki dan kadangkala singgah di kedai Pandak depan sekolah kami. Askar Melayu. Mereka ini suka mainkan kami. Disuruh kami berdiri di hadapan mereka dan mereka akan lontarkan gula-gula ke arah kami. Sapa yang nasib baik dapat. Yang tak nasib baik tak dapat. Mereka juga seronok melihat telatah kami.


Pada kami dharurat tak merbahayakan malah menyeronokkan. Tambah seronok jika kami dapat mengiringi askar yang meronda melalui kampong kami. Kami akan ikut sampai hujung kampong. Mereka pula sporting suka melayan kami bercakap2 dan melawak. Mungkin kampong kami adalah kampong yang selamat bagi mereka meronda di situ. Kawasan Liman Kati atau Lenggong atau Sungai Siput mungkin adalah kawasan yang membahayakan.


Tetapi di bukit berhampiran (Bukit Payung) mungkin kurang selamat. Tapi bukit itu jauh dari kampong kami. Dua saudara saya (Alang Ha dan Mat Jatin) yang pergi ke bukit tersebut pernah ditangkap oleh kominis dan di arahkan menggali lubang (menurut orang kampong untuk menanam mayat mereka selepas dibunuh). Tapi mereka ni lincah dan sempat menyelinap lari balik ke kampong kami. Saya ingat lagi ketika orang kampong mengiringi mereka untuk ke hospital mendapatkan rawatan kecederaan pada kecederaan mereka.


Masa (pagi) itu saya berada di kawasan sekolah. Dikatakan mereka telah diseksa. Kedua-duanya adalah expert dalam selok belok hutan, mungkin itu sebabnya mereka dapat lari dan keluar hutan dengan selamat.


Diperingkat akhir zaman dharurat pula banyak kempen saikoliji digunakan oleh pehak keselamatan negara. Selalu juga kapal terbang terbang rendah mengelilingi sekitar kawasan kampong sambil menyeru pehak kominis menyerah diri (itulah yang kami diberitahu kerana mereka menggunakan bahasa Cina bukan bahasa Melayu. Di kawasan kami tak ada orang Melayu jadi kominis).


Ada satu ketika itu ada kapal terbang mengugurkan risalah menyeru pehak kominis keluar dari hutan. Kami kanak2 bila nampak mereka menggugurkannya berlari mendapatkan risalah tersebut. Banyak juga yang gugur di kebun getah belakang rumah saya. Orang muda dan yang tua pun ada bersama kami.


Itulah salah satu dari seronoknya ada dharurat. Ini adalah bagi kami yang tak terlibat secara langsung dengan suasana dharurat. Yang terlibat dan yang terganggu oleh dharurat lain pula kesannya. Mereka mungkin sentiasa risau dan tak tenteram hidup.


Negara kita banyak sejarah dharuratnya. Mula Portugis datang melanggar, kemudian Belanda menjajah, Kemudian Inggeris, kemudian Jepun, kemudian kominis, kemudian konfrantasi Sukarno, dan lainnya (ada lagi). Zaman sebelumnya orang Siam melanggar. Nasib baik Tun Perak Melaka bijak mengusir Siam dengan cahaya yang banyak di tepi pantai pada waktu Malam. Orang Siam ingat tentera Melaka tatkala itu sangat ramai dan tak jadi serang dan terus balik negeri. Dan pula ada negeri saperti Kedah, Perak, Kelantan dan Trengganu yang mengelakkan dharurat yang membawa sengsara drngan menghantar bunga mas saban tahun ke Siam.


Orang asing semasa dharurat banyak membawa sengsara pada raakyat. Kecuali kedatangan saudagar berniaga di merata tempat di Malaysia ini. Mereka datang berniaga dan mengembangkan agama Islam. Kedatangan mereka telah mengIslamkan penduduk Nusantara keculi Bali! Inilah rahmat bagi yang mengetahuinya.


Dharurat zaman Jepun jika berpanjangan lagi mungkin akan memajukan negara kita kerana mereka membawa pembangunan pada takad akhir penjajahan mereka. Ini dapat saya rasai (tak alaminya kerana saya dilahirkan 5 tahun selepas mereka menyerah diri) kerana di sekitar kampong kami dulu banyak dawai letrik peninggalan Jepun. Mereka menjadikan kampong saya tempat simpanan dawai letrik untuk digunakan oleh mereka membekalkan letrik ke seluruh kawasan berdekatan dan keseluruhan Malaya jika mereka tidak diusir oleh penjajah Inggeris. Kalaulah Jepun sempat membekalkan letrik tersebut sudah tentu semasa saya dilahirkan rumah saya dah terang benderang kerana dah ada bekalan letrik. Mungkin dah ada kilang di belakang rumah. Akan tetapi segalanya adalah perancangan Allah.


Apabila Jepun menyerah diri setiap rumah di kampung kami telah mengambil dawai tersebut untuk dijadikan dawai ampaian menjemur kain.


Soalan:

Akan datangkah lagi dharurat di Negara kita? Tunggulah tulisan tentangnya, bertajuk “Dharurat Sekarang”. . . Di Sini:

http://pandakingat.blogspot.com/2009/07/dharurat-sekarang.html


Walau bagaimana pun, Alhamdulillah atas segalanya. Kita boleh berjaya jika kita berusaha lurus.



Saturday, July 18, 2009

MENGAWAL PERSEKITARAN KITA

Mengawal Persekitaran Kita



Dikatakan bahawa manusia adalah kalifah Allah di dunia ini. Dikatakan juga bahawa gunung dan bumi menolak pelawaan Allah untuk menjadi kalifah menjaga dan memakmurkan bumi ini. Hanya Adam datuk manusia sahaja yang sanggup menjadi khalifah tersebut dan tanggung jawab tersebut sekarang dipikul oleh manusia. Dikatakan juga bahawa manusia adalah makluk ciptaan Allah yang terbaik.


Untuk menjadi kalifah yang berjaya kita mestilah dapat mengawal persekitaran kita. Ini adalah salah satu dari sikap dan kebolehan yang mesti ada untuk menjadi khalifah yang berjaya. Banyak lagi dan yang lainnya tidak dimuatkan di sini kerana fokas di sini hanya tentang kawalan persekitaran.


Ramai dari kita termasuk saya sendiri ada kalanya tidak dapat mengawal persekitaran kita. Ada kalanya perkara yang salah kita katakana betul dan perkara yang betul kita katakan salah. Ada kalanya perkara yang salah dianggap betul oleh satu puak manusia dan dianggap salah oleh satu puak yang lain pula. Disuatu ketika dahulu seorang ulama(?) (dikatakan) menyatakan (menulis) melacur kerana dharurat adalah tak salah. Pendapatnya ditentang oleh ulamak lain yang menyatakan yang perkerja melacur adalah haram tak kira dalam apa keadaanpun.


Bagaimanakah kita dapat mengawal keadaan keliling kita jika kita tak bersependapat. Ini dibaratkan seperti satu puak mengalakkan manusia membuang sampah sarap dan satu puak lagi melarangnya. Disebabkan adanya dua puak yang berlainan pendapat ini maka alam sekitar kita akan terus berkotoranan dengan sampah sarap. Itupun nasib baik ada tentera Allah yang lain yang menolong mencucikan sampah sarap kita, termasuklah ulat, anjing, semut, banjir, oksijen dan sebagainya. Kalau tiada tentera Allah ini maka kawasan kita akan terus berkotoran dan berbau busuk lebih lama.


Switzerland adalah salah sebuah Negara yang tercantik dan selesa hidup makluknya kerana mereka bersikap sama. Semua penduduknya pembersih. Semua penduduknya rajin berusaha. Mereka bersatupadu dalam semua hal. Penduduknya menghormati satu sama lain. Dan mereka boleh berjaya menjadi khalifah Allah di dunua ini, walaupun kebanyakan mereka adalah non-Muslim dan tak percaya kepada istilah khalifah Allah ini.


Diharap Malaysia boleh menjadi sapertinya satu hari nanti. Bila? Tak tahulah. Kalau mengikut arah aliran masa sekarang ini mungkin terlalu tipis disebabkan kadar keyakinan untuk mencapainya masih negative.


Baru2 ini kadar insuran kereta 3rd party dah naik 300%, dulu RM100 sekarang RM300. Tambang Teksi akan naik.

Pembunuhan berlaku setiap hari. Perasan geram terus meningkat. Harga ikan dah tak mampu dibeli oleh orang pendapatan kecil. Rasuah dan sogokan berterusan dan menjadi2. Kereta dan motor jangan lepa aje, mungkin akan hilang. Ahlong mereta2 iklannya, Ragut hingga mati? Keyakinan rakyat kepada mereka yang diamanahkan semakin menurun walaupun mereka berkempen (berlakun) segalanya adalah bagus dan tanpa risau (janganlah risau). Yang benar adalah salah dan yang salah adalah benar.


Dapatkah kita mengawal persekitaran kita? Boleh dengan satu syarat, yaitu kita mula bersatupadu. Boleh jika 90% masyarakat kita mengawal persekitaran masing2.


Mampukah kita menjadi khalifah Allah sapertimana dikehendaki dan dipersetujui oleh Tok Adam Kita?


. . . . . .. . . ."Kalau kita ikut tata cara tiori Darwin manusia boleh menjadi monyet. Pemerhatian Darwin adalah sah benar kerana beliau mendapati burung boleh berubah sifat dan sikapnya bergantung kepada perubahan pada alam sekitarnya. Manusia pun begitu. Contoh: Orang negro di Amerika sekarang ini berhidung mancung dan berkulit putih. Sedaranya di Afrika masih macam dahulu juga fisikalnya."



Runtuh (highkand Towers). Runtuh (Genting Sempah). Runtuh (Stadium).


Friday, July 10, 2009

KHENDURI IMAM

BERSATU TEGUH SERONOK BERKAT



Minggu lepas saya menerima SMS dari Imam menjemput ke rumahnya untuk khenduri doa selamat dan bacaan Yassin (alamat penuh dinyatakannya walaupun sayani jiran satu surau dengannya). Oleh kerana baki kredit handset saya masih banyak saya jawab SMSnya menyatakan InshaAllah saya akan menghadiri khendurinya.


Rumah Iman memang dekat surau kami, tak lebih dari 200 meter sahaja. Boleh dikatakan seberang parit sahaja. Belakang rumahnya ada parit dan diseberang parit itu ialah surau kami. Tapi saya tengok beliau selalu pergi sembahyang di surau menaiki kapcainya. Saya merasa pelik juga kerana beliau naik Kapcai tidak berjalan kaki, sekurang2nya dapat exercise membaiki perjalanan darah. Saya yang tinggal lebih kurang setengah kilometer dari surau pun kadangkala kalau ada masa saya berjalan kaki ke surau.


Rupa-rupanya beliau buat begitu dengan dua tujuan. Pertamanya, nak panaskan injin motornya kerana motornya hanya digunakan untuk bergerak sekitar taman kami sahaja. Kalau pergi jauh beliau memandu vannya. Tujuan kedua ialah mudah baginya menjemput anak-anaknya pergi balik ke kelas tuition selepas beliau habis sembahyang Maghrib atau Isyak. Kalau naik van banyak kerenahnya dan di kawasan kami ini lebih selesa dan jimat masa jika naik motor dari memandu kereta atau van.


Inilah realiti hidup. Apa yang kita rasa tak lojik ada kalanya adalah lojik pada manusia yang lain. Selepas saya ketahui mengapa beliau naik motor ke surau walau pun surau sangat dekat dengan rumahnya barulah saya faham lojiknya. Saya pun kalau dalam keadaan saperti beliau akan juga naik motor ke surau. (Lagi realiti hidup: Kita kena sentiasa belajar untuk tahu perkara yang belum kita tahu. Kita belajar melalui pengalaman kita, pengalaman orang lain, bacaan, perbincangan, dan lain-lain termasuk mimpi yang baik).


Di KLni (mengaku sahaja orang KL tapi tinggal dipinggir hutan dekat hutan Hulu Langat) motor memang berguna sangat. Saya pun dah lama tak bawa kereta dan kereta saya pun dah saya let go kepada adik saya. Naik Kapcai yang saya ada lagi senang dan lagi selesa. Kalau saya nak pakai kereta pinjamlah kereta bini atau anak saya. Menang menjimatkan rupanya. Lainlah kalau kita orang kaya dan mampu.


Kawan saya Haji Halim pula bercerita yang beliau bila menjemput Ustaz mengajar waktu tengah hari (hari kerja) di pejabatnya akan menggunakan motor bukan kereta. Ustaz tersebut duduk belakang motornya dan Haji Halim membawanya ke Surau pejabatnya (Zamihan, kerana tiada pilihan agaknya pun suka katanya). Memang menjimatkan masa kerana tak ada jam (kesesakan jalanraya). Pula menjadi kebiasaan di KLni bahawa motor boleh mencelah walaupun lampu isyarat trafik bewarna merah. Ini menjadi perkara biasa kerana polis yang bertugas pun menyuruh kita yang bawa motorni berbuat demikian (tapi atas risko sendiri). Dari segi logistiknya membenarkan motor lalu walau pun lampu isyarat merah akan mengurangkan kesesakan jalan raya juga mengurangkan kemalangan bila lampu bertukar ke hijau.


Khenduri Imam adalah selepas waktu Isyak (lepas sembahyang jemaah Isyak di Surau kami). Jadi untuk memudahkan, saya sembahyang Isyak di Surau kami. Bila sampai di surau saya terkejut kerana ramainya orang di situ. Semuanya hendak ke rumah Imam. (Harap semua yang datang sembahyang adalah kerana nak sembahyang bukan kerana nak pergi khenduri di rumah Imam. Dikatakan syrik kalau kita sembahyang kerana nak pergi khenduri tersebut). Selepas sembahyang kami kebanyakannya berjalan kaki ke rumah Imam.


Upacara bermula dengan bacaan Yassin. Oleh kerana ramai yang datang surah Yassin yang disediakan pun tak cukup. Selesai doa selamat kami pun makan.


Bertambun makanannya. Inilah rezeki.


Melihat ramai yang datang Iman pun suspen juga (ini dikatanya pada saya selepas kami sembahyang jumaat baru2 ini). Tapi beliau dah ada pelan B. Beliau menyuruh warung dekat surahnya stanby makanan. Kalau perlu beliau akan suruh warung tersebut masak makanan tambahan.


Tapi rezekinya murah. Saudaranya yang datang dari kampong telah membawa banyak makanan dari kampongnya (dekat Parit Haji Derani). Jadi hasilnya makanan pada malam itu lebih dari cukup. Dan Iman nampaknya senyum lebar puas hati dan seronok sakan hajatnya tercapai dan segalanya berjalan dengan memuaskan.


Rasanya kalau makanan sedikit pun ianya akan cukup. Kami datang ke rumahnya bukan untuk makan tapi meraikan jemputan jiran dan sahabat. Kalau kita nampak makanan sikit kita makan sikitlah.


Tapi kalau makanan banyak dan tetamu sedikit kita pulunlah. Dan tak segan pula minta plastic kosong untuk bawa makanan (“lebihan”) pulang. Member punya pasal tak perlu kita malu sebab kalau kita tak buat begitu makanan akan terbuang membazir jadi tanah. Mungkin berkat makanan tersebut ada pada bahagian yang kita buang.


Itu sebabnya orang tua dahulu kala melarang kita membazir atau membuang makanan. Makanan yang jatuh jula akan dipungutnya dan dimakan.


Atau berikan makanan lebihan kepada ayam itik. InshaAllah berkat makanan tersebut akan dimakan oleh ayam itik tersebut dan bila kita sembelih dan makan ayam/itik tersebut berkatnya masih ada.


Gambar hiasan sahaja


Iman adalah nama berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran Negara Malaysia bukan nama jawatan

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI