GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Thursday, September 30, 2010

MAASALAH PERLULAH DIATASI


MASAALAH

MEMBAWA

KEBAHAGIAAN


Ramai manusia suka kepada masaalah. Itulah sebabnya mereka mencari masaalah atau membuat masaalah. Yang bijak mengadakan masaalah bagi mengatasi masaalah. Tetapi masaalah yang dibuat mestilah masaalah yang kecil bagi mengatasi masaalah besar. Mat salleh kata: “create a small problem to solve a bigger problem”.

Ada pula yang membuat masaalah (kecil) bagi menutup masaalah (besar). Inilah stretagy kehidupan yang secara amnya menguntungkan.

Ada pula yang selalu cari cara untuk lari dari masaalah, tetapi lambat laun massalah tersebut akan datang semula. Jadi disarankan supaya kita tak lari dari masaalah tetapi cuba menggunakan akal fikiran kita dan bantuan sahabat kita jika perlu, bagi mengatasi apa2 masaalah yang ada.

Manusia tidak akan berjaya jika ia tak dicuba. Mengatasi cubaan (masaalah) akan mendewasakan kita dan menjadi kita lebih matang dan bersedia untuk hidup. Dalam Al Quran banyak juga disebut perkara ini.

Masaalah yang kecil pun perlu kita atasi.

Bagi saya, saya suka juga menghadapi masaalah. Tapi janganlah masaalah itu masaalah yang saya buat sendiri. Biarlah masaalah itu masaalah semula jadi atau kata orang kejadian alam atau kehendak yang Maha Esa.

Contohnya:

Contoh A. - Mangga pagar rumah saya selalu jam atau rosak dan perlu saya letakkan minyak atau semburkan WD40 untuk menjadikan ianya dapat beroperasi dengan baik. Ini adalah masaalah yang sangat kecil tetapi perlu saya atasi. Ianya berlaku kerana mangga tersebut selalu terkena hujan dan isi dalamnya berkarat.

Jadi perlu saya elak dari bahagian dalam mangga tersebut dari berkarat atau saya perlu hentikan air hujan memasuki mangga tersebut. Pilihan saya (apa yang saya buat) ialah saya letakkan botol plastik secara terbalik pada mangga tersebut bagi mengelakkan air hujan memasukinya (Rajah). Boto tersebut diibarat sebagai payung menghalang air memasuki mangga tersebut.

Selasai masaalah mangga berkarat atau rosak kerana terkena hujan dan mangga saya sekarang berada dalam keadaan kering dan baik operasinya.

Contoh B. - Buah mangga saya di hadapan rumah pula selalu pecah atau dilanggar kereta (atau diambil orang) apabila ianya baru nak masak atau ketika gugur jatuh ke tanah. Ini satu masaalah juga kerana ini merugikan. Dulunya ada monyet yang datang saban hari memakan buah tersebut. Tetapi sekarang monyet tersebut dah tak ada, tak tahulah sebabnya. Rezeki Monyet


Bagi mengatasi masalah tersebut saya balut mangga tersebut dengan kertas dan ikat kertas tersebut kepada tangkai atau dahan mangga tersebut menggunakan tali (nipis), bertujuan jika mangga tersebut gugur ianya tak akan jatuh ke tanah tetapi akan terus tergantung pada tali ikatan yang saya buat.

Selasailah masaalah saya ini.

Masaalah yang sama saya atasi pada buah durian di dusun saya di kampong. Saya ikatkan durian yang tua dengan tali rafia supaya bila durian itu gugur ianya tak jatuh ke tanah malah tergantung pada tali tersebut. Mudahlah saya atau saudara mara saya pergi untuk mengumpul durian yang “gugur”.

Ini saya buat kerana dusun saya banyak babi yang makan segala durian yang gugur ke tanah.

Tetapi ini hanya boleh saya usahakan bagi pokok durian yang rendah dan buahnya mudah “diikat” kepada dahan atau rantingnya. Kalau ini tak dibuat sebegini maka durin yang gugur akan menjadi rezeki babi yang merayau di situ. Dengan berbuat demikain dapatlah juga saya merasa makan durian tersebut. Lagi banyak saya ikat sebegini maka lebih banyaklah yang menjadi hak saya dan bukan hak babi atau musuh yang lain saperti harimau, jika ada.

Di musim kemarau pula saya/kami malas nak menuram pokok rambutan atau lain pokok di sekitar surau kami yang kami jaga pokoknya. Jadi apa yang kami buat ialah kami beli tiub plastik yang digunakan untuk menyalur adara di aquriam ikan dan membuat drip seperti drip yang digunakan untuk pesakit di hospital. Hasilnya air sentiasa disalurkan ke pokok tersebut secara sikit-sikit dan sihatlah pokok kami. Bolehlah kami relax aje. Arnya kami bekalkan dari tong air (kena isi jika kurang) atau melalui tangki air (tal perlu isi kerana air sentiasa ada dalam tangki tersebut).

Ada banyak lagi masaalah yang remih dan kecil yang perlu saya atasi dalam hidup saya. Tetapi apabila saya dapat mengatasi masaalah yang remeh ini hati saya merasa bahagia.

Itulah yang seronok jika kita ada masaalah.

Hidup akan menjadi boring jika tak ada masaalah.

Mungkin itulah sebabnya orang berada dan kaya mencuri di gudang pakaian dan sebagainya. Supaya ia menghadapi masaalah apabila ditangkap dan didenda (duitnya tak ada masaalah untuk bayar denda), tapi “trill” seronok kena tangkat amat berbaloi kepadanya.

Jadi atasilah masaalah yang ada untuk kita hidup bahagia. Dan buatlah masaalah jika ianya akan menbahagiakan kita. Kerana hidup kita, kita mesti bahagia!??

Saturday, September 25, 2010

RADIOKU MEMBEBEL


BIARKANNYA MEMBEBEL



Semasa tahun 60an dulu saya suka melalui rumah Kak Sidah di kampong saya. Bila nak melalui rumahnya saya tentu pasang telinga. Bukan apa untuk mendengar radionya yang sentiasa berbunyi terutamanya di siang hari. Memang tabiatnya meng”on”kan radionya sepanjang hari. Lagu yang didendangkan melalui radionya bunyinya sangat sedap dan sempurna didengari. Boleh saya sebutkan yang beliau mempunyai radio yang terbaik di kampong kami.

Saban petang pula ramai juga penduduk kampong melepak di kedai Man untuk mendengar lagu Hindustan melalui radionya. Sound radionya baik juga dan beliau sangat minat dengan lagu Hindustan. Sambil melakukan barangan yang dijualnya, beliau pasang radio siaran lagu Hindustan dan ramailah orang yang datang melepak di kedainya mendengar lagu.

Sekarang kegiatan sebegini dah tak ada lagi. Masing-masing dah ada radio sendiri. Tambah pula sekarang dah ada TV radio pun dah mula tak laku. Kawan saya, Hasan Yatim, berkata yang beliau tak pernah mendengar radio buat beberapa tahun yang lepas.

Tapi jangan lupa bahawa pengendali radio sekarang ini dah lebih bijak untuk menarik hati pendengarnya. Dan siaran radio sekarang ini dah banyak baiknya berbanding di masa2 lepas. Di zaman dahulu radio kita gunakan untuk mendengar lagu dan lain siaran yang berbentuk hiburan. Dulu radio kita semuanya sehala, sekarang siaran radio kebanyakan dua hala atau bercabang hala. Maksudnya pendengar boleh beri komen atau bertanya secara "live" atau bersiaran lansung.

Dan sekarang ini banyak stesen radio yang membekalkan ilmu kepada pendengarnya. Dan banyak pula pilihan stesen siaran yang kita boleh pilih.

Sekarang ini disamping kita mendengarnya, kita boleh berinteraksi dengan radio tersebut. Saban malam jika kita terjaga, cuba onkan radio dan dengar perbincangan antara pendengar dan juru hebah. Atau kita boleh dengar perbincangan ilmiah antara beberapa tokoh dan kalau kita nak, kita boleh bercakap dengan mereka memberi pendapat atau menayakan soalan kepada mereka melalui telefon atau facebook atau sms.

Changgih betul siaran radio kita sekarang ini.

Saya pun banyak belajar melalui radio dihandset saya dan dari siaran radio dari PC saya.

Bila saya onkan PC saya, saya sudah tentu akan onkan juga radionya untuk mendengar ianya “membebel”. Biarkan ianya membebel sampailah jika ada perkara yang perlu saya dengar dengan teliti saya akan pasang telinga saya. Dan kalau ada siaran yang sangat baik untuk saya rakamkam maka saya akan rakamkannya dalam PC saya untuk didengar di masa akan datang.

Dan kalau saya merayau berjalan kaki untuk mengeluarkan peluh maka saya akan bawa handset saya untuk mendengar radionya. Banyak juga ilmu yang saya perolehi dari siaran radio yang saya dengar tatkala berjalan tersebut.

Diantaranya: Pada hari Jumaat lepas saya dapat tahu yang roti crossent yang berbentuk bulan sabit itu berasal dari kesan kekalahan tentera bukan Islam apabila dikalahkan oleh tentera Islam. Oleh kerana geramnya kumpulan bukan Islam tersebut maka mereka membuat roti berbentuk bulan sabit (melambangkan Islam) untuk digigit dan dimakan. Ini saya dengar dari Radio IKIM melalui siaran masakannya. Dan Chef yang menerangkan hal ini mendengarnya dari seorang chef di Magribi.

Atau "istilah batuk ditangga" - "batuk" yang dimaksudkan bukan batuk gatal kerongkong tetapi batuk = alat bekas air. Dalam Kamus Dewan ada diterangkan maksudnya. Membuang batuk di tangga ialah membuang bekas air tersebut selepas digunakan untuk membasuh kaki. Di zaman dulu sebelum naik ke rumah kita kena basuh kaki dulu. Ada disediakan tempayan berisi air dan batuk untuk menceduk air tersebut. Menurut tata caranya batuk tersebut perlu diletakkan semula pada tempayan. Tapi ada orang yang tidak berbuat demikian hanya melepaskannya ketika menaiki tangga. Inilah kerja yang tak kemas atau tak senonoh.

Sebelum mendengar penerangan radio tersebut saya ingat batuk ialah sakit atau gatal kerongkong. Ramai dari kawan saya pun menyatakan demikian apabila saya tanya mereka. Hanya Hj. Osman dan Hj Hashim yang mengatakan batuk yang dimaksudkan ialah cebuk air jenis dulu kala.

Saya hanya tahu maksud sebenar "batuk" selepas mendengar siaran Radio Salam FM pada suatu pagi bulan Julai lepas. Klik posting "PELBAGAI MAKSUD" ini

Banyak lagi ilmu yang saya perolehi dari radio yang saya dengar terutamanya hal ugama, motivasi, saikoloji dan pengetahuan am disamping berita semasa.

Saya pun dah mula buat macam Kak Sidah buat pada tahun 60an dulu. Kalau saya berada di rumah saya akan onkan radio saya dan membiarkan ianya membebel atau menyanyi. Jika ada perkara yang penting atau ilmu yang diudarakannya saya akan mendengarnya dengan lebih teliti. Atau rakamkan dalam PC saya. Kalau tidak saya akan terus biar ianya membebel.

Oleh kerana sekarang ini banyak siaran radio di negara kita.dan kebanyakannya ada menyiarkan ilmu yang berfaedah. Kalau nak dengar siaran bercorak ugama pilihlah Radio IKIM. Nak inbau kembali nostalgia zaman dahulu dengarlah Radio Klassik Nasional. Dan banyak lagi. Siaran Orang Asli (Asyik FM - Lain dari yang Lain) pun tak kalah changgihnya. Nak dengar keroncong dengarlah Best 104 Johor Baru mulai jam sepuluh malam.

Tapi awas. Jangan terlalu asyek mendengar radio selepas 1.00 malam. Kerana mungkin anda akan tak sedar dah nak masuk waktu subuh kerana asyek mendengar siarannya yang berbagai, dari station radio yang berbagai mengudarakan ilmu berfaedah dan hiburan yang berbagai. Takut2 besoknya anda mengantuk tak dapat bekerja dengan selesanya. Orang semacam sayani tak apalah kerana saya/kami dah bersara dan tak perlu bekerja macam orang muda. Kerana kami tak ada hutang rumah atau hutang kereta dan anak2 kami semuanya atau kebanyakannya dah besar bekerja.


Salam fm, Asyek fm, Radio 24, Klasssik fm, Best 104, Era, IKIM, KL fm, . . . . . . . . .

Saturday, September 4, 2010

MENCATAT REKOD

MEMECAH REKOD


Bulan puasa ini saya berjaya memecah dua rekod. Kedua2nya rekod saya sendiri bukan rekod negara atau antara bangsa. Tapi bagi saya ianya adalah satu rekod yang membanggakan diri saya sendiri; syok sendiri agaknya tetapi ianya memberi saya satu kepuasan diri atas kejayaan saya mencipta rekod tersebut.

Pertamanya saya berjaya mengurangkan kemasukan bahan tak perlu ke dalam badan saya. Dulunya saya tak gunakan jentera kawalan saperti anggta jabatan imigration atau rela atau gerak am menghalang kemasukan bahan tak perlu ini. Sekarang saya sekat seketatnya dan berjaya menghalang kemasukan bahan tak perlu ini.

Inilah kesannya saya berpuasa tahun ini. Tahun lepas juga saya berbuat demikian tapi tidak berjaya 100% saperti tahun ini.

Saya dapati semuanya ini adalah kesan program ransangan minda saya sendiri. Apa yang saya nak buat semuanya boleh saya lakukan jika saya set minda saya dan berusaha ke arahnya. Ini juga ransangan dari siaran pagi TV2 dan TV1 yang saya dengar (tonton).

Mulai bulan puasa tahun lepas saya dah setkan minda saya supaya saya hanya makan ala kadarnya sahaja tatkala saya berbuka puasa dan ini hampir 100% saya berjaya lakukan. Kawan2 saya pun ada yang hairan kerana saya selalu juga menolong mereka menyediakan makanan untuk jemaah surau berbuka puasa di surau kami, tetapi semasa berbuka puasa saya dah pun balik berbuka puasa di rumah, tak berbuka puasa dengan mereka.

Di rumah saya berbuka puasa dengan meminum air dan memakan buah kurma. Kalau ada kueh saya jamah sedikit. Cukuplah sehingga selepas tarawikh-witir baru saya makan lagi. Selepas itu tunggu sahur untuk makan sahur.

Cara inilah yang pernah saya buat semasa saya berada di Bangkok pada tahun 1985 dahulu. Pada masa itu bulan puasa dan saya makan ketika berbuka dan jam 12 malam (sahur) sahaja. Boleh tahan, tak berasa lapar, kerana di siang harinya kami bekerja sehingga jam tujuh malam.

Itulah rekodnya: saya berjaya mengurangkan makan. Dan saya merasa bahagia disebabkannya. Dan harap ini akan berpanjangan kerana di peringkat ini saya tak perlu makan banyak, yang perlu ialah kualiti makanannya.

Mengurangkan makan tatkala berbuka puasa pula mengelakkan khayal-mengantuk bagi yang sembahyang tarawikh.

Rekod kedua ialah saya berjaya memasak sendiri. Sepanjang hidup saya, saya tak pernah memasak kecuali memasak nasi dan mengoreng ikan. Semasa bujang dulupun saya tak pernah memasak, kawan saya Ramli Zakaria (mantan pengetua SMVPRengas) yang memasak. Saya tolong beli bahan dan makan bersamanya.

Rupanya tak susah untuk memasak bagi menghasilkan makanan yang sedap lagi berkhasiat. Juga terjamin kebersihannya.

Asas yang saya gunakan untuk memasak ialah bawang, halia, garam dan minyak masak. Yang paling mudah memasaknya ialah telur mata kerbau bercili di mana saya masakkan telur mata kerbau dan masukkan di atasnya campuran bawang dan cili atau sosnya yang di goreng bersama. Sedaaap.

Atau ayam masak kicap menggunakan bawang, halia dan kicap. Sedaaap.

Atau ayam masak bercili menggunakan bawang, halia dan cili. Sedaaap.

Atau masak ikan taucu menggunakan bawang halia dan taucu. Sedaaap.

Atau masak kari ikan atau daging atau ayam menggunakan bawang, halia, sebuk kari sedia siap dan santan kelapa.

Atau masak bubur kacang menggunakan sedikit bawang, sedikit halia, gula kabung dan santan.

Dan lain2.

Semuanya sangat mudah membuatnya. Dan sedap pula. Dan kalau tak begitu sedap boleh diperbaiki semasa masakan berikutnya. Atau minta panduan mereka yang bergelar chef. Setakat ini saya belum bertanya dengan chef Hashan Bidor atau chef Imam Samirin. Ini kerana masakan yang saya sediakan diterima baik oleh keluarga saya yang agak sibok bekerja dan hanya sampai ke rumah jam 7.00 malam untuk berbuka puasa. Mana sempat mereka nak masak.

Jadi bila saya masak mereka hanya makan, dan komen meraka setakat ini memberansangkan saya untuk meneruskan percubaan saya menambahkan kemahiran saya memasak.

Jimat belanja juga bila memandangkan harga makanan sedia-di-beli bertambah mahal sekarang ini.

Semoga saya akan banyak lagi memecah rekod peribadi saya di masa akan datang, InshaAllah.

Align Left




. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI