GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Tuesday, January 26, 2010

KAD KREDIT

SABAR MEMBAWA KETENANGAN

Mood saya memang baik hari ini. Walaupun saya ada hak untuk memarahi dan menuntut ganti rugi tetapi saya tak ada mood berbuat demikian. Mungkin inilah kesan keinginan saya untuk bersabar. Kan bersabar itu banyak faedahnya, kebanyakannya jenis ghaib i.i. Faedah yang kita tak tahu dan tak nampak.

Apa taknya. Kad pengenalan saya telah dipotong dengan gunting oleh seorang pegawai bank. Oleh kerana mood saya baik saya tak akan namakan bank tersebut tetapi bank ini adalah bank tempatan yang telah banyak memberi masaalah kepada rakyat Malaysia. Akan tetapi bank tersebut banyak menolong saya beberapa kali di masa lepas. Juga banyak menolong pelanggan yang lain. Saya tahu kerana saya pernah mengaudit bank tersebut pada tahun 80an dulu. Dan ramai juga kawan saya yang menjadi kakitangan bank tersebut.

Pernah Kad kredit saya dicuri orang (penyeluk beg) dan menggunakannya untuk membeli mas (dicatat "gold") berjumlah lebih RM1,000.00. Oleh kerana saya sempat membuat laporan kehilangan kad tersebut, jumlah tersebut telah dilupuskannya dan saya tak perlu bayar pembelian haram tersebut. Ini berlaku di luar negara.

Kali kedua kad kredit saya disalah gunakan oleh orang yang tak dikenali melalui pembelian internet. Bank tersebut telah menghubungi saya bagi memastikan urusniaga tersebut saya yang buat. Bila saya katakan yang saya tak pernah membuat urusniaga tersebut, saya dibenarkan tidak membayar jumlah yang dibilkan dan akaun kad kredit saya dikreditkan (semula).

Sebenarnya bank tersebut tak bersalah. Yang bersalah atau membuat perangai tak baik adalah kakitangannya. Tapi ramai juga kakitangannya yang bekerja dengan baik dan memuaskan hati pelanggannya. Mungkin juga inilah sebabnya mood saya baik apabila kad pengenalan saya guntingkan oleh kakitangan bank tersebut.

Kad pengenalan saya kena gunting kerana kakitangan bank tersebut tersalah gunting. Sepatutnya beliau mengunting kad kredit saya yang akaunnya saya tamatkan mulai hari ini, atas sebab saya nak jimat kos dan kemudahan kad kredit tersebut saya tak gunakan sejak dua tahun lepas. Dengar kata tahun ini kena bayar cukai kad kredit pula. Jadi buat apa simpan kalau kita kena bayar lebih dan tak menggunakan kemudahannya.

Saya dah pun menamatkan kemudahan akaun semasa bank tersebut tak lama dulu kerana hanya nak jimat RM5.00 sebulan kos pengandaliannya. Juga saya telah juga menamatkan keahlian AAM kerana saya dah tak ada kereta (guna motor sahajalah sekarang ini). Semuanya hanya untuk nak jimat kos. Inilah yang ahli ekonomi dan kerajaan marah ni. Penjimatan saya akan mempunyai kesan negatif pada ekonomi negara. Mereka suka saya/kita belanja banyak supaya ramai yang akan kaya dan berbelanja. Dengan ini "kesan berganda" akan berlaku ekonomi akan meningkat. Dan kroni yang ada akan kaya raya lagi. Kerajaan juga suka kita berbelanja lebih tetapi bercakap suruh kita berjimat. Ini kerana mereka ada banyak objektif yang bertentangan. TSTlah. Mengikut tiorinya kalau kita tak berbelanja ekonomi akan menguncup dan yang kaya akan menjadi miskin/muflis agaknya.

Setelah selesai proses penutupan akaun kad kredit saya. maka kad kredit yang saya pegang perlulah dimusnahkan supaya ianya tidak disalahgunakan. Ianya perlu digunting menjadikan kad tersebut tak lagi laku. Tapi malangnya kad pengenalan saya yang kena gunting bukan kad kredit tersebut.

Kalau arwah opah saya tahu sudah tentu beliau akan kata “Kamuni selewen sangat” (hanya orang Perak lama yang tahu maksudnya. Nak tahu maksudnya carilah mereka dan tanyalah mereka).

Menyedari kesilapannya, kakitangan tersebut telah meminta maaf dan berjanji akan membayar ganti rugi dan kos membuat kad pengenalan baru mengantikan yang diguntingkannya. Yang bagusnya beliau tak panik atau mengelabah. Inilah satu sikap yang sangat baik dan berguna.

Saya merasa terkejut juga tapi saya relax sahaja.

Beliau kemudiannya menghubungi Pendaftaran Negara menanyakan kos bayaran yang dikenakan bagi menggantikan kad pengenalan yang rosak. Jawapannya RM10.00 sahaja. Ini satu lagi sikap positif kakitangan bank tersebut. Kalau macam ini sikap kakitangan bank tempatan semuanya mungkin prestasi bank tempatan mampu mengalahkan HSBC/Hongkong Bank atau SCB atau lain2 bank antarabangsa.

Walaupun beliau mahu membayar RM30.00 (kos minyak katanya) saya menolaknya kerana perbuatannya tak disengajakan dan mood saya baik ketika itu. Akhirnya beliau membayar hanya RM10.00. Saya terimanya dengan anggapan supaya beliau tak merasa susah hati dan menyesal atas perbuatan tak sengajanya itu.

Saya tak juga rugi kerana saya dapat baucer bernilai RM120.00, nilai “redemption points” akaun kad kredit saya. Bolehlah saya beli minyak (Kenapa Malaysia Merdeka, WHY6357) atau membeli barangan Petronas dan makan mD.

Baliknya saya menggunakan LRT Star, sekarang dah tukar nama RapidKL. Masaalah juga timbul ketika di LRT Stesen Ampang kerana Kad Tauch & Go saya pula buat perangai dan palang laluan keluar tak terbuka. Tapi kakitangan LRT telah meneliti kad tersebut dan membenarkan saya keluar melalui laluan “berjaga”.

Itulah. Masaalah akan ada di mana2 dan bila2 masa. Dan kebanyakannya tanpa dijangka. Asalkan kita dapat bersabar dan bertenang menghadapinya kita akan sentiasa merasa selesa tanpa banyak tekanan. Kita perlu sentiasa bersedia menghadapinya. Kalau tak bersedia maka kita akan mengelabah dan hilang kawalan suasana. Masa inilah syaitan akan membisik atau masuk campur, mengikut kata Ustaz/Ustazah.

Masaalah sentiasa menunggu kita kerana manusia perlu sentiasa dicabar bagi menjadikan mereka matang dan dapat hidup dengan lebih bermakna dan bersedia untuk kehidupan dunia akan datang.

Tapi janganlah sengaja mencari masaalah pula.

Kecuali. . .

Kecuali jika kita memain-umpankan satu masalah yang kecil bagi tujuan untuk menyelesaikan masaalah yang besar. Cara ini ramai orang dah cuba buat dan ramai juga yang berjaya. Tapi ada juga yang mencubanya tapi tak berhasil. Mungkin salah gaja. Atau salah teknik atau tak tahu stretejinya. Kalau kita berjaya sudah tentu kita puas hati tetapi janganlah lupa untuk bersyukur. Kajilah surat khabar kita dan kita akan dapat tahu siapa yang berbuat demikian.

Cabaran adalah ransangan yang membawa kebahagian, kematangan dan keyakinan diri. Itulah kata sahabat saya satu ketika dulu.


Ada juga orang yang suka dapat masaalah kerana mereka tak ada masaalah. Mereka mencuri (shop lifting) supaya ditangkap dan dikenakan tindakan. Mereka seronok bila kena tangkap kerana mereka kaya dan mudah membayar dendanya. Inilah cara mereka mendapat AGM (perhatian = Attention Getting Mechanism).Polis pun naik pening.

TAMAT

_______________________________________

Petikan catatan sahabat saya yang saya editkan kandungannya:


"AGM

AGM ialah sengkatan kepada “Attention getting Mechanism” atau dalam bahasa Malaysianya kalau tak salah, “Cara Menarik Perhatian”.

Kanak2 banyak yang memerlukan AGM. Akan tetapi orang dewasa pun apa bezanya terutama yang dah berpangkat nenek atau tok cik. Ahli politik pula apa kurangnya.

Terdapat banyak buku saikoloji yang memperkatakan AGM ini.

Adalah menjadi tabiat semula jadi bagi kanak2 untuk mempunyai sifat AGM. Bukan ianya kanak2 jika mereka tiada sifat AGM ini. Bayi yang baru lahir pun mempunyai sifat sedemikian.

Jika tidak bagaimanakah seorang bayi dapat memberitahu maknya atau orang dewasa berhampiran dengannya yang ia kelaparan, atau dalam keadaan tidak selesa. AGMnya ialah buat bising yaitu menangis atau berkeadaan gelisah.

Apabila ia meningkat dewasa dan boleh berkata2 AGMnya masih lagi menangis dituruti dengan tindakannya menjerit, meminta, membuat bising dan sebagainya.

Kenapa budak2 ramai yang nakal. Besar kemungkinan kerana mahukan AGM. Ada hasil kajian yang menyatakan bahawa budak2 merempit kerana telah dibolayankan dan mereka mahukan AGM. Nak main bola tiada padang, nak buat bising kena marah. Ini berbeza dengan zaman sebelum 80han dulu. ketika itu mereka dapat merayau merata kampong membuat bising dan seronok mencuri rambutan dan sebagainya. Orang tua pula seronok mengejar mereka yang mencuri. Maka tak perlulah membuat perkara merempit untuk mendapatkan AGM.

Suami atau isteri pula ada yang merajuk kerana nak dapatkan AGM.

Kawan2 bermasam muka tak bertegor sama sendiri hanya untuk mendapat AGM. Bila dapat AGM kamcing baliklah mereka.

Murid2 kelas dewasa pun ramai yang mencari AGM. Nak tahu perhatikan soalan yang mereka ajukan kepada guru atau Ustaz yang mengajar di Surau atau Masjid. Di Universiti mereka ini dinamakan Mahasitua kerana masuk Universiti pada zaman tuanya.

Jadi layanlah AGM semua mereka dan dunia akan menjadi lebih bermakna bagi mereka dan juga kita, kerana apabila mereka dapat AGM mereka akan berbahagia dan mengeluarkan aura positif dan mendatangkan suasana baik bagi semua makluk termasuk manusia, binatang dan tumbuhan."


Ada lagi. Tapi cukuplah setakat ini.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sunday, January 24, 2010

AIR DAPAT KITA BENTUK

Air sangat mempengaruhi kehidupan manusia dan lain2 makluk di dunia ini. Tanpa air manusia dan lain2 makluk akan menjadi kering dan mati saperti matinya kebanyakan kehidupan di padang pasir.

Kalau padang pasir dapat dibekalkan dengan air secara berterusan maka banyaklah makluk boleh bergantung hidup padanya. Pehak Saudi sedang mencubanya di kawasan Arafah. Walau pun lambat ianya menjadi kenyataan, tetapi dengan ketekunan dan bekalan air yang berterusan pokok yang mereka tanam dan selalu disiram air akan membesar. Akibatnya kehidupan di kawasan tersebut akan berubah. Mungkinkah bila kita pergi menunaikan haji di masa hadapan kita akan wukuf di taman, bukan lagi di kasawan padang pasir saperti sekarang ini. Kita akan namakan Taman Bunga Arafah. Dan mendaki Taman Jabal Rahmah (Tempat pertemuan Adam-Hawa). Tentulah enak suasananya. (Tetapi kurang pulalah cabarannuya).

Pehak Israel sudah pun berjaya menyuburkan tanah kontang mereka dengan berbagai tanaman. Buah kurmanya yang diekspot ke England besar buahnya, lebih besar dari ibu jari dan sedap pula.

Orang Holland berjaya menjadikan lautnya kawasan pertanian yang sangat subur secara menyekat air laut dari memasuki kawasan pertaniannya. Itulah akibat pengurusan air yang mereka lakukan.


Pendek kata air sangat berguna dan mempengaruhi kehidupan di dunia ini, kita semua pun dah tahu.

Tapi dapatkah kita pula mempengaruhi perangai atau sifat air?

Jawabnya: boleh. Dapat.

Perangai air dan sifatnya dapat kita pengaruhi dengan apa orang tua kita dulunya sebut sebagai jampi. Sahabat Nabi Muhammad SAW juga pernah semasa mengembara melalui sebuah penempatan/kampong, membaca surah Fatihah pada air bagi menyenbuh kesakitan yang di alami oleh ketua satu kaum yang terkena gigitan binatang yang sangat bisa. Puas kaum tersebut mencarikan ubat dan bantuan tetapi gagal. Akhirnya mereka merayu kepada sekumpulan sahabat tersebut yang hanya membacakan surah Al fatihah kepada air dan kesakitan ketua mereka dipulihkan.

Rawatan secara Islam juga banyak menggunakan air dan bacaan Al Quran. Insha Allah sembuh.

Mengikut prinsip Islam Allah yang menjadikan penyakit dan Allah juga yang menyembuhkannya. Manusia hanya berusaha, termasuklah mengkaji SunatullahNya.

Seorang professor Jepun pernah membuat kajian tentang air yang dijampi atau yang disebutkan dengan berbagai ungkapan kepada air tersebut. Hasil kajiannya ia mendapati bentuk molekiul atau kristal air dapat dipengaruhi oleh bunyi dari ungkapan yang disebutkan kepadanya.

Lihatlah contoh gambar molikul/kristal air selepas dibaca atau didengari kepada air beberapa ungkapan atau bunyi. Atau kesan bunyi alam keliling padanya.

Ustaz Rasdan Yunus pernah ke Jepun atas jemputan professor tersebut untuk membaca nama2 Allah kepada air kajiannya dan mendapati molekul air tersebut berbentuk kepada bentuk yang sangat menarik. Bacalah di Sini (PENGARUH AL QURAN TERHADAP AIR)

Atau di Sini: http://www.life-enthusiast.com/twilight/research_emoto.htm

Air Zam Zam mempunyai kristal yang sangat menarik. Begitu juga air Gau (Pahang)

Badan manusia (dan binatang, juga tumbuhan), sebahagian besarnya mengandungi air. Jika perkataan, bunyi dan suasana keliling dapat mempengaruhi air sapertimana dibuktikan oleh professor Jepun tersebut di atas, maka bayangkanlah pengaruk bunyi, perkataan dan suasana tersebut kepada kita manusia dan makluk yang lain.

Kalaulah ayat Al Quran boleh mempengaaruhi molekul dan kristal air kepada bentuk yang menarik dan tersesun, maka apakah kesannya ke atas diri kita yang banyak mengandungi air ini. Sudah tentu ianya mempunyai pengaruh yang kuat.

Begitu juga perkataan kesat atau ungkapan negatif yang kita dengar selalu akan memberi kesan kepada perangai kita sebab air dalam badan kita dapat "mendengar" dan bertindak balas kepada apa yang didengarnya. Mungkin akan mempengaruhi kita berperangai buruk.

Jadi berkatalah yang baik kepada semua orang, terutamanya anak2 dan cucu kita, dan sahabat kita, dan kenalan kita, dan saudara mara kita, dan MUSUH kita. Nak senang cakap, berkatalah yang baik kepada semua manusia dan binatang.

Juga tumbuhan kerana mengikut kajian tumbuhan dapat bertindak balas kepada apa yang kita cakapkan kepadanya. Bukankah tumbuhan banyak air dan air boleh bertindak balas pada bunyi, percakapan dan suasana kelilingnya.

Atau ungkaplah perkara yang tak baik jika kita mahu tambahkan musuh kita sama ada dari kalangan manusia, binatang, tumbuhan atau lainnya.

Baca atau dengarlah Al Quran, juga ungkapan yang baik supaya kita menjadi manusia yang baik dan berguna dunia akhirat. Ianya boleh kita dapati di merata2.

Friday, January 15, 2010

RANGKAIAN

NETWORKING

Networking ialah satu istilah yang banyak juga perkatakan orang pada hari ini.

Ahli komputer bila disebut networking, mereka akan terbayang satu rangkaian komputer yang berhubungan antara satu komputer dengan komputer2 yang lainnya di dalam satu rangkaian di mana komputer2 tersebut boleh berkommunikasi antara mereka. Semua bank dan banyak syarikat yang mempunyai cawangan yang banyak menggunakan sistem rangkaian ini. Termasuklah sistem e-mail.

Internet adalah satu jenis networking yang menghubungi satu komputer (yang ada sistem internet) dengan komputer2 lain seluruh dunia.

Bila kita masukkan apa2 tulisan atau gambar ke dalam sistem internet, seluruh dunia akan dapat melihatnya di skrin komputer masing2. Caranya pula sangat muda.

Akibatnya dunia menjadi luas dan sempit. Terlalu luas bagi mereka yang ingin tahu, kerana segala data dan ilmu pengetahuan boleh dilayari (perolehi) darinya. Dan sempit pada manusia yang tak ada networking dengannya.

Terdapat juga satu lagi jenis networking. Yaitu networking antara manusia dengan manusia. Networking ini secara kasarnya boleh dikatakan sebagai satu rangkaian – rangkaian perhubungan antara manusia.

Orang yang ada networking yang baik mudah mendapatkan sesuatu yang diperlukannya, sebab ia boleh menggunakan networkingnya untuk membantunya mendapatkan apa yang dihajatkannya.

Contoh:

Jika kita mahu buat kad pengenalan palsu yang sah (?), senang sahaja. Carilah mereka yang ada networking dengan sindiket pengeluar kad pegenalan palsu yang sah. Kalau ianya tak senang bagaimana pula terdapatnya banyak kad pengenalan palsu yang sah. Yang susahnya mungkin mencari mereka kerana mereka bekerja cara gelap.

Jika anda mahu hapuskan seseorang yang masih hidup. Carilah networking yang ada hubungan dengan kumpulan pembunuh upahan dan sediakanlah wang yang diperlukan mereka. (Dan berjawablah nanti di mahkamah luar dunia nanti).

Contoh di atas adalah contoh yang tak baik, kerana ianya adalah perkara perbuatan yang tak baik. Contoh yang baik memang banyak tetapi saja dimuatkan di sini contoh yang kita mesti jangan cuba buat., bagi mengambarkan apa networking boleh lakukan. Banyak yang baik dan sedikit sahaja yang tak baik.

Diantara networking yang baik ialah jika kita ada mengeluarkan serbok kopi, kita boleh gunakan sistem networking ini untuk menjual serbok kopi kita, melalui sistem keahlian atau direct selling. Sangat menguntungkan kerana kerjanya mudah dan kosnya rendah. Tak payah sewa kedai, misalnya. Ahlinya pula kita boleh kenakan membawa ahli baru dan kena bayar yuran keahlian. Itulah sebabnya sistem jualan direct selling menjadi cendawan.

Atau sistem networking ala 7-eleven yang kedainya pada asalnya dibuka dari tujuh pagi hingga 11 malam. Sekarang buka tak tutup2, sampai kiamat agaknya. Atau sistem kedai runcit warga Acheh yang banyak sekarang ini.

Sekarang timbul pula sistem rangkaian jualan makanan pagi. di mana dengan menggunakan dua meja dan dua payung, berbagai jenis makanan pagi dipamirkan untuk jualan, di tepi jalan. Mereka yang hendak ke pejabat "berhenti membelinya"#. Nampaknya sambutannya sangat mengalakkan. Bila habis dijual penjual akan balik rehat atau buat kerja lain. Besoknya dapatkan bekalan baru untuk dijual lagi.

# maksudnya "berhenti dalam perjalan ke pajabat untuk membeli makanan tersebut," bukan bermaksud "tidak membelinya". Ayatnya ada dua maksud rupanya.

Makanannya bukan dibuat sendiri oleh penjualnya tetapi dibelinya dari pembekal tertentu yang membuat makanan tersebut untuk diagihkan-jual kepada penjual2 tersebut.

Kalau dapat dibuat secara besar2an mungkin ianya boleh bersaing dengan networking roti Gardenia.

Roti Gardenia mempunyai networking yang membekal roti keluarannya setiap hari ke rangkaian penjualnya. Bekalan semalam yang tak habis dijual diambil masuk kenderaannya untuk diganti dengan keluaran yang baru. (termasuklah yang diambil semula dari kedai sebelumnya, jika ada). Jadi keluaran yang dijual sentiasalah baru dan belum luput.

__________________________________________________________

Kita sendiri juga boleh mengadakan networking sendiri. Ini adalah networking yang paling istemewa dan yang paling menguntungkan. Sesuai terutamanya bagi mereka yang baru berkahwin atau yang menpunyai anak yang kecil lagi, kerana gulungan ini mudah merancang dan bertindak berbuat demikian. Tetapi bagi yang dah pencen ianya boleh dirancang melalui cucu kita, dengan bantuan ibubapa mereka.

Caranya ialah:

Apabila dapat anak pastikan setiap anak tersebut menjadi seorang yang pakar dalam sesuatu bidang, tak kiralah dalam bidang apa. Didiklah dan hantar mereka belajar dan mendalami ilmu di dalam bidang tersebut. Kesannya dalam keluarga tersebut ada terdapat ramai pakar yang berbagai.

Mereka pula akan mempunyai sahabat dan rakan taulan yang pakar juga.

Siapa yang akan untung? Sudah tentulah ibu bapanya. Dan saudara maranya. Dan orang kampungnya. Dan bangsa juga negaranya.

Katakanlah: bapanya ada masaalah berhubungan dengan undang2, maka dia ada pakar rujuk undang2 untuk membantu menyelesaikan masaalahnya. Siapa? Anaknya seorang peguam muda yang berpengelaman.

Kalau dia ada masalah dengan Jabatan Hasil Dalam Negeri, dia ada pakar percukaian atau Perunding Perakaunan membantunya. Pakar ini juga anaknya .

Masaalah ugama? Si bapa tersebut ada pakar rujuknya sendiri yaitu anaknya yang fasih tentang hal ehwal ugama. Boleh membantunya pula ke jalan yang lurus.

Itu baru ada tiga anak. Kalau ada sepuluh anak dan kesemuanya atau sebahagian besar dari mereka adalah pakar, bagaimana pula? Tentulah si bapa menjadi bapa pakar. Kalau ramai cucunya pula menjadi pakar, maka dia akan menjadi datuk pakar.


Semuanya nasihat yang si bapa perolehi adalah tanpa apa2 bayaran. Percuma. Dan semua nasihat tersebut adalah jenis "boleh pakai" dan "diterima pakai" dan "terpaksa pakai" kerana ianya adalah pandangan pakar dalam bidangnya.

Lagi banyak pakar dalam keluarga tersebut lagi baik.

Inilah kesan membaja anak sejak mereka kecil lagi sehingga mereka berjaya menjadi pakar runding termasuklan kepada keluarganya, saudara mara dan sahabat handai. PERCUMA pulatu. Tapi jika iklas pasti akan dibalas juga nanti bila tiba masanya, InshaAllah.

Inilah networking yang terbaik. Semuanya berasal di bawah satu bumbung.

Tak tahulah sama ada networking sekeluarga sebegini banyak terdapat di negara kita ini. Kalau ada banyak maka bertuahlah negara.

Dulu negara kita ada pakar badminton. tinggal di Kancung Darat, Banting. Sampai terharumnya istilah "Sidik serve" ciptaan keluarganya.

Gambar Pak Ungku dan anaknya Zeti

Keluarganya kecil tapi networkingnya mashaAllah!






http://en.wikipedia.org/wiki/Ungku_Aziz

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI