GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Tuesday, January 26, 2010

KAD KREDIT

SABAR MEMBAWA KETENANGAN

Mood saya memang baik hari ini. Walaupun saya ada hak untuk memarahi dan menuntut ganti rugi tetapi saya tak ada mood berbuat demikian. Mungkin inilah kesan keinginan saya untuk bersabar. Kan bersabar itu banyak faedahnya, kebanyakannya jenis ghaib i.i. Faedah yang kita tak tahu dan tak nampak.

Apa taknya. Kad pengenalan saya telah dipotong dengan gunting oleh seorang pegawai bank. Oleh kerana mood saya baik saya tak akan namakan bank tersebut tetapi bank ini adalah bank tempatan yang telah banyak memberi masaalah kepada rakyat Malaysia. Akan tetapi bank tersebut banyak menolong saya beberapa kali di masa lepas. Juga banyak menolong pelanggan yang lain. Saya tahu kerana saya pernah mengaudit bank tersebut pada tahun 80an dulu. Dan ramai juga kawan saya yang menjadi kakitangan bank tersebut.

Pernah Kad kredit saya dicuri orang (penyeluk beg) dan menggunakannya untuk membeli mas (dicatat "gold") berjumlah lebih RM1,000.00. Oleh kerana saya sempat membuat laporan kehilangan kad tersebut, jumlah tersebut telah dilupuskannya dan saya tak perlu bayar pembelian haram tersebut. Ini berlaku di luar negara.

Kali kedua kad kredit saya disalah gunakan oleh orang yang tak dikenali melalui pembelian internet. Bank tersebut telah menghubungi saya bagi memastikan urusniaga tersebut saya yang buat. Bila saya katakan yang saya tak pernah membuat urusniaga tersebut, saya dibenarkan tidak membayar jumlah yang dibilkan dan akaun kad kredit saya dikreditkan (semula).

Sebenarnya bank tersebut tak bersalah. Yang bersalah atau membuat perangai tak baik adalah kakitangannya. Tapi ramai juga kakitangannya yang bekerja dengan baik dan memuaskan hati pelanggannya. Mungkin juga inilah sebabnya mood saya baik apabila kad pengenalan saya guntingkan oleh kakitangan bank tersebut.

Kad pengenalan saya kena gunting kerana kakitangan bank tersebut tersalah gunting. Sepatutnya beliau mengunting kad kredit saya yang akaunnya saya tamatkan mulai hari ini, atas sebab saya nak jimat kos dan kemudahan kad kredit tersebut saya tak gunakan sejak dua tahun lepas. Dengar kata tahun ini kena bayar cukai kad kredit pula. Jadi buat apa simpan kalau kita kena bayar lebih dan tak menggunakan kemudahannya.

Saya dah pun menamatkan kemudahan akaun semasa bank tersebut tak lama dulu kerana hanya nak jimat RM5.00 sebulan kos pengandaliannya. Juga saya telah juga menamatkan keahlian AAM kerana saya dah tak ada kereta (guna motor sahajalah sekarang ini). Semuanya hanya untuk nak jimat kos. Inilah yang ahli ekonomi dan kerajaan marah ni. Penjimatan saya akan mempunyai kesan negatif pada ekonomi negara. Mereka suka saya/kita belanja banyak supaya ramai yang akan kaya dan berbelanja. Dengan ini "kesan berganda" akan berlaku ekonomi akan meningkat. Dan kroni yang ada akan kaya raya lagi. Kerajaan juga suka kita berbelanja lebih tetapi bercakap suruh kita berjimat. Ini kerana mereka ada banyak objektif yang bertentangan. TSTlah. Mengikut tiorinya kalau kita tak berbelanja ekonomi akan menguncup dan yang kaya akan menjadi miskin/muflis agaknya.

Setelah selesai proses penutupan akaun kad kredit saya. maka kad kredit yang saya pegang perlulah dimusnahkan supaya ianya tidak disalahgunakan. Ianya perlu digunting menjadikan kad tersebut tak lagi laku. Tapi malangnya kad pengenalan saya yang kena gunting bukan kad kredit tersebut.

Kalau arwah opah saya tahu sudah tentu beliau akan kata “Kamuni selewen sangat” (hanya orang Perak lama yang tahu maksudnya. Nak tahu maksudnya carilah mereka dan tanyalah mereka).

Menyedari kesilapannya, kakitangan tersebut telah meminta maaf dan berjanji akan membayar ganti rugi dan kos membuat kad pengenalan baru mengantikan yang diguntingkannya. Yang bagusnya beliau tak panik atau mengelabah. Inilah satu sikap yang sangat baik dan berguna.

Saya merasa terkejut juga tapi saya relax sahaja.

Beliau kemudiannya menghubungi Pendaftaran Negara menanyakan kos bayaran yang dikenakan bagi menggantikan kad pengenalan yang rosak. Jawapannya RM10.00 sahaja. Ini satu lagi sikap positif kakitangan bank tersebut. Kalau macam ini sikap kakitangan bank tempatan semuanya mungkin prestasi bank tempatan mampu mengalahkan HSBC/Hongkong Bank atau SCB atau lain2 bank antarabangsa.

Walaupun beliau mahu membayar RM30.00 (kos minyak katanya) saya menolaknya kerana perbuatannya tak disengajakan dan mood saya baik ketika itu. Akhirnya beliau membayar hanya RM10.00. Saya terimanya dengan anggapan supaya beliau tak merasa susah hati dan menyesal atas perbuatan tak sengajanya itu.

Saya tak juga rugi kerana saya dapat baucer bernilai RM120.00, nilai “redemption points” akaun kad kredit saya. Bolehlah saya beli minyak (Kenapa Malaysia Merdeka, WHY6357) atau membeli barangan Petronas dan makan mD.

Baliknya saya menggunakan LRT Star, sekarang dah tukar nama RapidKL. Masaalah juga timbul ketika di LRT Stesen Ampang kerana Kad Tauch & Go saya pula buat perangai dan palang laluan keluar tak terbuka. Tapi kakitangan LRT telah meneliti kad tersebut dan membenarkan saya keluar melalui laluan “berjaga”.

Itulah. Masaalah akan ada di mana2 dan bila2 masa. Dan kebanyakannya tanpa dijangka. Asalkan kita dapat bersabar dan bertenang menghadapinya kita akan sentiasa merasa selesa tanpa banyak tekanan. Kita perlu sentiasa bersedia menghadapinya. Kalau tak bersedia maka kita akan mengelabah dan hilang kawalan suasana. Masa inilah syaitan akan membisik atau masuk campur, mengikut kata Ustaz/Ustazah.

Masaalah sentiasa menunggu kita kerana manusia perlu sentiasa dicabar bagi menjadikan mereka matang dan dapat hidup dengan lebih bermakna dan bersedia untuk kehidupan dunia akan datang.

Tapi janganlah sengaja mencari masaalah pula.

Kecuali. . .

Kecuali jika kita memain-umpankan satu masalah yang kecil bagi tujuan untuk menyelesaikan masaalah yang besar. Cara ini ramai orang dah cuba buat dan ramai juga yang berjaya. Tapi ada juga yang mencubanya tapi tak berhasil. Mungkin salah gaja. Atau salah teknik atau tak tahu stretejinya. Kalau kita berjaya sudah tentu kita puas hati tetapi janganlah lupa untuk bersyukur. Kajilah surat khabar kita dan kita akan dapat tahu siapa yang berbuat demikian.

Cabaran adalah ransangan yang membawa kebahagian, kematangan dan keyakinan diri. Itulah kata sahabat saya satu ketika dulu.


Ada juga orang yang suka dapat masaalah kerana mereka tak ada masaalah. Mereka mencuri (shop lifting) supaya ditangkap dan dikenakan tindakan. Mereka seronok bila kena tangkap kerana mereka kaya dan mudah membayar dendanya. Inilah cara mereka mendapat AGM (perhatian = Attention Getting Mechanism).Polis pun naik pening.

TAMAT

_______________________________________

Petikan catatan sahabat saya yang saya editkan kandungannya:


"AGM

AGM ialah sengkatan kepada “Attention getting Mechanism” atau dalam bahasa Malaysianya kalau tak salah, “Cara Menarik Perhatian”.

Kanak2 banyak yang memerlukan AGM. Akan tetapi orang dewasa pun apa bezanya terutama yang dah berpangkat nenek atau tok cik. Ahli politik pula apa kurangnya.

Terdapat banyak buku saikoloji yang memperkatakan AGM ini.

Adalah menjadi tabiat semula jadi bagi kanak2 untuk mempunyai sifat AGM. Bukan ianya kanak2 jika mereka tiada sifat AGM ini. Bayi yang baru lahir pun mempunyai sifat sedemikian.

Jika tidak bagaimanakah seorang bayi dapat memberitahu maknya atau orang dewasa berhampiran dengannya yang ia kelaparan, atau dalam keadaan tidak selesa. AGMnya ialah buat bising yaitu menangis atau berkeadaan gelisah.

Apabila ia meningkat dewasa dan boleh berkata2 AGMnya masih lagi menangis dituruti dengan tindakannya menjerit, meminta, membuat bising dan sebagainya.

Kenapa budak2 ramai yang nakal. Besar kemungkinan kerana mahukan AGM. Ada hasil kajian yang menyatakan bahawa budak2 merempit kerana telah dibolayankan dan mereka mahukan AGM. Nak main bola tiada padang, nak buat bising kena marah. Ini berbeza dengan zaman sebelum 80han dulu. ketika itu mereka dapat merayau merata kampong membuat bising dan seronok mencuri rambutan dan sebagainya. Orang tua pula seronok mengejar mereka yang mencuri. Maka tak perlulah membuat perkara merempit untuk mendapatkan AGM.

Suami atau isteri pula ada yang merajuk kerana nak dapatkan AGM.

Kawan2 bermasam muka tak bertegor sama sendiri hanya untuk mendapat AGM. Bila dapat AGM kamcing baliklah mereka.

Murid2 kelas dewasa pun ramai yang mencari AGM. Nak tahu perhatikan soalan yang mereka ajukan kepada guru atau Ustaz yang mengajar di Surau atau Masjid. Di Universiti mereka ini dinamakan Mahasitua kerana masuk Universiti pada zaman tuanya.

Jadi layanlah AGM semua mereka dan dunia akan menjadi lebih bermakna bagi mereka dan juga kita, kerana apabila mereka dapat AGM mereka akan berbahagia dan mengeluarkan aura positif dan mendatangkan suasana baik bagi semua makluk termasuk manusia, binatang dan tumbuhan."


Ada lagi. Tapi cukuplah setakat ini.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

No comments:

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI