Saya teringat suasana dalam kereta pada tahun2 sebelum 70han dulu apabila kita membawa kereta ketika hujan lebat. Sudah tentu kita akan mencari perca kain atau towel kecil. Tujuannya ialah untuk menghilangkan wap air yang berada pada cermin depan kereta, terutamanya yang di hadapan pemandu. Kalau tidak dibuang nanti pemandu tak boleh terus memandu kerana ia tak akan nampak jalan. Wap air pada cermin kereta akan mengkaburkan atau menghalang penglihatan pemandu pada jalan raya.
Mungkin ada juga pemandu ketika itu membuat pilihan untuk memberhentikan kereta menunggu hujan berhenti bagi menyambung pemanduannya (kawan saya kata tak boleh menggunakan istilah "perjalanannya" kerana pemandu bukannya "berjalan" tetapi menaiki kenderaan - inilah kata2 loyar buruk).
Di masa dulu bila hari hujan wap dari pernafasan pemandu dan penumpang akan melekat pada cermin kereta dan mengkaburkan penglihatan. (Wap tersebut menjadi lapisan air nipis apabila ianya bertemu dengan cermin yang sejuk akibat hujan. .Kenalah disapu-buangkan wap/lapisan air tersebut dengan kain atau towel. Sekarangni dah ada penghawa dingin kereta, yang secara otomatiknya akan menghalang wap pernafasan kita dari melekat pada cermin kereta. Kesannya, cermin kereta akan sentiasa menjadi cerah dan penglihatan kita tidak kabur.
Perkara yang sama akan belaku pada mata kita jika kita mengalami sejenis penyakit mata yang dinamakan Katarak. Akan tetapi jika terkena penyakit ini kita tak boleh gunakan kain/towel atau penghawa dingin lagi. Kita kena jumpa pakar mata di Hospital. Gulungan doktor pakar mata ini dah pun ramai di negara kita.
Katarak:
Katarak merupakan sejenis penyakit mata dimana kanta mata yang biasanya jernih menjadi legap/berselaput putih. Ia merupakan punca manusia menjadi buta jika tidak dirawat.
Apakah puncanya?
Kongenital (semasa di dalam kandungan) / Penuaan (ageing) / Kecederaan mata /
Diabetes / Jangkitan mata / Radang mata / Pengambilan ubat steroid
Gejala: Kurang penglihatan secara beransur-ansur / Silau / Anak mata kelihatan putih
Tanda-tanda: Kurang tahap penglihatan (kabur mata)/ Hilang refleks merah / Kanta kelihatan putih
Apakah Rawatannya?
Kebutaan akibat Katarak boleh dipulihkan sepenuhnya dengan melakukan pembedahan, iaitu kanta yang legap dikeluarkan dan diganti dengan kanta intraokular atau kanta palsu. Kos semasa kanta tersebut adalah diantara RM100 hingga RM700.
Apakah akan terjadi jika tidak dibedah?
Bagi orang dewasa - ia akan menyebabkan kebutaan dan penyakit Glaukoma.
Bagi kanak2 - jika lambat dibedah, ia akan menyebabkan mata malas.
Siapakah golongan berisiko?
Pesakit Diabetes yang tidak mengawal penyakitnya. / Orang dewasa berumor melebihi 60 tahun / Kanak2/bayi yang dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti penyakit seperti Rubella.
Masalah katarak berbeda dengan masalah mata glaukoma.
Glaukoma :
Dianggarkan bahawa satu daripada setiap tujuh orang buta adalah disebabkan oleh penyakit mata, glaukoma. Glaukoma ialah sejenis penyakit mata yang menyebabkan mata rosak disebabkan tekanan cecair yang terlalu tinggi dalam (bebola) mata. Tekanan tinggi dalam bebola mata ini akan merosakkan sel retina dan serabut (urat) saraf yang hingga menyebabkan ruang penglihatan sekitar seseorang itu akan menjadi semakin sempit dan kemudiannya mungkin akan terus menjadi buta. Terdapat hampir dua peratus daripada mereka berusia melebihi 40 tahun yang menghidap sakit mata glaukoma.
Kesemua jenis kebutaan disebabkan oleh penyakit mata glaukoma boleh dielakkan sebenarnya jika dapat dikesan lebih awal. Sakit mata Glaukoma biasanya tidak boleh disembuhkan, walau bagaimana pun dalam banyak kes, dapat dirawat dengan baik jika rawatan atau ubat mata yang tepat diberikan.
Glaukoma boleh berlaku pada sebelah mata sahaja atau pada kedua-dua belah mata.
Terdapat banyak jenis Glaukoma. Namun kebiasaannya, Glaukoma yang sering dihidapi pesakit adalah 'Glaukoma Sudut Terbuka'. Glaukoma jenis ini biasanya berlaku tanpa disedari oleh pesakit.
Bagaimana ia terjadi ?
Dalam mata yang sihat, terdapat cecair aques humour yang berkitaran menerusi bahagian depan mata dan keluar melalui salur 'Canal of Schlem'.
Dalam Glaukoma, sistem pengaliran tersebut telah tersumbat sedangkan cecair aques humour tetap dihasilkan dan dirembeskan ke bahagian depan mata. Ini menyebabkan tekanan dalam mata menjadi tinggi.
Apabila tekanan meningkat lebih dari paras biasa, ia akan menyebabkan kerosakkan pada saraf optik iaitu saraf yang menyambungkan mata ke otak. Kesannya ialah medan penglihatan akan terjejas sedikit demi sedikit dari bahagian sisi sehingga pesakit menjadi buta.
Siapakah sasaran Glaukoma ?
Individu yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap Glaukoma.
Umor 40 tahun ke atas / Penghidap Diabetes dan Darah Tinggi / Pengambilan ubat Steroid
Apa Itu Glaukoma Kronik ?
Tanda-tanda :
Medan / ruang penglihatan menjadi sempit secara perlahan-lahan / Sakit kepala atau rasa senak pada mata / Buta tanpa sebarang tanda awal
Apa Itu Glaukoma Akut ?
Tanda-tanda :
Sakit mata secara tiba-tiba / Mata merah / Kabur penglihatan / Sakit kepala / Loya dan muntah-muntah
Apakah rawatannya ?
Ubat titis mata / Ubat Pil / Pancaran laser / Pembedahan
Apakah tindakan anda?
Dapatkan pemeriksaan Pakar Oftalmologi jika anda :
Mempunyai ahli keluarga yang menghidap Glaukoma / Berumor lebih dari 40 tahun / Mempunyai tanda-tanda Glaukoma / Menghidap Diabetes / Darah Tinggi
RAWATAN DAN SUSULAN BAGI PESAKIT GLAUKOMA DIPERLUKAN SEUMUR HIDUP. PASTIKAN RAWATAN DIAMBIL MENGIKUT NASIHAT DOKTOR.
Mata manusia mempunyai fungsi seperti kamera bagi melihat dengan jelas. Objek yang sedang dilihat akan difokuskan keatas retina. Keadaan ini dapat dicapai dengan kuasa menumpu yang ada pada kornea dan kanta. Sebaliknya bila imej tidak difokuskan dengan tepat ke atas retina, penyakit mata iaitu rabun mata akan terjadi. Ini akan menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan masalah atau penyakit mata ini boleh dibetulkan dengan menggunakan cermin mata atau kanta sentuh.
Jika bahagian kanta terdapat selaput katarak, pilihan terbaik ialah dengan menggantikan kanta asli kurnian Allah dengan kanta palsu, dengan keredoanNya. Inilah hasil kemajuan ilmu yang diperturunkanNya.
Terdapat juga masaalah mata yang menyebabkan kita rabun dan tidak dapat melihat dengan jelas akibat kelemahan otot pada kanta mata. Apabila otot tersebut tak cekap kanta yang menfokuskan objek pada retina tak dapat berbuat demikian dengan baik. Ini diatasi dengan pemakaian cermin mata. Dan pemakanan yang baik.
AMARAN BERGUNA
JIKA ANDA MANGHADAPI MASAALAH MATA CEPATLAH JUMPA PAKAR MATA DI HOSPITAL. MEREKA INI SANGAT BERPENGALAMAN DAN SANGAT MAHIR.
JIKA ANDA MANGHADAPI MASAALAH MATA CEPATLAH JUMPA PAKAR MATA DI HOSPITAL. MEREKA INI SANGAT BERPENGALAMAN DAN SANGAT MAHIR.
Mata adalah nikmat kurniaan Allah yang diberi percuma. Bersyukurlah secara yang terbaik.
http://hsnzkt.gov.my/oftalmologi/index.html
(Gambar bergerak dipetik tanpa kebenarannya)
Pesanan Tokki Di kepada anak cucunya
Beliau pun dapatnya dari Taskirah/Motivasi pagi:
Semasa mereka sedang tidor pun kita boleh bercakap dengan mereka dan ini bukannya kerja gila. Telah terbukti mereka mendengar melalui naluri.Pendek kata mereka perlu diransang 24 jam sehari nampaknya. Tapi ianya berbaloi.
No comments:
Post a Comment