GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Friday, February 26, 2010

NICHE = KEISTEMEWAAN = KELEBIHAN



NICHE


Di dalam dunia perniagaan istilah “niche” sangatlah penting kerana ianya dapat meningkatkan permintaan kepada perkhidmatan atau barangan yang kita keluarkan. Akibatnya ianya menghasilkan keuntungan yang berlipat ganda. Banyak barangan di masa dahulu yang mempunyai “niche”nya yang tersendiri.

Orang zaman dahulu tidak membeli ubat gigi. Mereka membeli “Colgate”. Kalau seseorang itu hendak ke kedai kita boleh pesankan untuk membeli colgate dan ia akan dibelikan ubat gigi.

Mereka tak membeli negatif/filem untuk kamera mereka tetapi mereka membeli "Kodak". Tak membeli pisau cukur tetapi membeli "Gillette". Mereka tak memphotostat tetapi mereka menXerox.

Genama Colgate, Kodak, Gilette dan Xerox bukanlah barang yang mereka beli sebenarnya. Yang mereka beli ialah ubat gigi, negatif filem, pisau cukur dan membuat penduaan (photostat).

Tetapi kenapa bila minta Colgate, penjual di kedai tahu mereka nak beli ubat gigi dan dijualkanlah ubat gigi, tak kiralah genama apa. Asalkan ubat gigi mereka namakannya Colgate. Inialh niche yang Colgate perolehi sehingga semua genama ubat gigi mereka sebutkan Colgate.

Tetapi sekarang dah tak begitu. Generasi baru tak kenal pun Kodak atau Xerox. Banyak negatif filem genama lain yang mereka kenal (Fujicolor, Sakura, dll) dan ianya adalah lebih murah dari Kodak. Orang muda sekarang tak kenal pun apa itu Xerox tapi hanya kenal mesin photostat berbagai genama. Ini adalah kerana niche yang dipunyai oleh Colgate dan Xerox dah luput.


Setiap genama barang yang kita jualkan boleh mempunyai “niche”nya yang tersendiri.

Pada satu ketika genama Ramly terkenal sebagai burger halal. Ianya mempunyai niche kerana semua burger keluaran lainnya adalah tak halal. Jadi burger halal Ramly sangat terkenal dan mempunyai pasaran yang sangat besar. Lihat http://en.wikipedia.org/wiki/Ramly_Burger

Satu ketika dulu juga terdapat genama “Besta” yang keluarannya tak dapat menampong permintaan dan kebanyakan pasar raya kehabisan stok.



Setiap manusia juga perlu mempunyai nichenya yang tersendiri. Datok Khalid (Lat) misalnya, telah memperolihi nichenya yang tersendiri. Begitu juga Super Mok dan Santok dan Chin Ann. Sidek Brothers? Seluruh dunia kenal mereka.

Niche ini tidak susah dicapai oleh setiap orang. Ini adalah kerana semua manusia ada kekuatannya dan ada kelemahannya. Kalaulah kita memperkokohkan kekuatan kita kita akan mencapai niche yang kita patut capai. Tetapi kalau kita keciwa dengan kelemahan yang kita ada maka gagallah kita sebelum berjuang.

Peranan ibu bapa dan manusia sekitar amatlah penting dalam mencapai niche seseorang itu. Kalaulah seseorang itu selalu atau sentiasa disogokkan dengan perkataan yang negetaf maka lemahlah dia dan sangat susah baginya untuk berjaya. Kalaulah kelemahannya selalu diungkit dan dicakapkan kepadanya maka dungulah dia dan ia akan menjadi manusia yang tidak bermaya berusaha membaiki prestasinya.

Kenapakah manusia berjaya? Kerana ianya mengalakkan dirinya untuk berjaya dan manusia sekelilingnya memberi semangat dan peransang untuknya berjaya. Kedengaran padanya hanya ransangan yang positif untuk lebih berusaha. Dan usaha itulah tangga kejayaan. Dan semangat berusahalah obor yang menerangi jalan lorong ke arah mencapai kejayaan.

Niche setiap manusia perlu dipupuk dan dibaja untuk ianya mendatangkan hasil yang membanggakan. Semua manusia adalah berguna kepada masyarakatnya. Buat kata cerita hikayat lama: yang capik datang bertongkat, yang buta dipimpin, yang gatal kulit membawa buluh (miangnya tak terasa), yang pekak memasang meriam (tak sakit telinga), dan sebagainya. Yang kaya membantu yang miskin. Yang miskin bekerja untuk yang kaya. Niche orang kaya ialah mereka banyak duit dan harta untuk membantu orang lain (kalau mereka tak kedekut). Niche orang miskin mereka sangat rajin berusaha (ini yang rajin, yang malas pun ada).

Dan niche yang ada pada setiap manusia perlu digunakan untuk kebaikan masyarakatnya disamping untuk dirinya dan keluarga tanggungannya.

Carilah niche anda dan bantulah semua manusia untuk memperolehi nichenya yang dikurniakan oleh yang Maha Esa. Juga carilah niche anak-anak anda dan cucu-cucu anda. Bantulah mereka dan jangan sesekali melemahkan semangat mereka untuk mencapai niche masing-masing.

Niche diterjemahkan sebagai kelebihan masing-masing yang dikurniakan Allah. Ramai yang tak tercapai “niche”nya kerana mereka tak cuba mencari atau tidak digalakkan untuk mencari.

Serupalah dulu kala dimana ada guru yang menyatakan orang Melayu tak boleh belajar Sains kerana susah. Kaum lain boleh kerana mereka rajin berusaha. Apakah maksudnya? . . . “Kami dulu tak kesah. Kami derah sahaja dan sejak itu kebanyakan bangsa Melayu banyak yang berjaya dalam bidang Sains”.

Apakah niche anda. Pastilah ada. Yang tak ada kenalah cari sendiri untuk berjaya. Kerana niche inilah yang boleh mencapaikan kejayaan anda. Kalaulah niche anda dah mula merosot, carilah niche yang lain. Anda pasti mempunyai niche alternatif yang lain yang banyak, tahu dengan tak tahu sahaja. Takkah Allah nak biarkan makluknya tanpa niche kerana itulah janjiNya menyediakan kehidupan kepada makluknya. Usahalah untuk mencarinya. Dan carilah juga niche anak cucu anda.

Selamat berjaya.

==================================================


Pesanan Tokki Di kepada anak cucunya:


Bukannya susah untuk mendapat pahala berterusan, walaupun bila kita dah mati.

Diantara perkara yang boleh dibuat untuk mendapat pahala berterusan disenaraikan di sebelah ini. Kalau boleh buat semuannya sangat beruntunglah kamu.

Kalau tak boleh buat semua janganlah kamu inggal kebanyakan darinya.

Biar dapat jangan terlambat.


Banyak lagi tetapi inilah yang didapati dari hadis Nabi Muhammad SAW yang terbaca dan diketahui.

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


Alhamdulillah.

Telur ayam perlu dibasuh membuang najisnya

supaya tak masuk ke dalam makanan.

No comments:

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI