BERPUASA

BERPUASA
Berjaya dan selesalah mereka yang sentiasa berfikiran positif.

GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PERUBAHAN KITA MEMBAWA PERUBAHAN LAINNYA

PERUBAHAN KITA MEMBAWA PERUBAHAN LAINNYA
Kitalah berupaya mengubah baik diri, yang lainnya akan turut berubah.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Thursday, May 26, 2011

PENYEBARAN AGAMA ISLAM DI NUSANTARA

.
=========================
PELIK, TAPI IANYA ADALAH BENAR


Semalam saya terdengar siaran radio Salamfm dan tertarik dengan apa yang diperkatakan radio tersebut tentang kedatangan Islam ke Nusantara.

Islam dikatakan disebarkan ke Nusantara oleh orang Cina dari negeri China, di bawa melalui Champa (Vietnam) ke Kampong laut Kelantan kemudian ke Tanah Jawa dan Sumatra.

Disamping itu Islam juga ada disebarkan oleh pedagang Arab.

Diperkatakan pula bahawa orang Melayulah yang menyebar ugama Buddha ke negeri China. Buku (kitab) agama Buddha pula dituliskan oleh orang Melayu menggunakan bahasa Sanskrit.


Ceritanya selanjutnya di bawah ini:

1) http://www.youtube.com/watch?v=ZyNTh8AW-cY&feature=youtube_gdata


2) http://www.youtube.com/watch?v=MJQLS41YNfg&feature=youtube_gdata




Masjid Kpg Laut &
Masjid Demak
sama reka
bentuknya




--------------------------------------------------------------

Wednesday, May 18, 2011

MEMBAIKI KEROSAKAN MATA

=================

Tak perlulah kita kuatir apabila kita mula rabun kerana teknoloji moden dapat mengatasinya dan rakyat kita dah mahir mengenainya. Berjumpalah mana2 klinik kerajaan atau swasta untuk dirujuk kepada pakar mata supaya kaedah memulih kerosakan mata dapat dibuat dan kita dapat hidup dengan lebih selesa.





http://http//eyecaretips.net/facts-about-laser-eye-surgery.html





video




video

video

Tuesday, April 5, 2011

CERMIN DIRI

================================ Ini dipetik dari siaran RTM2. Banyak ilmu mereka bincang tentang manusia dan perangai mereka. Dengarlah: http://www.youtube.com/watch?v=-fSgWF2xII4&feature=youtube_gdata -----------------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday, March 22, 2011

MENGAWAL RISIKO DI JALAN RAYA

-----------------------------------------------------------------------------------







.
.

===========================================================

Tuesday, March 15, 2011

MENYESAL LAMBAT BERTINDAK






MENYESAL LAMBAT MULA

Petikan Perbincangan IKIMfm 20110314




Seorang doctor wanita menyatakan sesalannya kerana hanya mula belajar memasak ketika beliau sedang menuntut di Universiti Aberdeen dan bukan sebelumnya. Sekarang beliau menggalakkan anak2nya walaupun berumur 6 tahun membantunya memasak, sambil mempraktikkan pelbagai ilmu termasuk mengira (timbangan, campor, dll). Anak2nya sangat gumbira berbuat demikian.

Inilah aktiviti yang menguntungkan.
Seorang sahabat saya pula menyesal lambat membuka klinik pergigiannya kerana mahu terus berkhidmat dengan kerajaan. Kalaulah tahu indahnya hidup dengan membuka klinik sendiri sudah tentu beliau berbuat demikian selepas tamatnya kontraknya dengan kerajaan. Sekarang jam kerjanya singkat dan beliau dapat banyak masa menguruskan keluarga dan anak2.

Dan ada banyak masa untuk memasak, satu tugas yang sangat besar faedahnya.

Dah r
amai juga leni mereka yang mula memasak sendiri di rumah bagi mendapatkan makanan yang berkhasiat bersih suci yang ada bahan racun minimal (tak dapat elak).

Resepi pun dah banyak melambak di Internet atau majalah/akbar/buku. Yang perlu ialah pilih dan cuba mana yang diminati. Hasilnya akan menakjubkan terutama segi kebersihan dan pilihan zat makanannya. Bahan racun pula dapat dihindarkan, jika mahu.

“Kalaulah aku tahu faedahnya dah lama aku buat”.

Petikan Mahligai Kasih IKIMfm 201103151000 diolah semula dan ditambah tokok.




SELESAIKAN BUKAN HANYA FIKIRKAN




PETIKAN TV2 201103150740



Tumpulah kepada menyelesaikan masalah. Tidaklah cukup hanya dengan memikirkan masaalah tanpa tindakan mengatasinya. Tumpulah kepada mengatasi masaalah bukan meneliti masaalah tanpa tindak balas.

Mereka yang berjaya berusaha dan sentiasa mencari peluang tanpa memikirkan rintangan atau halangan yang datang. Pada mereka rintangan juga merupakan peluang untuk diatasi. Ibarat duri durian yang perlu dielak-alihkan supaya isi durian yang lazat itu dapat dinikmati.
Mereka tak pernah berfikir yang negative. Pula dah lapuk pada mereka untuk berfikiran positif kerana mereka dah mula menggunakan “kuasa fikir” sebagai satu kuasa yang berupaya mengarahkan keadaan supaya bergerak selari dengan kehendaknya, walaupun perkara yang difikirkannya adalah tak lojik asalnya. Daya fikiran berupaya menjadikan yang tak lojik itu menjadi lojik.

Contoh: Ubat yang diberikan oleh doctor dapat menyembuhkan penyakit, walaupun yang diberikannya itu sebenarnya bukannya ubat (kerana badan kita bertindak memikirkan ianya ialah sebenarnya ubat dan bertindak seolah2 ianya ubat). Kajian menyatakan bahawa 75% penyakit berasal dari cara berfikir, kalau fikir nak demam sudah tentu akan demam, juga sebaliknya,

Petikan TV2 201103150740/MM/Z

Monday, December 13, 2010

MENANG, MENANG, MENANG DAN MENANG

MENANG

DAN MENANG

DAN MENANG



SEMUANYA MENANG TIADA YANG KERUGIAN


Semua manusia mau menang dan tak mau kalah.

Tapi jangan salah sangka. Setengah manusia yang bijak membenarkan dirinya kalah tak menang dengan tujuan mahu kalah sekarang tapi akan menang pada masa akan datang. Ini mungkin stratejinya untuk menang dalam masa jangka panjang. Biarlah kalah pada awalnya tetapi pasti akan menang pada kesudahannya.

Inilah salah satu strateji peperangan, itulah yang saya dengar dari kawan2. Itulah juga muslihat setengah ahli perniagaan, biarlah pesaingnya menang dulu tetapi akan dikalahkan pada masa akan datang.

Manusia pada zaman dahulu, juga masih diamalkan oleh setengah kita sekarang ini ialah kita mesti menang dan pesaing kita mesti dikalahkan. Kejayaan diukur apabila kita menang dan musuh atau pesaing kita ditewaskan dan mati atau cacat fisikalnya atau jiwanya atau semangatnya. Kita mahu jadi hero dan tak mahu kalah.

Kesannya setiap kita bertarung untuk menang mengalahkan musuh atau lawan kita. Rugilah pehak yang kalah dan kalau di zaman dahulu segala harta benda mereka akan dijadikan harta rampasan. Di zaman sekarang mereka yang kalah ini tak akan dipedulikan, mungkin.

Tetapi zaman berubah dan peragai manusia pula turut berubah. Manusia mula menjadi jinak dan tidak berperasaan ganas atau tak bertimbang rasa.

Timbullah keadaan di mana kita tak mahu menang dan musuh kita kalah. Kita sekarang tukar polisi kita dengan berniat supaya kita pasti menang tetapi lawan atau musuh kita juga menang dan tiada siapa yang kalah atau rugi. Maksudnya kita tidak lagi bermusuhan menewaskan lawan kita tapi kita sekarang saling bantu membantu satu sama lain. Kesannya kita tak rugi dan lawan atau pesaing kita pun tak rugi.

Banyak perniagaan sekarang ini menggunakan strateji begini. Kita bersaing tetapi tak bunuh-membunuh pesaing kita.

Contohnya: Katakanlah Shell dan Esso dan Petronas berbuat demikian. Kesannya mereka boleh bersaing tetapi mereka juga boleh berpakat katakan, menaikan harga minyak keluaran mereka. Dengan tindakan bersama tersebut mereka semuanya mendapat untung dari kenaikan minyak tersebut.

Keadaan ini dinamakan keadaan "Menang-Menang" kerana mereka semuanya dapat untung dan tak ada yang rugi.

Dari keadaan “Menang-Kalah” dulunya tatkala mereka bersaing dan membunuh perniagaan lawannya, sekarang mereka adalah dalam keadaan “Menang-Menang” setiap pesaing mendapat untung yang berpanjangan dan yang lebih besar dari apabila mereka bersaing untuk membunuh perniagaan lawannya.

Kalaulah perniagaan warong makanan bersikap demikian, mereka semuanya bolehlah menikmati keuntungan yang berpanjangan. Jiwa pun menjadi tenang dan bahagia tanpa perasaan risau dan iri hati. Bandingkanlah jika mereka bersaing dengan menggunakan ilmu hitam (santau, sihir, dll) sapertimana diceritakan berlaku di zaman dahulu. Hidup pun tak tenang dibuatnya. Dengan bekerjasama semua mereka boleh mengaut untung.

Dari keadaan “Menang-Kalah” dahulunya, manusia telah berubah kepada suasana “Menang-Menang”, tiada siapa yang kalah atau rugi.

Nanti dulu!

Jangan kata lagi tiada siapa yang rugi.

Kalau ditelitikan betul2, pasti ada yang rugi.

Dalam contoh Shell-Esso-Petronas di atas mereka semuanya untung dan tiada yang rugi. Yang rugi ialah pengguna yang membeli minyak mereka. Persekutuan mereka membolehkan mereka menaikkan harga minyak untuk mendapatkan lebih untung. Tetapi pelanggan mereka rugi kerana terpaksa membayar lebih untuk mendapatkan minyak. Kecuali jika kerajaan atau pehak berwajib saperti persatuan pengguna masuk campur.

Jadi, keadaan “Menang-Menang” ini pun ada buruknya kerana ianya menyusahkan pehak ketiga, dalam contoh di atas pehak ketiga ialah pembeli minyak mereka.

Jadi perlulah kita berubah dari keadaan “menang-Menang” kepada keadaan “Menang-Menang-Menang” yaitu pehak pertama dan kedua beruntung dan tak rugi dan pehak ketiga juga dapat faedahnya dan tak menanggung kerugian.

Ada pula mereka yang menjelajah lebih jauh lagi dengan mencadangkan keadaan “Menang-Menang-Menang-Menang” bermakna menjadikan semua makluk Allah tak rugi tetapi dapat faedah. Ini termasuklah alam sekitar, binatang dan tumbuhan. Juga jiwa kita sendiri mendapat faedahnya kerana dapat ketenteraman hidup.

Tak guna juga jika semua pehak mendapat faedah tetapi alam sekitar dan kehidupan makluk Allah diganggu gugat.

Inilah cerita perbincangan yang saya dengar di TV2 pagi tadi, dengan sedikit olahan. Ruj: 20101213@0800


Jagalah Alam Sekitar Kita

PANDAK CHANGKAT PETAI

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My Photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI