GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Saturday, May 29, 2010

REZEKI YANG ADA

KAIS PAGI MAKAN PAGI . .

Tentulah susah jika manusia terpaksa kais pagi makan pagi.

Tetapi manusia dan juga makluk Allah lainya sudah dijanjikan Allah yang rezekinya memang ada disediakan untuknya. Kalaulah ia berusaha lebih maka bertambahlah rezeki (tersedia) yang dikecapinya. Jika ia malas maka rezekinya yang ada tersedia masih menunggunya, sampailah ia berusaha untuk mendapatkannya, jika tak terlambat.

Asasnya: carilah rezeki yang dikurniakan untuk mendapat dan menikmatinya. Dan jangan lupa hanyalah yang halal dan baik. Ramai juga sekarang ini tak kesah sangat halal haramnya. Kata orang jawablah awak kemudian nanti.

Dan bukankah kita semuanya dilahirkan telanjang bulat? Usahalah yang membuat kita berpakaian indah atau sebaliknya.

Burung yang keluar dari sarang di waktu pagi setelah berusaha, akan balik ke sarangnya untuk berehat dengan keadaan kenyang, dengan bekalan untuk anak2nya pulatu.

Tapi kadangkala jika dah tak ada rezeki melepas juga apa yang kita hajati.

Ini berlaku kepada saya pagi tadi jam 9.30 pagi.

Saya terkejut apabila buah mangga di hadapan rumah saya jatuh ke tanah. Bukan sebiji tetapi dua biji.

Bila saya pergi melihat terdapat sahabat kita sedang memakan mangga di atas pokoknya. (Saya teringat semasa saya kecil dahulu saya pun berbuat sedemikian: makan langsat di atas pokok langsat, makan manggis di atas pokok manggis dan makan rambutan di atas pokok rambutan. Juga makan buah kundang, cenerai, dll. Kecuali buah jengkol).

Saya naik kesihan juga kerana ia terpaksa datang dari jauh dan menghadapi banyak risko untuk mendapatkan makanan mangga saya yang belum masak lagi itu.

Saya cepat2 mengambil alat penangkap gambar (kamera) dan sempat mengambil gambarnya sedang makan mangga di atas pokok tersebut. http://www.youtube.com/watch?v=w-79nREWUmI&feature=player_embedded

Tetapi tak sempat lama kerana seorang jiran saya yang baru balik telah melalui pokok mangga tersebut dan kawan kita ini pun mungkin naik takut dan terjatuhlah mangga yang sedang dimakannya.

Kawan kita pun turun dari pokok mangga tersebut dan lari balik. Ke mana tak tahulah. Mungkin mencari rezekinya halalnya, ditempat lain.

Saya, sebelum ini merasa hairan tak tahu siapa yang makan buah mangga saya yang saya dapati selalu jatuh ke tanah dengan sebahagian buahnya terkena gigit. Sekarang ini barulah terjawab. Rupanya seekor monyet dari hutan berhampiran datang membuat lawat berkala ke pokok mangga tersebut. Dah adapun buktinya kerana saya melihat sendiri dan ada rakaman vedionya pula yang saya ambil.

___________________________________________________________

Kaum kawan kita ni banyak yang merempat sekarang ini. Kira2 sepuluh tahun yang lepas pun saya terjumpa sahabat ini seorang diri di pagar rumah saya, sedang mencari rezeki agaknya.

Tahun lepas saya ternampaknya sedang mencari makanan di pagar rumah bersebelahan warong pagi Jumaat kami depan rumah Arwah Ustaz Azrai, Ceras Bukit A buat beberapa Jumaat. Lepas itu tak ada datang langsung. Kami yang sedang makan melawak dengannya ajak makan bersama.

Di kebun dusun saya di kampung mereka dikirakan menjadi raja, makan apa yang ada. Kami niatkan sedekahlah untuk mereka yang merempat ini, mereka kias pagi makan pagi.

Di Kolej ke Ketiga/Empat Universiti Malaya, mereka selalu juga masuk bilik yang terbuka mencari barangan pelajarnya (kawan saya dah kena). Di jalan lembah dekat Pusat Islam/Masjid Negara mereka juga ada merayau ditepi janan, berjaga2lah jika berjalan kaki (kawan saya berjalan kaki juga dah kena ganggu). Mereka ini kadang2 garang juga. Yang berada di Botanical Garden Pulau Pinang mereka sekarang ini lebih agresif dan hanya minum air botol berkarbanat, tak macam dulu hanya makan kacang yang diberikan pelawat.

Itulah sahabat kita yang telah lama kita pinggirkan. Manusia pun akan menjadi sedemikian jika kita mula pinggirkan mereka. Dalam Al Quran ada juga disebutkan “menjadi kera ….”.

Itulah rezekinya.

Dan mungkin ianya bukan rezeki saya.

Lagi pun saya pada musim ini tak buat apa2 usaha untuk mengurangkan risko buah mangga saya musnah atau tak dapat kami makan. Pada musin lepas saya balut buahnya dengan kertas dan selalu mengawasi “keselamatannya”.




















Rumah saya memang di kawasan pinggir hutan. Namanya saja tinggal di KL kerana Pejabat Posnya 56100 KL. Kediamannya di kawasan Ampang dan berjiran dengan hutan Hulu Langat. Awal 80an dulu rusa pun ada masuk rumah, ditangkap oleh Hj Saadon Jalan 1/15, tetapi dilepasnya kerana kesihan. Dan ditangkap dan disembelih pula oleh kawan2 Wak Sudi.


No comments:

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI