GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Friday, May 28, 2010

PUASA TAMBAHAN


PERBUATAN DAN FIKIRAN


Saya terdengar satu saranan melalui TV2 baru2 supaya kita sepatutnya mula berpuasa cara baru. Puasa yang dimaksudkan bukanlah puasa Ramadhan atau lain2 puasa sunat yang digalakkan oleh agama kita.

Puasa yang disarankan adalah puasa yang sangat unik dan hanya mampu dilakukan oleh mereka yang kuat semangat juangnya.

Bukan mudah untuk melakukannya. Tetapi mengikut saranan tersebut jika kita dapat melakukannya kita akan menjadi makluk yang matang dan berfikiran bahagia dan dapat menghadapi masaalah harian kita secara terbuka dan selesa.

Puasa jenis ini adalah satu amalan yang baik dan bagi setiap amalan yang baik jika betul niat tujuannya maka ianya akan mendatangkan pahala. Jadi berpuasa sebegini, InshaAllah akan juga mendatangkan pahala akhirat bagi mereka yang melakukannya.

Puasa ini bukanlah satu puasa tidak makan dan tidak minum (dll) saperti puasa Ramadhan atau puasa sunat yang ramai dari kita lakukan. Puasa ini ialah puasa tidak melakukan dan tidak memikirkan perkara yang negatif. Kita puasa menahan diri kita dari melakukan perkara yang negatif dan kita puasa menahan diri dari memikirkan perkara yang negatif.

Maksudnya kita berpuasa dari berbuat dan memikirkan perkara yang biasa kita buat dan kita fikirkan seharian. Bukankah menjadi tabiat biasa manusia untuk berbuat dan memikirkan perkara yang tidak baik dan perkara yang negatif. Kita telah disogok dan dididik dari kecil lagi untuk berbuat dan berfikir secara negatif. Kalau tak percaya bacalah surat khabar atau berboraklah di mana2 tempat berborak dan nilaikan berapa peratuskah yang positif dan berapa peratuskah yang negatifnya. Dan yang negatif itu adalah lebih seronok didengari dan dibuat dan yang positif itu adalah kurang diminati kebanyakannya.


Itulah saranan TV2 tersebut.

Supaya kita mula berpuasa dari melakukan dan memikirkan perkara yang negatif. Sangat mudah tapi susah juga bila hendak melakukannya. Kecualilah kalau kita dapat tingkatkan semangat untuk melakukannya. Kesannya pula jika berjaya sangatlah menakjubkan. Dan kalau berjaya tentu kita akan menyesal pula kerana tidak berbuat demikian dahulu lagi.

[Macam kawan saya yang buka klilik gigi selepas beberapa puluh tahun makan gaji. "Menyesal saya bukanya lambat". katanya. Beliau sekarang hidup selesa bekerja sebelah petang sahaja. Masa lainnya boleh buat kerja lain yang berfaedah dan bersama keluarganya.]

Masa puasa yang disarankan ialah untuk berpuasa selama 48 “jam-sedar” (tak termasuk masa tidur kita).

Dan syaratnya lagi: jika kita terbatal puasa tersebut (dengan berbuat atau memikirkan perkara yang negatif) kenalah mula balik mula berpuasa 48 jam-sedar tersebut.

Melakukan dan memikirkan perkara yang negatif termasuklah memarahi seseorang, dengki, kianat, berfikiran songsang, buruk sangka, malas, menipu, dll, dll, dll.

Inilah satu perkara yang senang tapi susah nak kita buat. Mengikut ceritanya ada yang berjaya dan mereka yang berjaya berbuat demikian menjadi manusia yang matang dan bahagia, juga mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi.

Disamping tidak melakukan dan memikirkan perkara yang negatif, boleh pula kita tambahkan membuat dan memikirkan perkara yang positif, termasuk menolong maklulk lain yang memerlukan pertolongan dan panduan.

Mungkin kita perlu menjadi saperti mereka. Supaya kelam kabut kehidupan harian kita dapat disinar-cahayakan.

Dahulu seorang penceramah di TV2 ada membuat cadangan untuk kita memakai gelang getah di tangan. Dan kalau kita berkata perkara yang negatif maka kita perlu tarik getah tersebut (dan kemudian lepaskannya) supaya kita dihukum sakit secara sukarela kerana berkata yang negatif. Sekarang kita pula disarankan berpuasa dari berkata, berbuat dan berfikir perkara yang negatif. Lihat: RAHSIA GELANG GETAH

Dulu ada juga ada saranan untuk kita apabila membayar tol jalan raya kita tolong bayarkan tol untuk kereta di belakang kita. Ini akan menjadikan kita orang yang bahagia. Cubalah! Kalau nak pastikan ianya benar atau tidak.

Atau semasa membayar makanan di warung atau kedai makan tolong bayarkan untuk meja sebelah. Yang ini kami selalu terkena. Bukan kami kena bayar tapi orang lain yang bayarkan untuk kami. Selalunya di Warung Pak Mid, warung Ceri (Sulaiman) dan di Bukit A Ceras Baru.

Pagi Ahad lepas di Warung Pak Mid, begitu juga. Tapi yang besnya pada hari itu terdapat empat orang yang hendak bayarkan apa yang kami makan di Warung tersebut. Kami pun berkata pada Pak Mid terimalah dari keempat2nya. Bayaran terlebihnya simpan untuk Ahad minggu depan kerana saban hari Ahad kami berkumpul makan di Gerainya.

Inilah jambatan yang tergantung pembenaanya dahulu kala kerana menurut ceritanya tidak direstui oleh penduduk kampung kerana mahukan suasana kampung tidak dicemari pengaruh pekan Kuala di seberangnya. Mereka rela menyeberangi sungai tersebut menggunakan bot tambang 10sen (harga dulu) dari mendapatkan jambatan. Anak cucu mereka sekarang ini pula tak kesah sangat dan kurang pentingkan kehidupan tradisi kampung mereka.

____________________________________________________________________

No comments:

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI