GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Saturday, September 25, 2010

RADIOKU MEMBEBEL


BIARKANNYA MEMBEBEL



Semasa tahun 60an dulu saya suka melalui rumah Kak Sidah di kampong saya. Bila nak melalui rumahnya saya tentu pasang telinga. Bukan apa untuk mendengar radionya yang sentiasa berbunyi terutamanya di siang hari. Memang tabiatnya meng”on”kan radionya sepanjang hari. Lagu yang didendangkan melalui radionya bunyinya sangat sedap dan sempurna didengari. Boleh saya sebutkan yang beliau mempunyai radio yang terbaik di kampong kami.

Saban petang pula ramai juga penduduk kampong melepak di kedai Man untuk mendengar lagu Hindustan melalui radionya. Sound radionya baik juga dan beliau sangat minat dengan lagu Hindustan. Sambil melakukan barangan yang dijualnya, beliau pasang radio siaran lagu Hindustan dan ramailah orang yang datang melepak di kedainya mendengar lagu.

Sekarang kegiatan sebegini dah tak ada lagi. Masing-masing dah ada radio sendiri. Tambah pula sekarang dah ada TV radio pun dah mula tak laku. Kawan saya, Hasan Yatim, berkata yang beliau tak pernah mendengar radio buat beberapa tahun yang lepas.

Tapi jangan lupa bahawa pengendali radio sekarang ini dah lebih bijak untuk menarik hati pendengarnya. Dan siaran radio sekarang ini dah banyak baiknya berbanding di masa2 lepas. Di zaman dahulu radio kita gunakan untuk mendengar lagu dan lain siaran yang berbentuk hiburan. Dulu radio kita semuanya sehala, sekarang siaran radio kebanyakan dua hala atau bercabang hala. Maksudnya pendengar boleh beri komen atau bertanya secara "live" atau bersiaran lansung.

Dan sekarang ini banyak stesen radio yang membekalkan ilmu kepada pendengarnya. Dan banyak pula pilihan stesen siaran yang kita boleh pilih.

Sekarang ini disamping kita mendengarnya, kita boleh berinteraksi dengan radio tersebut. Saban malam jika kita terjaga, cuba onkan radio dan dengar perbincangan antara pendengar dan juru hebah. Atau kita boleh dengar perbincangan ilmiah antara beberapa tokoh dan kalau kita nak, kita boleh bercakap dengan mereka memberi pendapat atau menayakan soalan kepada mereka melalui telefon atau facebook atau sms.

Changgih betul siaran radio kita sekarang ini.

Saya pun banyak belajar melalui radio dihandset saya dan dari siaran radio dari PC saya.

Bila saya onkan PC saya, saya sudah tentu akan onkan juga radionya untuk mendengar ianya “membebel”. Biarkan ianya membebel sampailah jika ada perkara yang perlu saya dengar dengan teliti saya akan pasang telinga saya. Dan kalau ada siaran yang sangat baik untuk saya rakamkam maka saya akan rakamkannya dalam PC saya untuk didengar di masa akan datang.

Dan kalau saya merayau berjalan kaki untuk mengeluarkan peluh maka saya akan bawa handset saya untuk mendengar radionya. Banyak juga ilmu yang saya perolehi dari siaran radio yang saya dengar tatkala berjalan tersebut.

Diantaranya: Pada hari Jumaat lepas saya dapat tahu yang roti crossent yang berbentuk bulan sabit itu berasal dari kesan kekalahan tentera bukan Islam apabila dikalahkan oleh tentera Islam. Oleh kerana geramnya kumpulan bukan Islam tersebut maka mereka membuat roti berbentuk bulan sabit (melambangkan Islam) untuk digigit dan dimakan. Ini saya dengar dari Radio IKIM melalui siaran masakannya. Dan Chef yang menerangkan hal ini mendengarnya dari seorang chef di Magribi.

Atau "istilah batuk ditangga" - "batuk" yang dimaksudkan bukan batuk gatal kerongkong tetapi batuk = alat bekas air. Dalam Kamus Dewan ada diterangkan maksudnya. Membuang batuk di tangga ialah membuang bekas air tersebut selepas digunakan untuk membasuh kaki. Di zaman dulu sebelum naik ke rumah kita kena basuh kaki dulu. Ada disediakan tempayan berisi air dan batuk untuk menceduk air tersebut. Menurut tata caranya batuk tersebut perlu diletakkan semula pada tempayan. Tapi ada orang yang tidak berbuat demikian hanya melepaskannya ketika menaiki tangga. Inilah kerja yang tak kemas atau tak senonoh.

Sebelum mendengar penerangan radio tersebut saya ingat batuk ialah sakit atau gatal kerongkong. Ramai dari kawan saya pun menyatakan demikian apabila saya tanya mereka. Hanya Hj. Osman dan Hj Hashim yang mengatakan batuk yang dimaksudkan ialah cebuk air jenis dulu kala.

Saya hanya tahu maksud sebenar "batuk" selepas mendengar siaran Radio Salam FM pada suatu pagi bulan Julai lepas. Klik posting "PELBAGAI MAKSUD" ini

Banyak lagi ilmu yang saya perolehi dari radio yang saya dengar terutamanya hal ugama, motivasi, saikoloji dan pengetahuan am disamping berita semasa.

Saya pun dah mula buat macam Kak Sidah buat pada tahun 60an dulu. Kalau saya berada di rumah saya akan onkan radio saya dan membiarkan ianya membebel atau menyanyi. Jika ada perkara yang penting atau ilmu yang diudarakannya saya akan mendengarnya dengan lebih teliti. Atau rakamkan dalam PC saya. Kalau tidak saya akan terus biar ianya membebel.

Oleh kerana sekarang ini banyak siaran radio di negara kita.dan kebanyakannya ada menyiarkan ilmu yang berfaedah. Kalau nak dengar siaran bercorak ugama pilihlah Radio IKIM. Nak inbau kembali nostalgia zaman dahulu dengarlah Radio Klassik Nasional. Dan banyak lagi. Siaran Orang Asli (Asyik FM - Lain dari yang Lain) pun tak kalah changgihnya. Nak dengar keroncong dengarlah Best 104 Johor Baru mulai jam sepuluh malam.

Tapi awas. Jangan terlalu asyek mendengar radio selepas 1.00 malam. Kerana mungkin anda akan tak sedar dah nak masuk waktu subuh kerana asyek mendengar siarannya yang berbagai, dari station radio yang berbagai mengudarakan ilmu berfaedah dan hiburan yang berbagai. Takut2 besoknya anda mengantuk tak dapat bekerja dengan selesanya. Orang semacam sayani tak apalah kerana saya/kami dah bersara dan tak perlu bekerja macam orang muda. Kerana kami tak ada hutang rumah atau hutang kereta dan anak2 kami semuanya atau kebanyakannya dah besar bekerja.


Salam fm, Asyek fm, Radio 24, Klasssik fm, Best 104, Era, IKIM, KL fm, . . . . . . . . .

No comments:

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI