GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Friday, December 18, 2009

PELABURAN YANG TAK AKAN RUGI ??

MENGUNTUNGKAN
TANPA RISKO
TAPI . . . .

Saya "terjumpa" satu jenis pelaburan yang pasti tidak akan merugikan. Menurut kiraan yang kami buat satu yunit pelaburan yang bernilai RM10.00 akan mendatangkan untung sebanyak RM98.00. Ini bermakna untung pelaburan ini ialah 980% dalam masa beberapa minggu sahaja. Atau kalau bernasib baik dalam masa beberapa hari sahaja.

Lebih untung lagi jika kita adalah penganjur kepada pelaburan ini.

Dah terbukti pelaburan ini sangat berjaya. Kerana ramai yang sudah menjadi kaya raya dengan mengusahakan pelaburan sebegini.

Saya mula mengenali jenis pelaburan begini pada awal tahun 70an dahulu. Tapi masa itu saya tak ambil kesah sangat dan dengan itu tidak terlibat dalam pelaburan tersebut.

Pada masa itu penganjurnya ialah seorang penuntut MIT (MARA Institute of Technology (nama lamanya) di Shah Alam. Kawan saya ramai yang melabur dalam skim pelaburan tersebut.

Malangnya selepas beberapa bulan Hisham (penganjurnya) kena tangkap kerana menguruskan pelaburan yang dikatakan melanggar undang2. Bila masuk mahkamah kena buang kes kerana tiada undang2 yang mencegah pelaburan tersebut. Hishan dikatakan kemudiannya meneruskan pelajaran di Germany.

Sejak itu pelaburan jenis ini menular hingga sekarang.

Cara pelaburannya begini. Ada beberapa cara dan salah satu cara adalah saperti berikut.

Pelabur dikenakan melabur sebanyak RM10.00 dan membawa bersamanya empat lagi pelabur baru dengan nilai pelaburan RM10.00 juga bagi setiap seorang. Nak untung banyak kenalah melabur lebih dari RM10.00 dan membawa masuk ramai pelabor baru. Masuklah isteri, anak2, saudara mara, kawan2 dan sebagainya. Nak untung lagi jadilah ejennya. Atau lagi untung jadi penganjurnya.

Dari wang pelaburan RM10.00 itu sebanyak RM3.00 dimasukkan ke dalam akaun bank pencadang yang membawa kita masuk melabur (pencadang pertama). RM2.00 lagi dimasukkan ke dalam akaun bank pehak yang membawa pencadang pertama tadi ke dalam skim pelaburan ini (pencadang kedua). Dan RM1.00 lagi ke dalam akaun pencadang kedua yang membawa masuk pencadang kedua. Baki RM4.00 dimasukkan ke dalam akaum penganjur.

Pelabur yang baru masuk membuat pelaburannya pula perlu memberikan nombor akaun banknya kepada pelabur baru yang dibawanya bersama supaya dapat RM3.00 dari pelaburan baru itu dikreditkan kepada akaunnya.

Sangat mudah.

Jika segalanya berjalan dengan baik setiap pelabur akan mendapat sebanyak RM108.00 dikreditkan ke dalam akaun banknya dalam beberapa hari atau minggu bergantung kepada jumlah pelabur baru yang masuk dan bilangan pelabur di bawahnya. Hasil dari 4 orang pelabur baru yang dibawanya masuk ke dalam skim pelaburan ini (RM3.00 x 4 orang = RM12.00) dicampur dengan RM2.00 x 16 orang pelabur baru yang dibawa oleh pelabur yang dibawanya (RMRM32.00) masuk dan RM1.00 dari pelabur baru berikutnya dari pelabur2 yang terkemudian daripadanya (RM64.00). Jumlahnya RM108.00.

Inilah satu cara pelaburannya di mana penganjur tak buat apa2, hanya menerima RM4.00 daripada setiap RM10.00 pelaburan baru. Pencadang yang lainnya mendapat habuan masing2. Kalau nak banyal lagi pendapatannya perlulah melabur lebih dan mendapatkan ramai lagi pelabur baru.

Jadual sebelah ini menunjukkan cara aliran wang pelaburan yang dibuat. Sebenarnya wang yang diterima tidak digunakan untuk apa2 pelaburan tetapi hanya digunakan untuk membayar kepada pelabur yang terdahulu.

Katakan kita bermula pada pusingan pertama yang mempunyai hanya seorang pelabur. Semua RM10.00 pelaburannya masuk akaun penganjur. Pelabur pertama akan membawa 4 pelabur baru (pusingan kedua). Ia kan mendapat RM3.00 x 4 =RM12.00 dikreditkan ke dalam akaun banknya. Pada pusingan ketiga 4 pelabur baru tadi akan melabur RM40.00 dan membawa 16 pelabur baru. Pelabur pertama akan mendapat RM2.00 x 16 = RM32.00 kredit dalam akaun banknya dan 4 pelabur akan mendapat RM3.00 x 4 = RM12.00 setiap seorang.

Pada pusingan keempat pelabur pertama akan mendapat RM1.00 x 64 orang = RM64.00 dikreditkan ke dalam akaun banknya. Jumlah semua yang dia dapat sekarang ialah RM108.00 dari modal RM10.00nya.

Kalau nak banyak lagi pendapatannya maka perlulah melabor lebih dan dapatkan ramai pelabur baru. Masukanlah nama isteri, anak, saudara, lawan2 dan sebagainya.

"Kayalah kamu dengan hanya menunggu"

Berapakah jumlah pulangan yang penganjur skim pelaburan ini akan dapat. Lihat-kaji rajah sebelah ini untuk mengetahuinya.

Itu pun kalau setiap pelabur hanya melabur RM10.00 seorang.

Kalaulah pelaburan ini berterusan maka kita kena ekspot pelaburan ini kerana rakyat Malaysia berjumlah hanya 27 juta termasuk kanak2.

Kesudahannya ianya akan tersungkur tamat hayatnya.Yang masuk terkemudian akan kerugian. Tak akan terasa jika ia hanya melabor RM10.00. Tapi yang tamak dan melabur banyak dan yang bergolok gadai bagaimana?

Pelabur2 yang lain jua akan mendapat jumlah yang sama jika segalanya berjalan dengan baik dan terdapat sambutan dari pelabur baru.

Tetapi akan sampai satu ketika dimana skim pelaburan tersebut terbenglalai dengan sendirinya apabila tiada pelabur baru. Atau diserbu oleh pehak berkuasa kerana melanggar undang2.

Awaslah skim begini sebegini hukumnya adalah haram dan ianya dimurkai Allah. Kalau tak percaya tanyalah Ustaz atau mereka yang ahli tentang perkara ini. Malangnya ada juga Pak Imam (saya kenal dia) yang masuk. Nasib baik juga dia tak dapat apa2 kerana dia masuk lambat dan hayat skim tersebut dah "tamat" dengan sendirinya. Rugi Pak Imam itu taklah banyak.

Selain dari cara di atas banyak lagi bentuk pelaburan di atas angin sebegini dengan perjalanan dan sistem yang berbeza2.

Anda boleh menjadi penganjur kepada skim pelaburan begini kerana ianya boleh meraihkan untung yang SANGAT besar. Mengikut kiraan kami penganjurnya boleh mendapat hasil darinya sebanyak RM21,878.00. Siapa tak nak. Tanpa risko dunia pula tu.

Tapi awaslah kerana ini adalah kerja haram, BERDOSA dan akan dilaknat Allah.

Mungkin kita masih ingat lagi pelaburan Pak Man Telo yang menganjurka skim pelaburan sebegini. Ramai yang kaya raya hasil pelaburan mereka dengannya. Seorang kenalan saya setelah dapat untung banyak kemudiannya menjual tanahnya supaya boleh dapat untung berganda lagi. Akibatnya tanahnya hilang dan pelaburannya dengan Pak Man Telo KAPUT. Separuh gila jadinya ia.

Bukan dia sorang ramai lagi yang semacam dengan. Seorang kawan saya "nasib baik" kerana masuk skim ini lebih awal dan dapat dapat kereta Proton Saga.

Bagi orang yang tahu tata cara pelaburan jenis ini, ia tidak akan menyertainya, kecuali jika ia tamak atau merasa ianya kebal dosa! Yang pastinya mereka yang masuk dalam pelaburan ini pada peringkat permulaannya akan dapat pulangan dari pelaburan haramnya ini. Yang masuk lambat akan mendapat habuknya sahaja. Tapi kalau ia pandai dia boleh mulakan dengan membuat skim yang baru dimana ia menjadi penganjurnya. Kayalah dia denga duit haramnya itu nanti! Dapat pula dia gunakan hasil tersebut untuk memberi makanan anak cucunya. Akibatnya? TSTlah.

Pada tahun 80an dulu banyak pula koperasi yang membuat pelaburan sebegini rupa dengan menawarkan faedah yang tinggi. Wang pelaburan yang diperolehinya digunakan untuk membayar faedah kepada pelabur yang lebih awal membuat pelaburan. Bila tak ada duit nak bayar tahulah apa yang jadi. Bank Negara masuk dan membuat beberapa serbuan.

Bank di Singapura juga pada satu ketika menawarkan faedah bagi akaun pelaburan Ringgitnya yang tinggi sehingga 24% setahun. Itu zaman Soros dulu pada tahun 1998. Nasib baik ada orang Malaysia yang bijak menidak lakukan wang kertas Ringgit Malaysia di luar negara dan memanggil pulang semua wang kertas Ringgit Malaysia balik. Wang kertas RM yang besar dari RM100.00 pula ditarik balik secara menjadikan wang tersebut tak sah laku dan tiada nilai kecuali jika ditukar balik di Bank Negara. Ada rakyat Malaysia yang sebijak itu rupanya.

Orang yang tak faham mengutuk polisi ini. Inilah pentingnya ilmu. Tanpa ilmu perkara sebegini tidak akan terjadi. Dan jelas polisi ini terbukti adalah polisi yang betul dan tepat. Dapat Tan Sri pula pehak yang mencadangkannya.

Ini telah menyebabkan semua wang Ringgit Malaysia tidak boleh dilaburkan di luar negara (terutamanya Singapura) dan Ringgit kita menjadi stabil. Disokong pula dengan polisi tukaran wang asing yang dipautkan dengan USD.

Penutup Kata:

Janganlah mencari nahas. Janganlah tamak. Ingatlah bagaimana kita hendak menjawab soalan2 berkaitannya di negeri yang satu lagi nanti. Di situ nanti bukan ada peguam atau kawan yang boleh menolong.


"BIAR SIKIT ASALKAN BERKAT SELAMAT"
Lebih baik kerjakan sawah saperti gambar di bawah ini
Dan berkebun. Sudah tentu hasilnya peluhnya halal, InshaAllah.











Telah lama kami tinggalkan Kampongku ini


http://doaharianku.blogspot.com/2009/12/sayang-sekali-besar-tertinggal.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Osman_Hamzah

2 comments:

Merbawi said...

Salam,

Skim Piramid tu Yop....cuba nengok nombor nombor dlm skrin tu.....kan ke susunanya macam bentuk piramid. Yang atas shedapp....yang bawah kena lenyek ler..!! hehe...!

PANDAK CHANGKAT PETAI said...

Memang betul ianya sistem piramid. Direct selling juga banyak gunakan sistem ini. Ada yang betul buat direct selling dan ada yang tidak. Yang pasti untung ialah penganjurnya.

Bila ada masaalah tak boleh kawal, mereka sendiri buat aduan dan kena serbu oleh pehak berkuasa. Tapi duit dan harta dah tak ada pada mereka

Ada yang beri salah alamat dan bila diserbu tak ada apa2. Dan mereka sempat cabut.

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI