GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Tuesday, December 1, 2009

ANGGAPAN KITA

ANGGAPAN MANUSIA:

Menurut istilahnya, perkataan “anggap” bermaksud membuat keselimpulan terhadap sesuatu, berpendapat atau pandangan terhadap sesuatu.


Setiap manusia yang berakal perlu membuat kesimpulan, anggapan dan pandangannya. Dan ini dibuatnya setiap masa sepanjang hayatnya. Hanya manusia yang tidak waras dan yang terlalu muda (i.i. kanak2 atau bayi) dan yang tua nyanyuk tak perlu membuat anggapan, kesimpulan dan mengaluarkan pandangan. Berlandaskan kepada anggapan, kesimpulan dan pandangan inilah manusia membuat keputusan dan melakukan tindakan.


Contoh: Perangut akan meragut apabila dia beranggap berbalui berbuat demikian. Itu sebabnya dia merayau dulu mencari mangsa. Penoreh getah pula akan tidak pergi menoreh jika ia menganggap hari akan hujan dan usahanya menoreh jika dibuatnya tak akan berbalui. Pelajar akan belajar bersungguh2 untuk lulus pepereksaan bagi mencapai masa hadapan yang berbalui. Kecualilah yang terkandas sebelum menghadapinya. (malangnya ramai pula yang bersikap begini – terkandas sebelum mencuba).


Mereka ini sebenarnya tersalah anggap.


Saya dahulu banyak kali juga tersalah anggap. Kebanyakannya berlaku semasa saya kecil dahulu. Dan kebanyakannya disebabkan oleh ilmu yang cetek dan pengalaman yang sedikit. Bak kata orang dahulu ibarat katak di bawah tempurung.


Eloklah saya nyatakan beberapa contoh:


Semasa saya mula2 bersekolah pada tahun 50han dahulu saya diberitahu oleh chegu yang salji dan ais banyak terdapat di kutub utara dan selatan dan di Negara cuacanya sejuk. Pada anggapan saya ais hanyalah terdapat di kawasan yang dinyatakan oleh chegu tadi. Jadi apabila saya nampak orang membawa ketul ais saya terbayang yang ketul ais tersebut adalah barangan impot dari kutub utara atau kutub selatan. Tak terbayang langsung pada fikiran saya yang ketul ais itu dibuat di Kuala (Kangsar).


Mana taknya. Kampung saya tatkala itu tiada bekalan letrik dan peti ais atau freezer tak pernah saya jumpa pun. Jadi saya anggap ketul air tidak buat di Malaya (belum Malaysia lagi masatu) dan perlu diimpot dari kutub utara/selatan. Bodohnya! Budak ini (“istilah salah pakai atau tak perlu pakai”)


Satu peristiwa yang anih sekitar awal 50han juga, saya selalu melihat kapal terbang melalui ruang udara di kampong saya. Mulalah kepala saya berfikir bahawa dunia ini mestilah dikelilingi oleh kaca bulat yang kuat, dan kapal terbang tersebut mesti bergerak di atas kaca tersebut macam kereta bergerak di jalan raya. Kalau tiada kaca tersebut maka akan jatuhlah kapal terbang tersebut macam jatuhnya burung yang kena tembak atau dilastikkan. Kaca tersebut pula disambung ke lapangan terbang supaya mudah kapal terbang turun naik.


Inilah lojik saya tatkala itu.


Apabila ilmu saya bertambah barulah saya tahu yang semuanya itu adalah khayalan saya sahaja. Itulah kepentingan ilmu.


Mungkin khayalan sebegini yang membuat anak kecil memakai baju Superman dan terjun dari bangunan tinggi untuk terbang menyelamatkan manusia malang sapertimana yang dibuat oleh Superman.


Dan pemikiran sebegini juga telah membawa Nabi Ibrahim kepada Tuhannya dan ia meninggalkan berhala kaumnya.


Satu lagi anggapan saya semasa kecil dahulu ialah orang putih tidak tinggal di dunia ini tetapi tinggal di bawah tanah. Tak tahulah idea itu datang dari mana. Tapi saya tengok kulit mereka tak gelap saperti orang yang saya pernah jumpa.


Dan sekali sekali mereka akan keluar kedunia,


itulah anggapan otak kecil saya ketia berumur 5 – 6 tahun itu.


Ada benar juga anggapan saya itu kerana sekarang ini ada manusia yang tinggal di bawah tanah termasuklah orang yang menaiki kereta api di London, Washington, Hong Kong dll termasuk di KL dari Jalan Damai ke Pasar Seni. Di Washington jalan kereta apinya masuk ke dalam tanah hingga di bawah dasar sungai Pottamac, sangat jauh ke dalam tanah. Viet Kong juga tinggal di terowong bawah tanah. Juga kominis di sempadan Malaysia Thai dan tidak terlupa Saddam Hussein di akhir hayatnya.


Rengkasnya setiap orang membuat anggapan. Ada anggapan yang betul dan ada juga anggapan yang salah saperti contoh pengalaman saya di atas.


Anggapan yang salah besar kemungkinan disebabkan ilmu yang kurang dan pengalaman yang tak meluas.


Tapi saya ingat kata boss saya satu ketika dulu tentang tersilap anggap ini, katanya:


“Jangan takut buat leputusan. Dan buat keputusan berdasar kepada apa (data) yang ada. Itulah cara orang maju membuat keputusan dan tindakan. Kalau ianya tersalah, betulkan. Jangan tunggu, kerana kalau kita tunggu kita tak akan maju atau orang lain akan maju dulu dari kita.”


Tapi yang anihnya dia sendiri takut dan tak yakin buat keputusan.


Tapi awas. Jangan berbuat anggapan salah dan bertindak dengannya tanpa berhati2. Kalau tidak kita akan putus jari sebagaimana mereka yang membuat mercun sendiri. Kawan saya mati apabila bom ikan yang dibuatnya meletup sebelum sempat ia mengebom ikan di sungai.


Selesai.

No comments:

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI