GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Saturday, August 8, 2009

LAPAR DAN KENYANG

LAPAR DAN KENYANG


Apabila perut kita kosong kita akan merasa lapar. Dan selepas kita memasukkan makanan ke dalam perut kita (= kita makan) rasa lapar tersebut akan hilang.



Beginilah sunatullahnya:


Apabila perut kita kosong badan akan meransangkan organ anggota kita supaya berusaha mendapatkan makanan supaya perut kita diisi. Badan kita juga meransangkan segala organ yang mengeluarkan enzyme bersedia untuk mengkhazamkan makanan tersebut apabila makanan sampai ke perut nanti. Segalanya dikawal oleh otak kita yang menjadi macam CPU computer bagi badan kita. Softwarenya ialah otak kita dan hardwarenya ialah segala organ badan kita.


Adalah sangat baik jika kita makan ketika badan kita sudah bersedia untuk menghazamkan makanan yang memasuki perut kita. Kalau tak kelam kabutlah sedikit anggota badan kita.


Ada orang berkata yang kita hanya mengikut nafsu jika kita makan ketika badan kita belum atau tak bersedia untuk menerima makanan tersebut. Sebabnya, dengan berbuat demikian kita akan mula lebih makan dan kesannya ialah kita akan mengumpul penyakit. Bukan kita dapat sakit tapi kita hanya mengumpul sakit.


Bila dah banyak terkumpul maka datanglah penyakit darah tinggi, penyakit kencing manis, gaut dan sebagainya. Kalau dikumpul lagi mungkin akan dapat heart attack dan sebagainya.


Ditambah lagi dengan kandungan racun yang tinggi dalam makanan kita maka proses kerosakan terhadap badan kita akan menjadi lebih cepat.


Itu pun tak termasuk makanan yang haram, termasuk punca pendapatan tak halal yang digunakan untuk membeli bahan makanan. Ustaz boleh cerita panjang lebar tentang perkara ini. Masuklah kuliah orang dewasa di masjid atau surau untuk mengetahuinya. Atau dapatkan dari sumber ilmu lainnya.


Adalah sangat baik jika kita makan hanya apabila badan kita sudah bersedia untuk menerima makanan. Nak tahu masanya senang sahaja. Tunggu bila kita lapar. Inilah ketikanya apabila badan kita telah bersedia untuk menerima makanan dan menghazamkannya dengan baik.


JADI MAKANLAH APABILA KITA MERASA LAPAR.


Masa lain boleh juga makan tapi janganlah terlalu banyak dan terlalu “selalu” sangat. Prinsipnya ialah jangan kita kumpul penyakit dalam badan kita. Makan banyak = menyimpan penyakit. Prinsip ini hanyalah untuk orang dewasa yang dorman tak banyak bersenam atau membuat kerja berat. Bagi kanak2 dan orang muda prinsip ini belum sesuai untuknya. Mereka kena makan banyak untuk membesar dan bekerja kuat.


OK Dah tahu masa untuk makan. Yaitu makan ketika kita lapar.


______________________



Sekarang bila pula kita perlu berhenti makan?


Di sini kebiasaannya terdapat dua keadaan. Pertamanya

# - berhenti bila kita dah kenyang dan keduanya,

# - berhenti makan sebelum kita kenyang. Buatlah pilihannya.


Ketiganya berhenti bila makanan dah habis (yang ini tak akan dibincangkan di sini). Atau tak ada duit nak beli makanan. Atau tak larat nak makan. DLL.


Sebenarnya makan pun ada momentum macam kapal atau sampan.


Kapal kalau nak berhenti biasanya akan mematikan atau mengurangkan kelajuaan injinnya jauh dari tempat yang ia hendak berhenti. Kalau anda naik kapal terbang mungkin anda perasan yang 10 atau 20 minit sebelum sampai ke lapangan terbang juru terbang akan slowkan injinnya tatkala itu bunyi injin yang kita dengar akan rendah sedikit bunyinya). Tapi kelajuan kapal terbang tak akan terus kurang. Tatkala itu ia akan mengelunsur tanpa menggunakan kuasa injin yang kuat/banyak.


Kalau sampan, kita tak perlu kayuh/dayung bila nak sampai tebing sungai/tasik untuk berhenti. Kita biarkan sampan mengelunsur dengan kita mengawal jangan sampan tersasar keluar dari arah tujunya. Inilah dinamakan “momentum”.


Kalau basikal kita berhenti menggunakan brek atau kaki sagat ke tanah, bertujuan menghilangkan momentum pergerakan basikal tersebut.


Makan pun ada momentumnya.


Kalau kita berhenti semasa dah kenyang kita akan terasa terlalu kenyang selepas lima atau 10 minit kita berhenti makan. Percaya tak?


Dan kalau kita berhenti makan sebelum kenyang, kita akan merasa kenyang 5 atau 10 minit selepas kita berhenti. Percaya tak?


Kalau tak percaya cubalah dan lihat kesannya.


Itulah sebabnya ramai orang tersadai selepas berbuka puasa. terutamanya bagi mereka yang berhenti makan tatkala mereka dah terasa kenyang (bukan sebelum merasa kenyang).


Itu juga sebabnya orang di Mekah atau Madinah mereka boleh sembahyang tarawikh hanya dengan berbuka puasa makan beberapa biji kurma dan air zam-zam.


Di Malaysia kita boleh buat begitu jika kita mahu cuba. Buatlah percubaan atas diri kita sendiri. Saya dah cuba dan mendapati ianya boleh berjaya. Syaratnya jangan makan banyak ketika berbuka puasa. Tapi di Malaysia dugaannya banyak.


Pernah saya berada di Bangkok dua minggu pada bulan puasa dengan makan berbuka puasa dan kemudian tengah malam selepas tarawikh. Rasa selesa juga walaupun makan sikit. Mungkin juga kerana siangnya saya bekerja (audit UMBC Bangkok) sampai 6.00 petang, jadi ralid buat kerja taklah rasa lapar.


Kesudahan cerita:


Berhentilah makan sebelum kita kenyang. Sebabnya kerana kalau kita berhenti makan hanya ketika kita rasa dah kenyang kita akan menjadi terlalu kenyang disebabkan momentum makanan yang belum sampai masuk kedalam perut kita.


Bila kita terasa kenyang sebenarnya ketika itu perut kita dah penuh. Selagi perut kita tak penuh kita tak akan rasa kenyang.

Bagaimana pula makanan yang masih dalam pinggan kita, dan yang dalam mulut kita, dan yang di dalam kerongkong dan saluran makanan kita. Semua makanan ini belum sampai ke dalam perut kita. Dan hanya sampai ke dalam perut kita kira2 beberapa minit kemudian.


Campor air yang belum diminum. Kesannya: tersedaklah kita. . . . terpadatlah perut kita . . . dan tersadailah kita.




Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada kita memang tepat:



“MAKAN BILA LAPAR DAN

BERHENTI SEBELUM KENYANG”



Kalau kita ikut nasihat ini kita akan menjadi lebih sihat, InshaAllah dan dapat pula pahala mengikut sunnah. Mampak gayanya tak rugilah jika kita makan sikit. Jimat belanja pulak tu.



--- Mula makan dengan Bismillah

dan akhirinya dengan Alhamdulillah ---











KLIK UNTUK LIHAT DAN BACA:

HIDANGAN CONTOH

UBAT DARAH TINGGI


No comments:

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI