GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Thursday, August 6, 2009

BERITA SEMASA

AWAS DAN AWAS

Zaman meleset yang dikatakan orang masa kini kita perlu sangat berhati-hati terutamanya dengan "manusia" yang tidak kita kenali, termasuklah semasa kita berada kawasan masjid atau surau sekali pun.

Baru2 ini sebuah masjid dan sebuah surau telah diperdayakan jemaahnya, termasuk pegawai dan ajknya.


Kes pertama (Masjid Al Ubudiah Minggu kedua Julai 2009).

Imam Masjid Abdullah Z selepas sembahyang jemaah Asar membuat pengumuman yang seorang dari Negeri XX (Rahsiakan sebab sebenarnya bukan dari negeri itu) telah diragut begnya termasuk wang dan segala dokumen yang dibawanya. Menurut ceritanya makluk ini hendak ke rumah anaknya dan telah diragut ketika berada di KL.

Beliau telah membuat laporan polis dan datang ke masjid Al Ubudiah meminta sempati jemaah membantunya untuk balik ke Kampongnya.

Setelah mendapat bantuan kewangan dari jemaah dia pun beredar. Banyak juga soalan diajukan oleh jemaah kepadanya tetapi beliau seolah dalam truma dan berkeadaan lupa-ingat. Alamat dan nombor telefon anaknya pun beliau tak ingat.

Beberapa hari kemudian Nazrin, yang membantu membentang sejadah untuk menerima bantuan jemaah (RM) kepada makluk ini telah berjumpa makluk yang sama membawa laporan polis yang serupa (seakan sama) dekat Bangunan Supermarket Spektrum Ampang.

Dengan teknik yang sama makluk ini menyatakan ia telah kehilangan wang, dll dicuri orang.

Nazrin menyatakan kepadanya peristiwa ia membentang sejadah untuk menerima derma jemaah masjid tempoh hari.

Apa lagi makluk ini tak mengaku tapi bertindak terus berjalan menghilangkan diri. Nazrin tak dapat berbuat apa2 kerana ketika itu ia sedang menjual nasi tomatonya di gerai boleh alihnya.

Itulah ceritanya. Makluk menipu manusia.

Kes 2: Madrasatul Huda (Minggu Pertama Ogos 2009)

Selepas sembahyang jemaah sejadah telah dibentang bagi memungut derma bantuan kepada seorang yang mengaku meminta bantuan untuk membena sekolah agama dan madrasah. Banyak juga RM yang diterimanya.

Bila disemak dengan JAIS (makluk ini membawa bersamanya surat pengesahan dari JAIS) oleh #Setiausaha Madrasah keesokannya nyatalah ianya adalah satu penipuan. Yang bestnya makluk ini sempat makan bersama jemaah dan berborak2.

Malukan masyarakat berjubah beserban sahaja . . . sebab makluk ini berjubah berserban dan sembahyang dan makan bersama ahli Madrasah malam itu.


Terkena Juga:
Saya pun pernah terkena dengan makluk meminta bantuan ini. Sempat saya tanya samaada dia dah makan pagi. Katanya belum. Dan saya bawakan dia ke gerai Awang dan beritahu Awang supaya menyediakan sarapan yang dimintanya. Selepas itu dia pun beredar.

Menurut Awang dia kenal makluk ini dan tahu "triknya". Pada saya lebih baik belanja dia makan dari bagi dia duit yang tak kita tahu di mana akan digunakannya. Silap2 untuk beli ekor.

Banyak lagi cerita serupa di merata2. Nak tahu tanyalah JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) atau JAWI atau JA2 negeri yang lain.

Yang sangat penting sekarang ini ialah awas dan awas.

Banyakkanlah bertanya kepada yang meminta derma tanpa menyakit hatinya. (berdosa kita pula kalau kita sakitkan hatinya).

Mungkin ada soalan yang kita ajukan itu membuat ia sedar dan bertaubat atau sekurang2nya dia cabut lari beredar.



JUGA AWAS
Jangalah kita tidak bersedekah atau tidak membantu manusia yang memerlukan bantuan pula.

Ramai dari mereka yang betul2 memerlukan bantuan kita yang datang kepada kita atau ke masjid/madrasah kita meminta bantuan. Mereka ini perlulah kita bantu mengikut kemampuan kita. Inilah permata yang tersorok, kita tak nampak tapi sangat beharga terutamanya ketika kita sampai di "alamnya" nanti.

Jemaah Al Ubudiah banyak juga membantu mereka yang memerlukan. Baruni sekeluarga (Suami, isteri dan beberapa orang anaknya) dari Pakistan kena ragut datang meminta bantuan. Oleh kerana tidak diragui bantuan diberikan kepada mereka oleh jemaah masjid. Guru yang selalu mengajar juga ada minta bantuan untuk madrasah atau fakir miskin kawasannya, semuanya dibantu kerana dipercayai dan ada "trak rekodnya".

Memberi batuan bukanlah masaalah walaupun kita taklah sekaya mana. Kalau ramai memberi banyaklah jumlah bantuannya terutama jika pemberi bantuan yakin urusannya tiada unsur mencurigakan.

Jadi teruskan menderma disamping kita berhati2 menyalurkannya ke pehak yang diredoi. Mungkin 99% daripada meminta derma/bantuan adalah sah dan benar. Hanya 1% yang berdusta. Pandai2lah membezakannya.

Kita ada mulut bertanyalah. Kita ada otak fikirkanlah. Kita ada networking kita resik2lah. Yang amat penting ialah kita tak tertipu. Tapi kalau kena tipu juga janganlah kita tahu yang kita terkena tipu. Kalau tahu juga mungkin kita merana keciwa sebab mungkin kita tak dapat bersabar dengan dugaannya. Kan sabar itu separuh dari iman? Tapi bukan semua manusia boleh sabar. Geram kena tipu tu ada juga.

Ada manusia yang boleh membaca air muka mereka yang berdusta. Mungkin jika kita belajar ilmu ini kita tak akan ditipu oleh pendusta.

Awas: Orang sebegini boleh juga mengenali kita sama ada kita benar atau berdusta. Maka berjaga2lah. Awaslah.

LIHATLAH LAGI DI SINI:

AWAS JANGAN JADI MANGSA


INILAH AKIBAT MENCARI JALAN PINTAS MENDAPAT RM?

# - Dulu saya panggil beliau Zain (sebab saya katakan padanya bila saya nak tulis namanya dakwat habis, sempat tulis Zain saja. Hujung namanya tak sempat nak tulis, dakwat dah habis. Tapi sekarang saya panggil nama e-mailnya "Joothazai". Nampaknya beliau suka nama itu. Kata orang mereka yang suka bergurau sebegini panjang umur, murah rezeki. InshaAllah.




.

No comments:

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI