GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Saturday, July 25, 2009

BAH = BANJIR







KLIK UNTUK LIHAT "DHARURAT SEKARANG":
http://pandakingat.blogspot.com/2009/07/dharurat-sekarang.html



BAH = BANJIR = FLOOD


Bah adalah perkataan lama bagi banjir. Semasa saya kecil dulu kami tak pernah menggunakan istilah banjir, kami gunakan istilah bah. Mereka bidalankan, "Sekali air bah pasir akan berubah". Istilah banjir datang kemudian agaknya. Mungkin dari perkataan "ban", benteng di sawah. ? ? ?


Bah mendatangkan rahmat bercampur sengsara. Ianya macam hujan. Bagi seorang penoreh getah hujan waktu awal pagi adalah satu masaalah baginya kerana poketnya tak diisikan pada hari itu kerana tak boleh menoreh. Tapi bagi petani ianya adalah satu rahmat kerana ia tak payah menyiram tanamannya.


. . . . . Di sekolah rendah dulu saya terbaca cerita di mana seorang ayah bila pergi ke rumah anaknya A mendengar rungutan anaknya disebabkan selalu sangat hujan. Di masa yang lain pula dia pergi ke rumah anaknya B dan mendengar anaknya B merungut juga kerana pada masa itu cuaca kemarau dan dah lama tak hujan.


Serba salah dia kerana hujan pun tak kena, tak hujan pun tak kena. Sebabnya: anaknya A seorang pembuat bata yang memerlukan cuaca panas untuk projek batanya. Sementara anaknya B seorang pekebun sayur, kalau tiada hujan susahlah ia hendak menjaga tanamannya. . . . . . .


Sebenarnya kita kena adapt atau sesuaikan diri kita dengan rahmat Allah. Misalnya:


Bagi yang pandai dan bijak, ia menoreh jika hari tak hujan dan bertani apabila hari hujan. Inilah kata arwah mak saya dulu. Katanya "Apa yang susah sangat, kalau hujan jangan menoreh, berkebunlah" bila ada orang bersungut ketika selalu hujan. Mak saya tak menoreh tapi beliau rajin berkebun. (ampulah sikit).


Jadi setiap hari kita boleh bekerja mendatpatkan hasil bagi menyara diri dan keluarga. Dan kalau ada yang lebih boleh menyimpan dan membayar zakat juga besedekah. Nelayan pun boleh buat begitu zaman tengkujuh jika terdapat kawasan tanah yang subur. Atau berhijrah sementara di musin itu.


Bagi yang tak bergantung kepada cuaca dalam kehidupan hariannya, hujan atau tidak tidak menjadi masaalah atau kebaikan padanya.


Dapatlah kita lihat bahawa satu keadaan suasana alam ciptaan tuhan boleh mengatangkan tiga kesan kepada manusia; yang berduka, yang bergumbira dan yang tak ada kesan apa2. Sungguh menarik dunia ini.


Balik ke tajuk bah tadi. . . . . . .


Bah membawa rahmat dan “malapetaka”.


Di zaman dahulu bah membawa baja bagi tanaman manusia. Tak perlu mereka membeli baja untuk menyuburkan tanaman. Juga tak perlu adanya subsidi baja saperti sekarang ini. Mereka menggunakan baja asli (tahi ayam, tahi kelawar, tahi lembu dan sebagainya). Baja asal pula ialah hasil mendakan air bah yang ternyata sangat subur. Itu sebabnya kebanyakan lapangan pertanian berada di sekitar lembah yang dilalui oleh sungai. Dan di sinilah mulanya tamaddun manusia.


Bah Dahulu:

Kami di kampong terutamanya kanak2, seronok jika ada bah.

Walaupun rumah saya tak dekat sangat dengan sungai (Sungai Chempias yang bermula dari bukit di kawasan Taiping dan berakhir memasuki Sungai Perak di Kota Lama Kiri) saya menumpang seronok juga.


Rumah mak saudara saya Lamah (orang panggil beliau Hajjah Lamah kerana beliau pergi haji bersama Opah saya ketika beliau masih kecil lagi) dekat dengai sungai. Kami panggilnya “Yan”. Saya selalulah ke rumah beliau pergi mandi sungai terutamanya bersama anaknya Madin (Kamaruddin). Selalu juga makan tengah hari di rumahnya.


Waktu air sungai tak dalam kami bawa bersama kami jala ikan. Kerja kami mandi dan memekap ikan. Cara memekap ialah jala dibuka dan dimasukkan (menyelam) ke dalam air menyusur tebing supaya ikan jika ada tak dapat keluar dari jala tersebut. Bila rasa dah ada ikan atau dah tak cukup angin pernafasan (rasa nak lemas) kita timbullah. Kalau nasib baik ada ikan terperangkap dalam jala.


Zaman dulu memang selalu dapat ikan. Tapi sekarang ni hanya dapat sampah kerana ikan pun dah hampir pupus.


Kalaulah keadaan sungai sesuai kami "menebor" jala secara, jala dilemparkan ke dalam air dan jika ada ikan ianya akan terperangkap dalam jala tersebut. Tapi kalau sungai banyak sampah atau banyak kayu ianya merbahayakan jala kerana jala mungkin akan koyak. (Silap2 tuan punya jala (kami panggil dia abah) akan hampok kami pula).


Tapi kalau air naik i.i. banjir kecil, kami tak menjala. Kami akan "beranyut", maksudnya kami akan pergi ke kawasan hulu sungai, terjun ke dalam sungai dan tinggal terapong dalam air dibawa arus sungai ke hilir. Lagi banyak air dan lagi deras airnya lagi seronoklah kami.


Kami berbuat demikian sehingga puas beranyut. Berlarilah kami ke hulu, beranyut, berlari ke hulu, beranyut, berlari, beranyut. Inilah cara kami berolaraga. Sampailah puas atau sampai ditegor oleh orang tua. Yang baiknya kami tak dimarahi tapi ditegor sahaja. Jadilah kami perenang kampong.


Bah tak pernah menjadi masaalah kepada kami. Kerana kami seronok jika ada bah.


Di hulu sungai kami ada empangan dinamakan ampang Laneh (Kampong Laneh). Jika hujan dikawasan Taiping terlampau banyak maka ampangan Laneh akan dibuka dan airnya akan banyak mengalir melalui kampong kami.


Bagi kami senang sahaja nak tahu tatkala empangan itu dibuka. Kami hanya menelek pasir (macam Pak Belalang pula buat telek !). Kami hanya lihat pasir di sungai kami. Jika ada pasir yang terapong maka itulah tanda ampangan Lanih dah dibuka. Logiknya: bila ampangan dibuka, air akan naik di bahagian hilir ampangan dan pasir kering di sungai akan terapong. Lagi banyak yang terapong maksudnya lebih derasnya air sedang naik. (Masa belajar Sains baru tahu kenapa pasirnya boleh timbul. Nak tahu tanyalah saintis muda kita yang ramai di sekolah kita. Anak/adik/cucu/dll anda pun dah tahu. Tanyalah mereka. Sekurangnya jika mereka boleh jawab mereka akan merasa mereka lebih pandai dari kita, agaknya. Ini juga menjadi motivasi kepada mereka, InshaAllah).


Jadi bergantunglah pada mood kami. Kalau ada mood nak beranyut kami tunggu dan akan beranyut beberapa jam lagi. Kalau tak ada mood kami baliklah. Beranyut masa ini lebih seronok kerana tiada hujan. Hanya dikawasan hulu sungai yang hujan lebat. Beranyut semasa hujan leceh sikit. Silap2 demam jadinya.


Di kampong saya bah yang paling buruk sekali ialah semasa saya di darjah dua di mana gerotak (jambatan) melintas sungai di hadapan sekolah saya terputus dan tak dapat digunakan. Saya pergi sekolah pada pagi itu menggunakan jambatan lain berdekatan rumah Yan, dengan ramai eskotnya, mak saya dan lain2 saudara mara. Mereka seronok tengok banjir. Chegu Zubir pula terpaksa berenang untuk pergi ke sekolah.


Apa yang beliau buat ialah pada mulanya lembarkan pakaiannya ke seberang (ada yang menunggu untuk menangkap pakaiannya – saya tak ingat siapa). Lepas itu ia berenang keseberang. Jauh juga di bawa arus sebelum beliau sampai ke tebing sungai. Pada masa itu saya berada di situ dan saya risau juga kerana di bahagian hilir jambatan itu ada jojoi dan air di siti deras dan merbahayakan. Kalau Chegu Zubir masuk kawasan jojoi tersebut bolehkah berliau berenang. Itulah fikiran “innocent child” saya semasa itu. (Jojoi = ampangan di sungai yang dibena untuk menaikkan paras airnya supaya air tersebut boleh dialirkan ke sawah)


JOJOI 01:http://pandakchangkatpetai.blogspot.com/search/label/Ketekunan%20Nenek%20Moyang%20Kita


JOJOI 02:http://pandakchangkatpetai.blogspot.com/search/label/Cerita%20Sejarah%20Lama


Siapa kata bah tidak menyeronokkan?


Semasa saya di Tingkatan Satu, kami (saya dan Tybally Hussain) memancing di Padang Kanak2 Kuala Kangsar lepas sekolah. Waktu itu baru saja selasai banjir di sungai Perak. Nak diceritakan, Tybally ni bapanya ialah mesin typewriter. Itulah yang ditulisnya dalam boring kemasukan sekolah tatkala di Tingkatan Satu dulu. Chegu yang menyemak boring tersebut berdekah2 ketawa dan memberi tahu kami yang bapa Tybally ialah typewriter. Sebenarnya bapanya ialah petition writer bukan typewriter.


Tapi Tybally ini bijak dan telah meneruskan pelajarannya ke Australia. Sekarang saya dah tak dapat tahu dia di mana. Seorang lagi kawan saya ialah Gulam Rasul yang membawa/menjaga lembu sambil belajar. Beliau akhirnya membawa kapal terbang Boing 747 (pilot).


Keluar tajuk nampaknya ni . . . .


Ulasan: Semuanya yang kita lalui membawa banyak hikmah kebaikannya yang kita mungkin tak nampak. Yang penting kita gunakan segala keadaan yang kita lalui secara positif dan mendatangkan kebaikan. “Jika kau kata kau boleh kau hampir melakukan” – petikan lirik lagu.


Dua tahun lepas saya kena gigit kucing. HAHACEM kata ini tentu ada hikmahnya. Memang betul sebab selepas saya kena gigit kucing dan masuk Hospital Ampang selama enam hari barulah saya tahu yang saya ada penyakit darah tinggi yang merbahayakan jika tak dikawal. Surah pun banyak yang menyatakan demikian.



HAHACEN
dan
kumpulannya

No comments:

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI