GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Friday, July 10, 2009

KHENDURI IMAM

BERSATU TEGUH SERONOK BERKAT



Minggu lepas saya menerima SMS dari Imam menjemput ke rumahnya untuk khenduri doa selamat dan bacaan Yassin (alamat penuh dinyatakannya walaupun sayani jiran satu surau dengannya). Oleh kerana baki kredit handset saya masih banyak saya jawab SMSnya menyatakan InshaAllah saya akan menghadiri khendurinya.


Rumah Iman memang dekat surau kami, tak lebih dari 200 meter sahaja. Boleh dikatakan seberang parit sahaja. Belakang rumahnya ada parit dan diseberang parit itu ialah surau kami. Tapi saya tengok beliau selalu pergi sembahyang di surau menaiki kapcainya. Saya merasa pelik juga kerana beliau naik Kapcai tidak berjalan kaki, sekurang2nya dapat exercise membaiki perjalanan darah. Saya yang tinggal lebih kurang setengah kilometer dari surau pun kadangkala kalau ada masa saya berjalan kaki ke surau.


Rupa-rupanya beliau buat begitu dengan dua tujuan. Pertamanya, nak panaskan injin motornya kerana motornya hanya digunakan untuk bergerak sekitar taman kami sahaja. Kalau pergi jauh beliau memandu vannya. Tujuan kedua ialah mudah baginya menjemput anak-anaknya pergi balik ke kelas tuition selepas beliau habis sembahyang Maghrib atau Isyak. Kalau naik van banyak kerenahnya dan di kawasan kami ini lebih selesa dan jimat masa jika naik motor dari memandu kereta atau van.


Inilah realiti hidup. Apa yang kita rasa tak lojik ada kalanya adalah lojik pada manusia yang lain. Selepas saya ketahui mengapa beliau naik motor ke surau walau pun surau sangat dekat dengan rumahnya barulah saya faham lojiknya. Saya pun kalau dalam keadaan saperti beliau akan juga naik motor ke surau. (Lagi realiti hidup: Kita kena sentiasa belajar untuk tahu perkara yang belum kita tahu. Kita belajar melalui pengalaman kita, pengalaman orang lain, bacaan, perbincangan, dan lain-lain termasuk mimpi yang baik).


Di KLni (mengaku sahaja orang KL tapi tinggal dipinggir hutan dekat hutan Hulu Langat) motor memang berguna sangat. Saya pun dah lama tak bawa kereta dan kereta saya pun dah saya let go kepada adik saya. Naik Kapcai yang saya ada lagi senang dan lagi selesa. Kalau saya nak pakai kereta pinjamlah kereta bini atau anak saya. Menang menjimatkan rupanya. Lainlah kalau kita orang kaya dan mampu.


Kawan saya Haji Halim pula bercerita yang beliau bila menjemput Ustaz mengajar waktu tengah hari (hari kerja) di pejabatnya akan menggunakan motor bukan kereta. Ustaz tersebut duduk belakang motornya dan Haji Halim membawanya ke Surau pejabatnya (Zamihan, kerana tiada pilihan agaknya pun suka katanya). Memang menjimatkan masa kerana tak ada jam (kesesakan jalanraya). Pula menjadi kebiasaan di KLni bahawa motor boleh mencelah walaupun lampu isyarat trafik bewarna merah. Ini menjadi perkara biasa kerana polis yang bertugas pun menyuruh kita yang bawa motorni berbuat demikian (tapi atas risko sendiri). Dari segi logistiknya membenarkan motor lalu walau pun lampu isyarat merah akan mengurangkan kesesakan jalan raya juga mengurangkan kemalangan bila lampu bertukar ke hijau.


Khenduri Imam adalah selepas waktu Isyak (lepas sembahyang jemaah Isyak di Surau kami). Jadi untuk memudahkan, saya sembahyang Isyak di Surau kami. Bila sampai di surau saya terkejut kerana ramainya orang di situ. Semuanya hendak ke rumah Imam. (Harap semua yang datang sembahyang adalah kerana nak sembahyang bukan kerana nak pergi khenduri di rumah Imam. Dikatakan syrik kalau kita sembahyang kerana nak pergi khenduri tersebut). Selepas sembahyang kami kebanyakannya berjalan kaki ke rumah Imam.


Upacara bermula dengan bacaan Yassin. Oleh kerana ramai yang datang surah Yassin yang disediakan pun tak cukup. Selesai doa selamat kami pun makan.


Bertambun makanannya. Inilah rezeki.


Melihat ramai yang datang Iman pun suspen juga (ini dikatanya pada saya selepas kami sembahyang jumaat baru2 ini). Tapi beliau dah ada pelan B. Beliau menyuruh warung dekat surahnya stanby makanan. Kalau perlu beliau akan suruh warung tersebut masak makanan tambahan.


Tapi rezekinya murah. Saudaranya yang datang dari kampong telah membawa banyak makanan dari kampongnya (dekat Parit Haji Derani). Jadi hasilnya makanan pada malam itu lebih dari cukup. Dan Iman nampaknya senyum lebar puas hati dan seronok sakan hajatnya tercapai dan segalanya berjalan dengan memuaskan.


Rasanya kalau makanan sedikit pun ianya akan cukup. Kami datang ke rumahnya bukan untuk makan tapi meraikan jemputan jiran dan sahabat. Kalau kita nampak makanan sikit kita makan sikitlah.


Tapi kalau makanan banyak dan tetamu sedikit kita pulunlah. Dan tak segan pula minta plastic kosong untuk bawa makanan (“lebihan”) pulang. Member punya pasal tak perlu kita malu sebab kalau kita tak buat begitu makanan akan terbuang membazir jadi tanah. Mungkin berkat makanan tersebut ada pada bahagian yang kita buang.


Itu sebabnya orang tua dahulu kala melarang kita membazir atau membuang makanan. Makanan yang jatuh jula akan dipungutnya dan dimakan.


Atau berikan makanan lebihan kepada ayam itik. InshaAllah berkat makanan tersebut akan dimakan oleh ayam itik tersebut dan bila kita sembelih dan makan ayam/itik tersebut berkatnya masih ada.


Gambar hiasan sahaja


Iman adalah nama berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran Negara Malaysia bukan nama jawatan

1 comment:

Unknown said...

terima kasih atas komen tuan haji .Panjang sangat ulasan tu.saya tak tahu mcm mana nak jawab.walau bagaimana pun saya ucapkan terima kasih atas kesudian tuan haji memaparkan artikel tentang kenduri di rumah saya.dan juga disini saya sekeluarga mengucapkan terima kasih atas kehadiran tuan haji dan mohon maaf atas kekurangan baik dari segi juadah yang dihidangkan dan juga ketidak selesaan semasa berada dirumah saya. salam . iman

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI