GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Sunday, July 19, 2009

DHARURAT DAHULU

DHARURAT DAHULU



Rakyat Malaysia yang muda sekarang ini tak pernah mengalami keadaan dharurat. Mereka yang lahir pada dan sebelum tahun lima puluhan dapat menceritakan keadaan zaman dharurat, masing-masing dengan pengalaman mereka, ada yang duka dan ada yang mengumbirakan.


Mana tak dukanya jika orang yang disayang saperti ayah, datuk, ibu dan lain saudara menjadi mangsa dharurat tersebut. Ramai juga rakyat Malaysia (dulunya Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu) yang gugur atau digugurkan.


Bagi kami yang ketika itu masih kanak-kanak tak ada apa yang nak didukakan. Setiap hari Sabtu kami menunggu ditepi jalan Kuala Kangsar-Grik untuk melihat konvoi yang melalui kampong kami untuk membawa barangan yang dipesan oleh kedai-kedai sepanjang jalan tersebut. Kalau tak ada konvoi ini maka barangan untuk jualan oleh pekedai sepanjang jalan tersebut tak selamat untuk dibawa. Maklumlah ketika itu pehak kominis dikatakan kuat dan sentiasa menganggu gugat keselamatan penduduk.


Bukan ada apa pun pada konvoi tersebut. Hanya dapat melihat kereta polis mengawal dan mengiringi lori-lori yang membawa barangan untuk jualan di kedai sepanjang jalan. Konvoi tersebut didahului oleh kereta polis (kalau tak silap namanya ferret car. Di Balai Polis Kuala sekarang masih ada kereta tersebut sebagai bahan pamiran di kawasan balai) di tengah konvoi juga ada kereta polis dan dibelakang konvoi sebuah lagi kereta polis. Suasana ketika itu bagi kami sangatlah mengumbirakan. Itu sebabnya kami menunggu saban hari Sabtu untuk melihat “perarakan” tersebut. Mungkin bagi anggota polis yang bertugas mereka meresa kecut juga agaknya kerana pehak kominis ada di merata-rata, mungkin menunggu masa untuk menyerang. Silap haribulan isteri jadi janda dan anak jadi yatim, hospital dan tanah wakaf bertambah penghuninya.


Di tempat lain mungkin suasana sebegitu juga berlaku terutamanya di pinggir bandar.


Suatu lagi perkara yang menyeronokkan ialah ketika kereta peronda askar melalui kawasan sekolah kami. Selalunya selepas tamat sessi sekolah kira-kira pada jam 1.00 tengah hari (ketika itu di Sek Jenis Keb Padang Assam) kami akan berada di tepi jalan raya Kuala Kangsar-Taiping untuk menunggu bas. Bas pula tak datang awal kerana bas tersebut kena menghantar budak sekolah yang belajar di Kuala Kangsar untuk balik ke Padang Rengas dulu. Bila bas tersebut balik (bas kosong) ke Kuala Kangsar kami pun naik. Bagi saya pula saya akan turun bas di Simpang Lawin untuk menaiki satu lagi bas (bas lenggong) untuk balik ke Lubuk Merbau. Lepas itu naik basikal pula ke rumah saya di Changkat Petai. Kadang-kadang saya lepak di rumah opah saya di Lubuk. http://maps.google.com/


Semasa menunggu bas inilah kami main guli atau berborak-borak sambil menunggu trak askar lalu. Kalau ada yang lalu kami akan melambai ke arah mereka dengan harapan dibalingkan kepada kami gula-gula atau biskut kering. Kalau tak dapat kami bagi signal “Thumbs down” (tak Bagus). Kalau dapat kami akan bagi signal “Thumbs up”. Masa itu ramai askar Mat Salleh di Malaya. Mereka mungkin seronok tengok kami “layan” mereka.


Di kawasan Simpang Lawin pula selalu mereka berhenti berehat. Kami yang menunggu bas kadang-kadang mengurat juga kalau-kalau dapat gula-gula atau biskut. Bukan untuk apa saja seronok2. Maklumlah budak2. Mana tahu bahaya atau orang tak suka.


Di Simpang Lawin juga pada tahun 1960 tahun pertama saya pindah belajar di Padang Assam (SMC1) terdapat satu pos askar. Bila sampai di situ kereta kami (masa itu saya naik kereta Pak Alang ke sekolah) kena berhenti untuk pemeriksaan. Tapi di situ ada saudara yang Pak Alang kenal. Mudahlah pemeriksaannya. Lagi pun penumpang kereta hanya budak2 sekolah. Pos ini ditutup kemudiannya (tak tau sebabnya).


Sebelum itu ketika saya belajar di darjah dua atau tiga di Sek Umum Tanah Merah ada juga askar yang melalui sekolah kami. Mereka selalunya berjalan kaki dan kadangkala singgah di kedai Pandak depan sekolah kami. Askar Melayu. Mereka ini suka mainkan kami. Disuruh kami berdiri di hadapan mereka dan mereka akan lontarkan gula-gula ke arah kami. Sapa yang nasib baik dapat. Yang tak nasib baik tak dapat. Mereka juga seronok melihat telatah kami.


Pada kami dharurat tak merbahayakan malah menyeronokkan. Tambah seronok jika kami dapat mengiringi askar yang meronda melalui kampong kami. Kami akan ikut sampai hujung kampong. Mereka pula sporting suka melayan kami bercakap2 dan melawak. Mungkin kampong kami adalah kampong yang selamat bagi mereka meronda di situ. Kawasan Liman Kati atau Lenggong atau Sungai Siput mungkin adalah kawasan yang membahayakan.


Tetapi di bukit berhampiran (Bukit Payung) mungkin kurang selamat. Tapi bukit itu jauh dari kampong kami. Dua saudara saya (Alang Ha dan Mat Jatin) yang pergi ke bukit tersebut pernah ditangkap oleh kominis dan di arahkan menggali lubang (menurut orang kampong untuk menanam mayat mereka selepas dibunuh). Tapi mereka ni lincah dan sempat menyelinap lari balik ke kampong kami. Saya ingat lagi ketika orang kampong mengiringi mereka untuk ke hospital mendapatkan rawatan kecederaan pada kecederaan mereka.


Masa (pagi) itu saya berada di kawasan sekolah. Dikatakan mereka telah diseksa. Kedua-duanya adalah expert dalam selok belok hutan, mungkin itu sebabnya mereka dapat lari dan keluar hutan dengan selamat.


Diperingkat akhir zaman dharurat pula banyak kempen saikoliji digunakan oleh pehak keselamatan negara. Selalu juga kapal terbang terbang rendah mengelilingi sekitar kawasan kampong sambil menyeru pehak kominis menyerah diri (itulah yang kami diberitahu kerana mereka menggunakan bahasa Cina bukan bahasa Melayu. Di kawasan kami tak ada orang Melayu jadi kominis).


Ada satu ketika itu ada kapal terbang mengugurkan risalah menyeru pehak kominis keluar dari hutan. Kami kanak2 bila nampak mereka menggugurkannya berlari mendapatkan risalah tersebut. Banyak juga yang gugur di kebun getah belakang rumah saya. Orang muda dan yang tua pun ada bersama kami.


Itulah salah satu dari seronoknya ada dharurat. Ini adalah bagi kami yang tak terlibat secara langsung dengan suasana dharurat. Yang terlibat dan yang terganggu oleh dharurat lain pula kesannya. Mereka mungkin sentiasa risau dan tak tenteram hidup.


Negara kita banyak sejarah dharuratnya. Mula Portugis datang melanggar, kemudian Belanda menjajah, Kemudian Inggeris, kemudian Jepun, kemudian kominis, kemudian konfrantasi Sukarno, dan lainnya (ada lagi). Zaman sebelumnya orang Siam melanggar. Nasib baik Tun Perak Melaka bijak mengusir Siam dengan cahaya yang banyak di tepi pantai pada waktu Malam. Orang Siam ingat tentera Melaka tatkala itu sangat ramai dan tak jadi serang dan terus balik negeri. Dan pula ada negeri saperti Kedah, Perak, Kelantan dan Trengganu yang mengelakkan dharurat yang membawa sengsara drngan menghantar bunga mas saban tahun ke Siam.


Orang asing semasa dharurat banyak membawa sengsara pada raakyat. Kecuali kedatangan saudagar berniaga di merata tempat di Malaysia ini. Mereka datang berniaga dan mengembangkan agama Islam. Kedatangan mereka telah mengIslamkan penduduk Nusantara keculi Bali! Inilah rahmat bagi yang mengetahuinya.


Dharurat zaman Jepun jika berpanjangan lagi mungkin akan memajukan negara kita kerana mereka membawa pembangunan pada takad akhir penjajahan mereka. Ini dapat saya rasai (tak alaminya kerana saya dilahirkan 5 tahun selepas mereka menyerah diri) kerana di sekitar kampong kami dulu banyak dawai letrik peninggalan Jepun. Mereka menjadikan kampong saya tempat simpanan dawai letrik untuk digunakan oleh mereka membekalkan letrik ke seluruh kawasan berdekatan dan keseluruhan Malaya jika mereka tidak diusir oleh penjajah Inggeris. Kalaulah Jepun sempat membekalkan letrik tersebut sudah tentu semasa saya dilahirkan rumah saya dah terang benderang kerana dah ada bekalan letrik. Mungkin dah ada kilang di belakang rumah. Akan tetapi segalanya adalah perancangan Allah.


Apabila Jepun menyerah diri setiap rumah di kampung kami telah mengambil dawai tersebut untuk dijadikan dawai ampaian menjemur kain.


Soalan:

Akan datangkah lagi dharurat di Negara kita? Tunggulah tulisan tentangnya, bertajuk “Dharurat Sekarang”. . . Di Sini:

http://pandakingat.blogspot.com/2009/07/dharurat-sekarang.html


Walau bagaimana pun, Alhamdulillah atas segalanya. Kita boleh berjaya jika kita berusaha lurus.



No comments:

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI