KLINIK KESIHATAN CHERAS BARU
KEARAH PERKHIDMATAN TARAF DUNIA
Semalam 19 haribulan Februari 2009 saya pergi ke Klinik Kesihatan Cheras Baru. Terpegun saya melihat perubahan yang berlaku di situ. Perubahan yang sangat positif dan membanggakan.
Pertamanya klinik tersebut (juga Kementerian Kesihatan) sudah pun menggunakan konsep baru dalam perkhidmatannya yang mementingkan pelanggan. Sekarang pelanggan merasa lebih selesa menggunakan perkhidmatan yang mereka berikan.
Aliran perkhidmatannya lebih licin dan masa menunggu dirasa pendek walaupun ramai pelanggan yang datang mendapatkan perkhidmatan.
Jika dilihat carta aliran perkhidmatan yang mereka amalkan kita akan merasa kesan kecekapan sistem yang ada sekarang ini. Kita hanya sediakan Kad Pengenalan dan RM1.00.
Rengkasan tatacaranya:
Masa menunggu tidak membosankan kerana ada TV kalau nak tengok dan ada bahan bacaan disediakan. Atau kalau ada kenalan boleh bercerita sambil menunggu. Atau berkenalanlah dengan pelanggan lain yang datang kesemuanya dari kawasan Cheras juga. Berhawa dingin pulatu.
Nampaknya mereka ini "service oriented" atau "sedia berkhidmat." Termasuklah seorang rujurawat senior yang mereka panggil Kak Jah yang haritu saya lihat berkenalan dengan nyonya yang kelihatan "sesat". Selepas mereka bercerita nyonya tersebut kelihatan bahagia air mukanya kerana sebelum itu tiada siapa melayannya dan dia agaknya tak paham sistem operasi klilik tersebut. Kak Jah berjiran satu jalan dengan nyonya tersebut tapi tak pernah kenal. Kak Jah berjanji akan melawat nyonya tersebut di masa hadapan. Inilah sikap positif manusia yang kita perlukan. Ada apa yang dikatakan "follow-up" atau tindakan susulan yang diperlukan oleh pelanggan. Ia juga perkhidmatan sosial percuma yang diberi pahala (nampaknya beliau iklas). Syabas.
Sistem di Bahagian Serahan Ubat juga dah naik taraf dan lebih cekap. Kita hanya perlu menyerahkan slip ubat dan mengambil nombor gilirannya (cara layan diri), dan tunggu nombor dipanggil untuk mengambil ubat.
SYABAS. Dan TAHNIAH !!
Soronok lagitu bila hasil pemeriksaan keadaan kesihatan saya dinyatakan sebagai memuaskan. Alhamdulillah.
A Manas
No comments:
Post a Comment