GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Monday, February 23, 2009

LAWATAN SAMBIL BERJALAN KAKI

LAWATAN SAMBIL BERJALAN KAKI

Semalam 23 Feb 2009, saya membuat urusan membayar bil sambil berjalan kaki.

Mulanya bayar bil internet di Pejabat Pos Taman Saraya. Sebelum itu berjalan kaki melalui rumah Ustaz Yusuf 1/6 (pergi kerja), rumah Chef Hashan 1/6 (kereta ada di luar rumah, mungkin beliau ada dalam rumah, maklumlah sekarang dah pencen), rumah Hj Rahmat 1/5 (keretanya ada diluar mungkin beliau di dalam), rumah Halim Hasran 1/4 (mungkin beliau outstation kerana lama tak nampak di surau).

Cadang nak singgah bayar bil internet selepas balik dari MPAJ. Tapi bila berjalan melalui POS Taman Sayara tnampak tak ramai pelanggannya. Jadi singgahlah dulu bayar bil. Ada sepuluh pelanggan sahaja jadi cepatlah urusannya. Proses membuat bayaran di situ cepat berbanding masa dahulu. Sekarang ada 4 kaunter yang beroperasi.

Sempat ambil gambar Pejabat Pos tersebut. Tanpa kos kerana guna kamera digital. Kalau dulu kena cuci gambar di studio gambar. Sekarang dengan digital gunalah PC yang ada dan kalau nak cetak gunakanlah printer sendiri atau pinjam-guna.

Lepastu berjalan ke MPAJ nak bayar bil cukai pintu. Boleh dibayar di Pejabat Pos tapi saja nak jalan untuk exercise. Lagi pun bayar bil cukai pintu di MPAJ dapat pen percuma! he. he.

Jalan melalui Balai Polis (baru) di Taman Muda. Tau ada balai polis di situ tapi tak pernah pergi tengok. Kalini dapat ambil gambar pun. Balai ini adalah balai mini yang diketuai oleh seorang sarjan.

Balai ini terletak di belakang Paragon Point dan bersebelahan Medan Selera berhampiran Pelabat Telekom dan Pejabat Pos (tadi)

Berjalan terus ke MPAJ melalui pasar Taman Muda. Jauh juga dan dekat satu jam baru sampai MPAJ.

Di kaunter bayaran bil MPAJ juga tak ramai pelanggannya. Ada hanya 5 pelanggan sahaja bila saya sampai. Lepas bayar bil saya rehat di kawasan rehat bersurat khabar di situ. Sempat baca surat khabar harian dan melepaskan lelah berjalan kaki.

Selalunya saya kalau ke Menara MPAJ saya singgah di kantinnya untuk makan/minum. Tapai harini saya tak ada mood nak makan. Mungkin kenyang lagi. Lepas berehat dan membaca surat khabar saya bertolak balik berjalan kaki juga. Maklumlah belum rasa penat. Kalau penat naik baslah macam mana saya selalu buat dulu bila berjalan kaki ke Pasar Tani Ahmad Razali Ampang. Balik naik bas 0.65 sen.

Penat tapi seronok. Sekurang-kurangnya dapat saya "bersenam" dan memperbaiki perjalanan darah. Banyak lagi faedah berjalan-jalan (rahsia tak boleh beritau).


























2 comments:

Merbawi said...

hehehehe....berjalan pun ada rahsianya ya Tuan Pandak? Ni yang nak kena belajo lagi ni dari orang yang lebih senior ni.

PANDAK CHANGKAT PETAI said...

Bukan apa. Teman tak mau banyak sangat komen teman. Kadang-kadang kena ada suspen juga. Sebenornya banyak yang positifnya misalnya (dalam tiori eje, praktiknya mungkin tak buat) boleh zikir, boleh jumpa kenalan (yang besnya jumpa yang banyak tahun tak jumpa, macam cerita teman jumpa jala di tingkap kereta api di stesen Ipoh Januari 1971). 1997 pula teman jumpa Jalil (housemate di K Bharu). Tapi bila tegor dia kata dia bukan Jalil tapi anak Jalil, muka serupa. Lagi boleh berangan dan dapat ilham. Di Kuantan dulu teman dapat ilham selesaikan masaalah pejabat, masatu pergi oustation sorang. Bagus bukan.

Teman pernah dengor nama Kulup Lambor tapi lupa dimana. Idik teman bila tanya pun tak ingat. Yang dia ingat Ani? Mungkin saudara mike. nanti tenam risik lagi.

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI