GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Tuesday, February 24, 2009

HAMPIR TERKENA?

HAMPIR2 TERKENA?

HAMPIR2
NYARIS
NASIB BAIK, DLL


Terpanggil untuk mengposkan yang ini.

1). Pencuri yang tak ditangkap polis berkata:

"Nasib baik aku tak kena tangkap. Kalau tidak . . . "

2). Pesalah trafik tak di saman menyatakan:

"Nasib baik gorengku dia percaya. Kalau tidak . . . ."

3). Pemonteng kerja berkata pada kawannya:

"Nasib baik kau cover aku tadi bila boss tanya. Kalau tidak . . . ."

Ramai orang (kitani) seronok buat dosa. Lebih seronok kalau dosa tersebut orang tak tahu atau dapat dicover sembunyikan dari manusia.

Padahal sahabat kita seumur hidup mencatatnya kita tak perasan atau buat tak kesah aje. Tapi sahabat kita baik kerana dia bagi can dulu untuk bertaubat sebelum mencatatnya. Kalau sempat taubat tak perlu tulis. Ini adalah kontreknya dengan Allah. Yang baik terus catat. Yang tak baik bagi can taubat dulu.

Sebenarnya di ke3-3 peristiwa di atas mereka tidak bernasib baik. Mereka akan bernasib baik jika pencuri tersebut di tangkap kerana dia boleh bertaubat dan kemudian buat perkara yang baik. Atau pesalah trafik disaman kerana dia boleh buat baik, Atau pemonteng diberi amaran/buang kerja kerana ia boleh jadi lebil baik. Kesemuanya akan mengamankan dan memajukan negara dan kehidupan dunia aman sentosa.

Kalau tidak mereka terus membuat kerosakan dan dosa sampai mereka temui kiamat kecil mereka.

Ayat 42 tersimpan banyak rahsia.


Atas cadangan Anak Pandak


Sebenarnya tak tulis tentang putus asa, kita jangan putus asa. Tapi terbaca pos di atas. Apa lagi cetak rompaklah. Untuk kebaikan tak apa. Lagi pun tak ada yang rugi. Semua tumpang dapat untung. Lagi . . lagipun yang memasukkan postingtu sahabat saya. Dia pun dah tahu dan benarkan. Nampaknya saya kena minta komisen pula kerana memanjangkan postingnya. Belanja kopi cukuplah. . . . Blognya: http://madrasatulhudateratai.blogspot.com/

PUTUS ASA
Jangan kita putus aja selepas kita berusaha. Kerana kejayaan mungkin satu sentimeter lagi. Kalau putus aja melepaslah kita. Kan kita ada istilah Tawakkal. Berusahalah dan kemudian bertawakallah kita.

Ikut orang Korea atau Jepun. Mereka berusaha sampai dapat.

Saya terjumpa seorang Korea yang datang Ke KL tahun 2000 tanpa tahu cakap Melayu atau Inggeris (tahu sebab bila bercakap dengannya dia diam tak faham. Sahabatnya pula yang menjawab bagi pehaknya). Ejennya di KL yang menolongnya berbahasa supaya difahami. Tujuannya ialah menjalankan perniagaan. Nampaknya bila kita ada semangat sebegitu bolehlah kita pergi berniaga di negara Arab. Tentu boleh sebab dah ada contoh. Kan dulu Melayu dah banyak merantau dan ada yang kaya sekarang ini di Afrika Selatan, di Madagaskar, di Sri Langka. Menurut cerita manusia pertama mengelilingi dunia adalah Panglima Awang kawan Panglima Hitam. Mereka tak pernah putus asa.

Sabenarnya segalanga telah ditetapkan tapi kalau kita tak berusaha kita tak akan capai apa yang ditetapkan. Makanan dah dihidangkan, kalau kita atau orang lain tak suapkan (subsidini?)
manakan nak kita kunyah. Kalau tak telan manakan nak masuk perut. Bila masuk perut itu bukan tugas kita.

Kecuali kalau kita termakan racun (makanan kita banyak racun) kita kena berusaha ke Klinik atau hospital atau sebagainya. Ini pun kita jangan putus asa berusaha.

Kehidupan adalah seperti orang yang sesat di hutan atau di Bandar Peris atau London. Pengalaman, ilmu dan common sense (akal lojik) sangat penting dan inilah yang menolong kita supaya tidak terus sesat.

Yang bernasib baik ada kawan atau penolong membantu. Yang ada ayah ibu mereka juga boleh membantu. Yang tak ada apa-apa jangan susah. Ada yang akan membantu. Selain ilham dari Allah otak fikiran kita akan membantu. Gunalah lojik kita.

Yang penting lagi ialah ilmu. Sesat di Paris kena tahu bahasa Prancis (ini satu kelebihan yang dapat menolong). Sesat di Saudi kena tahu bahasa Arab. Kalau tahu ilmu alam boleh baca peta (supaya tak mudah sesat). Atau kalau pandai main muzik boleh bermuzik untuk dapat wang (ada orang Malaysia buat demkian di Saudi). Carilah nitch atai kelebihan yang ada pada kita untuk terus berjaya. Lat berjaya kerana gunakan nitch melukisnya. Sama juga dengan P Ramli, Muhammad Ali Tinju dan lain-lain. Tapi jangan putus asa kerana kejayaan satu sentimeter lagi. Kalau belum berjaya ada satu centimeter lagi dn seterusnya ada satu sentimeter lagi . . . . . sampailah berjaya. Boon Siew tak putus asa dan akhirnya dapat hak jual Honda yang sahabat kita (nama dirahsiakan) tolak. Sebab yang dinyatakan dinyatakan ialah Honda Cub (50 CC) tak ada standard tatkala itu.

Malangnya saya juga ada perasaan putus asa tersebut. Itu sebab susah nak betul2 berjaya. Atau saya ada perasaan cukuplah dengan apa yang ada.

Tapi Allah maha kaya. Ada juga rezeki saperti yang dijanji.

Tapi anak cucu kita tak ada masa untuk putus asa dan semangat juang perlu kita tamankan kepada mereka.

Kenapa Yahudi berjaya padahal mereka pengecut dan menjadi buruh kasar Firaun di zaman Nabi Musa dulu. Suruh masuk Palistin mereka enggan kerana takut. Cucu cicit mereka sekarang telah menakluk dunia. Kerana generasi-generasi selepas mereka tak putus asa dan mengajar anak cucu mereka supaya terus berusaha dan jangan putus asa.

Sekarangni seluruh dunia "bergantung" kepada mereka. Dunia dimakmur-hidupkan oleh hasil ciptaan dan sistem mereka (ada banyak juga yang merosakkan).

Bolehkah kita ikut semangat juang mereka? Dan menjadi tidak putus asa dan berpuas hati dengan apa yang ada?

Yang baik tu InshaAllah, sudah tentu boleh.

JANGAN PUTUS ASA.

No comments:

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI