GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Sunday, November 23, 2008

TERSESAT JALAN 22 November 2008



Gambar diambil di sekitar khenduri Jala Lubuk Rumah lama tempat saya tumpang letak basikal awal tahun 1960han dah diganti dengan rumah baru Jala. Terima kasih arwah Wan Nani.


Hari sabtu yang lalu, 081122 kami sesat.


Nasib baik sesat jalan. . . . boleh balik ke pangkal jalan.

Kami sesat di Ipoh ketika nak ke KL dari Kuala Kangsar melalui Sungai Siput.

Sebelum itu ketika kami bertolak dari Kampung Baru KL pintu belakang kiri kereta tak boleh buka dan semasa melalui selekoh dekat Maju Junction pintu tersebut terbuka dengan sendiri. Nasib baik tiada kenderaan berhampiran di belakang.

Perjalanan ke Kuala Kangsar mulai jam 8.30 pagi di KL memuaskan. Kami singgah isi minyak di Hentian Sungai Perak lihat pekerja kedai minyak happy aje kerana kereta banyak mengisi minyak di situ. Inilah agaknya pekerja contoh kerana gumbira dapat membuat banyak kerja. Kalau iklas dapat pahala dan pahala membuat orang lain seronok melihat mereka bekerja. Bossnya tentu lebih bahagia kerana untung lebih.

"Hulurlah sedikit untung tersebut untuk kebajikan pekerja anda"


Sampai ke rumah khenduri Dato' Jalal Yunus jam 12.30 tengah hari. Singgah di situ berborak dengan kenalan dan saudara mara sebelum jumpa Jalal dan makan. Kami masuk ikut pintu belakang.

Orang di situ 99% saudara saya dan saudara drebar saya (yang menumpangkan saya balik kampong bersama). 50% yang datang hari itu dah kami tak kenal kerana saya tinggalkan kampong tahun 1967 dan Yusuf (drebar kereta) tiga tahun sebelumnya. Ada yang dah tak kenal kerana dah berubah wajah kerana dah tambah lebih 40 tahun umur masing2. Ada juga yang tek kenal kami.

Jala (nama di kampong) ni anak Che Gu Anjang, guru saya dan guru Yusuf dan guru penduduk Lubuk dan Tanah Merah yang se zaman dengan kami. Che Gu Anjang kepada kawan-kawan saya sangat garang tapi pada saya cukup personalitinya sebagai guru besar sekolah.

Che Gu Anjang meninggal pada tahun 1967 tapi saya tak pergi menjenguknya kerana hari itu ada kelas tambahan di sekolah. Juga pada masa itu saya tak ambil berat agaknya, kerana kalau dipohon saya boleh tak datang kelas tersebut.

Jala pula senior saya di Tanah Merah, Padang Assam dan Clifford Kuala. Tahun 1966 dan 1967 beliau masuk duduk asrama sekolah bersama saya. Beliau masuk pasukan polis Malaysia tahun 1969. Pernah bertugas di Pahang (Pekan), Kelantan (Pasir Mas), Kedah dan KL.


Last saya jumpa Jala ialah pada bulan Januari 1971 di stesen kereta api Ipoh. Dia di tingkap kereta api nak ke Penang/Kuala dan saya di tingkap kereta api nak ke KL/Kota Bharu. Tuhan nak ketemukan, dapat jumpa sekejap bila kereta berhenti di stesen Ipoh.

Masa itu berlaku banjir besar di seluruh negara. Saya dan kawan saya (Abd Wahab, Abd Fatah, Abd ?? dan Syed ?) yang nak ke Kota Bharu terkandas di Gemas seminggu. Tatkala itu saya ambil peluang balik ke Tanah Merah untuk kembali ke Gemas empat/lima hari kemudiannya. Masa nak ke Gemas itulah saya bertemu Jala di stesen kereta api Ipoh.

Kalau tak jumpa Jalal di Lubuk pada hari sabtu tersebut mungkin kalau jumpa di tempat lain kami tak kenal antara satu dengan lain kerana wajah dah berubah. Jalal dah hilang janggutnya (tahi lalat di dagunya) dan saya dah berjanggut-misai. (Wahid dan Rani (abang dan adik Jalal) juga dah berubah wajah). Alhamdulillah dapatlah berjumpa kami "betarur datuk" ini (i.i. satu moyang).

Balik ke KL kami melalui Sungai Siput kerana singgah di Sungai Akar dan Geliong (rumah Mariam Hassan dan Jamnah adik saya) jumpa saudara.

Itu yang menjadikan kami sesat bila sampai ke Ipoh kerana banyak perubahan jalan. Orang kata ini kerja Sami Velu kerana dia wakil rakyat Sungai Siput, maka beruntunglah orang kawasan itu.

Tahu-tahu kami dah sampai dekat jalan ke Hospital. Kena patah baliklah untuk ke Lebuhraya PLUS.

Ketika itu teringat pula sahabat saya yang hendah ke Kuala Kangsar dari KL berhari raya tapi sedar2 dah turun bukit di Bukit Berapit dekat Bukit Gantang. What to do, kena pergi Tol Simpang Taiping dan patah balik ke Kuala Kangsar.

Juga teringat pengacara TV1, Syed yang saudaranya cerita di TV (melalui perbualan telefon) yang keluarga saudara Syedni dari Penang nak ke Parit Perak tapi tak jumpa jalan. Apa nak buat mereka teruslah ke Camaron Highland berehat di sana dan dari situlah dapat menelefon siaran secara langsung Syed ini Live di TV1 pada pagi raya ketiga agaknya (kalau tak salah saya).

Kami, lepas Tol KL pula hampir sesat juga kerana ada jalan baru di situ. Dulu lepas tol kena terus ke arah kanan naik bukit untuk ke arah jalan Duta. Sekarang kena ke kiri dan naik airborne melawan jam satu pusingan (jambatan mendongak) untuk ke arah Jalan Duta.

Walaubagaimana pun kami berhati-hati dan tak sesat lepas jejantas Sungai Buluh dan jaan keluar hentian Sungai Perak (yang agak komplikated itu) . Tapi hampir melepasi susur masuk Tol Kuala Kangsar (kerana syok berborak).

Tapi tak apalah kerana kami hanya tersesat jalan.

Kalau sesat akidah?

Istillah BERHATI-HATI DI JALAN RAYA MEMANGLAH BETUL dan mesti dipakai sekarang, disamping doa naik kenderaan dan lainnya.

Alhamdullillah segalanya selamat dan sempat maghrib di masjid Kampong baru sebelum balik rumah naik kenderaan terbaik KL, motor kupcai saya.

2kiD
SabtuMalam081122


Sedara yang ditemui pada hari khenduri tersebut:

1. Yah - kawan sekelas di sekolah rendah Tanah Merah. Sekarang tinggal dekat rumah arwah Pak Mansor.

2. Che Gu Zubir - guru kemudiannya guru besar sekolah rendah Tanah Merah. Tak pernah mengajar saya kerana saya pindah ke sekolah Padang Assam pada tahun 1961, masuk SMC1 (Special Malay Class 1). Tapi selalu jumpa bila saya balik Lubuk mulai pada tahun 70han dan 80han. Sebelun itu saya jarang balik Lubuk kerana rumah kampung saya ketika itu di Changkat Petai, pindah ke Lubuk hanya pada tahun 1979.

3. Ani - Orang panggilnya Ani Brum. Dulu tahun 60han selalu jumpa dia ketika saya nak balik dari sekolah di Padang Assam. Selalu jerit/sebut Latifah Omar bila jumpa saya kerana nak kaitkannya nama pelakun itu dengan nama saya. Masuk pasukan polis hutan di Ulu Kinta. Sekarang dah pencen dan tinggal di rumah awam Lubuk.

4. Din Pak Itam Manas - Jiran Jala. Sebelun itu tinggal di Silor, Tanah Merah. Adik kepada Ali dan Zamri dan abang kepada Teh. Menurut cerita datuknya, Tokki Menjah menamakanya hanya "Din" semasa membuat laporan kelahirannya dulu. Rengkas je. Din masuk askar bahagian gaji. Dah pun bersara dan buat rumah berhampiran rumah Jala. Abangnya Ali tinggal di rumah mertua Ali, Arwah Wan Midah berhampiran rumah Din. Pada tahun 1968 saya pernah tinggal di rumah Wan Midah ketika Wan midah tinggal di Taiping. Ketika itu saya belajar Tingkatan 6 di St Georges Taiping.

5. Cikgu Abdin - Jiran saya di Lubuk. Beliau berkahwin dengan kakak saudara saya, Faridah anak Chegu Bakir. Pernah pergi ke rumah saya semasa saya bertugas di Kota Bharu. Mereka pergi bersama ibu dan ayah saya dengan kereta, Austin Morisnya. Berlaku kerosakan kecil ketika balik melalui Kuantan.tapi akhirnya selamat sampai ke Lubuk. Cikgu Abdin ada kebun dusun berhampiran dusun saya di Guntung. Dah pun pencen.

6. Chegu Lit (Khalid) - Juga jiran Lubuk saya. Dulu masa saya kecil saya selalu pergi ke rumahnya yang ada kolam ikan. Pada tahun 70han saya selalu jumpanya di masjid Lubuk bila saya balik kampong.

7. Bangcik Salleh - juga jiran Lubuk saya. Rumahnya berkongsi geran dengan tanah mak saya di Lubuk. Tanah tersebut dulu kepunyaan opah saya yang diperturunkan kepada mak saya (0.5 ekar), Jameah Nekmat (0.25 ekar), Hawa Mohd Bakir (isteri Bangcik Salleh 0.25 ekar) dan baki 1 ekar kepada ibu saudara saya Habibah (Mak Cor) yang kemudian dibahagikan kepada anaknya Kak Niah, Tatak, Kak Dah isteri Chegu Abdin dan Abd Halim). Bang Cik Salleh dulu mekanik askar. Dah pun pencen. Di tapak rumahnya dulu ada bang
unan UMNO di mana tempat saya belajar mengaji Al Quran pada tahun 1963. Gurunya kami panggi Wan yang tinggal di rumah UMNO tersebut. Lepas sekolah pagi saya belajar mengaji di situ hinggan khatam. Pada hari khenduri tersebut saya tak sempat jumpa Kak Cik isteri Bangcik Salleh kerana Cak Cik sebok dengan pasukan kompangnya.

8. Jamnah, Mazidah dan Talib - mereka adalah adik dan ipar saya. Jamnah dan Mazidah pernah tinggal di rumah saya ketika saya menyewa-tinggal di Petaling Jaya pada tahun 70han. Jamnah belajar Tingkatan 6 di Yayasan Anda dan Mazidah di Bangsar. Mereka kemudian bekerja di Subang dan tinggal di sana. Jamnah sekarang tinggal di Geliong dan Mazidah mewarisi/tinggal di rumah kami di Lubuk.

9. Jala - Saya dan Jala berator datok. Orang kata second causen. Mak saya dan mak Jala rapat hubungan mereka. Selalu ketika kami susah dulu Mak Jala yang banyak membantu (ini ikut cerita mak saya). Semasa saya bersekolah di Padang Assam saya selalu simpan basikal saya di bawah brenda rumah Jala di Lubuk atas cadangan maknya, kami panggil Wan Nani. Ketika itu saya naik basikal dari Changkat Petai untuk pergi sekolah di Padang Assam. Sebelum itu, ketika mereka tinggal di Tanah Merah (saya tinggal di Changkat Petai seberang sawah dengan rumah Jala) saya selalu ke rumah mereka bermain dan mandi sungai. Ingat lagi ketika buah kuinin belakang rumahnya gugur kami akan memungutnya dan makan. Depan rumahnya ada rambutan gading yang selalu kami ambil. Kami bersama sekali lagi bila Jalan tinggal di asrama sekolah Clifford tahun 1966 dan 1967. Lepas itu berpecah pula bila Jala masuk polis dan saya masuk maktab Pulau Pinang. Adik Jala, Leha juga masuk maktab tersebut dua tahun kemudiannya. Saya ingat lagi ketika saya berikan buku rujukan saya kepada Leha, bila di tanya kenapa Leha tak masuk U, Wan Nani kata tak payahlah masuk U, perempuan jadi guru maktab dah cukuplah.

10. Rani - adik bungsu Jala. Bertugas kalau tak salah di Hospital Teluk Intan. Sekarang tinggal di sana. Dulu saya selalu juga bermain dengannya ketika di Tanah Merah. Beliau suka cerita Cowboy dan berminat kepada kuda putih. Semasa di Lubuk beliau ada pelihara burung kembala kerbau yang sangat jinak dan sentiasa terbang berhamirannya dan ikut ke mana Rani pergi. Rani juga pernah "jaga" basikal saya di bawah berenda rumahnya dan buat laporan jika ada orang yang "main" basikal tersebut. Pada hari khenduri tersebut saya dah tak kenal dia dan dia pun tak kenal saya.

11. Abd Wahid - Senior saya dan batch abang saya Hassan. Mereka bersama ketika di asrama Clifford dan di ITM shah Alam mengambil jurusan perakaunan. Beliau abang kepada Jala. Mereka empat beradik. Anak Wan Nani yang kelima gugur dalam kandungan.

Yang diingati:

Saperti dinyatakan tadi, Wan Nani rapat dengan mak saya sejak mak saya tinggal di Changkat Petai. Semasa kami tinggal di Lubuk Wan Nani ada ke rumah kami berborak2. Oleh kerana saya jarang berada di rumah say tak tahu kekerapannya.

Saya ingat lagi pada satu ketika saya pergi ke Lubuk dari Tanah Merah (Changkat Petai). ditemani oleh Wan Nani Saya tak ingat sama ada saya temankan dia atau dia temankan saya, Saya di darjah dua atau tiga ketika itu.

Kami pergi ke Lubuk berjalan kaki menyusur Sungai Chempias. Jarak lebih kurang dua batu. Sepanjang perjalanan tersebut Wan Nani banyak bercerita dan memberi nasihat. Kami dengar aje.

Sampai ke gerotak (jambatan) Jiah dekat rumah Jaafar hari mula rentek2. Wan Nai suruh ambil daun melelam untuk diletakkan di telinga masing2. Katanya bagi hujan tak jadi turun. Ini adalah petua orang dulu. Kami ikut suruhannya dan hujan berhenti. Petua ini boleh ikut tapi tak boleh percaya 100%. (pucuk melelam jika direbus boleh diminum untuk dijadikan ubat darah tinggi)

Dulu, kalau ada peluang saya suka dengar borak Wan Nani. Mungkin kerana Wan Nani kawan mak saya. Atau percakapannya menyeronokkan saya.

Mak cik lain yang saya suka dengar borak mereka selain Wan Nani ialah Mak Cor saya dan Wan Midah. Mungkin ada common interest

Al Fatihah untuk mereka . . . ..



















4 comments:

Merbawi said...

Lupa nak menanye, Kg Changkat petai ni berapa jauh dari pekan lubuk?

Merbawi said...

Salam Tuan Pandak,

Bagus sekali blog Tuan ini. Lain dari yang lain. Susah nak dicari pengalaman yang sebegini pada anak anak muda sekarang.

Teman pun asalnya diberanakan di Kg Langkor Hulu, Pekan Lubuk Merbau juga. Tapi beranak aja le, tapi dibesarkan diKL...hehe, tapi tumpah darah tu tetap le Lubuk lagi.

Semoga Tuan sihat selalu dan meneruskan penulisan agar dapat dikongsi oleh anak anak muda zaman sekarang.

PANDAK CHANGKAT PETAI said...

Changkat Petai terletak Tamah Merah yang berada diantara Lubuk dan Geliong/Sungai Akar.

Changkat Petai berada diseberang sekolah lama Sek Tamah Merah. Depan sekolah ada sungai, sbelah sungai ada sawah dan di seberang sawahtulah Changkat Petai. Langkor hanya 2 kilometer dari situ. Ulu Langkor depan lagi dan ada jalan terus dari situ ke Liman Kati/Lenggong/Lubuk.

Semasa budak2 dulu saya selalu juga pergi Langkor, ada kampong Pah saya bersebelahan rumah Ngah Langkor bapa Ketua Kampung Tamah Merah sekarang (Jala Langkor).

InshaAllah jumpa lagi.

Merbawi said...

Salam perkenalan Tuan. Semoga sihat selalu. Nama blog tema MERBAWI..hehe..sempena nama lubuk merbau ler..

Oooo....situ letaknya Changkat petai. Dah lame idak balik ke Lubuk. Masa kecik dulu selalu balik.

Teman ni cucu Kulop Mat Jidin atau kulop Lambor. Itu dato le...moyang teman Alang Mohammad Aroff Bin Bilal Abu Bakar, Guru Besar Sek Ren Lubuk Merbau (1902 -1903). Kalau mengikut belah emak, ramai saudare mare kat belah dalam tu...! Tapi idak kenei...

Jumpa lagi Tuan. Salam

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI