Kalau di tempat lain mungkin lebih mahal.
Saya dapat harga yang agak murah kerana saya membuat pembedahan mata melalui surat sokongan dari Klinik Kesihatan Cheras Baru (Klinik Kerajaan). Jika melalui klinik swasta kos pembedahan ialah RM1,000.00. Dan kalau pembedahan dibuat di klinik swasta maka kosnya tak kurang dari RM2,000.00. Dan kalau saya gunakan Surat Jaminan Kerajaan (GL) dah tentulah percuma. Tapi malaslah, kerana ianya melibatkan kos dan masa juga.
Masa pembedahan lebih kurang satu jam. Yang lamanya ialah masa menunggu giliran. Saya mendaftar untuk pembedahan jam 7.30 pagi, masuk bilik bedah jam 12.10 tengah hari, mula mata dibedah jam 2.00 petang dan selesai pembedahan jam 3.10 petang. Balik rumah sampai pada jam 5.00 petang kerana mata perlu di cuci di klinik dan lain2 hal pentadbiran (ambil ubat, bayar bil, dll). Pada hari tersebut terdapat enam pembedahan mata dan saya yang ke lima.
* Tambahan: Mungkin saya tak perlukan Paracatamol kerana semalam tak berasa sakit pun mata saya hinggalah sekarang. Akan datang? Bacalah: HARAPAN DAN PERSEDIAAN
_______________________________________________________________________
Mereka hanya imbas (scan - dulu mereka kena baca sendiri) kad pesakit dan tahu melalui skrin komputer apa ubat yang perlu diberikan. Atau imbas kad tersebut untuk mengeluarkan bil rawatan dan menerima bayarannya.
Atau imbas kad tersebut dan dapat tahu no telefon kita dan lain2 hal tentang diri kita. Sungguh changgih. Yang tak canggil ialah saya dan anak saya yang menemani kerana kami tak tahu apa nak buat bila sistem mereka itu "paperless". Nasib baik ada mulut boleh bertanya, ada mata boleh baca dan ada akal boleh berfikir.
Saya hanya membawa duit kecil sahaja semasa pergi membuat pembedahan tersebut. Dan tatkala saya menerima bil hospital saya katakan pada kakitangan tersebut saya tak bawak duit. Mereka kata boleh bayar kemudian tapi lebih baik bayar sekarang kerana tak payahlah datang lagi untuk membayannya di masa lain. Nasib baik ada juruwang sementara di sebelah saya (anak saya) yang membayarnya. Baliknya ke rumah baru saya kembalikan "hutang" RM103.00 tersebut.
Balik ke rumah barulah merasa lapar. Paginya hanya minum dan makan ubat biasa saya. Nampaknya bila kita ralit atau membuat sesuatu kerja kita tak perasan perut kita kosong tak makan atau minum. Serupalah bila saya bertugas audit di Bangkok dulu masa bulan puasa. Makan sahur 12 malam tahan hingga buka puasa 7 malam esoknya. Tak ingat lapar pun. Balik naik Thai Airlines (kongsi laluan dengan MAS) pramugari suruh makan kerana katanya berjalan jauh boleh makan di bulan puasa. Tapi saya tak makan kerana kalau makan, puasa saya kena ganti juga dan saya tak perlukan makan kerana tak lapar. Beliau bekalkan makanan pula untuk saya makan nanti bila berbuka puasa di Malaysia.
Walau apa2 pun diucapkan "Syabas!".
___________________________________________________
Haji Abd Halim CEM
Tatacaranya begini: Saya akan berdiri dengan kedua tangan saya diangkat separas bahu. Pasangan saya HAHACEM akan imbas badan saya secara membayangkan setiap anggota badan saya satu persatu, seolah2 bertanya (bertanya menggunakan fikiran bukan mulut) keadaannya baik atau tidak. Sambil "bertanya" HAHACEM akan menolak tangan saya ke bawah dan saya perlu halang beliau berbuat demikian supaya tangan saya tak turun mengikut tolakkan tangan HAHACEM. Semuanya dibuat tanpa berkata2.
Semasa membuat imbasan tersebut HAHACEN telah mengesan yang anggota badan saya yang lain adalah dalam keadaan baik kecuali mata kanan saya. Semasa beliau fokuskan kepada mata kanan saya untuk "bertanya keadaannya" tangan saya menjadi lemah dan mudah diturunkan bila beliau menekannya ke bawah. Kalau HAHACEM dapat menolak tangan saya kebawah dengan mudah maksudnya ada masaalah anggota badan saya yang beliau "tanya" atau bayangkan itu. Kalau tangan saya steady saja dan susah nak tolak kebawah maksudnya anggota badan tersebut dalam keadaan baik atau biasa.
Inilah kuasa yang ramai kita tak tahu. Konsentrasi fikiran orang lain dapat membaca keadaan seseorang. Bacalah di SINI:Pemikiran Positif
Semasa itu mata saya masih normal dan saya dapat melihat dengan jelas. Setahun kemudian baru ianya menjadi kurang jelas tatkala saya terkena gigitan kucing yang berkelahi, terpaksa masuk wad enam hari bagi mengeluarkan bisanya. Selepas digigit kucing mata saya menjadi kabur tetapi pulih sedikit kemudiannya sehingga saya membuat keputusan membuat pembedahan menggantikan kanta mata saya.
Semuanya itu hanya penyebab. Yang berkuasa ialah Allah tak ke mana lain.
Luasnya ilmu Allah. Yang kita tahu sedikit sangat. Itu pun dah ramai yang menjadi sombong.
Dalam internet banyak ditulis tentang ilmu AURA ini. Atau hubungi HAHACEM melalui webnya kalau berminat.
Posting Berkaitan: MENJAGA BADAN
Kesan pembedahan selepas sehari
p/s:
Memang saya terlupa tarikh pembedahan mata saya pada Isnin 29 Mac 2010 itu. Saya ingatkan pada 31 haribulan. Jadi pagi itu saya releks saja di rumah dan bersedia nak keluar membeli makanan pagi. Nasib baik anak saya ingatkan dan bila saya tengok kad janji saya sah tarikhnya 29 haribulan. Pengelabah juga saya kerana jam dah sepuluh minit ke pukul 7.00 pagi.
Terus saya pakai baju-seluar dan pergi ke Hospital Ampang dengan anak saya yang memandu. Nasib baik hospital hanya 2 kilometer dari rumah dan hanya melalui 4 lampu isyarat, dan sampai pada jam 7.30 pagi semasa petugas baru nak buka kaunternya.
Lucu pun ada kerana saya terpaksa pakai seliper ke hospital kerana bila saya cari kasut saya, saya tak terjumpa. Bolehlah juga dikatakan dharurat, agaknya.
**************************************
Kalau saya tengok mata kanan saya di cermin, saya sekarang boleh bayangkan tertera tertulis pada kanta mata kanan saya "HOYA - Buatan Jepun". . . . . Saja nak buat kelakar! sebab mood kenalah selalu baik.