GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Thursday, March 19, 2009

POPULAR

ADAKAH ANDA SEORANG YANG TERKENAL?


Seorang itu menjadi popular atau terkenal berdasarkan kepada dua keadaan. Yang pertamanya dia dikenali oleh ramai orang bukan sahaja di kawasan dia tinggal malah di seluruh negara maupun seluruh dunia. Contohnya, Muhammad Ali. Beliau adalah peninju terkenal tahun 60han sampai 80han. Semua orang yang hidup di dunia ini tatkala itu tahu siapa dia Muhammad Ali terbang macam kupu2 dan menyengat macam lebah/tebuan/nanin. Tumbukannya boleh didengari diseluruh dunia bila beliau bertinju. (Siapa tak percaya tiupan sangkakala bunyi tumbukan Muhammad Ali ini boleh menjadi bukti yang bunyi boleh didengari seluruh alam). Satu ketika penuntun yang datang tak sempat duduk lawannya dah tumbang. George Foreman lawannya pernah berkata di satu rancangan TV yang tumbukan Muhammad Ali tak sakit. Sebabnya: kerana Foreman terus pengsan bila terkena tumbukan Ali. Sekolah pun berhenti belajar nak tengok Muhammad Ali bertinju di TV, mungkin chegunya nak tengok murid tumpany je.

Tapi sekarang orang muda dah tak kenal beliau. Tak percaya tanyalah budak sekolah rendah kita siapa Muhammad Ali. Mawi mereka kenallah.

Seorang itu juga boleh menjadi pupular jika dia kenal ramai orang. Contoh?. Saya tak dapat fikirkan siapa yang kita boleh jadikan contoh di sini. Mungkin ahli politik yang bila berada dimana-mana macam dia kenal semua orang. Semua orang disalaminya tak kira lelaki atau perempuan malah kanak-kanak dan bayi pun dia akan bersalam tangan. Ini mungkin belum terkenal tapi mahu dikenali. Menurut cerita arwah Tun Ghaffar jenis macamni kerana beliau bila bertemu dengan kita selepas pertemuan kali pertama dengannya akan ingat nama kita atau dimana pernah berjumpa. Beliau terkenal kerana ramai orang yang dikenalinya.

Saya tak kenal ramai orang tapi saya suka tengok orang, terutamanya tenguk perangai atau gelagat mereka. Pernah disatu ketika saya pergi sembahyang di Masjid Negara dan selepas sembahyang saya berhenti di luar kawasan masjid sambil memerhati orang. Dalam beribu orang yang sembahyang itu tak seorang pun saya kenal. MashaAllah.
Kerdilnya saya. Mereka pun tak kenal saya. Tapi kalaulah saya seorang penyanyi macam ayaharham Sudirman sudah tentu ramai yang kenal saya.

Popular macam beliau bermasaalah juga. Pernah bila beliau dianugerahkan juara pada tahun 1976 beliau terpaksa tersengeh kepada semua orang ketika berada di kampus UM tempat beliau belajar. Bukan apa bila dah terkenal tak boleh sombong, nampak macam sombong pun tak boleh. Jadi kenalah sentiasa tersenyum dan menjadi ramah. Ayahyarham memang meramah orangnya tapi di UM penuntutnya semua buat tak kesah. Itu masaalahnya. Mereka semua bolayan. Itulah culture atau peradaban orang kampus tatkala itu (sekarang tak taulah).

Tapi bila beliau berada di luar kampus macam tak cukup tanah jadinya, dikerumuni peminat. Dikampus bukan tak ada peminat tapi mereka hanya buat tak kesah.

Pernah pada tahun 1981 saya bertemu beliau dan K di tempat letak kereta Jaya Supermarket PJ, tak sempat kamu berborak dah kami dikerumuni peminatnya. Anak saya ketika itu panik dan kami terpaksa beredar. Kalau tanya anak saya sekarang dia kata dia tak ingat kerana tatkala itu berumur 1.50 tahun.

Botak Chin juga seorang yang terkenal. Tetapi terkenal bentuk lain. Juga Mona Fendi dan lain-lain.

Mungkin terbaik kita tak menjadi orang yang terkenal atau kita tak berusaha untuk menjadi terkenal. Kerana riskonya banyak.

Lebih baik menjadi rakyat biasa yang hidupnya sederhana. Tapi kalau ada yang nak jadi terkenal taklah salah asalkan tahu baik buruknya dan sentiasa berwaspada.

Menjadi terkenal tak penting tapi bagi anak bangsa kita menjadi manusia yang terbaik-berguna mestilah diberi keutamaan. Populariti akan datang dengan sendirinya, InshaAllah.


HALMS


Tuesday, March 17, 2009

MERAYAU

MERAYAU

Salah satu hobi saya ialah merayau.


Bukan merayau sebarangan tapi ini adalah merayau mencari pengalaman dan ilmu. Orang kata banyak berjalan (merayau) luaslah pengalaman dan kalau bernasib baik banyaklah pelajarannya.

Semasa saya mula-mula tinggal di rumah sekarangni saya selalu merayau di kawasan Ampang sampai ke Taman Ahmad Razali yang terletak kira-kira enam kilometer dari rumah saya.

Jika merayau kita kenalah berjalan kaki. Jadi saya kenalah merayau berjalan kaki sejauh enam kilometer tersebut.

Ianya bukan sia-sia kerana sebalik pengalaman yang ditimba semasa perjalanan tersebut saya dapat juga menyihatkan badan mengeluarkan peluh. Pengalaman semasa perjalan memanglah banyak serta perbagai. Oleh kerana saya suka berjalan melalui jalan yang berlainan setiap kali merayau maka peta kawasan tersebut tersudutlah di minda saya.

Tetapi sekarangni saya dah mula malas berjalan jauh. Sebabnya mungkin saya dah ramai kenalan dan apabila merayau dan jumpa kenalan maka ke warung kopilah kesudahannya. Dulu tak sebegitu kerana kenalan kenalan tatkala itu tak ramai.

Kadangkala apabila saya berjalan kaki ada aje member ajak naik kereta atau motor (tanpa helmet - ramai sangat yang tak pakai helmet). Nak rejek selalu sangat tak sedap juga. Tetapi sekarang saya ada iktiar. Saya katakan yang saya gayat tumpang motor tapi kalau saya bawa motor tersebut barulah tak gayat. Atau saya nak exercise panaskan badan. Nampaknya sebab sabegini boleh diterima pakai.

Dulu saya selalu pergi berjalan kaki ke Taman Ahmad Razali bukan apa. Di situ ada Pasar Tani hari Ahad. Barangannya pun banyak. Jadi sambil mengeluarkan peluh hari Ahad dapatlah saya memberi barangan keperluan di situ.

Baliknya pula tak bolehlah saya berjalan. Apa susahnya bas 176 banyak. Tambangnya 65 sen sahaja. Kalau naik teksi mahal jika dibandingkan. Kalau naik bas saya tak perlu bayar kerana saya ada kad ahli "Touch & Go". Jadi saya gunakanlah kad tersebut.

Pada tahun 80han dan 90an dulu saya puas juga merayau. maklumlah semasa itu saya bekerja sebagai juru audit. Merata ceruk rantau kami bertugas, termasuklah ke luar negara. Semuanya dikirakan percuma kerana kami dapat elaun perjalanan, penginapan dan makanan. Kalau pandai berjimat gaji bulanan boleh simpan. Tapi selalunya tidak begitu.

Semasa di luar daerah saya suka juga merayau. Kalau di Sabah/Serawak saya merayau di waktu pagi kerana di sana cepat cerah. Lepas bangun dan sarapan saya akan berjalan kaki merayau di sekitar bandar setiap pagi menggunaan jalan yang berlainan. Di Pontian juga saya merayau dan sempat berjogging waktu pagi kerana di sana masuk pejabat pukul sembilan dan perjalanan hidupnya tak begitu sebok. Pagawai kerajaan saya lihat sempat ke pasar atau berjogging sebelum pergi ke pejabat jam 7.45 pagi dan punch cardnya masih tak merah (i.i. sempat masuk pejabat sebelum pukul lapan pagi.
Syaratnya ialah kena bangun awallah.

Mungkin sebab itu mereka selalu kelihatan ceria dan riang tak banyak masaalah.

Tercantik di Pontian ialah apabila dapat melihat matahari terbenam di ufuk Selat Melaka sebelum masuk waktu Maghrib.

Biasanya setibanya saya ke bandar yang saya lawati saya akan mencari peta bandar tersebut. Selepas saya mengkali peta tersebut saya merancang ke mana saya akan merayau jika ada kelapangan. Membaca peta juga memberi saya keyakinan diri terutamanya jika berada di bandar besar saperti London, Bangkok, Washington, Hong Kong, Paris.

Semasa di Richmond, Virginia saya terlihat ada masjid (the mosque) dalam peta bandar tersebut. Nasib baiklah saya tak merayau ke situ kerana the mosque ialah sebuah muzium bukannya masjid.

Semasa di London pula saya mudah mencari jalan pintas kerana fahamkan petanya berbanding dengan kawan-kawan saya yang berbalah tentang jalan mana nak diikuti. Silap jalan akan sesat atau terpaksa berjalan lebih jauh.

Semasa di Sibu, Sarawak saya suka merayau di pasarnya kerana udang yang masih melompat dijual dengan harga yang murah. Udang tersebut boleh juga mereka masukkan dalam kotak berais untuk terbang bersama kita ke KL, umpamanya. Udang keringnya juga murah.

Kalau nak memancing udang pun boleh. Saya lihat mereka memancing di sungai secara letak-angkat, maksudnya letak saja pancing udang akan gigit dan angkatlah udang tersebut ke darat. Kalau berbaik dengan mereka mungkin kita boleh join.

Semasa di Bangkok pula saya suka lihat mereka menjual barangan saperti kemeja-T dekat hotel yang kami tinggal. Mereka ini mudah mesra terutamanya dengan pelancung. Satu ketika seorang penjual tersebut bertanyakan kepada saya sama ada saya kenal Chin Ann, Mokhtar dan Santok. Rupanya di peminat bola sepak. Lepas itu kami selalulah berborak dan bila saya beli apa-apa darinya tentulah diberinya diskaun. Kemeja-T Larcos dapat dengan harga 30 baht (RM 3.00 sehelai - tapi yang bukan original brand). Beli banyaklah saya untuk diberikan kepada saudara mara dan kawan-kawan. Baju tu tahan 6 bulan pun dah cukup.

Di Bangkok kami pergi makan naik bot pula. Percuma pula tu kerana di taja oleh hotel-hotel yang berada di selitar Menam Chao Praya (sungai yang airnya mengalir ke kanan waktu pagi dan mengalir ke kiri waktu petang. Ini dapat dilihat kerana kiambang di sungai tersebut bergerak ke arah kanan (pagi) dan ke kiri (petangnya)). Mengikut cerita bot tersebut disewa bagi membawa tetamu hotel berkenaan ke sekitar kawasan sungai yang sangat indah pada waktu malamnya.

Kami makan sekali sehari kerana waktu itu bulan puasa. Lepas berbuka ala kadar di hotel kami naik bot ke satu Kedai Muslim. Kos makanan lebih kurang RM10.00 seorang. Kemudian beli makanan untuk sahur. Balik ke hotel naik bot sekali lagi. Dapatlah kami menikmati suasana sekitar Meman Chau Praya secara percuma. (Teman saya Izzudin dan Ramli). Tay dan Gilbert tak join kerana mereka tak puasa.

Satu perkara yang susah saya ikut semasa di luar daerah ianlah untuk menjadi saperti mereka. Ke mana saja saya pergi orang tempatan akan kenal yang saya ini orang luar. Mungkin ini kerana perwatakan saya, atau cara pakaian saya, atau percakapan saya, atau "tak tahulah". Ini samalah dengan bila kita memerhati seorang yang baru kita lihat. Kita boleh agak dia datang dari mana. Orang Kelantan kita boleh kenal. Orang Trengganu lain perwatakannya, orang Penang atau Kedah lain pula. Indon lain. Bangla lain, dsbnya. Tekaan kita selalunya 80 peratus betul.

Dan juga apabila saya ke luar daerah saya tak lupa bawa pil bitamin. Bila makan bitamin kita tak perlu fikirkan makanan seimbang. Yang perlu kita banyakkan makan buah-buahan. Yang lain bantai sajalah asalkan ianya halal. Pil bitamin menolong mendapatkan makanan seimbang untuk kesihatan kita. Susah kita kalau tak sihat di perantauan.

Dan satu lagi ialah saya jarang bawa wang yang banyak. Sekarang ini mudah kerana kita boleh gunakan Kad kredit dan cek pengembara. Untuk hotel penginapan saya selalunya akan membeli bank draf atas nama hotel yang saya akan tinggal dan serahkan draf tersebut kepada hotel tersebut semasa mendaftar. Wang tunai hanya untuk membeli makan dan kecemasan.

Lagi pun kad ATM dan kad kredit ada dan mesin ATM ada di merata-rata. Cucuk sahaja asalkan akaun kita ada bakinya kita akan selamat.

Merayau juga boleh memberi kejutan indah jika kita terserempak dengan sahabat yang telah lama kita tak jumpa. Lagi indah jika kita dah separuh kenalnya kerana lama tak jumpa. Saya pernah menjumpa saorang yang bila disapa menyatakan yang beliau bukan Jalil Kenang Parit Lapis (Kawan KB saya) tapi sabenarnya anak kepada Jalil tersebut berumur awal 20an. Umur Jalil semasa kami berpisah pada tahun 1973 ialah 26 tahun.

Ramai lagi yang saya terserempak misalnya Yusuf Bukit Aman, Nasa PJ, Jalal Ipoh, Zainal Ampang, Amir JPM, . . . Di Prangin Road PPinang pula say terjumpa adiksaudara saya Su, yang saya pun dah tak kenal kerana semasa saya tinggalkan kampung beliau masih budak lagi. Dan Did di Pudu Raya juga saya tak kenal tapi mereka kenal dan sapa saya. Dan juga di Pudu Raya terjumpa Mak Cor saya yang menunggu anaknya. Bersemangat dan nekat beliau datang ke KL seorang diri. Katanya kederat ada dan mulut pun ada. Susah2 tanya orang minta tolong. Betul juga apa katanya.

Di Paris pula saya terserempak dengan Fatimah BNM. Terkejut juga. Rupa-rupanya dia sedang menghadiri kursus di INSEAT. Di London jumpa Abdul Rahman yang tak balik ke Malaysia kerana sakit. Jenohlah majikannya kena bayar kos perutannya kerena beliau baru habis menghadiri seminar di Switzerland (berubat di London?).

Satu ketika di masjid negara saya terserempak dengan Tun Mahathir duduk bersebelahan saya dengar taskirah Ramadhan lepas sembahyang Jumaat (masa itu Tun baru jadi menteri). Saya kenal Tun tapi Tun tak kenal saya.

HALMS:

Sunday, March 8, 2009

MENGURUS ANGIN

MENGURUSKAN ANGIN SEKITAR KITA

Angin sekitar kita perlu kita uruskan dengan baik.

Maksudnya jika angin tidak diurus dengan baik maka kita akan mengalami masaalah kepanasan dan suasana hawa yang merimaskan.

Kalau kita selalu bertukar masjid untuk sembahyang Jumaat (mungkin sebab selalu kerja luar daerah atau menjadi jurujual yang selalu merayau mencari rezeki) tentu kita akan mengalami masaalah angin ini. Setengah masjid walau pun tak ada "aircon" suasananya selesa dan tidak panas sewaktu puncaknya dimana masjid tersebut padat dan sesak. Ada pula masjid yang kita merasa rimas dan panas walau pun belum ketika puncak lagi. Dan walau pun ada aircon (tapi tak kuat kuasa kudanya. Kalau kuat tentuah OK) kadangkala kita merasa rimas juga.

Ini disebabkan oleh angin dan peredarannya.

Saya pernah terbaca satu artikel mengenai rumah Melayu. Penulis artikel tersebut, seorang Mat Salleh telah memberi pujian yang tinggi kepada orang Melayu kerana berjaya membena rumah yang suasana di dalamnya selesa dan nyaman. Sebab utama suasananya sedemikian adalah kerana peredaran udara sekitar rumah tersebut sangat baik dan penghuninya (termasuk juga tetamunya) diselimuti oleh udara keliling yang nyaman.

Seorang penulis lagi pernah memuji orang Perak kerana mempunyai halaman rumah yang sangat cantik berbanding dengan tempat lain (kena puji negeri teman juga nampaknyani).

Orang Melayu sangat kreatif. Itu sebabnya mereka boleh membena rumah yang nyaman sekitarnya. Mereka mengkaji alam sekitar mereka sebelum membena rumah. Kesannya rumah yang selesa.

Ini samalah juga dengan orang Islam zaman dulu yang membena masjid tanpa alat pembesar suara tapi suara imam boleh didengari oleh makmum diseluruh masjid tersebut. Sekarang ilmu sebegini dah tak diindahkan lagi. (Tapi di Muzium UTM Semarak ada kawasan yang bila kita berbisik di satu sedut orang yang berdiri di satu sudut lain yang jauh daripadanya boleh mendengar bisikan tersebut).

Anak2 saya dulu, tahun 1980an selalu ajak kami ke Muzium tersebut kerana nak "berbisik". Dan lawan gusti lengan/tangan dengan robot yang mana robot tersebut akhirnya akan berkata "kamu lemah" kepada anak2 saya sebab anak saya sentiasa kalah. Sebelum itu robot tersebut akan memberitahu kekuatan "power" tangan anak saya. Mereka seronok walaupun sentiasa kalah berlawan dengan robot tersebut. Tapi sekarangni bila dah besar tak minat ke situ lagi. Inilah yang dikatakan bahawa di dunia ini segalanya sementara. Yang kekal . . . . .(semua kita dah tahu).

Kita perlu menguruskan udara sekitar kita. Kalau tidak kita akan merasa rimas dan kepanasan.

Sebenarnya kita hanya perlu menggunakan akal fikiran yang asas bagi mengurus udara sekitar kita. Orang kata gunakan "common sense" atau fikiran orang biasa.

Pernah disuatu khenduri saya telah diarahkan untuk mengalihkan kipas kesudut lain dan saya tak ikut. Saya sebutkan kepadanya kalau nak guna kipas angin, udara/angin yang "keluar" dari kipas janganlah keluar melawan arah angin yang ada di situ. Kalau berlawanan angin akan bergadoh dan tak akan pergi kemana-mana akhirnya.

Tapi kalau angin yang keluar dari kipas bergerak selari dengan arah gerakan angin yang ada di situ maka tiupan angin kipas akan menjadi lebih baik dan suasana sekitar akan menjadi lebih selesa/sejuk/tak rimas. Prinsip ini samalah dengan prinsip orang berlari lumba 100 meter. Ada pemecut lari yang dapat "wind assisted" dan dengan itu berlari lebih pantas.

Beliau setuju dan kesannya keadaan yang lebih selesa.

Asasnya jangan bagi angin bergadoh.

Angin bergadoh banyak juga berlaku di banyak surau. Kipasnya banyak tapi suasana dalamnya kurang selesa sebab angin yang keluar dari kipas yang banyak itu bergaduh sama sendiri. Kalu nak kaji letakkan asap dan lihat mengelabahnya asap tersebut.

Jika kita dapat mengaturkan kipas yang banyak itu supaya kipas tersebut seirama aliran anginnya maka angin yang berhaba panas dapat dikeluarkan dan angin yang berhaba selesa mengambil alih tempatnya. Kesannya kita akan merasa lebih selesa.

Kita tahu yang udara yang panas akan naik ke atas. Itu sebabnya sekarang ini banyak surau yang memasang alat haba/angin keluar atau extracter di bahagian siling atau dinding (bhg atas). Angin berhaba panas akan naik dan keluar dan akan digantikan dengan angin yang lebih selesa.

Saya pernah memasang alat tersebut di rumah sewa saya. Tujuannya ialah supaya angin di bilik tidor dapat beredar dan digantkan dengan angin baru dari luar bilik.

Kesannya menakjubkan.

Bukan sahaja bilik tidor selesa kerana ada edaran angin di dalamya, tetapi bilik makan dan bilik dapor pula memperolihi peredaran angin yang sangat baik. Sebabnya: angin yang keluar dari bilik tidor bertiup terus ke bilik makan dan dapor. Disamping itu angin tersebut membawa bersamya angin dari bilik tetamu. Alhamdulillah. Inilah buat sikit dapat banyak. Tujuan nak selesakan bilik tidor tapi bilik makan, dapor dan bilik tetamu pula dapat kesan sampingannya. Tanpa jangkaan pulatu. Mungkin inilah rezeki penghuni rumah tersebut.

Dirumah saya sekarang ini pula saya tak perlu tambah alat pengarah angin kerana sejak saya beli dan tinggal di situ anginnya sentiasa bergerak dari arah depan rumah, masuk ke rumah dan keluar melalui dapor. Saya hanya perlu buka puntu depan dan pintu dapor kalau nak angin masuk-keluar Dulu anginnya dingin tetapi sekarangni kurang sedikit kerana dah banyak rumah baru di kawasan tersebut. Gunung/Bukit di belakang taman pun dah nak botak.

Cara orang kaya menguruskan angin sekitarnya ialah dengan mamasang alat penghawa dingin di rumah atau pejabat mereka. Dan sekarang ini pula ada berita tentang reban ayam yang berhawa dingin. Bagus dari segi ekonomi negara kerana segala perbelanjaan kita membawa kesan berganda dan lebih ramai rakyat kita dapat pekerjaan.

Penutupnya:
Kajilah angin sekitar anda dan uruskannya dengan baik.

2KD

Saturday, March 7, 2009

MENANGKAP IKAN

AKTIVITI ORANG KAMPONG.

Orang kampung di masa dahulu hidup berdikari.

Mereka tidak bergantung kepada pehak lain. Mungkin sebab itu mereka hidup bebas merdeka. Tak macam orang sekarang. Bergantung sangat pada pehak manusia yang lainnya. Walau pun hidup mewah sekarang kalau drebar tak datang kita tak boleh pergi kerja (itu yang ada drebar). Atau musim hari raya dan warong tutup kita tak dapat makan dan kena masak sendiri (ini bagi orang bujang yang tak balik kampongnya). Kehidupan sekarang sangat bergantung kepada orang lain. Itu tak masuk subsidi (minyak, gula, beras/padi, baja, dll,) kalau ditarik balik parah kita dibuatnya.

Orang dulu tak kesah sangat tentang hidup. Hidup mereka cukup makan dan boleh relax. Tak ada kerja pun boleh makan. Apa taknya?

Depan rumah ada bendang. Belakang rumah ada kebun dan dusun. Dalam reban banyak ayam. Di sawah itik menyudok makanannya. Kerbau menguak dan kambing mengembek. Rambutan menguning dan durian mula buang busuk. Apanak lagi. Inilah kemewahan hidup.

Peralatan untuk makan pula cukup.

Ambillah contoh menangkap ikan. Jala ada, bubu ada, serkap ada dan lastik ada. Rasa nak "beli" ikan tak payah pergi pasar atau supermarket. Pilihkah saja nak guna jala atau pukat (bubu) atau serkap atau lastik. Tak payah bayar apa-apa pun.

Kalau malas gunakan bubu. Letakkan bubu dalam sungai atau parit dan besuknya angkat. Pasti (InshaAllah) ada ikan di dalamnya. Atau ambil serkap dan serkaplah ikan di sawah. Lebih usaha banyaklah ikan yang dapat. Atau gunakan lastik atau jala.

Inilah yang saya buat semasa kecil dulu.

Kami gunakan serkap atau jala atau lastik atau bubu untuk mendapatkan ikan. Atau kami buat ampangan sementara bagi mengekatkan air mengalir di sebelah hilir parit. Di sebelah hilir parit yang kami buat ampangan kami mula tangkap ikan dengan mudah kerana paritnya sudah ketiadaan air. Makan ikan berocat (haruan) gorenglah kami. Atau keli gulai tempoyak.

Tapi kegiatan sebegini tak kekal lama. Sebabnya musim berubah dan dunia juga berubah. Tarikan kegiatan ekonomi cara moden sangat kuat dan cara hidup yang kita namakan cara traditional ini lantas terus pupus kecuali sebahagian kecil sangat yang masih mempertahankannya.

Saya pula mula berhenti buat demikian semasa di tingkatan dua sebab ayah saya melarang saya meneruskan berbuat demikian. "Kamu mesti belajar" katanya.


Bersambung . . . . . ..



Wednesday, March 4, 2009

HATI SUSAH JADI SENANG

HATI SUSAH JADI SENANG


Bagi orang yang malang dan dalam kesusahan memang hatinya susah baginya untuk menjadi senang. Tambah lagi kalau ia tak bersemangat untuk berusaha mengatasi masaalah yang membawa sesusahan kepadanya. Hatinya yang susah memang susah dan tak mudah jadi senang. Hatinya susah jadi senang.


Tapi bagi orang yang bahagia hati susah menjadi senang juga. Maksudnya hatinya yang dahulu susah sekarang menjadi senang.


Inilah lirik yang baru sahaja saya terdengari dari Radio. Nyanyian Rahmah Rahmat dengan Aziz Jaafar.


Maksud lirik tersebut ialah hati mereka yang dulunya susah sekarang dah menjadi senang. Tapi saya teringat maksud yang kedua pula i.i. bukannya susah nak jadi senang. Saya teringat yang ini kerana ungkapan atau susunan kata kita banyak juga yang ada dua maana. Orang putih kata double meaning.


Serupa juga dengan ungkapan “Dia makan roti Benggali di bawah rumah”.


Ustaz Ismail Kamus (semua orang kenal beliau, tapi saya tak tulis Dato’) mengkaitkan ungkapan ini dengan bacaan Al Quran.


Katanya Al Quran kalau tersalah renti atau tersalah panjang-pendeknya akan lari maksudnya. Macam ungkapan “Dia makan roti Benggali di bawah rumah” tadi.


Satu maksud ialah dia memang makan roti, jenis roti Benggali dan dimakannya di bawah rumah (rumah orang kampong – rumah sekarang mana ada bawah rumah, rumahnya memang kat bawah).


Maksud kedua ialah dia makan roti (noftah/stop/titik/berhenti/koma). Dan orang Benggali berada di bawah rumahnya. Jenis rotinya tak tau. Mungkin roti nan, capati, buku, dsbnya. Dan tak disebut dia makan di mana tempatnya. Mungkin juga dia makan bersama dengan Benggali tersebut di bawah rumah!


Mungkinkah ada maksud yang ketiga pula? Ni kena cari loyer buruk . . mungkin dia ada idea.


Banyak tempat (ayat) dalam Al Quran kalau tersalah atau tersilap baca akan lainlah maksudnya. Saya tak pandai tentang ini, jadi saya tak bolehlah cari contohnya (nanti takut salah pula). Kena tanya yang pakar nampaknya. Al Quran pun kata demikian, kalau tak tahu bertanya kepada yang tahu/pakar. Dan kalau tak tahu atau tak berapa tahu janganlah buat macam sangat tahu (ayat akhir ini kata-kata saya saja bukan dari Al Quran).


Saya berminat dengan perkara dua maana atau double meaning ini kerana sebab double meaning inilah kita selalu bergadoh. Daripada satu peristiwa bila kita dengari, lain orang akan memberi persepsi atau tindakan atau maksud yang berbeza. Tambah lagi kalau terlibat UMNO/PAS/DAP/Adil/DLL. Tentulah berlaian jadi ceritanya.


Nampaknya kitani kenalah banyak bersabar dan berfikir matang-panjang-jauh. Kalau tidak nanti susah nak berundur tarik balik apa yang kita tercakapkan. Ada pula tu bila saja tersalah cakap atau tersasul cakap akan terus meredah cakap dan cari gang untuk sokong cakap.


Ini tak termasuk cerita buat-tak-buat jadi-tak-jadi (saperti tol, gula, IJN, AyamKinta, Jambatan, pelabuhan udara, keretapi, dsbnya) . . . . . Cukuplahtu . . . . . .






Monday, March 2, 2009

RAMBUTAN

Rumah kampong saya di Changkat Petai terdapat banyak pokok rambutan. Berbagai jenis pula tu. Yang buahnya masam ada dan yang buahnya manis pun ada.


Terdapat 13 pokok rambutan di kampong tersebut ditanda 1 sampai 13 dalam rajah.


Pokok 1 – pokok tua dan buahnya masam. Tapi kalau masak betul2 dan tak ada rambutan lain dimakan juga. Selalu mak saya masak buah tersebut buat jam rambutan. Makan dengan roti.


Pokok 2 – Pokok lama juga. Tapi buahnya besar dan lebih manis dari pokok satu.


Pokok 3 – manis buahnya dan lekang. Tapi buahnya kecil dan bulunya kasar. Saya minat yang ini. Kadang2 panjat dan makan di atas pokoknya. Kalau nakal dan ada orang berjalan di bawahnya kena baling kulit rambutan nampaknya. Kalau masa baik hati baling dengan buah yang masak supaya yang lalu di bawah dapat makan. Maklumlah budak2. Kalau kena marah lagi seronok. (Nakal pun ada masanya - yang boleh melawak kita melawak, yang serious kita pun hormat-takut seriousnya). . . . Ada sarang kelulut pada batangnya yang kami selalu tutupkan nak tengok bagainama ia boleh keluar nanti. Lepas beberapa minit kelulut akan keluar. Tapi mereka tak marah kami. Ha. Ha.

Ada orang ambil-gunanya untuk berbekam (dengar cerita je, saya tak pernak tengok).


Pokok 4 – Pokok tanam baka beli. Buahnya manis. Lebih kurang sama dengan buah jenis budak sekolah yang popular sekarang ini.


Pokok 5 – Terbaik. Kami namakan rambutan Ayah kempena ayah kami yang tanamnya. Kadang2 tak sempat masak dah kami kait dan makan buahnya. Jenis ini kalau terlampau masak ada ulat dalamnya. Jadi kena makan yang belum masak sangat. Lekang dan tak perlu gunakan tangan untuk keuarkan hijinya dari mulut. Banyak saya dah todkan (bud grafting) dan ditaman di tempat lain. Saya anggap "the best rambutan in the world"


Pokok 6 – macam pokok 4.


Pokok 7 – Kami namakan pokok Nyah kerana Nyah (kakak, Ngah Hasmah) yang tanam dan jaganya. Inilah polisi mak saya dulu. Cara nak buat anak-anaknya rajin tanam pokok dan MENJAGANYA ialah dengan berikan genama pada pokok tersebut. Kami masing-masing seronok menjaganya, malah ada yang berlawan-lawan pula. Buahnya kecik dan kuning. Sedap dimakan kerana lekang, manis dan rangup. Dulu saya tak perlu makan nasi tengah hari selepas makan buahnya, kerana kenyang makan banyak sangat sebab sedap.


Pokok 8 – Rambutan Din kerana Zainuddin (abang) yang taman dan jaga. Buahnya macam Pokok 4.


Pokok 9 – Rambutan Hassan kerana hassan (abang) yang tanam dan jaga.


Pokok 10 – Rambutan Latiff kerana Latiff yang tanam dan jaga.


Pokok 11 – Buahnya kurang popular kerana kurang sedap dari yang lainnya. Yang ini tiada jenama mungkin . .? ? . . tak taulah.


Pokok 12 – macam pokok 4 buahnya.


Pokok 13 – Pokok lama/tua. Buahnya kecil tapi manis. Warnanya kuning. Di bawah pokok inilah ayah saya nampak askar peronda berteduh ketika hujan pada tahun 1959 dulu. Rasanya masih zaman dharurat lagi masa tu. Beliau jemput mereka ke rumah pekena kopi sehingga hujan berhenti.


Jadi terdapat banyak pokok ranbutan di keliling rumah yang mempunyai 9 - 10 rasa yang berbeza. Yang terbaik masihlah Pokok 5.


Di rumah kami di Lubuk pula ada satu pokok rambutan yang rasanya lain daripada yang ada di Changkat Petai. Isinya manis dan lembut.


Buah-buahan jenis lain yang berbagai rasa dan bentuk ialah buah durian. Dan buah pisang.

Kampong saya/teman nampaknya sangat spesial, sekurang2nya bagi diri teman. Di belakang rumah kebun getah dan bukit. Di depan rumah ada parit saluran air sawah keluar. Air dari suak/paya berhampiran juga mengalir melalui parit ini. Di hujung sawah ada Sungai Chempias yang bermula dari kawasan dekat Taiping dan ber akhir di Kota Lama Kiri untuk masuk ke Sungai Perak. Sebelah sungai itu ada satu lagi parit air masuk ke sawah. Dulu orang lampong buat jojoi (ampangan) melaikkan air sengai ke sawah melalui parit masuk tersebut.

Di hujung sawah dekat sungai ada pula jalan raya menghubungkan kami ke Geliong/Ipoh/Sungai Siput/Kuala/Grik/Lenggong (mengilir) dan Lubuk/Taiping/Kuala/Lenggong/Grik (menghulu). Ke Kuala ikut arah hulu (ikut Lubuk) = 15km. Kalau ikut hilir (ikut Geliong) =20 km.

Sebelah sungai ada kampong dan kebun dan dusun. Lepas itu ada bukit. Kalau turun bukit tu boleh sampai jalan keretapi KL/Butterworth dan stesen Kereta Api Kuala Kangsar.

Dulu kami tak selalu mandi sungai kerana jauh. Kenalah buat telaga. Dua telaga, satu untuk air minum dan satu lagi untuk air mandi. Tapi sekarang dah ada air paip.

Tapi sayangnya kampong Changkai Petai saya dah tiada penghuni kerana keluarga kami pindah ke Lubuk pada tahun 1979. Tinggallah Changkat Petai dengan pokok rambutannya dan lain-lain tanaman kami.


MAHARAJA LELA

MAHARAJA LELA

Maharaja Lela adalah nama pembesar atau ketua negara Perak pada abad sembilan belas / dua puluh dulu. Beliau sangat dihormati oleh rakyat Perak pada masa itu.

Tapi malangnya British telah menjajah Perak dan menipu Sultan dengan membawa Sultan ke Pangkor untuk menandatangani Perjanjian Pangkor. Sultan dikata telah diugut sebelum menandatangani perjanjian tersebut. Ada yang kata Sultan telah dimabukkan. Hanya sejarawan negara yang dapat mengkaji dan memastikan kebenarannya.

Datok Maharaja Lela tak puas hati dan menjalankan pergerakan menentang British. Residen British ketika itu, W W Birch telah dibunuh di Pasir Salak ketika sedang mandi.

Pehak yang dikatakan terlibat dalam pembunuhan Birch telah ditangkap dan di hukum termasuklah Datok Maharaja Lela.

Tak cukup dengan itu nama Datok Maharaja Lela telah dicemarkan, bukan hanya oleh British tapi orang Melayu sendiri.

Apa taknya.

Nama baik Datok Maharaja Lela telah dibusukkan dengan menggunakan namanya "maharajalela" untuk menggambarkan perangai orang yang tak berperaturan, kurang ajar, tak bertamadun, tak berperimanusian, dan sebagainya.

Maharaja Lela, nama yang dulunya di sanjung dan dihormati telah dicemari dengan terbitnya ungkapan istilah baru "bermaharajalela" yang membawa maksud yang sangat "busuk".

Kenapa ini berlaku?

Mungkin ada orang Perak terutamanya anak cucu Datok Maharaja Lela, yang boleh membuat kajian tentang istilah ini dan kalau perlu di hapuskan istilah nama busuk ini. Banyak istilah lain boleh kita gunakan. Kalau tak ada kita boleh ciptakan istilah yang baru. Bukankah kita telah banyak mencipta istilah baru?

Apa kata pakar bahasa atau pakar istilah kita?

Masa saya kecil dulu selalu saya dengar orang tua yang memarahi anak atau cucunya dengan berkata "Kamuni mermaharajalela sangat. Buas. Tak dengar cakap orang. Apa nak jadi pada kamuni." Atau ungkapan serupa yang mengambarkan nama Maharaja Lela (ketua negara Perak) di burukkan.

.

Sunday, March 1, 2009

SAIKOLOJI TOKKI D

SAIKOLOJI TOKKI D

JANGAN MARAH

Perasan marah ada pada semua manusia. Ada yang mudah marah dan ada yang susah nak marah. Tetapi perasaan marah pasti ada pada manusia.

Agama Islam mengkaitkan parasaan marah dengan Syaitan. Apabila kita marah syaitan akan masuk campur dan membisik kepada kita supaya kita bertindak ganas terhadap orang atau makluk (binatang atau harta benda) yang kita marah. Ini yang menyebabkan kambing patah kaki atau kerbau disimbah asid. Atau sahabat kita sendiri kita bunuh, dan . . . . kemudiannya menyesal.

Tapi bagaimana pula kalau ada orang yang marahkan kita. Apakah tindakan kita?

Ada orang yang marah balik dan teruslah mereka bergadoh. Syaitan akan masuk campor dan kita boleh agak apakah kesudahannya.

Gunakan petua ini bla orang marahkan kita.

Jangan kita marah balik.

Apa yang perlu kita buat ialah dengar baik kemarahannya. Biar dia marah puas-puas (ini yang susah nak buat. Tapi kenalah sabar kerana ada "nikmatnya'' dan ada untungya yang kita tak nampak). Jangan lawan kemarahannya dengan kemarahan kita pula. Orang kata jangan tembak dulu. Kumpulkan peluru kemarahannya sampai dia kehabisan peluru. Jangan-jangan dia akan menyerah diri bila habis pelurunya.

Sementara itu otak kita perlu menganalisa dan kaji lojik kemarahannya. Kalau ada lojik kemarahannya, sokong dia.

Kalau tiada lojiknya, bantu dia. Caranya berbagai dan bergantung beberapa faktor terutama latar belakang dan sikap fikirannya. Nak disebut di sini susah tapi apa yang penting bantu dan tolonglah dialah dia. Marah adalah satu penyakit dan kita kena bantu dia mengatasi penyakit ini.

Jika kita dapat bantu dia InshaAllah dia akan tidak marah dan akan menjadi kawan baik kita.

Saya ada juga sedikit pengalaman menghadapi orang yang marah. Tak semuanya berjaya saya menghilangkan kemarahan mereka.

Semasa saya bertugas membantu menyelengarakan kondo saya dapati banyak penghuni kondo tersebut yang mudah marah.

Pertamanya apa yang saya buat ialah membuat mereka merasa seronok, sekurang-kurangnya bila saya jumpa mereka. Keduanya saya anggap mereka semuanya betul dan tak salah. Tindakan salah mereka jika ada, sebenarnya adalah betul pada pandangan mereka. Kalau pun tak betul mereka rasa tindakan salah mereka ada asas musababnya. Mungkin mereka nak reles tenson (lepas geram) jadi kena buat yang salah tersebut.

Kalau kita kata mereka salah maka bergaduhlah atau geramlah mereka. Kalau kita "diam dulu" kita sebenarnya membuat masa genjatan senjata sementara dengan mereka.

Di kondo tersebut kami tak boleh cakap banyak kerana pada mereka gaji kami merekalah bayar. Pulaktu!!

Saya suka kaji mereka dalam banyak hal.

Penghuni kondo tersebut terdiri dari berbagai latar belakang. Ada pilot, ada guru, ada pensyarah, ada studen, ada yang kerja bank, ada yang kerja hotel, ada yang kerja sendiri, ada professor, ada juga penyangak (black money), ada kerja GRO dan sebagainya.

Jadi perangai mereka berbagai. Kami pun kenalah bertindak-balik berbagai cara. Tujuan utama kami ialah supaya mereka seronok tinggal di situ.

Banyak kali juga saya kena marah. Tapi saya tak ambil hati. Maklumlah sayani dah pencen dan tak perlu bekerja untuk menyara hidup. Kalau kerjapun nak seronok2. Jadi saya kenalah buat diri saya seronok. Dan memang senonok saya bekerja di situ dengan berbagai kerenah penghuninya.

Ramai yang marahkan saya dulu adalah kawan baik saya sekarang. Ada yang jemput makan tengah hari di rumah mereka dan saya pergi. Ini buat mereka lebih seronok. Ada yang beri saya kain pelikat Indon yang mahal ada yang beri T-shirt. Ada yang bila jumpa dari jauh lambai tangan ajak saya minum di warung.

Seronoklah saya.

Inilah mungkin hasil saya suka orang marah dan cuba membuatnya tidak marah. Marah adalah penyakit dan saya cuba cari ubatnya.

Ubatnya bukan susah. Hanya buatlah mereka seronok dan kalau mereka buat salah jangan marah. Tolong dan bantulah mereka.

Satu lagi, bila berjumpa saya selalu panggil mereka TUAN atau PUAN. Ini juga berniat bagi nereka seronok dan selesa. Bukannya senang dengar orang lain panggil kita tuan/puan. Lagipun kalau nak sebut namanya ada di antara mereka yang nama mereka saya tak ingat/tak tahu. Jatuhlah standard saya dan standard mereka. Inilah orang kata mengadakan keadaan win-win (menang-menang). Saya untung -mereka juga untung. Saya tak malu (tak ingat nama mereka)-mereka pun tak malu (orang tak tau nama mereka).

Tugas kami pula bukan saja buat kerja pentadbiran. Kereta rosak (bateri kong) pun kami tolak untuk hidupkan injinnya (dapat tambah kawan lagi), paip tersumbat kami bantu juga (sekurang-kurangnya carikan ahli-buat-paip), lampu dalam rumah rosak kami bantu, dan sebagainya. Kalau dapat minum free pun OK tapi kami tak minta upah.

Sebab kami mudah menolong mereka terutamanya apabila mereka di dalam "kesusahan" nama baik goodwill dan saham kami mungkin naik sikit. Maksudnya mereka tak benci kami.

Kadang-kadang bila saya free saya berada di pos pengawal kondo. Bila mereka masuk/keluar kondo saya beri hormat panggil tuan/puan. Kalau pagi Ahad atau Sabtu tak perlulah beli makanan pagi. Biasanya ada yang berikan kepada kami selepas mereka makanan pagi mereka. Hari Raya penuh dengan kueh mueh di pos pengawal.

Inilah tuah berbaik dengan penghuni. Yang dulu marah-marah pada kami pun lama-lama hulur juga kueh kepada kami. Sebab apa. Sebab mereka diseronokkan. Tapi kenalah kami buat dengan iklas ! Kalau tak manakah nak dapat pahalanya.


NAMA DIGITAL

Adakah anda mempunyai nama digital. Sudah tentu ada tapi mungkin tak perasan. Sebenarnya semua rakyat Malaysa ada nama digital.

Nama digital saya ialah 49110508xxxx (xxxx dirahsiakan). Bank saya pun memberi nama digital kepada saya. Begitu juga syarikat Kad Kredit, Touch and Go, AAM, Syarikat telefon dan sebagainya. Mereka memberi nama digital kepada saya. Malangnya mereka memberi nama digital yang berlainan kepada saya. Dengan itu susah saya nak ingat semuanya.

Kan mudah nak ingat jika mereka memberi nama digital yang sama.

Masaalah nama digital ini pernah berlaku kepada saya dan kawan-kawan ketika kami bertugas di Bank dulu. Banyak sangat nama digital (kami namakan nombor rahsia) yang kami kena ingat. Nak masuk pejabat kena tekan nombor rahsia. Nak buka peti besi kena ingat nombor rahsia. Nak buka PC juga kena masukkan nombor rahsia. Dah masuk PC pun ada lagi nomber rahsia kena masukkan jika nak lihat data Bank.

Ada juga kawan-kawan yang lupa nombor rahsia tersebut. Bermasaalahlah dia.

Tapi saya gunakan nombor rahsia yang sama supaya senang nak ingat.

Yang Maha Esa juga mungkin ada nombor rahsia untuk setiap orang hambanya. Tapi tak tahulah bagaimana nombor rahsiaNya.

Yang kita tahu Polis menggunakan nombor rahsia yang ada pada jari kita untuk mengenal siapa kita. Yang Maha Esa telah memudahkan kita mengenal setiap orang dari kita melalui nombor di jari kita (cap Jari). Tak ada dua makluk yang ada nombor cap jari yang sama. Mungkin di masa akan datang kita akan temui nombor rahsia selain dari nombor cap jari. Mungkin anda yang akan menemuinya.

Nama digital yang diberikan oleh kerajaan Malasia kita namakan KP atau kad pengenalan. Bank punya dinamakan nombor akaun bank, Telekom Malaysia - no telefon. Mereka semuanya menggunakan nama digital kita dalam kebanyakan kalau tidak semua urusan mereka dengan kita. Nama yang bapa atau atok kita berikan kepada kita nampaknya tak lakulah atau menjadi nama rujukan kedua.

Tapi tak siapa yang marah. Alhamdulullah. . . . . Kalau marah nayalah.


. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI