GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Saturday, March 7, 2009

MENANGKAP IKAN

AKTIVITI ORANG KAMPONG.

Orang kampung di masa dahulu hidup berdikari.

Mereka tidak bergantung kepada pehak lain. Mungkin sebab itu mereka hidup bebas merdeka. Tak macam orang sekarang. Bergantung sangat pada pehak manusia yang lainnya. Walau pun hidup mewah sekarang kalau drebar tak datang kita tak boleh pergi kerja (itu yang ada drebar). Atau musim hari raya dan warong tutup kita tak dapat makan dan kena masak sendiri (ini bagi orang bujang yang tak balik kampongnya). Kehidupan sekarang sangat bergantung kepada orang lain. Itu tak masuk subsidi (minyak, gula, beras/padi, baja, dll,) kalau ditarik balik parah kita dibuatnya.

Orang dulu tak kesah sangat tentang hidup. Hidup mereka cukup makan dan boleh relax. Tak ada kerja pun boleh makan. Apa taknya?

Depan rumah ada bendang. Belakang rumah ada kebun dan dusun. Dalam reban banyak ayam. Di sawah itik menyudok makanannya. Kerbau menguak dan kambing mengembek. Rambutan menguning dan durian mula buang busuk. Apanak lagi. Inilah kemewahan hidup.

Peralatan untuk makan pula cukup.

Ambillah contoh menangkap ikan. Jala ada, bubu ada, serkap ada dan lastik ada. Rasa nak "beli" ikan tak payah pergi pasar atau supermarket. Pilihkah saja nak guna jala atau pukat (bubu) atau serkap atau lastik. Tak payah bayar apa-apa pun.

Kalau malas gunakan bubu. Letakkan bubu dalam sungai atau parit dan besuknya angkat. Pasti (InshaAllah) ada ikan di dalamnya. Atau ambil serkap dan serkaplah ikan di sawah. Lebih usaha banyaklah ikan yang dapat. Atau gunakan lastik atau jala.

Inilah yang saya buat semasa kecil dulu.

Kami gunakan serkap atau jala atau lastik atau bubu untuk mendapatkan ikan. Atau kami buat ampangan sementara bagi mengekatkan air mengalir di sebelah hilir parit. Di sebelah hilir parit yang kami buat ampangan kami mula tangkap ikan dengan mudah kerana paritnya sudah ketiadaan air. Makan ikan berocat (haruan) gorenglah kami. Atau keli gulai tempoyak.

Tapi kegiatan sebegini tak kekal lama. Sebabnya musim berubah dan dunia juga berubah. Tarikan kegiatan ekonomi cara moden sangat kuat dan cara hidup yang kita namakan cara traditional ini lantas terus pupus kecuali sebahagian kecil sangat yang masih mempertahankannya.

Saya pula mula berhenti buat demikian semasa di tingkatan dua sebab ayah saya melarang saya meneruskan berbuat demikian. "Kamu mesti belajar" katanya.


Bersambung . . . . . ..



No comments:

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI