GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Tuesday, March 17, 2009

MERAYAU

MERAYAU

Salah satu hobi saya ialah merayau.


Bukan merayau sebarangan tapi ini adalah merayau mencari pengalaman dan ilmu. Orang kata banyak berjalan (merayau) luaslah pengalaman dan kalau bernasib baik banyaklah pelajarannya.

Semasa saya mula-mula tinggal di rumah sekarangni saya selalu merayau di kawasan Ampang sampai ke Taman Ahmad Razali yang terletak kira-kira enam kilometer dari rumah saya.

Jika merayau kita kenalah berjalan kaki. Jadi saya kenalah merayau berjalan kaki sejauh enam kilometer tersebut.

Ianya bukan sia-sia kerana sebalik pengalaman yang ditimba semasa perjalanan tersebut saya dapat juga menyihatkan badan mengeluarkan peluh. Pengalaman semasa perjalan memanglah banyak serta perbagai. Oleh kerana saya suka berjalan melalui jalan yang berlainan setiap kali merayau maka peta kawasan tersebut tersudutlah di minda saya.

Tetapi sekarangni saya dah mula malas berjalan jauh. Sebabnya mungkin saya dah ramai kenalan dan apabila merayau dan jumpa kenalan maka ke warung kopilah kesudahannya. Dulu tak sebegitu kerana kenalan kenalan tatkala itu tak ramai.

Kadangkala apabila saya berjalan kaki ada aje member ajak naik kereta atau motor (tanpa helmet - ramai sangat yang tak pakai helmet). Nak rejek selalu sangat tak sedap juga. Tetapi sekarang saya ada iktiar. Saya katakan yang saya gayat tumpang motor tapi kalau saya bawa motor tersebut barulah tak gayat. Atau saya nak exercise panaskan badan. Nampaknya sebab sabegini boleh diterima pakai.

Dulu saya selalu pergi berjalan kaki ke Taman Ahmad Razali bukan apa. Di situ ada Pasar Tani hari Ahad. Barangannya pun banyak. Jadi sambil mengeluarkan peluh hari Ahad dapatlah saya memberi barangan keperluan di situ.

Baliknya pula tak bolehlah saya berjalan. Apa susahnya bas 176 banyak. Tambangnya 65 sen sahaja. Kalau naik teksi mahal jika dibandingkan. Kalau naik bas saya tak perlu bayar kerana saya ada kad ahli "Touch & Go". Jadi saya gunakanlah kad tersebut.

Pada tahun 80han dan 90an dulu saya puas juga merayau. maklumlah semasa itu saya bekerja sebagai juru audit. Merata ceruk rantau kami bertugas, termasuklah ke luar negara. Semuanya dikirakan percuma kerana kami dapat elaun perjalanan, penginapan dan makanan. Kalau pandai berjimat gaji bulanan boleh simpan. Tapi selalunya tidak begitu.

Semasa di luar daerah saya suka juga merayau. Kalau di Sabah/Serawak saya merayau di waktu pagi kerana di sana cepat cerah. Lepas bangun dan sarapan saya akan berjalan kaki merayau di sekitar bandar setiap pagi menggunaan jalan yang berlainan. Di Pontian juga saya merayau dan sempat berjogging waktu pagi kerana di sana masuk pejabat pukul sembilan dan perjalanan hidupnya tak begitu sebok. Pagawai kerajaan saya lihat sempat ke pasar atau berjogging sebelum pergi ke pejabat jam 7.45 pagi dan punch cardnya masih tak merah (i.i. sempat masuk pejabat sebelum pukul lapan pagi.
Syaratnya ialah kena bangun awallah.

Mungkin sebab itu mereka selalu kelihatan ceria dan riang tak banyak masaalah.

Tercantik di Pontian ialah apabila dapat melihat matahari terbenam di ufuk Selat Melaka sebelum masuk waktu Maghrib.

Biasanya setibanya saya ke bandar yang saya lawati saya akan mencari peta bandar tersebut. Selepas saya mengkali peta tersebut saya merancang ke mana saya akan merayau jika ada kelapangan. Membaca peta juga memberi saya keyakinan diri terutamanya jika berada di bandar besar saperti London, Bangkok, Washington, Hong Kong, Paris.

Semasa di Richmond, Virginia saya terlihat ada masjid (the mosque) dalam peta bandar tersebut. Nasib baiklah saya tak merayau ke situ kerana the mosque ialah sebuah muzium bukannya masjid.

Semasa di London pula saya mudah mencari jalan pintas kerana fahamkan petanya berbanding dengan kawan-kawan saya yang berbalah tentang jalan mana nak diikuti. Silap jalan akan sesat atau terpaksa berjalan lebih jauh.

Semasa di Sibu, Sarawak saya suka merayau di pasarnya kerana udang yang masih melompat dijual dengan harga yang murah. Udang tersebut boleh juga mereka masukkan dalam kotak berais untuk terbang bersama kita ke KL, umpamanya. Udang keringnya juga murah.

Kalau nak memancing udang pun boleh. Saya lihat mereka memancing di sungai secara letak-angkat, maksudnya letak saja pancing udang akan gigit dan angkatlah udang tersebut ke darat. Kalau berbaik dengan mereka mungkin kita boleh join.

Semasa di Bangkok pula saya suka lihat mereka menjual barangan saperti kemeja-T dekat hotel yang kami tinggal. Mereka ini mudah mesra terutamanya dengan pelancung. Satu ketika seorang penjual tersebut bertanyakan kepada saya sama ada saya kenal Chin Ann, Mokhtar dan Santok. Rupanya di peminat bola sepak. Lepas itu kami selalulah berborak dan bila saya beli apa-apa darinya tentulah diberinya diskaun. Kemeja-T Larcos dapat dengan harga 30 baht (RM 3.00 sehelai - tapi yang bukan original brand). Beli banyaklah saya untuk diberikan kepada saudara mara dan kawan-kawan. Baju tu tahan 6 bulan pun dah cukup.

Di Bangkok kami pergi makan naik bot pula. Percuma pula tu kerana di taja oleh hotel-hotel yang berada di selitar Menam Chao Praya (sungai yang airnya mengalir ke kanan waktu pagi dan mengalir ke kiri waktu petang. Ini dapat dilihat kerana kiambang di sungai tersebut bergerak ke arah kanan (pagi) dan ke kiri (petangnya)). Mengikut cerita bot tersebut disewa bagi membawa tetamu hotel berkenaan ke sekitar kawasan sungai yang sangat indah pada waktu malamnya.

Kami makan sekali sehari kerana waktu itu bulan puasa. Lepas berbuka ala kadar di hotel kami naik bot ke satu Kedai Muslim. Kos makanan lebih kurang RM10.00 seorang. Kemudian beli makanan untuk sahur. Balik ke hotel naik bot sekali lagi. Dapatlah kami menikmati suasana sekitar Meman Chau Praya secara percuma. (Teman saya Izzudin dan Ramli). Tay dan Gilbert tak join kerana mereka tak puasa.

Satu perkara yang susah saya ikut semasa di luar daerah ianlah untuk menjadi saperti mereka. Ke mana saja saya pergi orang tempatan akan kenal yang saya ini orang luar. Mungkin ini kerana perwatakan saya, atau cara pakaian saya, atau percakapan saya, atau "tak tahulah". Ini samalah dengan bila kita memerhati seorang yang baru kita lihat. Kita boleh agak dia datang dari mana. Orang Kelantan kita boleh kenal. Orang Trengganu lain perwatakannya, orang Penang atau Kedah lain pula. Indon lain. Bangla lain, dsbnya. Tekaan kita selalunya 80 peratus betul.

Dan juga apabila saya ke luar daerah saya tak lupa bawa pil bitamin. Bila makan bitamin kita tak perlu fikirkan makanan seimbang. Yang perlu kita banyakkan makan buah-buahan. Yang lain bantai sajalah asalkan ianya halal. Pil bitamin menolong mendapatkan makanan seimbang untuk kesihatan kita. Susah kita kalau tak sihat di perantauan.

Dan satu lagi ialah saya jarang bawa wang yang banyak. Sekarang ini mudah kerana kita boleh gunakan Kad kredit dan cek pengembara. Untuk hotel penginapan saya selalunya akan membeli bank draf atas nama hotel yang saya akan tinggal dan serahkan draf tersebut kepada hotel tersebut semasa mendaftar. Wang tunai hanya untuk membeli makan dan kecemasan.

Lagi pun kad ATM dan kad kredit ada dan mesin ATM ada di merata-rata. Cucuk sahaja asalkan akaun kita ada bakinya kita akan selamat.

Merayau juga boleh memberi kejutan indah jika kita terserempak dengan sahabat yang telah lama kita tak jumpa. Lagi indah jika kita dah separuh kenalnya kerana lama tak jumpa. Saya pernah menjumpa saorang yang bila disapa menyatakan yang beliau bukan Jalil Kenang Parit Lapis (Kawan KB saya) tapi sabenarnya anak kepada Jalil tersebut berumur awal 20an. Umur Jalil semasa kami berpisah pada tahun 1973 ialah 26 tahun.

Ramai lagi yang saya terserempak misalnya Yusuf Bukit Aman, Nasa PJ, Jalal Ipoh, Zainal Ampang, Amir JPM, . . . Di Prangin Road PPinang pula say terjumpa adiksaudara saya Su, yang saya pun dah tak kenal kerana semasa saya tinggalkan kampung beliau masih budak lagi. Dan Did di Pudu Raya juga saya tak kenal tapi mereka kenal dan sapa saya. Dan juga di Pudu Raya terjumpa Mak Cor saya yang menunggu anaknya. Bersemangat dan nekat beliau datang ke KL seorang diri. Katanya kederat ada dan mulut pun ada. Susah2 tanya orang minta tolong. Betul juga apa katanya.

Di Paris pula saya terserempak dengan Fatimah BNM. Terkejut juga. Rupa-rupanya dia sedang menghadiri kursus di INSEAT. Di London jumpa Abdul Rahman yang tak balik ke Malaysia kerana sakit. Jenohlah majikannya kena bayar kos perutannya kerena beliau baru habis menghadiri seminar di Switzerland (berubat di London?).

Satu ketika di masjid negara saya terserempak dengan Tun Mahathir duduk bersebelahan saya dengar taskirah Ramadhan lepas sembahyang Jumaat (masa itu Tun baru jadi menteri). Saya kenal Tun tapi Tun tak kenal saya.

HALMS:

No comments:

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI