GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Sunday, March 8, 2009

MENGURUS ANGIN

MENGURUSKAN ANGIN SEKITAR KITA

Angin sekitar kita perlu kita uruskan dengan baik.

Maksudnya jika angin tidak diurus dengan baik maka kita akan mengalami masaalah kepanasan dan suasana hawa yang merimaskan.

Kalau kita selalu bertukar masjid untuk sembahyang Jumaat (mungkin sebab selalu kerja luar daerah atau menjadi jurujual yang selalu merayau mencari rezeki) tentu kita akan mengalami masaalah angin ini. Setengah masjid walau pun tak ada "aircon" suasananya selesa dan tidak panas sewaktu puncaknya dimana masjid tersebut padat dan sesak. Ada pula masjid yang kita merasa rimas dan panas walau pun belum ketika puncak lagi. Dan walau pun ada aircon (tapi tak kuat kuasa kudanya. Kalau kuat tentuah OK) kadangkala kita merasa rimas juga.

Ini disebabkan oleh angin dan peredarannya.

Saya pernah terbaca satu artikel mengenai rumah Melayu. Penulis artikel tersebut, seorang Mat Salleh telah memberi pujian yang tinggi kepada orang Melayu kerana berjaya membena rumah yang suasana di dalamnya selesa dan nyaman. Sebab utama suasananya sedemikian adalah kerana peredaran udara sekitar rumah tersebut sangat baik dan penghuninya (termasuk juga tetamunya) diselimuti oleh udara keliling yang nyaman.

Seorang penulis lagi pernah memuji orang Perak kerana mempunyai halaman rumah yang sangat cantik berbanding dengan tempat lain (kena puji negeri teman juga nampaknyani).

Orang Melayu sangat kreatif. Itu sebabnya mereka boleh membena rumah yang nyaman sekitarnya. Mereka mengkaji alam sekitar mereka sebelum membena rumah. Kesannya rumah yang selesa.

Ini samalah juga dengan orang Islam zaman dulu yang membena masjid tanpa alat pembesar suara tapi suara imam boleh didengari oleh makmum diseluruh masjid tersebut. Sekarang ilmu sebegini dah tak diindahkan lagi. (Tapi di Muzium UTM Semarak ada kawasan yang bila kita berbisik di satu sedut orang yang berdiri di satu sudut lain yang jauh daripadanya boleh mendengar bisikan tersebut).

Anak2 saya dulu, tahun 1980an selalu ajak kami ke Muzium tersebut kerana nak "berbisik". Dan lawan gusti lengan/tangan dengan robot yang mana robot tersebut akhirnya akan berkata "kamu lemah" kepada anak2 saya sebab anak saya sentiasa kalah. Sebelum itu robot tersebut akan memberitahu kekuatan "power" tangan anak saya. Mereka seronok walaupun sentiasa kalah berlawan dengan robot tersebut. Tapi sekarangni bila dah besar tak minat ke situ lagi. Inilah yang dikatakan bahawa di dunia ini segalanya sementara. Yang kekal . . . . .(semua kita dah tahu).

Kita perlu menguruskan udara sekitar kita. Kalau tidak kita akan merasa rimas dan kepanasan.

Sebenarnya kita hanya perlu menggunakan akal fikiran yang asas bagi mengurus udara sekitar kita. Orang kata gunakan "common sense" atau fikiran orang biasa.

Pernah disuatu khenduri saya telah diarahkan untuk mengalihkan kipas kesudut lain dan saya tak ikut. Saya sebutkan kepadanya kalau nak guna kipas angin, udara/angin yang "keluar" dari kipas janganlah keluar melawan arah angin yang ada di situ. Kalau berlawanan angin akan bergadoh dan tak akan pergi kemana-mana akhirnya.

Tapi kalau angin yang keluar dari kipas bergerak selari dengan arah gerakan angin yang ada di situ maka tiupan angin kipas akan menjadi lebih baik dan suasana sekitar akan menjadi lebih selesa/sejuk/tak rimas. Prinsip ini samalah dengan prinsip orang berlari lumba 100 meter. Ada pemecut lari yang dapat "wind assisted" dan dengan itu berlari lebih pantas.

Beliau setuju dan kesannya keadaan yang lebih selesa.

Asasnya jangan bagi angin bergadoh.

Angin bergadoh banyak juga berlaku di banyak surau. Kipasnya banyak tapi suasana dalamnya kurang selesa sebab angin yang keluar dari kipas yang banyak itu bergaduh sama sendiri. Kalu nak kaji letakkan asap dan lihat mengelabahnya asap tersebut.

Jika kita dapat mengaturkan kipas yang banyak itu supaya kipas tersebut seirama aliran anginnya maka angin yang berhaba panas dapat dikeluarkan dan angin yang berhaba selesa mengambil alih tempatnya. Kesannya kita akan merasa lebih selesa.

Kita tahu yang udara yang panas akan naik ke atas. Itu sebabnya sekarang ini banyak surau yang memasang alat haba/angin keluar atau extracter di bahagian siling atau dinding (bhg atas). Angin berhaba panas akan naik dan keluar dan akan digantikan dengan angin yang lebih selesa.

Saya pernah memasang alat tersebut di rumah sewa saya. Tujuannya ialah supaya angin di bilik tidor dapat beredar dan digantkan dengan angin baru dari luar bilik.

Kesannya menakjubkan.

Bukan sahaja bilik tidor selesa kerana ada edaran angin di dalamya, tetapi bilik makan dan bilik dapor pula memperolihi peredaran angin yang sangat baik. Sebabnya: angin yang keluar dari bilik tidor bertiup terus ke bilik makan dan dapor. Disamping itu angin tersebut membawa bersamya angin dari bilik tetamu. Alhamdulillah. Inilah buat sikit dapat banyak. Tujuan nak selesakan bilik tidor tapi bilik makan, dapor dan bilik tetamu pula dapat kesan sampingannya. Tanpa jangkaan pulatu. Mungkin inilah rezeki penghuni rumah tersebut.

Dirumah saya sekarang ini pula saya tak perlu tambah alat pengarah angin kerana sejak saya beli dan tinggal di situ anginnya sentiasa bergerak dari arah depan rumah, masuk ke rumah dan keluar melalui dapor. Saya hanya perlu buka puntu depan dan pintu dapor kalau nak angin masuk-keluar Dulu anginnya dingin tetapi sekarangni kurang sedikit kerana dah banyak rumah baru di kawasan tersebut. Gunung/Bukit di belakang taman pun dah nak botak.

Cara orang kaya menguruskan angin sekitarnya ialah dengan mamasang alat penghawa dingin di rumah atau pejabat mereka. Dan sekarang ini pula ada berita tentang reban ayam yang berhawa dingin. Bagus dari segi ekonomi negara kerana segala perbelanjaan kita membawa kesan berganda dan lebih ramai rakyat kita dapat pekerjaan.

Penutupnya:
Kajilah angin sekitar anda dan uruskannya dengan baik.

2KD

No comments:

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI