GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Monday, March 2, 2009

MAHARAJA LELA

MAHARAJA LELA

Maharaja Lela adalah nama pembesar atau ketua negara Perak pada abad sembilan belas / dua puluh dulu. Beliau sangat dihormati oleh rakyat Perak pada masa itu.

Tapi malangnya British telah menjajah Perak dan menipu Sultan dengan membawa Sultan ke Pangkor untuk menandatangani Perjanjian Pangkor. Sultan dikata telah diugut sebelum menandatangani perjanjian tersebut. Ada yang kata Sultan telah dimabukkan. Hanya sejarawan negara yang dapat mengkaji dan memastikan kebenarannya.

Datok Maharaja Lela tak puas hati dan menjalankan pergerakan menentang British. Residen British ketika itu, W W Birch telah dibunuh di Pasir Salak ketika sedang mandi.

Pehak yang dikatakan terlibat dalam pembunuhan Birch telah ditangkap dan di hukum termasuklah Datok Maharaja Lela.

Tak cukup dengan itu nama Datok Maharaja Lela telah dicemarkan, bukan hanya oleh British tapi orang Melayu sendiri.

Apa taknya.

Nama baik Datok Maharaja Lela telah dibusukkan dengan menggunakan namanya "maharajalela" untuk menggambarkan perangai orang yang tak berperaturan, kurang ajar, tak bertamadun, tak berperimanusian, dan sebagainya.

Maharaja Lela, nama yang dulunya di sanjung dan dihormati telah dicemari dengan terbitnya ungkapan istilah baru "bermaharajalela" yang membawa maksud yang sangat "busuk".

Kenapa ini berlaku?

Mungkin ada orang Perak terutamanya anak cucu Datok Maharaja Lela, yang boleh membuat kajian tentang istilah ini dan kalau perlu di hapuskan istilah nama busuk ini. Banyak istilah lain boleh kita gunakan. Kalau tak ada kita boleh ciptakan istilah yang baru. Bukankah kita telah banyak mencipta istilah baru?

Apa kata pakar bahasa atau pakar istilah kita?

Masa saya kecil dulu selalu saya dengar orang tua yang memarahi anak atau cucunya dengan berkata "Kamuni mermaharajalela sangat. Buas. Tak dengar cakap orang. Apa nak jadi pada kamuni." Atau ungkapan serupa yang mengambarkan nama Maharaja Lela (ketua negara Perak) di burukkan.

.

4 comments:

Merbawi said...

Salam Tuan,

Wah...bebenor ler kata Tuan.! Tak pernah kita terpikir langsung cara penggunaan ayat tu mempunyai maksud berlainan yang menghina Dato Maharajalela. Lembut sungguh, dalam diam orang yang mengutarakan peribahasa tu menghina Pahlawan Melayu.

Tuan nak nanya, kalau Tuan tahu, siapa yang membuka Pekan Lubuk Merbau dan pada tahun bila? Ramai orang dari mane penduduk ase nya. Teman dah cari, tak jumpa ler. Kalau Tuan tahu, kabor kan ler.

Satu lagi, begitu juga dengan Pekan Padang Rengas, ramai orang dari mane, sapa yang membukanya.?

Harap dapat Tuan kaborkan.

PANDAK CHANGKAT PETAI said...

Yop, Asalamualaikum
Teman pun sedang mencari asal Lubuk tu. Tapi masih gagal kerana tak ada yang tau.

Sama2lah kita kena cari nampaknya.

Teman dapat tahu adek beradik mike ramai di Lubuk. Salah satunya ialah Wan Nani isteri Chegu Anjang dan mak kepada Jala yang saya tulis dalam blok saya dulu tentang kendurinya bulan 11 2008 (Sesat Jalan).Dan kakak Wan Nani yang kami panggil Mak Ngah isteri kepada Shaari Kastam bapa kepada Chegu Sharahbi dan mertua kepada Chegu Khalid Lubuk. Rumah lama mereka ada kolam tempat teman main2 masa kecil dulu. Juga Harun Lubuk (tak tahu/ingat nama sebenornya).

Mak saudara Yop kawan Teman (Yusup yang pergi bersama saya khenduri Jala Lubuk dulu) panggil Kak Kiak (itupun kalaulah betul).

Kalau tak salah ayah mike tinggal di Ampang dan mike ada abang namanya Shahril.

Banyaklagi kalau nak bersoreh nampaknya.

Inshaallah jumpa lagi.

Merbawi said...

Salam Tuan,

Hehehe...jumpa juge Tuan cerita mengenai keluarga teman yaa..! kalau nak ikut kan satu Lubuk tu saudara mara dengan emak teman. Kalau lebih lanjut lagi salasilah belah emak teman, macam dekat link ini:

http://merbawi.blogspot.com/2008/11/pencarian-salah-silah-yang-hilang.html

Tapi sampai 7 keturunan aja. Keatas lagi masih tengah mencari. Nama nama yg Tuan tulis tu kalau tak silap, semuanya dari pecahan keturunan BILAL ABU BAKAR BIN ABDUL KARIM. Asei mane , tu yg tengah mencari.

Betul ler Tuan, memang arwah ayah dulu duduk di Kg Berembang, jalan Ampang. Dema yg buka kampung tu dulu dalam tahun 1965. masa tu dia kerja dengan MARA. Betul juga le, abang yg tua nama nya Shahrin...hehe! Emak nama Zainun dan adik emak di Kg Bahagia, Sungei Siput, namanya Shaharuddin.

Hari itu Dato Aziz Shamsuddin, bekar Menteri Luar Bandar ada datang ke tempat kerja teman di Johor. Dia tu orang Tapah atau Kampar kalau tak silap. Teman berborak dengan dia. Lepas tu dia tanya, asei mane, teman kabo ler, Lubuk Merbau. Dia jawap, Huiiii....tu tempat orang handal handal tu.!! Apa maksud handal dia tu teman idak ler tanya lebih lanjut. Hehehe....handal makan durian kot??

Jumpa lagi Tuan. Salam

Unknown said...

Salam Tuan,

sy dulu pernah tinggal di kg berembang ampang.Ayah saya orang manong , mak sy orang lubuk merbau.

sedara saya di lubuk merbau memang ramai. sy anak cucu mat sik. saya pun tengah mencari salah silah keturunan saya.

harap tuan nampak membantu serba sedikit.

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI