GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Sunday, October 31, 2010

REENGINEERING


KAJIAN BERKALA


Di dalam mengurus atau mengendalikan sesuatu projek atau kegiatan kita perlu secara sedar, membuat kajian berkala tentang proses dan kemajuan urusan atau projek tersebut. Ini adalah bagi menentukan kegiatan atau projek tersebut mengikut perancangan dan berjalan dengan lancar dan mengikut jadual dan matalamatnya. Semasa kajian berkala inilah apa2 keperluan bagi menjayakan urusan atau projek dibuat. Kajian ini akan dapat menghasilkan projek atau urusan terbaik, InshaAllah.

Istilah lama dan yang tak “gelamor” bagi kegiatan sebegini ialah “pantau”.

Jika kajian berkala secara sedar ini tidak dibuat, maka berlakulah apa yang banyak berlaku sekarang ini saperti siling runtuh, masjid runtuh, stadium runtuh, jambatan patah, bangunan bocor dll. Termasuklah tirisan yang disengajakan atau “aliran keluar sumber”.

Kajian berkala ini sangat perlu bagi semua projek dan kegiatan termasuklah kegiatan manusia itu sendiri.

Di dalam hal diri manusia ianya dinamakan “muhasabah diri”. Dan kita disarankan muhasabah diri setiap hari atau kalau boleh setiap masa, terutamanya sebelum kita tidur. Ini adalah kerana kehidupan kita adalah satu kegiatan atau satu projek yang berterusan tanpa henti. Kecuali apabila kita padam yang mana akan disambung pula pulaktu. . . . . .

Istilah moden dan changgih dan yang hanya digunakan oleh mereka yang “moden” dan changgih bagi muhasabah diri ialah “reengineering”. Maksud rengkasnya ialah mengkaji dan mengusahakan cara yang terbaik bagi tujuan menghasilkan keluaran yang terbaik lagi menguntungkan.

Dalam kehidupan manusia banyak perkara yang tersalah buat dan yang tak cekap perjalanannya. Jika tak dibuat muhasabah diri atau reengineering ini maka ianya akan terus tersalah dan tak cekap perjalanannya.

Kesannya ialah masa hadapan dan pusaka harta dan ilmu, yang malap dan usang. Dengan muhasabah diri atau reengineering ini berhasillah masa hadapan cemerlang dunia akhirat, InshaAllah.


=================================

Sunday, October 24, 2010

BERKHAYAL

PERLUNYA MANUSIA BERKHAYAL


Lama juga saya tak berjumpa kembar saya, Tokki Di. Beberapa hari lalu beliau datang bertandang ke rumah saya.

Macam saya, Tokki Di juga seorang “risk taker”, suka mengambil risko berkira. Dan suka juga mengembara dan merayau mencari pengalaman.

Itulah sebabnya beliau tak beritahu saya yang dia nak datang ke rumah saya sehinggalah beliau sampai dekat Hospital Ampang, kira2 dua kilometer dari rumah saya. Di situlah dia minta saya bantuan arah untuk ke rumah saya. Hampir hilang panduan (sesat) kerana datang seorang diri tanpa persediaan dan panduan jalan yang lengkap, katanya.

Dulu pernah dia datang ke rumah saya tapi dah lama dulu dan semasa itu jalan pun belum begitu rumit dan kawasan rumah saya berhampiran hutan Hulu Langat. Sekarang ramai saudara saya yang datang yang dah mula sesat kerana banyaknya taman perumahan berhampiran dan pertambahan persimpangan jalan.

Tapi kali ini bila Tokki Di sampai dekat Hospital Ampang mulalah keyakinannya untuk sampai selamat ke rumah saya tanpa sesat menghampiri nilai sifar. Mulalah dia telefon saya minta panduan arah.

Saya pun berkata padanya: “Kalau dari Hospital Ampang dari Pandan Indah atau Ampang teruslah melalui enam “trafik light” dan belok ke kiri pada trafik light yang ke enam. Kalau terbabas jangan risau kerana di depannya jalan mati, patah baliklah bila bertemu jalan mati tersebut (ada bukit dan kawasan hutan belum teroka di situ) dan belok ke kanan pada trafik light ke enam tadi. Dari situ belok ke kanan pada persimpangan keduanya. Kalau terbabas akan tersalah masuk ke sempadan Taman Melor, kena patah balik untuk masuk ke jalan 15 (jalan rumah saya). Kalau sesat juga telefonlah saya”.

Kira2 lima minit kemudian sampailah dia di hadapan rumah saya. Alhamdulillah, tak sesat dia. Tak perlulah saya memberinya pandu arah tambahan.

Selepas memberi salam beliau memberi komen berikut: “Kamuni Pandak, memang suka berkhayal. U suka buat apa yang orang lain tak buat!”

Terpegun dan pening juga saya mendengar komen TokKi Di ini. Lain macam bunyinya.

Tapi bagus”. Sambungnya lagi. "Manusia macam kita ini perlu banyak berkhayal. Hanya orang yang banyak khayal yang mudah berjaya. Orang yang berjaya semuanya banyak berkhayal”.

Bertambah pening saya dibuatnya.

Saya mulalah nak tukar tajuk perbincangan kami. Mungkin cara ini saya tak bertambah pening! Jadi mulalah saya tanya dia banyak soalan tentang keluarganya dan saudara mara di kampong. Beliau baru pulang dari kampong kami jadi sudah tentu banyak cerita terkini. Sesekali berjumpa sudah tentu banyak ceritanya.

Lama kelamaan tajuk saya banyak berkhayal timbul semula. Tokki Di berkata yang saya terlalu banyak khayal. Salah satu sebab dia berkata demikian ialah cara saya menjaga buah mangga saya di hadapan rumah saya. Katanya dahlah saya balut dengan kertas, kemudian saya balut lagi dengan plastik dan plastik itu pula saya jerutkan dengan tali rafia yang saya ikatkan pula pada dahan atau ranting pokok mangga tersebut.

Apa jadahnya Pandak buat sedemikan?” Tanyanya.

Barulah saya faham apa maksudnya dia mengatakan yang saya terlalu banyak berkhayal.

Saya pun menjelaskan lojiknya saya berbuat demikian.

Saya kata di musim terdahulu saya tak kesah sangat menjaga mangga tersebut. Hasilnya saya tak merasa makan mangga tersebut. Sebabnya, saban hari seokor monyet akan datang mencuri mangga yang baru nak masak. Saya membuat keputusan membiarkan ia makan mangga tersebut tanpa saya ganggu. Hasilnya saya melepas.


Musim ini pula saya tekat menghalang monyet tersebut memusnahkan hasrat saya memakan mangga tersebut.

Jadi saya balut mangga yang dah kira besar. Tetapi dibuka oleh monyet tersebut.

Dan dari sini mulalah saya berkhayal (ini menurut istilah bahasaTokki Di). Saya mula bekhayal untuk mengatasi masaalah mangga saya dimakan dan dibinasakan oleh monyet.

Datanglah idea saya untuk membalutkan mangga tersebut dengan plastik tebal supaya tidak dapat dibuka oleh monyet. Dan bagi menguatkanlagi saya jerutkan plastik tersbut dengan tali rafia yang diikat pada dahan atau ranting. Tujuannya ialah supaya apabila mangga tersebut masak ianya tak akan jatuh ke tanah tapi akan tinggal tergantung pada tali rafia yang terikat pada ranting atau dahan.

Anjing jiran saya pula banyak membantu saya kerana apabila monyet datang anjing jiran saya akan menyalak panjang memberi saya kesempatan untuk menghalau monyet yang datang.

Sebelum itu saya balutkan batang pokoknya dengan zink supaya monyet tak dapat memanjat pokoknya. Monyetni bijak juga kerana ia berjaya naik ke atas pokok melalui pagar ke dahan yang rendah.

Itulah yang saya khayalkan. Saya khayal bagaimana nak mengalahkan monyet. Satu khayalan yang menguntungkan saya akhirnya kerana buah mangga saya terselamat, walaupun tak 100%, dari gangguannya.

Member2 saya pun dapat tempiasnya. Setakat ini saya dah bagikan beberapa biji mangga tersebut kepada Bilal OO, Imam, Halwi, Hahacem, Pak Din, seorang guru yang saya tak kenal pun (beliaulah yang menyatakan mangga itu adalah jenis "Water Lily" berasal dari Thailand) dan Jam. Ada lagi saya nak beri saperti Wlk Bota dan lain2. Itu pun kalau ada rezeki. InshaAllah. Kerana banyak lagi buah yang belum masak di pokoknya.

Oleh kerana balutan mangga tersebut saya ikat menggunaka tali rafia, mangga yang masak tak akan jatuh ke tanah tetapi tinggal tergantung di dahan atau rantingnya. Kadangkala pula saya goncang dahannya menggunakan galah untuk "menjatuhkan" mangga yang tua atau hampir masak.

--------------------------------

Dan itulah komen Tokki Di. Dan beliau terus menyokong saya supaya terus berkhayal, tetapi berkhayal secara yang menguntungkan dan bukan khayalan ala Mat Jenin. Semua manusia yang mencipta barangan atau perkidmatan terbaharu perlu berkhayal sebelum mereka berjaya mencipta. Jadi tak salahlah saya berkhayal. Berkhayal juga banyak akan menyelesaikan masaalah kita. Tan Sei P Ramlee dan Lat (Datuk Mohd Noor Khalid) dan lain manusia terkenal juga banyak berkhayal untuk berjaya.

Kebetulan pula pada minggu lepas TV2 ada menyiarkan perbincangan yang mengatakan bahawa berkhayal banyak mendatangkan kesan yang positif jika khayalan tersebut diusahakan untuk dijadikan kenyataan. Kata orang: "Berkhayal, berusaha dan bertawakkal".

Jadi sepatutnyalah saya perlu terus berkhayal. . . . . .kerana berjayalah mereka yang mempraktikkan khayalannya.


Tokki Di



====================================


Monday, October 11, 2010

SAKIT KEPALA


HINDARKAN SAKIT KEPALA


Apa caranya kita boleh hindar dari kita terkena sakit kepada atau pening kepala atau migrain?

Sangat mudah caranya tetapi mungkin ramai yang belum tahu. Saya pun baru tahu belasan tahun yang lepas.

Sejak mengetahuinya saya terus mengamalkannya. Dan Alhamdulillah, ianya berkesan dan sejak itu, setahu saya, saya tak pernah mengalami sakit kepala lagi. Ramai kawan saya yang mencubanya pun mendapati ianya berkesan.

Sebelum itu saya selalu juga mengalami sakit kepala yang doktor mencatatkannya sebagai “tension headache”. Dan diberikannya pil hilang-sakit-4 jam, paracetemol.

Cara menghindar sakit kepala:

Bila kita mandi, jangan kenakan air ke bahagian kepala dulu. Mulakan dengan bahagian kaki secara membasuhkannya, kemudian bahagian lain badan dan bahagian terakhir yang kita kenakan air ialah bahagian kepala kita.

Menurut tiorinya, kita perlukan menyejukkan bahagian badan kita yang lain sebelum kepala kita. Kalau kita sejukkan kepala kita dengan air sebelum bahagian badan kita yang lain, kepala kita akan “terkejut” merasa terkena air yang sejuk.

Kalau kita kenakan bahagian badan kita yang lain dahulu, kepala kita akan ada masa untuk “bersedia” sebelum terkena air tersebut.

Bahagian badan kita yang lain tak kesah terkena air dulu kerana ianya tidak mendatangkan kesan “pening” atau sakit kepada kemudiannya.

Saya pernah menyuruh anak saya berbuat demikian dan beliau menyatakakan cara mandi sebegini memang berkesan untuk menghalang sakit kepala.

Untuk orang lain saya tak tahulah tapi ramai yang cuba mandi cara sedemikian menyatakan ada kesan baik dari cara tersebut.

Sahabat saya Hashan Chef pula ada panduan tambahan dengan mengurut bahagian tertentu tangan atau kaki. Cara ini berkesan kerana urat tangan dan di kaki kita ada hubungan rapat dengan kepala kita (dan bahagian lain badan kita). Bila diurut, sakit di kepala kita akan menjadi lega. Inilah cara orang China kunu (sekarang ini juga) menjaga badan mereka (Acupunture)

http://en.wikipedia.org/wiki/Acupuncture

Saya pula selalu juga mengurut beberapa bahagian tapak tangan dan tapak kaki saya. Kalau tempat saya urut itu sakit saya akan terus urut bahagian tersebut sehingga ianya lega. Ikut tiorinya, bahagian yang sakit itu ada kaitan dengan bahagian organ dalaman badan kita yang tak selesa. Mengurutnya akan membuat bahagian organ tersebut menjadi selesa.


Cubalah . . . . Untuk mengetahui kesannya.







http://www.google.com.my/imghp

Tuesday, October 5, 2010

PILIHAN KITA


KITA YANG MEMILIH: FIKIR-PILIHLAH YANG TERBAIK


Manusia boleh memilih. Dan setiap pilihan yang dibuatnya mendatangkan kesan kepadanya dan kepada suasana kelilingnya. Pilihan yang baik akan membawa kesan yang baik dan membawa faedah. Pilihan yang kurang baik atau tak sesuai membawa kesan yang tak baik atau yang tak banyak faedahnya, kadangkala merugikan pula atau mendatangkan masaalah.

Manusia berbeza dengan binatang. Binatang mempunyai otak yang hanya mengarahkan tindakan secara spontan. Manakala manusia mempunyai otak yang boleh memilih sama ada untuk bertindak secara spontan sapertimana yang dibuat lakukan binatang atau untuk berfikir sejenak sebelum bertindak ke atas sesuatu ransangan atau keadaan. Ini adalah sunatullah. Binatang bertindak secara spontan ke atas apa2 keadaan (“react”) tapi manusia boleh bertindak balas secara rasional (berfikir dan “respond” secara waras dan menguntungkan) atau ia boleh memilih bertindak secara spontan tanpa berfikir.

Akibat boleh membuat pilihan dan bertindak ke atasnya maka manusia dipertanggung jawabkan atas segala yang dilakukannya semasa di dunia dan lebih penting lagi di akhirat nanti. Tidaklah saperti binatang yang segala tindakan spontannya tidak dipertanggung jawabkan. Itu juga sebabnya manusia ada rekod buku amalannya yang akan diketahui isi kandungannya di “masa yang ditentukan”.

Kita sebagai manusia disarankan supaya kita tak bertindak saperti binatang yang bertindak secara sepontan tanpa berfikir. Lainlah kalau kitani manusia yang latah kerana orang yang latah tak boleh mengawal tingkah laku mereka tatkala diusik atau ditekejutkan. Kalaulah kita bertindak secara spontan tanpa menggunakan otak kurnia Tuhan itu (istilahnya: kita melatah) maka menjadi seperti binatanglah kita.

Bukan apa takut2 kita menyesal nanti atas tindakan spontan kita itu kerana tindakan melatah selalunya membawa kepada kesan yang kurang disukai. Contohnya: Apa terjadi pada anak kesayangan kitani.

Jadi buatlah pilihan yang terbaik sebelum bertindak ke atas apa2 keadaan yang kita hadapi. Gunakanlah otak kita yang waras ini untuk berfikir sebelum bertindak. Berfikir itu samalah dengan merancang. Dan segala masaalah atau cabaran kalau kita rancangkan dengan baik akan menguntungkan atau sekurang2nya tak merugikan kita atau membuat kita kesedihan atau menyesal kemudian hari.






Olahan dari perbincangan TV2 Selasa Okt 5.

===================================


MERANCANG

Saya pernah menghadiri satu kursus yang menonjolkan kepentingan merancang. Kursus tersebut diadakan di Jeram Besu, Pahang.

Dalam salah satu modul kursus itu kami sepuluh orang dijadikan satu kumpulan dan dibawa ke sebuah anak sungai, dan disitulah mulanya cabaran kami.

Kami diberi beberapa utas tali dan dua papan dan ditugaskan menyeberangi anak sungai tersebut menggunakan barangan yang dibekalkan. Missi kami ialah untuk membawa sebaldi bahan kimia yang sangat merbahaya tetapi sangat penting ke seberang sungai tersebut.

Pening juga untuk mengatasi cabaran tersebut.

Mulalah kami mengelabah dan cuba berfikir dan berubdibg sama sendiri cara mengatasi masaalah kami untuk menyeberangi sungai tersebut. Ramai juga yang merungut dan membebel tapi terpaksa bekerjasama bersama kumpulan kerana kepentingan apa yang dikatakan “teamwork”. Tambah pula kebanyakan ahli kumpulan tak mengenali satu sama lain sebelumnya. Ego dan reputasi perlu juga dijaga semasa. “Nanti apa anggapan orang terhadap ku!”. Juga untuk menjaga reputasi diri.

Sebenarnya jika kami merancang dengan baik masaalah kami senang sahaja untuk diatasi. Ikat dua papan tersebut dengan tali menjadikannya panjang dan boleh dijadikan titi menyeberang sungai tersebut.

Tetapi oleh kerana bermacan sebabnya kumpulan kami lambat mendapat keputusan berbuat demikian kerana masing2 dengan rancangan mereka dan kami tak bersatu.

Terdapat kumpulan yang dapat menjalankan cabaran tugas tersebut dalam masa sepuluh minit sahaja. Ini kerana mereka merancang dengan baik dan mempunyai “teamwork” yang cemerlang.

Tetapi ada juga kumpulan yang mengambil masa hampir satu jam mengatasi masaalah tersebut. Ini sebab kurang perancangan dan kelemahan “teamwork” mereka.

Dalam kehidupan harian kita perkara yang sama berlaku. Jika ada perancangan dan teamwork yang baik segala masaalah dapat diatasi dengan keputusan yang memuaskan.



Monday, October 4, 2010

KEISTEMEWAAN KITA

TUNJOLKANLAH KEBOLEHAN KITA



Dalam posting saya pada bulan February lalu ada saya masukkan cerita tentang kelebihan atau keistemewaan seseorang. Ada yang menggunakan istilah Inggerisnya Niche.

Minggu lepas saya terdengar dalam siaran TV2 memperkatakan perkara yang sama. Secara rengkasnya dalam perbincangan di TV2 tersebut menyatakan bahawa setiap manusia mesti menonjolkan keistemewaan masing2 dan memasarkannya kepada masyarakat. Ini adalah bagi membolehkan ia menjualnya atau memberitahu kepada umum apa yang dia boleh buat bagi kepentingan masyarakat dan dirinya sendiri.

Keistemewaan seseorang itu dapat ditonjolkan melalui dirinya sendiri menggunakan iklan, penerangan, kad nama dan sebagainya. Ianya juga dapat ditonjolkan oleh manusia lain terutama pelanggannya yang pernah mendapat “Khidmatnya” dan berpuas hati mengenainya dan mahu orang lain yang ingin untuk mendapat perkhidmatan yang sama.

Lagi ramai manusia yang berbuat demikian (menonjolkan keistemewaan masing2) maka bertambah majulah sesuatu masyarakat itu.

Contohnya:

Di dalam sebuah taman perumahan atau kampong atau bandar perlulah kita mengetahui siapa yang berupaya memberi perkhidmatan di antara penduduknya. Kalau seorang individu itu pandai mengendalikan urusan paip air maka perlulah dia memasarkan perkhidmatannya supaya semua orang tahu yang dia boleh berbuat demikian. Jadi tak perlulah penduduknya berurusan keluar kawasan bagi mendapatkan urusan menyambung paip air atau membaiki mana yang rosak. Kawan saya pernah kena bayar RM120.00 apabila berurusan dengan syarikat membaiki paip air yang hanya mengantikan alat ganti yang berharga RM3.00. Itulah polisi syarikat mengenakan bayaran sekurang2nya RM50.00 kalau kita telefon mereka untuk datang. Walhal saya ada kawan, juga seorang tukan paip yang akan hanya mengenakan harga alat ganti dan mungkin belanja minum di warung kopi.

Jadi kalau kita tahu ahlinya maka kita dapat jimatkan kos.

Atau kalau atap rumah kita bocor, kita boleh panggil mereka yang ahli yang boleh membetulkan kebocoran tersebut dengan kos yang minimal.

Serupa juga dengan mereka yang pakar membaiki kereta. Dengan adanya iklan melalui kad nama atau poster atau dari mulut ke mulut kita boleh mendapat perkhidmatan terbaik dengan kos yang minimal termasuk nasihat percuma kalau betul caranya.

Rengkasnya, keistemewaan perlu kita hebahkan supaya masyarat tahu kebolehan kita dan kita sendiri akan mendapat kepuasan apabila usaha kita disanjung dan kita menjadi popular dengan keistemewaan kita itu.

Tapi bukannya mudah untuk menjadi manusia yang pakar dalam satu2 bidang. Perlulah ia berusaha membaiki dan memajukan kebolehannya sebelum keistemewaanya itu tertanam pada dirinya. Kemudian barulah ia boleh menghebahkan kebolehannya untuk digunakan bagi faedah manusia lainnya.

Kalaulah kita seorang pakat tetapi orang lain tak tahu hal tersebut maka ianya tak akan memberi faedah kepada masyarakat dan negara.

Tetapi perlulah juga bahawa keistemewaan tersebut adalah keistemewaan yang membawa untung kepada kita dan kepada masyarakat. Jangan pula kita menjadi istemewa dalam hal2 yang melanggar undang2 atau merosakkan masyarakat dan yang tak disuka orang.


. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI