GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Sunday, October 24, 2010

BERKHAYAL

PERLUNYA MANUSIA BERKHAYAL


Lama juga saya tak berjumpa kembar saya, Tokki Di. Beberapa hari lalu beliau datang bertandang ke rumah saya.

Macam saya, Tokki Di juga seorang “risk taker”, suka mengambil risko berkira. Dan suka juga mengembara dan merayau mencari pengalaman.

Itulah sebabnya beliau tak beritahu saya yang dia nak datang ke rumah saya sehinggalah beliau sampai dekat Hospital Ampang, kira2 dua kilometer dari rumah saya. Di situlah dia minta saya bantuan arah untuk ke rumah saya. Hampir hilang panduan (sesat) kerana datang seorang diri tanpa persediaan dan panduan jalan yang lengkap, katanya.

Dulu pernah dia datang ke rumah saya tapi dah lama dulu dan semasa itu jalan pun belum begitu rumit dan kawasan rumah saya berhampiran hutan Hulu Langat. Sekarang ramai saudara saya yang datang yang dah mula sesat kerana banyaknya taman perumahan berhampiran dan pertambahan persimpangan jalan.

Tapi kali ini bila Tokki Di sampai dekat Hospital Ampang mulalah keyakinannya untuk sampai selamat ke rumah saya tanpa sesat menghampiri nilai sifar. Mulalah dia telefon saya minta panduan arah.

Saya pun berkata padanya: “Kalau dari Hospital Ampang dari Pandan Indah atau Ampang teruslah melalui enam “trafik light” dan belok ke kiri pada trafik light yang ke enam. Kalau terbabas jangan risau kerana di depannya jalan mati, patah baliklah bila bertemu jalan mati tersebut (ada bukit dan kawasan hutan belum teroka di situ) dan belok ke kanan pada trafik light ke enam tadi. Dari situ belok ke kanan pada persimpangan keduanya. Kalau terbabas akan tersalah masuk ke sempadan Taman Melor, kena patah balik untuk masuk ke jalan 15 (jalan rumah saya). Kalau sesat juga telefonlah saya”.

Kira2 lima minit kemudian sampailah dia di hadapan rumah saya. Alhamdulillah, tak sesat dia. Tak perlulah saya memberinya pandu arah tambahan.

Selepas memberi salam beliau memberi komen berikut: “Kamuni Pandak, memang suka berkhayal. U suka buat apa yang orang lain tak buat!”

Terpegun dan pening juga saya mendengar komen TokKi Di ini. Lain macam bunyinya.

Tapi bagus”. Sambungnya lagi. "Manusia macam kita ini perlu banyak berkhayal. Hanya orang yang banyak khayal yang mudah berjaya. Orang yang berjaya semuanya banyak berkhayal”.

Bertambah pening saya dibuatnya.

Saya mulalah nak tukar tajuk perbincangan kami. Mungkin cara ini saya tak bertambah pening! Jadi mulalah saya tanya dia banyak soalan tentang keluarganya dan saudara mara di kampong. Beliau baru pulang dari kampong kami jadi sudah tentu banyak cerita terkini. Sesekali berjumpa sudah tentu banyak ceritanya.

Lama kelamaan tajuk saya banyak berkhayal timbul semula. Tokki Di berkata yang saya terlalu banyak khayal. Salah satu sebab dia berkata demikian ialah cara saya menjaga buah mangga saya di hadapan rumah saya. Katanya dahlah saya balut dengan kertas, kemudian saya balut lagi dengan plastik dan plastik itu pula saya jerutkan dengan tali rafia yang saya ikatkan pula pada dahan atau ranting pokok mangga tersebut.

Apa jadahnya Pandak buat sedemikan?” Tanyanya.

Barulah saya faham apa maksudnya dia mengatakan yang saya terlalu banyak berkhayal.

Saya pun menjelaskan lojiknya saya berbuat demikian.

Saya kata di musim terdahulu saya tak kesah sangat menjaga mangga tersebut. Hasilnya saya tak merasa makan mangga tersebut. Sebabnya, saban hari seokor monyet akan datang mencuri mangga yang baru nak masak. Saya membuat keputusan membiarkan ia makan mangga tersebut tanpa saya ganggu. Hasilnya saya melepas.


Musim ini pula saya tekat menghalang monyet tersebut memusnahkan hasrat saya memakan mangga tersebut.

Jadi saya balut mangga yang dah kira besar. Tetapi dibuka oleh monyet tersebut.

Dan dari sini mulalah saya berkhayal (ini menurut istilah bahasaTokki Di). Saya mula bekhayal untuk mengatasi masaalah mangga saya dimakan dan dibinasakan oleh monyet.

Datanglah idea saya untuk membalutkan mangga tersebut dengan plastik tebal supaya tidak dapat dibuka oleh monyet. Dan bagi menguatkanlagi saya jerutkan plastik tersbut dengan tali rafia yang diikat pada dahan atau ranting. Tujuannya ialah supaya apabila mangga tersebut masak ianya tak akan jatuh ke tanah tapi akan tinggal tergantung pada tali rafia yang terikat pada ranting atau dahan.

Anjing jiran saya pula banyak membantu saya kerana apabila monyet datang anjing jiran saya akan menyalak panjang memberi saya kesempatan untuk menghalau monyet yang datang.

Sebelum itu saya balutkan batang pokoknya dengan zink supaya monyet tak dapat memanjat pokoknya. Monyetni bijak juga kerana ia berjaya naik ke atas pokok melalui pagar ke dahan yang rendah.

Itulah yang saya khayalkan. Saya khayal bagaimana nak mengalahkan monyet. Satu khayalan yang menguntungkan saya akhirnya kerana buah mangga saya terselamat, walaupun tak 100%, dari gangguannya.

Member2 saya pun dapat tempiasnya. Setakat ini saya dah bagikan beberapa biji mangga tersebut kepada Bilal OO, Imam, Halwi, Hahacem, Pak Din, seorang guru yang saya tak kenal pun (beliaulah yang menyatakan mangga itu adalah jenis "Water Lily" berasal dari Thailand) dan Jam. Ada lagi saya nak beri saperti Wlk Bota dan lain2. Itu pun kalau ada rezeki. InshaAllah. Kerana banyak lagi buah yang belum masak di pokoknya.

Oleh kerana balutan mangga tersebut saya ikat menggunaka tali rafia, mangga yang masak tak akan jatuh ke tanah tetapi tinggal tergantung di dahan atau rantingnya. Kadangkala pula saya goncang dahannya menggunakan galah untuk "menjatuhkan" mangga yang tua atau hampir masak.

--------------------------------

Dan itulah komen Tokki Di. Dan beliau terus menyokong saya supaya terus berkhayal, tetapi berkhayal secara yang menguntungkan dan bukan khayalan ala Mat Jenin. Semua manusia yang mencipta barangan atau perkidmatan terbaharu perlu berkhayal sebelum mereka berjaya mencipta. Jadi tak salahlah saya berkhayal. Berkhayal juga banyak akan menyelesaikan masaalah kita. Tan Sei P Ramlee dan Lat (Datuk Mohd Noor Khalid) dan lain manusia terkenal juga banyak berkhayal untuk berjaya.

Kebetulan pula pada minggu lepas TV2 ada menyiarkan perbincangan yang mengatakan bahawa berkhayal banyak mendatangkan kesan yang positif jika khayalan tersebut diusahakan untuk dijadikan kenyataan. Kata orang: "Berkhayal, berusaha dan bertawakkal".

Jadi sepatutnyalah saya perlu terus berkhayal. . . . . .kerana berjayalah mereka yang mempraktikkan khayalannya.


Tokki Di



====================================


No comments:

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI