GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Saturday, May 29, 2010

REZEKI YANG ADA

KAIS PAGI MAKAN PAGI . .

Tentulah susah jika manusia terpaksa kais pagi makan pagi.

Tetapi manusia dan juga makluk Allah lainya sudah dijanjikan Allah yang rezekinya memang ada disediakan untuknya. Kalaulah ia berusaha lebih maka bertambahlah rezeki (tersedia) yang dikecapinya. Jika ia malas maka rezekinya yang ada tersedia masih menunggunya, sampailah ia berusaha untuk mendapatkannya, jika tak terlambat.

Asasnya: carilah rezeki yang dikurniakan untuk mendapat dan menikmatinya. Dan jangan lupa hanyalah yang halal dan baik. Ramai juga sekarang ini tak kesah sangat halal haramnya. Kata orang jawablah awak kemudian nanti.

Dan bukankah kita semuanya dilahirkan telanjang bulat? Usahalah yang membuat kita berpakaian indah atau sebaliknya.

Burung yang keluar dari sarang di waktu pagi setelah berusaha, akan balik ke sarangnya untuk berehat dengan keadaan kenyang, dengan bekalan untuk anak2nya pulatu.

Tapi kadangkala jika dah tak ada rezeki melepas juga apa yang kita hajati.

Ini berlaku kepada saya pagi tadi jam 9.30 pagi.

Saya terkejut apabila buah mangga di hadapan rumah saya jatuh ke tanah. Bukan sebiji tetapi dua biji.

Bila saya pergi melihat terdapat sahabat kita sedang memakan mangga di atas pokoknya. (Saya teringat semasa saya kecil dahulu saya pun berbuat sedemikian: makan langsat di atas pokok langsat, makan manggis di atas pokok manggis dan makan rambutan di atas pokok rambutan. Juga makan buah kundang, cenerai, dll. Kecuali buah jengkol).

Saya naik kesihan juga kerana ia terpaksa datang dari jauh dan menghadapi banyak risko untuk mendapatkan makanan mangga saya yang belum masak lagi itu.

Saya cepat2 mengambil alat penangkap gambar (kamera) dan sempat mengambil gambarnya sedang makan mangga di atas pokok tersebut. http://www.youtube.com/watch?v=w-79nREWUmI&feature=player_embedded

Tetapi tak sempat lama kerana seorang jiran saya yang baru balik telah melalui pokok mangga tersebut dan kawan kita ini pun mungkin naik takut dan terjatuhlah mangga yang sedang dimakannya.

Kawan kita pun turun dari pokok mangga tersebut dan lari balik. Ke mana tak tahulah. Mungkin mencari rezekinya halalnya, ditempat lain.

Saya, sebelum ini merasa hairan tak tahu siapa yang makan buah mangga saya yang saya dapati selalu jatuh ke tanah dengan sebahagian buahnya terkena gigit. Sekarang ini barulah terjawab. Rupanya seekor monyet dari hutan berhampiran datang membuat lawat berkala ke pokok mangga tersebut. Dah adapun buktinya kerana saya melihat sendiri dan ada rakaman vedionya pula yang saya ambil.

___________________________________________________________

Kaum kawan kita ni banyak yang merempat sekarang ini. Kira2 sepuluh tahun yang lepas pun saya terjumpa sahabat ini seorang diri di pagar rumah saya, sedang mencari rezeki agaknya.

Tahun lepas saya ternampaknya sedang mencari makanan di pagar rumah bersebelahan warong pagi Jumaat kami depan rumah Arwah Ustaz Azrai, Ceras Bukit A buat beberapa Jumaat. Lepas itu tak ada datang langsung. Kami yang sedang makan melawak dengannya ajak makan bersama.

Di kebun dusun saya di kampung mereka dikirakan menjadi raja, makan apa yang ada. Kami niatkan sedekahlah untuk mereka yang merempat ini, mereka kias pagi makan pagi.

Di Kolej ke Ketiga/Empat Universiti Malaya, mereka selalu juga masuk bilik yang terbuka mencari barangan pelajarnya (kawan saya dah kena). Di jalan lembah dekat Pusat Islam/Masjid Negara mereka juga ada merayau ditepi janan, berjaga2lah jika berjalan kaki (kawan saya berjalan kaki juga dah kena ganggu). Mereka ini kadang2 garang juga. Yang berada di Botanical Garden Pulau Pinang mereka sekarang ini lebih agresif dan hanya minum air botol berkarbanat, tak macam dulu hanya makan kacang yang diberikan pelawat.

Itulah sahabat kita yang telah lama kita pinggirkan. Manusia pun akan menjadi sedemikian jika kita mula pinggirkan mereka. Dalam Al Quran ada juga disebutkan “menjadi kera ….”.

Itulah rezekinya.

Dan mungkin ianya bukan rezeki saya.

Lagi pun saya pada musim ini tak buat apa2 usaha untuk mengurangkan risko buah mangga saya musnah atau tak dapat kami makan. Pada musin lepas saya balut buahnya dengan kertas dan selalu mengawasi “keselamatannya”.




















Rumah saya memang di kawasan pinggir hutan. Namanya saja tinggal di KL kerana Pejabat Posnya 56100 KL. Kediamannya di kawasan Ampang dan berjiran dengan hutan Hulu Langat. Awal 80an dulu rusa pun ada masuk rumah, ditangkap oleh Hj Saadon Jalan 1/15, tetapi dilepasnya kerana kesihan. Dan ditangkap dan disembelih pula oleh kawan2 Wak Sudi.


Friday, May 28, 2010

PUASA TAMBAHAN


PERBUATAN DAN FIKIRAN


Saya terdengar satu saranan melalui TV2 baru2 supaya kita sepatutnya mula berpuasa cara baru. Puasa yang dimaksudkan bukanlah puasa Ramadhan atau lain2 puasa sunat yang digalakkan oleh agama kita.

Puasa yang disarankan adalah puasa yang sangat unik dan hanya mampu dilakukan oleh mereka yang kuat semangat juangnya.

Bukan mudah untuk melakukannya. Tetapi mengikut saranan tersebut jika kita dapat melakukannya kita akan menjadi makluk yang matang dan berfikiran bahagia dan dapat menghadapi masaalah harian kita secara terbuka dan selesa.

Puasa jenis ini adalah satu amalan yang baik dan bagi setiap amalan yang baik jika betul niat tujuannya maka ianya akan mendatangkan pahala. Jadi berpuasa sebegini, InshaAllah akan juga mendatangkan pahala akhirat bagi mereka yang melakukannya.

Puasa ini bukanlah satu puasa tidak makan dan tidak minum (dll) saperti puasa Ramadhan atau puasa sunat yang ramai dari kita lakukan. Puasa ini ialah puasa tidak melakukan dan tidak memikirkan perkara yang negatif. Kita puasa menahan diri kita dari melakukan perkara yang negatif dan kita puasa menahan diri dari memikirkan perkara yang negatif.

Maksudnya kita berpuasa dari berbuat dan memikirkan perkara yang biasa kita buat dan kita fikirkan seharian. Bukankah menjadi tabiat biasa manusia untuk berbuat dan memikirkan perkara yang tidak baik dan perkara yang negatif. Kita telah disogok dan dididik dari kecil lagi untuk berbuat dan berfikir secara negatif. Kalau tak percaya bacalah surat khabar atau berboraklah di mana2 tempat berborak dan nilaikan berapa peratuskah yang positif dan berapa peratuskah yang negatifnya. Dan yang negatif itu adalah lebih seronok didengari dan dibuat dan yang positif itu adalah kurang diminati kebanyakannya.


Itulah saranan TV2 tersebut.

Supaya kita mula berpuasa dari melakukan dan memikirkan perkara yang negatif. Sangat mudah tapi susah juga bila hendak melakukannya. Kecualilah kalau kita dapat tingkatkan semangat untuk melakukannya. Kesannya pula jika berjaya sangatlah menakjubkan. Dan kalau berjaya tentu kita akan menyesal pula kerana tidak berbuat demikian dahulu lagi.

[Macam kawan saya yang buka klilik gigi selepas beberapa puluh tahun makan gaji. "Menyesal saya bukanya lambat". katanya. Beliau sekarang hidup selesa bekerja sebelah petang sahaja. Masa lainnya boleh buat kerja lain yang berfaedah dan bersama keluarganya.]

Masa puasa yang disarankan ialah untuk berpuasa selama 48 “jam-sedar” (tak termasuk masa tidur kita).

Dan syaratnya lagi: jika kita terbatal puasa tersebut (dengan berbuat atau memikirkan perkara yang negatif) kenalah mula balik mula berpuasa 48 jam-sedar tersebut.

Melakukan dan memikirkan perkara yang negatif termasuklah memarahi seseorang, dengki, kianat, berfikiran songsang, buruk sangka, malas, menipu, dll, dll, dll.

Inilah satu perkara yang senang tapi susah nak kita buat. Mengikut ceritanya ada yang berjaya dan mereka yang berjaya berbuat demikian menjadi manusia yang matang dan bahagia, juga mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi.

Disamping tidak melakukan dan memikirkan perkara yang negatif, boleh pula kita tambahkan membuat dan memikirkan perkara yang positif, termasuk menolong maklulk lain yang memerlukan pertolongan dan panduan.

Mungkin kita perlu menjadi saperti mereka. Supaya kelam kabut kehidupan harian kita dapat disinar-cahayakan.

Dahulu seorang penceramah di TV2 ada membuat cadangan untuk kita memakai gelang getah di tangan. Dan kalau kita berkata perkara yang negatif maka kita perlu tarik getah tersebut (dan kemudian lepaskannya) supaya kita dihukum sakit secara sukarela kerana berkata yang negatif. Sekarang kita pula disarankan berpuasa dari berkata, berbuat dan berfikir perkara yang negatif. Lihat: RAHSIA GELANG GETAH

Dulu ada juga ada saranan untuk kita apabila membayar tol jalan raya kita tolong bayarkan tol untuk kereta di belakang kita. Ini akan menjadikan kita orang yang bahagia. Cubalah! Kalau nak pastikan ianya benar atau tidak.

Atau semasa membayar makanan di warung atau kedai makan tolong bayarkan untuk meja sebelah. Yang ini kami selalu terkena. Bukan kami kena bayar tapi orang lain yang bayarkan untuk kami. Selalunya di Warung Pak Mid, warung Ceri (Sulaiman) dan di Bukit A Ceras Baru.

Pagi Ahad lepas di Warung Pak Mid, begitu juga. Tapi yang besnya pada hari itu terdapat empat orang yang hendak bayarkan apa yang kami makan di Warung tersebut. Kami pun berkata pada Pak Mid terimalah dari keempat2nya. Bayaran terlebihnya simpan untuk Ahad minggu depan kerana saban hari Ahad kami berkumpul makan di Gerainya.

Inilah jambatan yang tergantung pembenaanya dahulu kala kerana menurut ceritanya tidak direstui oleh penduduk kampung kerana mahukan suasana kampung tidak dicemari pengaruh pekan Kuala di seberangnya. Mereka rela menyeberangi sungai tersebut menggunakan bot tambang 10sen (harga dulu) dari mendapatkan jambatan. Anak cucu mereka sekarang ini pula tak kesah sangat dan kurang pentingkan kehidupan tradisi kampung mereka.

____________________________________________________________________

Wednesday, May 26, 2010

KEADAAN SEMASA

DIHARAP SEGALANYA BAIK

Berbaloi juga saya menukar cara hidup saya dengan melebihkan pergerakan fisikal (bersenaman orang pencen) dan mengurangkan makanan saya sejak beberapa bulan yang lalu. Selalunya saya tidak makan nasi di waktu malam. Makanlah apa yang ada. Kadang2 makan ayam panggang masak dalam oven dengan (resepi sendiri) berasaskan bawang, halia, madu dan sos tiram dengan sedikit kicap sebagai perasanya. Tambah ubi kentang menggantikan nasi. Dan buah tomato penambah vitaminnya. Kadang2 buat sup ayam segera, makan dengan roti.

Pagi2 kenalah jalan sekurangnya dua kilometer meredah taman berhampiran sambil mendengar radio hand set saya. Siaran paginya memang best. Ada berita dan ruangan ilmu termasuk saikoliji dan agama. Ada IKIM, KLFm, Klassik Fm, Best 104, Bernama, Asyik, dll. Sambil jalan kaki sambil dengar radio. Taklah banyak khayalnya.

Lepas lapan pagi dengar TV pula sambil onkan notebook saya melayari apa yang patut dan membaca e-mail jika ada. Siaran TV waktu pagi bes2 juga. Banyak cerita semasa dan ruangan ilmu pengetahuan termasuk kesihatan, saikoliji, bena semangat, dsbnya. Rugi kalau tak dengar (TV sebenarnya untuk didengari kerana kita boleh buat kerja lain sambil mendengar. Kalau saya balik kampong di masa dahulu saya onkan TV dan buat kerja lain. Dan saya juga galakkan mak saya berbuat demikian kerana siaran TV terutamanya di waktu pagi banyak menyiarkan tips dan ilmu. yang berguna Sekurangnya minda kita dapat menganalisa apa yang disiarkan).

Dah siang sikit barulah saya buat kerja apa yang patut. Dah pencenni tak perlulah sebuk sangat. Sempatlah juga untuk berkebun.

Mungkin kerana saya telah mula membuat senaman berjalan kaki saban hari (kalaulah saya tak ponteng) dan mengurangkan makanan yang “beracun” kesannya saya diberi markah A+++ semasa saya membuat pemeriksaan berkala saya di Klinik Ceras semalam.

Tapi ubat biasa saya perlulah saya teruskan katanya. Tapi Oklah kerana dengan dikatakan dapat A+++ tersebut saya merasa seronok dan bertambah sihat dan yakin.

Perasaan ini pernah dikatakan oleh Dr Muhaiya di TV2 beberapa hari yang lepas. Katanya: “Perbuatan memberitahu kepada seseorang itu keadaan baiknya akan membahagiakannya dan menaikkan semangatnya. Kalau kita nyatakan hal keburukannya atau kelemahannya maka dia akan menjadi kurang ceria. Pujian yang diberikan kepada seseorang itu adalah peransang”.

Katanya lagi seorang doktor perlu melayan pesakitnya sebagai pelanggan yang dihormatinya. Mulakan percakapan dengan sopan santun dan bersikap mesra. Kalau pesakit membawa anak atau ibunya bercakap2lah dengan mereka dengan mesra dan secara pribadi.

Dan ramai doktor sekarang ini berbuat demikian dengan pesakitnya. Ini saya perasan bila saya selalu bertemu mereka sejak akhir2 ini. Semasa saya membuat pembedahan mata akhir Mac dahulu Doktor terlibat juga memuji saya katanya: "Pesakit bagus kerana matanya tak bergerak banyak dan mudah saya buat kerja". Ini telah membuat saya merasa seronok.

Kadang2 saya hairan juga kenapa kami pelanggan mereka lambat dipanggil untuk diperiksa. Rupa2nya mereka sekarang ini lebih mesra dan mengambil lebih masa bersama pesakit yang dirawati bertanya hal dan beramah mesra dengan mereka. Kesannya pesakit akan merasa lebih selesa dan cepat sembuh (sepatutnyalah kerana hati bahagia dilayan dengan baik). Doktor yang merawat saya pun sekarang ini kadangkala saya rasa mereka itu seolah kawan yang boleh berbicara.

____________________________

Bacaan tekanan darah saya dah pun turun kepada keadaan biasa macamlah semasa saya berumur 40 tahun dulu (80/120). Berat badan saya juga nampaknya dah juga turun. Lain-lain keputusan terhadap kandungan darah saya memuaskan doktor yang merawat, itulah dinyatakannya saya dapat A+++. Yang lainya bergantunglah kepada kehendak Allah yang maha kuasa, InshaAllah segalanya akan berjalan dengan baik. Secara amnya saya berpuas hati dan seronok sekarang dan berharap yang terbaik dimasa hadapan.

Lebih seronok lagi ialah kerana kos perubatan yang saya kena bayar masih RM1.00 dan kos minyak motor kapcai saya (20 sen?). Dan mendapat perkhimatan kesihatan yang tak ternilai.

Dan saya masih berpegang dengan kata semangat kami (pelajar sekolah) ketika kami di sekolah tahun 70an dahulu:

Do and hope for the best and prepare for the worse”

Alhamdulillah . . .






Ada satu lagi perubahan yang saya nak lakukan. Ini adalah saranan dari TV2. Yaitu berpuasa. Dan ini adalah puasa yang sangat istemewa. yaitu berpuasa dari berbuat apa2 yang negatif. Kalau ada kesempatan saya akan catatkan konsepnya nanti.

*************************************************************


Friday, May 7, 2010

BERSABARLAH

UNTUNGLAH JIKA BERSABAR


Untunglah sesiapa yang bersabar. Lebih untung bagi mereka yang lebih banyak kesabarannya. Agama Islam juga menyarankan supaya kita selalu bersabar. Sabar itu katanya: “ialah separuh dari iman”.

Kalaulah lebih ramai dari kita bersabar maka lebih beruntunglah masyarakat kita. Selain mendapat pahala kerana bersabar kita dapat banyak lagi faedah dunia yang kita nampak kesannya dan ada juga yang kita tak nampak kesannya sekarang ini, mungkin akan kita ketahuinya hanya di masa hadapan.

Kesan tak bersabarnya kita kadangkala dapat kita lihat di masa terdekat atau di masa yang akan datang. Contohnya:

Mengikut lojik fikiran kita, anak kesayangan kita* tak mati ditembak polis jika ramai yang terlibat dalam kejadian tempoh hari sabar. Dan dalam sabar tersebut mereka semuanya menggunakan fikiran waras mereka. * kemua orang muda adalah anak kesayangan kita.

Kalaulah anak tersebut bersabar tidak memandu tanpa lesen yang sah, InshaAllah beliau masih bernafas lagi, ini ikut lojik pemikiran kita. Kelincahannya masih boleh ditontoni oleh sahabat handai saudara maranya. Beliau mungkin menjadi pemimpin kita yang unggul dan bijaksana, mana kita tahu kerana setiap manusia ada potensinya jika digilap dengan sempurna.

Kalau beliau sabar memandu dan waras menggunakan fikirannya tidak mengalabahmungkin beliau tidak akan dihambat dan ditembak.

Kalaulah pehak bersenjata api sabar dan waras menggunakannya maka InshaAllah, ia tak menembak ke arah kepala dan mengenai kepala anak tersebut. Tenteramkah jiwa penembak tersebut (dan rakannya) sekarang ini? Barangkali kusut fikiran mereka sekarang ini memikirnya.

Kalaulah pehak berwajib bersabar dan tidak melatah menuduh tanpa bukti sah dan hanya menyatakan kepada umum perkara yang benar. Maka terselamatlah mereka dari cacian masyarakat bila perkara yang sebenarnya diketahui umum. Mana nak tunjuk muka bila apa yang dikatakan tanpa sabar mendapatkan fakta sahih terbongkar ianya tak betul. Diam malulah je. Namun nama baik dah tercemar. Senangkah nak membaiki nama baik tersebut?

Itulah pentingnya kesabaran. Bersabarlah tetapi bukannya sabar terus sabar. Sabar mestilah disusuri dengan analisa mental yang rasional dan praktikal supaya adanya tindakan yang mendatang hasilnya baik lagi berguna.

Dikatakan orang sabar untuk bertindak secara waras dan berfaedah. Kemudiannya barulah berserah kepada yang Maha Esa segalanya.

Alhamdulillah.

Inilah perbualan yang saya dengar dari kata-kata Tokki Di kepada anak cucunya semalam semasa bertandang ke rumahnya sambil minum kopi pekat bersama cempedak goreng. Semoga anak buahnya faham nasihatnya dan mempraktikkannya.

Dah saya kata padanya modal percakapannya saya nak masukkan ke dalam blog saya ini dan beliau setuju. Terima kasih 2KD.

Nampak gayanya saya pun perlu bayak bersabar. Bukan bersabar kosong tetapi bersabar dan berfikir untuk bertindak ke arah kebaikan. Malapetaka dapat dielakkan jika semua manusia bersabar dan berfikir bagi mendapatkan yang terbaik dari tindakan masing2.

Oh ya! Teringat saya yang saya pernah bersabar dulu semasa tutup akaun KAD KREDIT saya, tapi yang musnah-guntingkan ialah "smart card" kad pengenalan saya, bukan kad kreditnya. Sekarang saya kena pula bersabar menunggu kad pengenalan baru saya yang belum siap. Janjinya sepuluh hari siap, tapi masih kena sabar tunggu kerana direkodkan masih dalam proses (klik untuk lihat ceritanya)

Bersabarlah Yop!

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI