GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Monday, June 1, 2009

MERAYAU LAGI (02) - BENTUNG PAHANG


MERAYAU 02 – BENTUNG



Ahad lalu merayau lagi. Kali ini ke Bentung Pahang. Tapi kali ini merayau tanpa rancangan yang rapi. Maklumlah terpaksa kerana dharurat.


Sebenarnya saya terpaksa ke Hospital Bentung untuk menjemput balik saudara saya yang terlantar sementara di Hospital Bentung.


Pada mulanya beliau nak ke Kuantan ada assignment katanya. Tapi dalam perjalanan menaiki bas ke Kuantan, bila sampai kawasan Bentung beliau merasa tak sihat dan terpaksa pergi ke Hospital Bentung untuk mendapat rawatan kecemasan. Petangnya kira2 pukul enam saya mendapat telefon menyatakan beliau berada di hospital dan ketiadaan kenderaan untuk balik ke KL. Maksudnya beliau suruh saya pergi ke Bentung jemput dia balik KL.


Panik juga saya kerana pada mulanya saya ingat beliau kena kemalangan dalam perjalanan. Maklumlah kan Malaysia ini terkenal dengan kadar kemalangan jalan rayanya yang tinggi. Nasib baik tidak. Katanya beliau tak sihat, sudah mendapat rawatan di hospital dan dibenarkan pulang.


Saya mengalabah juga kerana saya pun tiada kenderaan untuk mengambilnya balik ke KL. Kereta saya saya dah berikan kepada adik saya untuk beliau gunakan. Kereta anak sulung saya pula kereta kancil lama dan saya kurang yakin membawanya. Kalau terpaksa baru saya nak bawa. Bukan apa takut ada masaalah teknikal di tengah perjalanan nanti masaalah pula. Lagi pun perjalananya di waktu malam.


Kemudian saya telefon anak bungsu saya bertanyakan samaada dia balik ke rumah saya pada malamnya. Beliau tinggal di Jalan Universiti PJ. Dia kata “on the way”.


Jadi memang rezeki saya nak ada kereta. Dan dia pula setuju untuk pergi ke Bentung dengan keretanya. Saya namakan keretanya Malaysia merdeka kerana nombor pletnya 63 (tertubuhnya Malaysia) 57 (tahun kemerdekaan). Jadi kod digital Malaysia Merdeka ialah 6357.


Nak jadikan cerita mak kepada saudara saya yang terlantar di Bentung tadi “tertelefon” anak saya. Anak saya pula tercakap nak ke Bentung malamnya. Dan terbongkar “rahsia” anaknya berada di hospital Bentung. Apa lagi paniklah dia. Maklumlah anak. Sakit pula tu dan maknya pun tak diberitahunya.


Maknya telefon saya pula nak tahu lebih lanjut tentang anaknya. Saya kata tiada masaalah besar. Anaknya kurang sihat sahaja dan hospital pun dah benarkan dia pulang. Kami pun sedang dalam persediaan untuk berangkat menjemputnya. Hanya nak tunggu anak saya balik rumah saya untuk kami pergi bersama ke Bentung.


Saya, kalau boleh memang tak mahu maknya tahu tentang kes ini kerana kalau dia tahu nanti dia risau pula. Atau pehak yang patut beritahu ialah anaknya sendiri. Tapi anaknya saya diberitahu kemudiannya, memang tak nak beritahu sehingga segalanga OK.


Lepas maghrib anak saya sampai ke rumah saya dan kami terus bertolak ke Bentung. Sampai Bentung jam 9.00 malam.


Perjalanan agak suspen juga kerana jalan ke Bentung adalah jalan baru dan saya tak pernah melaluinya. Kalau ikut tiorinya perjalanan memang mudah: naik bukit sampai terowong dan turun bukit melalui Bukit Tinggi terus ke persimpangan Bentung. Belok kiri masuk ke Bentung.


Masa saya buat tugasan audit di Bentung tahun 1986 dulu kami masih menggunakan jalan lama tanpa tol. Sekarang ini tolnya saja dah RM16.00 pergi balik.


Kali ini jalannya lain macam aje. Tapi papan pandu arahnya jalannya adalah baik. Lagi pun anak saya pernah menggunakan jalan tersebut untuk ke Kuantan beberapa bulan dahulu. Jadi tahap keyakinan kami agak tinggi untuk selamat dan betul sampai ke Bentung. Lagi pun saya sempat tengok peta "Googe map" http://maps.google.com/


Jalan masuk ke Bentung dari lebuh raya ada dua yaitu Bentung Timur dan Bentung Barat. Yang manakah lebih dekat kami tak tahu. Bila sampai tol dekat Bentung (tol RM3.00) saudara saya yang di hospital telefon dan sempat kami tanya dia nak ikut Bentung timur atau Barat? Beliau kata ikut Timur.


Sebenarnya jika ikut Barat lebih dekat. Bila kami sampai persimpangan Bentung Barat ternampak papan tanda tertulis arah Hospital Bentung. Tapi kami tak sempat nak masuk jalan tersebut kerana kereta dah melintasi persimpangan tersebut. Jadi tak ada pilihan kena juga masuk persimpangan Bentung Timur.


Ketika hampir sampai bandar Bentung saudara saya telefon kami menyatakan yang dia berada dekat Balai Polis Bentung kerana telah merayau di pekan tersebut kerana dah lugu (bosan) menunggu kami. Saya tahu di mana terletaknya Balai Polis tersebut jadi saya suruh dia tunggu di situ.


Yang saya tahu Balai Polis tersebut dekat dengan Bank HSBC (Hongkong Bank). Dan HSBC terletak di jalan besar Bentung. Jadi senanglah kami cari tempat tersebut.


Tapi malangnya suasana Bandar Bentung dah berubah. Bila kami masuk Bandar Bentung kami tak jumpa HSBC. Jadi tak dapatlah jumpa Balai Polis tersebut. Yang kami jumpa ialah Hospital Bentung. Jadi kenalah tukar rancangan nak jumpa di Balai Polis.


Kami singgah di Hospital dan menelefon saudara saya dan beritahu yang kami berada di hospital dan tak berani nak merayau mencari Balai Polis yang dimaksudkan dan menyuruh dia datang ke Hospital bertemu kami di situ. Waktu malam memang susah nak mencarinya.


Rupa2nya Bentung dah jadikan jalan besarnya jalan sehala. Kalau dari KL tak akan jumpa HSBC. Kalau nak jumpa HSBC kenalah patah balik masuk bandarnya dari arah Raub. Kalau masuk dari arah Raub akan jumpa hospital/masjid kemudian balai polis dan HSBC.


Itulah akibat kalau gunakan ilmu yang dah luput dan ketinggalan zaman. Dulunya jalan tersebut adalah jalan dua hala. Kalau ikut jalan dulu pastilah jumpa HSBC dan simpang ke Balai Polis. Sekarang dah jadi jalan sehala maka untuk ke balai polis tersebut kenalan patah balik untuk jumpa HSBC.


Inilah juga akibat terlampau yakin. Mat Sallah kata “over confident”. Bila saudara saya kata nak tunggu di kawasan Balai Polis saya terlalu yakin tahu di mana balai tersebut. Tapi saya tak tahu ada berubahan terhadap jalan di situ.


Tapi alhamdulillah segalanya selamat dan kemudiannya kami balik ke KL. Dah dekat sampai rumah saudara saya kata nak pergi klinik pula kerana rasa tak selesa.


Maka pergilah hantarnya ke Klinik Sentosa 24 jam. Klinik lain dah tutup. Kenalah bayar RM40.00. Doktor pula memberi surat suruh pergi periksa di Hospital Ampang besoknya.


Hasil pemeriksaan di hospital Ampang mendapati keadaan saudara saya “Normal” tak ada apa2 masaalah. Masaalahnya ialah kerana lemah badan kerana kerja kuat, tidor tak cukup dan makan tak menentu.


Manataknya, siang malam buat kerja. Hari minggu pun buat kerja. Manalah nak dapat rehat yang cukup.


Budaknya semasa 3 tahun



2KD

No comments:

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI