GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Tuesday, June 2, 2009

BUNYI MEMPENGARUHI MANUSIA

Kesan Bunyi


Menurut ahli Sains bunyi terdiri dari gelombang yang berbagai bentuk. Lain susunan bentuk gelombang tersebut akan mengeluarkan bunyi yang berbeza.








Kebejaksanaan manusia anugerah Allah telah membolehnya mereka menulis bunyi dan menbacakannya. Salah seorang manusia yang pandai menulis bunyi ialah P. Ramli yang telah menulis lebih dari 1,000 susunan bunyi dalam lagu ciptaannya. Tulisan ini kita namakan “nota lagu”. Sesiapa yang pandai membaca tulisannya ia akan boleh mengeluarkan bunyi (menyanyi) mengikut apa yang ditulis-ciptakankannya.



Getaran Jiwa P Ramlee:
http://www.youtube.com/watch?v=6L1_empGNvg&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=8PdoelbBKi8&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=OiA3dhIRS1M
http://www.youtube.com/watch?v=0YTKkIahNOg&feature=related


Kawan saya Pak Daud (Capt. Daud Manan) juga pandai menulis suara. Beliau pernah menang peraduan di London semasa belajar di sana tahun 70an dulu. Namanya tercatat di dinding Dewan tempat beliau belajar dulu.

Bunyi pula mempunyai pengaruh yang sangat kuat pada manusia yang boleh mendengar. Apa taknya jika kita contohnya, mendengar bunyi suara harimau di hutan atau di rimba tentu kita akan merasa takut dan cabut lari. Tapi bila kita dengar bunyi harimau di dalam zoo atau yang keluar dari TV kita “relax” sahaja.


Ada pula orang yang bila mendengar bunyi harimau di hutan dia seronok gumbira dan akan menuju kearah bunyi tersebut. Kenapa? Kerana dia adalah pemburu harimau.


Inilah salah satu contoh kesan bunyi terhadap kita manusia. Bunyi yang sama (suara harimau) boleh mendatangkan tiga tindakan manusia yang berlainan tindakannya. Yang takut, yang “relax aje” dan yang seronok mendengarnya.


Bunyi juga mendatangkan kesan kepada air. Contohnya: Bacaan Al Quran pada air dapat menukarkan bentuk molikiul air tersebut. Ini telah dibuktikan oleh seorang saintis Jepun yang membuat kajian kesan bacaan Al Quran terhadap air. Bacalah ceritanya di sini: http://ubudiahampang.blogspot.com/2008/08/pengaruh-al-quran-terhadap-air.html


Badan kita adalah 75% air. Jadi jika ayat Al Quran boleh mempegaruhi air maka Al Quran pastilah boleh mempengaruhi air dalam badan kita bila kita membaca atau mendengar bacaan Al Quran. Dapatkah pula ia mempengaruhi perangai dan peribadi kita. Sudah tentu boleh. Lagipun air banyak pengaruhnya pada badan kita. Tegok apa jadi jika kita kekurangan air? Atau kita salah minum air. Air dalam badan kita sudah tentulah banyak mempengaruhi kita.


Kita boleh juga melihat peribadi mereka yang selalu membaca/mendengar Al Quran dan bandingkan dengan mereka yang tak pernah berbuat demikian. Sangat berbeza peribadi mereka.


Dikatakan juga membaca dan melihat Al Quran boleh mengurangkan penyakit rabun dan nyanyuk. Inilah kesan bunyi dan cahaya Al Quran.


Kesan bunyi terhadap air ini dah lama kita gunakan di dalam ilmu perubatan tradisional kita yang berbentuk air jampi atau air menawar. Atau air Yassin dan lain-lain jenis air yang di bacakan ayat-ayat Al Quran padanya. Memang mujarab kesan air tersebut untuk membaiki penyakit terutamanya penyakit bukan fisikal yang ada kaitan dengan emosi atau kerohanian.


Secara amnya memang bunyi ada pengaruh atas manusia. Kalau kita sebut Ahmad misalnya, hanya Ahmad yang akan menyahut. Ali, Musa, Fikri atau Salmiah tak akan menyahut. Sebab apa? Sebab panggilan (bunyi) Ahmad tidak ada pengaruh terhadap mereka. Kalau mereka bertindak balas pun hanyalah mereka akan melihat ke arah bunyi panggilan tersebut, tak llebih dari itu. Kalau panggil “Musa” pula hanya Musa akan menjawab.


Inilah kesan bunyi kepada manusia. Satu bunyi mempunyai kesan yang tak sama kepada manusia yang berlainan.


Bolehkah bunyi membunuh? Jawapannya boleh. Caranya?


Contoh: Apabila seorang askar disuruh tembak musuhnya dia akan menembaknya dan membunuhnya. Dia membunuh musuhnya hanya selepas mendengar bunyi perkataan “tembak” dari ketuanya. Kalau ketuanya berkata “jangan tembak” maka sudah tentu dia tak akan tembak, kecuali jika dia “kaki bangkang” atau dah geram atau turun minyak.


Secara rengkasnya kita boleh menyatakan yang bunyi mempengaruhi manusia. Jadi apabila kita mengeluarkan bunyi maka pastikan jika boleh bunyi tersebut mendatangkan riaksi atau pengaruh yang menguntungkian manusia.


Janganlah kita kata anak kita bodoh kepadanya kerana “bunyi ada kesan padanya”. Mengikut Islam pula apa yang kita bunyikan (cakap) adalah doa terutamanya jika yang berbunyi itu adalah ibu atau bapa anak tersebut.


Tapi jika kita kata anak kita pandai bijak kepadanya. Dan dikatakan perkataan tersebut selalu padanya ini akan menjadikan ia bijak. Inilah doa. Inilah ransangan. Inilah semangat. Inilah keyakinan diri.


Inilah cara orang Yahudi mendidik anak mereka. Mereka kata kaum mereka adalah kaum terbaik pilihan Allah dan kaum lain adalah dungu taraf binatang. Jadi sejak lahir mereka disogok dengan falsafah begini.


Bila besar mereka pun menjadi terbaik kerana mereka terpaksa buktikan kepada diri mereka sendiri yang mereka adalah terbaik dan orang lain tak boleh jadi lebih baik dari mereka.


Prinsip sebegini boleh juga kita pakai tapi janganlah terlalu melampau. Tak semua prinsip gunapakai orang Yahudi tak baik. Yang baik kita boleh gunakan untuk kebaikan kita khasnya da kebaikan manusia amnya.


Ingatkah anda bila masanya anda mula mendengar?


Tentulah tak ingat kerana tak ada manusia yang ingat. Ini adalah kerana otak kita berfungsi untuk mengingati apa-apa peristiwa lama selepas kita mula mendengar.


Kita mula mendengar apabila satu selaput di telinga kita pecah sebaik sahaja kita dilahirlan. Selaput ini boleh dipecahkan oleh suara atau bunyi. Itulah sebabnya kita diwajibkan jika boleh, supaya suara pertama yang kita sepatutnya dengar ialah suara tauhid, azan dan qamat. Supaya kita tak sempat dibisikkan dengan suara syaitan dan kuncu2nya. Itulah sebabnya kita azan dan qamat di telinga bayi yang baru lahir.


Jika anda tak dapat mendengar suara azan dan qamat ketika anda dlahirkan dahulu, janganlah biarkan perkara yang sama berlaku pada anak cucu anda. Pastikan anak cucu anda tatkala dilahirkan dihadiahkan suara tauhid ini sebelum mendengar suara2 lain. Tatkala mendengar suara azan/qamat selaput ditelinga akan pecah dan ia akan mendengar azan dan qamat sebagai bunyi pertama yang didengarinya. Bertuahlah dia. Bertuahlah anak atau cucu anda. Dan anda akan menjadi bapa atau atok bertuah. Mak/Neneknya bagaimana pula. Yang ini kena tanya Uztaz/Ustazah. Saya tak tahu kerana saya tak tanya dan tak diberitahu dan tak pernah terbaca mengenainya. Tapi kalau mengikut prinsp am segala yang baik itu boleh digunakan oleh sesiapa pun.


Jika suara pertama yang anda dengar tatkala anda dilahirkan dahulu adalah suara azan dan qamat maka bertuahlah anda. Dan bertuahlah ibu bapa anda.


Dan anda telah menerima hadiah hari jadi pertama yang terbaik. Dan bersedialah anda untuk memberi hadiah yang sama pada anak atau cucu anda.



"UCAPKANLAH ALHAMDULILLAH"



TokkiDi = 2KD = two ki di

No comments:

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI