GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Wednesday, July 30, 2008

Berita Semasa

Agensi Berita

Dapatkan pilihan berita semasa di sini

Monday, July 28, 2008

Sejarah Anak Pandak



Bertugas Di London

Teman bertuah kerana dapat ke luar negara menjalankan tugas sebagai juru audit. Menjalankan tugas audit telah membawa teman ke Bangkok, Hong Kong, Washington, Richmond , Paris dan London.

Kali pertama teman ke luar negeri adalah ke London pada September 1984 selama empat minggu.

Kami pergi berempat, bertolak melalui Tumasik (Singapore) sebelum ke Heathrow.

Kali pertama merantau ke tempat orang suspend juga. Banyak cerita yang kurang menyenangkan pernah teman dengari.

Serupa dengan pertama kali teman dihantar bertugas di Kota Bharu pada tahun 1971 dulu. Banyak cerita yang tidak benar diberitahu kepada teman. Sampai teman malas nak pergi. Tapi bila duduk sana lima tahun seronok pula. Itulah jangan percaya cakap orang.

Kami selamat sampai ke Heathrow waktu pagi. Selesai periksa passport kami kena periksa 100 peratus pula. Beg kami dibuka dan ramai pegawai mengelilingi kami seolah kami orang bersalah. Tapi akhirnya kami dibenarkan keluar. Menurut cerita mereka tersilap orang. Yang mereka nak periksa adalah orang yang tiba dari Thailand. Oleh kerana muka kami macam orang Thai, maka kena periksalah. Walau bagaimanapun mereka kemudiannya minta maaf atas kesilapan tersebut.

Kami beruntung kerana kami bawa USD (US Dollar). Ini adalah kerana USD pada masa itu tinggi nilainya. Semasa kami membelinya harganya rendah. Semasa di London kami dapat staff rate pula bila tukar USD kepada british pound. Double untunglah kami.

Kemudian kami untung lagi bila tidak tinggal dihotel. Kalau duduk hotel tuntutan penginapan adalah pada kadar harga sebenar.

Kami tinggal di Apartment dan layak tuntut tempat tinggal tanpa resit. Nilai tuntutan tanpa resit kami adalah lebih tinggi dari kos sewa Apartment. Jadi di sini kami buat duit lagi.

Tapi namanya untung. Tak simpan juga kerana belanja di London barangan mahal. Lagi pun bila duit banyak dan free pula maka kawalan terhadap perbelanjaan menurun. Main belanja je.

Hari kerja di London adalah lima hari seminggu. Hari Sabtu dan Ahad cuti.

Jadi pada hari itu kami jalan-jalan atau pergi shopping, sekurang-kurangnya window shopping.

Oleh kerana kami bukan kaki rayau kami tak menjelajah ke Europah atau pergi ke luar kotaLondon. Paling jauh kami pergi ialah Whembly.

Di London kami tinggal di Bayswater. Kawasan itu banyak kedai makanan Islam. Bahasa Melayu laku juga di sana kerana ada iklan tertulis “di sini ada nasi baraini”. Jadi makanan tiada masaalah.

Selalunya kami beli bungkus dan makan di apartment. Kerana kalau makan di kedai kena bayar lebih satu pound table charge.

Pergi-balik kerja kami naik kereta api, gunakan pas mingguan.

Pada minggu ketiga boss datang ke London selepas beliau menghadiri seminar di Amerika. Beliau tinggal di London tiga hari.

Beliau menyarankan supaya kami tuntut perjalanan pergi-balik dengan teksi. Kalau tuntut naik kereta api rugi katanya.

Teman pelik juga sehinggalah apabila teman dapat tahu beliau berbuat demikian supaya beliau boleh tuntut taksi. Ini terbukti bila teman tengok traveling claimnya melalui setiausahanya.

Balik dari London ke KL kami naik Singapore Airlines (SIA). Kebetulan penerbangan SIA tersebut adalah penerbangan terus LondonSingapore tanpa henti yang pertama bagi SIA. Penerbangan tersebut sangat selesa dan teman tidor sepanjang penerbangan. Sedar-sedar dah melalui Lautan Hindi dan tak lama lagi akan mendarat di Tumasik.


AMPS 080728

PENDUDUK CHANGKAT PETAI

___________________________ Sejarah Anak Pandak _______


Jiran

Pada tahun 40an dan 50an rumah kami di Changkat Petai banyak jiran. Kebanyakan mereka adalah dari Jawa dan menumpang tinggal di Changkat Petai. Ramai juga yang tinggal di kawasan berhampiran saperti Silor dan Langkor.

Di tanah kami terdapat dua rumah yang dibena oleh mereka. Sebuah oleh Tumin dan isterinya Munah dan sebuah lagi Wak Etok dan anaknya Salleh. Rumah Tumin berdindingkan dan berlantaikan buluh manakala rumah Wak Etok menggunakan papan. Tumin dan Munah ada tiga orang anak dan seorang anak angkat.

Wak Etok latah orangnya. Selalu orang mengusiknya. Waktu padi sedang membesar beliau suka memancing di sawah. Selalu dapat ikan puyu. Mungkin itu ikan kegemarannya.

Mengikut mak teman kakak teman selalu ditinggalkan di rumah Wak Etok bila mak teman pergi ke Lubuk atau Kuala. Menurut mak teman lagi ada satu ketika kakak teman terlalu takut bila melihat Wak Etok memukul ikan keli untuk dibunuh sebelum menyiang dan memasaknya. Mungkin sebab takut atau kesihan kepada ikan keli itu sampai sekarang kakak teman tak makan ikan keli. Memasaknya boleh tapi nak memakannya tak larat.

Di belakang rumah Wak Etoklah tempat kami main meriam tanah atau merian busut di bulan puasa. Kami buat lubang dalam busut dan masukkan kabait dalam bekas yang berair. Bila dicucuhkan api kabait tersebut meletup. Letupan tersebut disambut oleh letupan dari meriam lain di kampong. Selalunya kami main waktu malam. Tapi kadang-kadang siangpun kami main.

Di tanah jiran kami, Imam Din pula terdapat sebuah rumah di diami oleh Wak Kassan. Wak Kassan buta tapi boleh berjalan seorang diri. Setiap hari beliau berjalan pergi mandi di perigi keluarga teman. Mungkin bukan buta 100 peratus. Sebab ada satu etika beliau tegor teman memakai baju merah. Beliau ada anak bernama Umi yang berkahwin dengan Hassan dari Langkor.

Dekat rumah Wak Kasan terdapat banyak buluh yang boleh dibuat sumpit dan buluh lemang. Disekitar rumahnya juga teman menjaga kerbau memakan rumput.

Di tanah Pak Abu pula terdapat rumah Likon dan Ja’apor. Juga Wak Karto dan Pak Man di tanah Wan Zenab. Di tanah Pah Usin teman dah lupa nama penghuninyanya. Tapi teman ingat mereka kerana mereka selalu bising ketika mandi dan membasuh kain di telaga dekat sawah Pah Usintu.

Jauh sedikit di Silor terdapat rumah Wak Adi dan isterinya Mak Iti. Mak Iti berniaga barangan dari Jawa. Selalu dia jual barangannya pada orang kampong terutamanya coli kepada mak teman dan Yan. Beliau ada mempunyai (mungkin) kayu Koka yang boleh menyedut bisa binatang saperti lipan. Teman pernah dicubanya dan sakit bisa hilang.

Wak ADi dan Mak Iti mempunyai anak angkat Pian yang berkahwing dengan sedara teman anak Pak Kulup/Wan Rehan.

Dekat rumah Pak Usin ada sebuah rumah yang teman lupa nama keluarga tersebut. Tapi teman ingat mereka kerana mereka sangat periang dan tinggal dekat dengan tempat memesin getah. Semasa memproses getah keping merekalah yang suka melawak. Rumah mereka ini dah jadi jalan raya.

Mereka ini yang semuanya berasal dari Jawa menjelajah mencari rezeki di Malaya (sekarang Malaysia). Bekerja menoreh getah yang tatkala itu mahal harganya. Kehidupan mereka boleh dikatakan selesa. Ada yang menyewa sawah menanam padi tapi tak ramai berbuat demikian kerana sawah banyak diusahakan sendiri oleh tuan punya sawah.

Kebanyakan mereka telah berpindah ke Terong, Taiping pada tahun 50an. Tak tahulah sebabnya. Mungkin di sana lebih baik keadaannya atau lebih ramai saudara mereka dari Jawa.

Yang tinggal hanya Pak Yusuf dan bapanya Pak Man.

Dan sekarang ramai penduduk lain yang berpindah termasuk keluarga teman. Anak mereka pula banyak bekerja di luar kampong. Maka tinggal kosonglah Changkat Petai.

Sekarang di Changkat Petai terdapat sebuah rumah baru dibena oleh Tait (Sharif Omar) bekas kakitangan Bandaraya KL yang pencen dan tinggal di kampong.

Tanah Tait dulunya terdapat sebuah rumah yang diduduki oleh Hj Mulia dan kemudiannya ? (tak ingat namanya tapi beluai banyak anak dan kawin dengan abang kepada Mail Punjab, Kg. Rasau).

Hj Mulia mempunyai anak yang suaminya seorang askar yang terbunuh semasa dharurat. Cucunya Ramli kahwin dengan Fatimah anak Pak Usup. Ramli kalau tak silap masuk askar juga.

Mungkin Changkat Petai akan ramai penghuninya di masa hadapan. Masih terdapat tanah kosong kepunyaan arwah Mail anak Pah Kassim/Wandak abang Hajar (pewarisnya teman tak pasti), adik saya Mazidah dan Jamnah, kakak saya Hasmah, Lamah anak Pak Usin, anak Yan, cucu Mak Chor, keturunan Ngah Resa, dll. Kalau banyak rumah baru dibena makan Changkat Petai akan menjadi meriah macam dulu kala.


AMPS 080728


Saturday, July 26, 2008

Anjing


Sejarah Anak Pandak

Memelihara Anjing


Kami di kampong kebanyakannya memelihara anjing. Di rumah teman di Changkat Petai kadangkala sehingga tiga ekor anjing kami pelihara pada satu masa.

Banyak faedahnya kami memelihara anjing.

Sekurang-kurangnya lebihan makanan kami tak membazir. Kami berikan pada anjing. Kami tak bagi anjing kami makanan lain selain dari lebihan makanan kami. Ini kerana anjing kami berdikari, boleh mencari makan sendiri. Kawasan kebun dan dusun banyak makanannya.

Anjing kami taklah garang sangat. Salaknya je yang bising. Kalau kita buat tak kesah dia pun diam. Tapi jangan lari, sudah tentu mereka kejar.

Orang kampong tahu perangai anjing, jadi mereka buat tak kesah bila anjing menyalak. Mungkin pencuri takut kepada anjing kerana anjing ada pengesan khas yang kenal pencuri.

Anjing kami tidak ditambat. Ianya berkeliaran di keliling rumah dan dusun. Inilah bangusnya kerana sejak ada anjing, binatang merbahaya seperti ular, biawak dan sebagainya takut hendak menghampiri rumah kami. Binatang inilah bahan makanan anjing, sekurangnya itulah makanan anjing kami.

Rumah kampong mempunyai kawasan yang luas. Ada yang membena rumah dalam dusun atau kebun. Jadi jarak antara sebuah rumah dengan rumah jiran agak jauh.

Jadi anjing yang berkeliaran tidak mengganggu jiran. Di samping itu jiran juga memeliha anjing.

Rumah kami tinggi dan mempunyai tiang. Di bahagian bawah rumah kosong untuk meletak basikal atau motor saja. Jadi anjing tak masuk naik rumah. Mereka berkeliaran di bawah rumah sahaja.

Anjing pandai menjaga kebersihan dan tidak berak atau kencing merata-rata. Biasanya mereka berak di kawasan kebun dan tidak di kawasan rumah atau berhampirannya.

Tapi sejak kami berpindah tinggal di Lubuk pada tahun 1977 kami tidak lagi memelihara anjing kerana ketiadaan kawasan dan kami mempunyai jiran yang rumah mereka sangat berhampirang dengan rumah kami. Lagi pun tatkala itu anjing tidak lagi berperanan sebagai mana semasa kami tinggal di Changkat Petai dulu.


AMPS 080726

Thursday, July 24, 2008

Anak Pandak 88 HongKong

Sejarah Anak Pandak

(8803 - Hong Kong)

Teman dihantar oleh Hongkong Bank untuk berkursus dua minggu di Hongkong pada awal 1988. Masa itu musin bunga suhunya lebih kurang 18 C hingga 28 C.

Tempat kursus ialah pusat latihan kakitangan Hongkong Bank di Cloudsland, The Peak, seakan sama dengan Bukit Bendera di Pulau Pinang. Boleh pergi-balik menggunakan kereta api macam kereta api Bukit Bendera. Naik bas mini pun boleh tapi drebarnya bawa bas sangat laju, kita cemas tapi dia relax je.

Nama kursus ialah Pengurusan Manusia dan Perubahan (Management of People and Change). Ya itu bagaimana kita mengendalikan perangai manusia yang berbagai dan mengurus perubahan yang tidak diduga.

12 peserta dari lima negara (1 USA, 1 Labenon, 1 Switzerland, 1 UK dan bakinya dari Hongkong) mengambil bahagian dan kursus diuruskan oleh empat pengendali termasuk saorang setiausaha.

Mula-mula sampai ke lapangan terbang, teman dah terpaksa mengurus perubahan yang tidak disangka.

Sampai di situ teman cari wakil Bank yang sepatutnya menunggu. Menurut perancangan, teman diberitahu oleh Ferdinand (Hongkong Bank KL) bahawa bila teman sampai di airport nanti pasti ada wakil Bank menunggu dengan sepanduknya sekali supaya teman mudah kenal beliau.

Tunggu punya tunggu tak nampak pun wakil tersebut.

Nasib baik teman relax je. Kalau tidak pressure tentu naik. Teman round kawasan tersebut mencari idea dan lojik berlakunya peristiwa bagini.

Sedang mengkhayal, ternampak logo Hongkong Bank di tingkat satu bangunan lapangan terbang. Apa lagi teman teruslah ke cawangan Bank tersebut dan berjumpa dengan salah seorang kakitangannya.

Selesai masaalah.

Kakitangan cawangan tersebut masuk ke dalam pelabatnya dan lebih kurang 5 minit kemudian menahan teksi dan menyuruh teman masuk untuk ke Cloudsland. Alhamdullillah. Selamat. Selesai satu masaalah. Kakitangan tersebut telah menguruskan segala yang perlu untuk teman sampai ke Cloudsland.

Sampai ke Cloudsland, kakitangan yang menunggu di situ berkali-kali meminta maaf atas kesilapan pehak Bank. Teman buat relax je. Maklumlah dah selamat sampai.

Kalau tidak tak taulah apa akan jadi sebab teman tiada alamat Cloudsland. Nak tahu alamatnya teman kena telefon Ferdinand di KL. Masa itu tengah hari ofisnya tentu buka.

Dalam keadaan terburuk? . . . . mungkin teman kena tidor di hotel dan pergi ke Ibu Pejabat Hongkong Bank esoknya. Duit tak ada masaalah kerana elaun ada dalam poket. Kredit kad pun ada.

Kesah teman mengurus perubahan di lapangan terbang tak habis di situ rupanya.

Sebagai sahabat teman hantar satu kad kepada Ferdinand menyatakan teman kena “manage change” di airport sebelum mengikuti kursus “Management of Change . . .” .

Beliau mengamok apabila menerima kad tersebut. Habis staff Hongkong yang terlibat dihempoknya. Teman dapat tahu perkara ini dari setiausaha yang mengendalikan kursus tersebut kerana dia juga kena hempok, tapi bukan oleh Ferdinand tapi bossnya yang dihempok oleh Ferdinand (ini dinamakan chain reaction). Kesihan Marinda (setiausha tersebut). Apa yang dapat teman buat ialah minta maaf. Tak sengaja.

Sebenarnya teman bukan nak buat komplin tapi hanya tak ada cerita lain bila hantar kad tersebut. Lagi pun peristiwa di lapangan tersebut releven dengan tajuk kursus yang teman akan ikuti.

Bila balik ke Malaysia kemudiannya teman kirimkan satu set duit peringatan keluaran Bank Negara pada Marinda. Beliau adalah kakitangan yang baik.

Kursus tersebut dikendalikan oleh Paul, John dan saorang lagi yang teman lupa namanya.

Yang dua itu teman ingat kerana pernah teman tanya Paul semasa kursus tersebut, di mana George dan Ringo? Mula-mula Paul terperanjat kerana tak fahan soalan teman. Bila teman kata Paul ada, John ada tapi George dan Ringo tiada.

Baru dia faham saya melawak. Kata Paul mereka dah berpecah, Ringo Starr dan George Harrison bawa diri mereka sendiri. Tinggallah Paul McCartney dan John Lennon, dia sambungkan lawak teman.

Kalau anda lahir selepas awal 60an mungkin anda tak kenal mereka. mereka adalah kumpulan The Beatles. Dalam internet ada ceritanya.

Kursus yang teman hadiri ini tidak mempunyai jadual. Dan tidak menggunakan meja. Hanya ada 12 kerusi disediakan untuk kami duduk. Tak ada pen tak ada kertas. Pelikkan?

Pada sessi pertama tiada kelas kerana pengendalinya tak datang masuk.

Marah sakanlah kebanyakan kami. Yang teman lihat relax je ialah Nabil dari Lebanon, teman sendiri dan dua lagi peserta dari Hongkong. Yang lain macam-macam komplen dilemparkan. Ada dua-tiga peserta yang rasional semasa memberi pendapat mereka semasa itu. Yang lain main kutuk je.

Sebenarnya bukan penyelaras tak datang. Mereka ada dalam bilik mereka melihat telatah kami dan mengkaji kami. Kami tak perasan ada kamera dalam bilik yang merakam segala tingkah laku kami. Dari situ mereka membuat rumusan dan merancang apa nak dibuat dengan kumpulan kami.

Teman tak dapat melihat rakaman tersebut. Kalau dapat tengok elok juga.

Objektif kursus ini ialah membolehkan peserta membuat keputusan dan tindakan tepat apabila berhadapan dengan situasi yang berubah. Dan bertindak secara rasional apabila menghadapt kerenah perangai manusia yang bagai.

Asasnya: Manusia atau institusi yang cepat menyesuaikan diri dengan perubahan akan berjaya. Yang lambat tinggallah di takuk lama. Konsep inilah yang ditanamkan oleh Hongkong Bank pada kakitangannya. Konsep inilah juga yang digunakan oleh Citibank dan Standard Chartered. Bank Malaysia?

Satu module yang menarik dalam kursus tersebut ialah kami perlu menganggapkan diri kami sebagai bahagian daripada sebuah kereta.

Kereta ada tayar, ada injin, ada kaborater, ada brek, ada tempat duduk, ada lampu, ada tempat barang, ada tempat simpan/bawa barang di atasnya, dan sebagainya.

Kami terpaksa membayangkan bahawa kumpulan kami adalah sebuah kereta dan setiap seorang daripada kami adalah sebahagian kereta tersebut.. Siapa diantara kami yang menjadi brek, siapa yang jadi tayar dan sebagainya.

Gambar sebuah kereta digantungkan di hadapan kumpulan dan kami kena menulis nama peserta ditempat yang sesuai pada kereta tersebut. Syaratnya ialah jangan tulis nama sendiri tapi tulis nama peserta lain dan dianggap sesuai dengan peranan mereka.

Apabila selesai kami membuat kajian terhadap apa yang kami tulis.

Keputusan: Ada yang kata kereta kami tak boleh bergerak kerana banyak sangat menjadi brek. Ada yang kata kereta akan panas kerana kurang yang jadi radiator. Dan macam-macan lagi komen peserta. Penyelaras hanya lihat dan seyum.

Sebenarnya itulah kita sebagai manusia. Kita menjadi sebahagian daripada kereta. Ada yang menjadi brek yang melambatkan perjalanan. Ada yang menjadi tayar yang memudahkan perjalanan, ada yang menjadi injin yang berkuasa untuk mengerakkan kereta dan sebagainya.

Brek perlu ada tetapi kalau selalu sangat brek penatlah injin dan hauslah tayar. Dan lambatlah sampai ke distinasi.

Kalau tak ada brek ? tak boleh juga. Masuk longkanglah!

Yang penting perjalanan mesti dibuat. Cepat atau lambat bergantung kepada bahagan kereta tersebut dan bagaimana ia dikoordinasinya. Istillahnya: TEAMWORK.

Peristiwa yang tak kurang penting ialah mengenai seorang peserta mak cik dari New York, USA. Dia selalu beri komen dalam kelas. Tapi kebanyakan komennya tak menarik, semacam orang US lain juga. Berlagak macan tau tapi bila cakap tiada isi. Ada je modal tapi ianya tak releven.

Beliau banyak “membebel” memberi pendapat pada tiga hari pertama. Pada hari keempat dia tak cakap banyak. Bila kami Tanya jawapannya, lebih kurang:

“I talk but you won’t listen. What for I talk now”

Kesihan mak cik, macam orang keciwa je. Dia cakap tapi orang tak dengar. Dia perasan perkara ini apabila kami tak layan atau tak sokong atau tak bangkang percakapannya.

Malah dalam kebanyakan keadaan peserta yang bercakap selepasnya menukar topik kepada topik lain. Pada sangkannya kami sepatutnya memanjangkan point yang dia cakap.

Mungkin inilah sikap kebanyakan orang US terutamanya apabila di luar negaranya.


Setahun selepas kursus ini teman berjumpa John sekali lagi tatkala beliau menjalankan kursus yang sama di Subang. Teman pergi dinner dengannya. Peristiwa kursus di Hongkong banyak kami bincangkan.

Menurut Paul, Armstrong (peserta yang paling vokal) kena buang kerja kerana tak cekap tapi cakap banyak. Juga beliau banyak menyalahkan orang lain.

Teman setuju dengan Paul. Pernah Armstrong kata dalam sessi pengenalan kursus yang apabila beliau mengambil alih jawatan pengurus prestasi cawangannya meningkat. Ego nampaknya.

Semasa kursus pun dia selalu kata orang lain tak bagus atau tak betul. Pada sessi pertama kursus dialah yang lantang mengutuk apabila penyelaras tak masuk kelas.

Tapi teman baik dengan Armstrong. Selalu teman berikan surat khabar kepadanya sewaktu breakfast, nak ampu konon. Sebenarnya nak tengok reaksinya.

Pelajaran yang paling berguna semasa menghadiri kursus ini ialah:

Jangan ada prangka. Orang yang kita sangka terbaik mungkin orang yang terburuk. Orang yang kita sangka buruk mungkin terbaik. Jangan bergantung sangat pada first impression kerana manusia banyak suka berlakun.

Tentang first impression ini teman ada cerita semasa di Mekah tahun 1990.

Masa sampai ke Mekah kami diberi bilik lapan orang satu bilik. Teman tengok Mustafa (masa itu belum kenal lagi) semacam saja. Sombong sangat nampaknya. Teman buat relax saja. Perasaan benci padanya pun ada.

Tapi selama berada di Mekah Mustafalah my best friend. Dia banyak ilmu dan tak kedekut memberi tips. Yang best lagi dia pandai cakap Arab dan bila shopping dengannya selalu dapat diskaun terbaik.

Tapi pada satu hari dia cakap Arab tapi Pak Arab tu cakap Melayu dengannya. . . . . . Sambung balik . . . . ..cerita di Hong Kong tadi. . .. . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Inilah yang berlaku dalam kursus kami. Armstrong, yang kita sangka terbaik telah dibuang kerja dan yang disangkan kurang baik mungkin yang terbaik.

Seorang peserta, Ms Chan yang tak cakap banyak dianggap terbaik dan beliau telah membuat presentation pada hari akhir kursus. Teman sempat menjalankan penyelidikan dan soal selidik dengannya. Memang berkualiti kerjanya.

Sambutan semasa di Hong Kong memang baik. Teman dapat makanan Islam kerana mereka tahu teman Muslim.

Tapi masa special lunch di Ibu Pejabat, di depan meja buffet terdampar kepala khinzir kemerahan siap dengan pelayannya yang bersedia untuk memotong kepingannya.

Dia offer pada teman tapi teman senyum tolak offernya.

Public transport di Hongkong memang murah. Naik feri macam yang ada di Pulau Pinang tu hanya HK50cent atau lebih kurang RM0.15 sen. Kalau tingkat atas HK70cent. Itu tambang feri dari pulau ke Mainland.

Kawasan Islam ada di Nathan Road. Ada masjid besar di situ.

Masa naik bas pada satu hari, teman ternampak dari jauh sebuah lagi masjid, tapi bila dekat rupanya kuil kaum Sikh.

Rasanya cukuplah untuk kali ini. Yang lain ada lagi InshaAllah . . . . . . . ..


Thursday, July 17, 2008

Cerita Sejarah Lama

Kesah di Changkat Petai

Pada tahun lima puluhan kampong teman, malah diseluruh tanah air, petaninya menanam padi sekali setahun. Pokok padi mengambil masa lima atau enam bulan untuk mengeluarkan hasil. Tidak macam sekarang di mana padi ditaman tiga kali setahun dan tuaian dibuat selepas tiga bulan ditanam. Juga sekarang digunakan sistem benih padi disembor. Dulu padi diredihkan di suatu kawasan khas sebelum ianya di alih tanam di sawah.

Tatkala itu orang kampong bergotong royong menaikkan air sungai untuk disalirkan ke kawasan sawah. Caranya ialah dengan mengempangkan air sungai supaya paras airnya meningkat dan air dari sungai tersebut di salirkan ke sawah melalui tali air atau parit.

Waktu itu tiada bantuan kerajaan. Semuanya dibuat sendiri. Teman ingat lagi di kampong teman ada empat tempat ampangan dimana air sungai di naikkan bagi tujuan disalirkan ke sawah. Tempat tersebut terletak di Jias dekat rumah Pak Isa, Tanah Merah (2) dekat rumah Pak Ngah Ketua Kampong dan dekat rumah Pak Senu, dan di Sungai Akar.

Empang ini orang kampong kami namakan “jojoi”.

Air di kawasan hilir jojoi ini dalam dan banyak ikan. Ada juga yang rajin memancing di situ. Kami semasa kecil dulu rajin mandi dan berenang di kawasan ini. Ianya menjadi swimming pool kami.

Inilah teknoloji orang kampong tatkala itu. Paras air sungai dapat mereka dinaikkan supaya mengalir ke sawah.

Sekarang teknoloji ini tidak digunakan lagi kerana kerajaan dah bena ampangan konkret dan sistem tali air moden. Orang kampong tak perlulah lagi bergotong royong mengairkan air sawah mereka. Terkini, mereka tak perlu menanam padi lagi kerana tanah mereka di pajakkan kepada syarikat menanam padi secara besar-besaran.

Penyediaan sawah

Selepas menaikan air unuk disalirkan ke sawah, penduduk mula menerang sawah dengan membuang menerung dan rumput secara menajak. Selepas ditajak tanah dibajak dan digolek. Golek menggunakan kayu golek yang digolekkan di atas sawah, biasanya menggunakan tenaga kerbau.

Pokok padi diredihkan dulu. Caranya dengan menabur benih padi di satu kawasan tanah dan biarkan padi tersebut tumbuh. Bila dah besar (teman tak ingat panjang masa meredih tersebut) ianya dicabut untuk dialih tanam di sawah.

selepas ditanam sawah dimasukkan air separas buku lali dan pokok padi dibiarkan tumbuh hingga mengeluarkan hasilnya.

Inilah masanya untuk memancing ikan di sawah kerana ikan banyak. Juga masa untuk membela itik kerana sawah menjadi tempat itik mudah mendapatkan makanan. Itik tersebut menjadi duit i.i. diternakkan banyak untuk dijual.

Makanan itik biasanya ialah sagu rumbia yang telah dicincang dan dikeringkan. Nak cepat membesar siput jenis "kelemuai" yang dipungut di pohon keladi dalam parit dicincang dan campurkan dengan sagu tadi.

Itik biasa dilepaskan sehari suntuk di sawah umtuk mencari makanan di celah-celah pokok padi. Kalau dilatih awal-awal itik boleh balik ke rebannya tatkala petangnya tanpa dihalau.

Musuh pukok padi ialah tumbuhan rumput-rumpai yang perlu dibuang. Kalau tidak pokok padi tak subur.

Musuh kedua ialah cenangau, sejenis binatang kecil yang menghisap isi/susu padi apabila ia mula nak berisi. Ini yang menyebabkab padi hampa atau tak berisi. Cenangai ini busuk baunya. Racun disembur untuk membunuh musuh ini.

Oh ya, dulu orang kampong tanam padi sekali setahun tapi cukup untuk makan sekeluarga bagi tahun berikutnya, malah ada yang boleh memjual hasil padi mereka.

Apabila tidak menenan padi sawah pun dibiarkan naik rumput menerong. Kerbau pun tidak diikat dengan tali lagi. Ianya dibiar bebas di kawasan sawah dan sekitarnya. Inilah pula masa untuk ikan membesar.

Ada penduduk yang membuat perigi ikan di sawah mereka supaya ikan saperti keli, berocat (haruan), sepat, puyu dan sepilai boleh membiak. Kalau rasa nak makan ikan bolehlah memancing atau menggunakan serkap.

Penduduk yang rajin pula memaman jagong. Ada yang membuatnya secara kelompok.

Belalang

Semasa sawah terbiar belalang mula banyak.

Ianya sedap dibuat goring terutamanya goring pedas.

Cara menangkapnya adalah di waktu malam apabila belalang tersebut tidor di batang menerong. Batang menerong diurut dengan tangan dan belalang yang berada padanya di tangkap. Bagi mengelak ianya terbang belalang tersebut di masukkan ke dalam botol.

Seronok pergi menangkap belalang ini terutamanya apabila dibuat bersama keluarga dan jiran. Lagi ramai lagi seronok. Lagi pun bila ramai bahaya ular tiada sebab ular biasanya akan beredar ketempat lain.

Jojoi

Dulu di kampong teman ada 4 buah jojoi. Jojoi ialah empangan yang di bena dalam sungai bagi menaikan airnya membolehkan air tersebut disalirkan ke sawah padi. Di kampong teman ni paras sawah lebih tinggi dari paras sungai. Dengan itu air sungai perlu di naikkan “levelnya” supaya air dapat mengalir ke sawah.

Air juga boleh di salirkan ke sawah jika ada suak atau paya yang mengandungi mata air. Cara ini alah cara asli mendapatkan bekalan air untuk sawah. Terdapat dua kawasan di kampong teman yang menggunakan air suak, i.i. kawasan silor dan Rimba Tebuk.

Jojoi tersebut terletak di Jias untuk sawah di kawasan Rasau, Dua di Tanah Merah satu untuk kawasan Kampong Tengah, Changkat Petai dan Lembah dan satu lagi untuk kawasan berdekatan Sungai Akar. Dan satu di Sungai Akar bagi sawah di hilirnya termasuk Geliong dan Beluru.

Jojio dibena oleh orang kampong kerana tatkala itu tiada bantuan kerajaan membena ampangan dan tali air. Mereka berusaha sendiri secara berpakat.

Teknologi yang digunakan sangat menarik.

Palang dari beberapa batang kelapa di letakkan melintang sungai. Batang bakau kemudian di susun di atasnya. Ini menyebabkan air tak dapat mengalir ke hilir kecuali apabila parasnya naik melebihi paras kayu bakau tersebut. Terjadilah air terjun.

Parit dibena di bahagian hulu jojoi untuk mengalirkan air ke sawah.

Sekarang Jojoi tersebut menjadi nostalgia kerana perkhidmatannya di tamatkan hasil adanya ampangan yang di bena kerajaan, satu di Lanih dan satu lagi di Tanah Merah. Pupuslah satu konsep kehidupan masyarakat kampong yang sangat istemewa ini. Bertambah nostalgia kerana di situlah kami dulu mandi berenang (lengkap dengan diving kepala dulunya) dan memancing ikan.

Oleh kerana ketiadaan gambar, hanya rajahlah yang dapat dimuatkan di sini.


Nostaljia:
Tiang dijadikan diving board untuk
kami terjun ke "kolam mandi"















AMPS 0808

Wednesday, July 16, 2008

Keluarga

Kami sepuluh beradik, 7 lelaki dan 3 perempuan. Yang tua tinggal di S. Siput ada 10 anak. Yang kedua di Kuala ada 6 anak, yang ketiga dan empat di KL, yang kelima di Lubuk, yang keenam dan tujuh di KL, yang kelapan di Geliong, yang kesembilan di KL dan yang bungsu di Lubuk.

Semua kami dilahirkan di Changkat Petai anak kepada Mahami dan Mohd Said. Cucu kepada Esah dan Hj Bidin berasal dari Lubuk. Nenek sebelah bapa berasal dari geliong. (Satu nenek di darat dan sati lagi di baroh).

Keluarga ibu ada 3 orang, saorang tinggal di Lubuk dan seorang lagi di Lembah (T. Merah). Semuanya berkeluarga besar tak kurang 10 orang sabuah keluarga.

Sekarang teman sedang mencari sedara-sedara teman dan nak masukkan mereka dalam blog teman. Kalau tidak dedara pun nanti tak kene.








AMPS






PANDAK CHANGKAT PETAI

Teman suka makan deroyan. Itu sebab gambor mula blog teman, teman masukkan gambo deroyan.

Masa kecik dulu teman suka pungut deroyan untuk dijue. Mak teman pula suka pajak deroyan. Jue dulu sampai dapat mode baru dia makan deroyan yang dipajak tu. Sekurang-kurangnya dia tak rugi. Deroyan yang jatuh kemudiannya dimakan anak cucu. Kalau tak abih buat tempoyak. Kalau dia rajin dan ada geng dia buat lempok.

Sekarang kampong teman dah tak ada orang. Musim deroyan pun dah tak meriah macam dulu. Adik beradik teman 6 orang di KL. Anak mereka tak kene pun kampong dan tak minat pun nak makan deroyan.

Gambo deroyan di atas bukan dari kebun teman. Ia gambo ihsan Mardi dari bukunya "Penanaman Durian". Kalo dari kebun teman kayalah teman . . . . ..


AMPS







. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI