GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Monday, July 28, 2008

Sejarah Anak Pandak



Bertugas Di London

Teman bertuah kerana dapat ke luar negara menjalankan tugas sebagai juru audit. Menjalankan tugas audit telah membawa teman ke Bangkok, Hong Kong, Washington, Richmond , Paris dan London.

Kali pertama teman ke luar negeri adalah ke London pada September 1984 selama empat minggu.

Kami pergi berempat, bertolak melalui Tumasik (Singapore) sebelum ke Heathrow.

Kali pertama merantau ke tempat orang suspend juga. Banyak cerita yang kurang menyenangkan pernah teman dengari.

Serupa dengan pertama kali teman dihantar bertugas di Kota Bharu pada tahun 1971 dulu. Banyak cerita yang tidak benar diberitahu kepada teman. Sampai teman malas nak pergi. Tapi bila duduk sana lima tahun seronok pula. Itulah jangan percaya cakap orang.

Kami selamat sampai ke Heathrow waktu pagi. Selesai periksa passport kami kena periksa 100 peratus pula. Beg kami dibuka dan ramai pegawai mengelilingi kami seolah kami orang bersalah. Tapi akhirnya kami dibenarkan keluar. Menurut cerita mereka tersilap orang. Yang mereka nak periksa adalah orang yang tiba dari Thailand. Oleh kerana muka kami macam orang Thai, maka kena periksalah. Walau bagaimanapun mereka kemudiannya minta maaf atas kesilapan tersebut.

Kami beruntung kerana kami bawa USD (US Dollar). Ini adalah kerana USD pada masa itu tinggi nilainya. Semasa kami membelinya harganya rendah. Semasa di London kami dapat staff rate pula bila tukar USD kepada british pound. Double untunglah kami.

Kemudian kami untung lagi bila tidak tinggal dihotel. Kalau duduk hotel tuntutan penginapan adalah pada kadar harga sebenar.

Kami tinggal di Apartment dan layak tuntut tempat tinggal tanpa resit. Nilai tuntutan tanpa resit kami adalah lebih tinggi dari kos sewa Apartment. Jadi di sini kami buat duit lagi.

Tapi namanya untung. Tak simpan juga kerana belanja di London barangan mahal. Lagi pun bila duit banyak dan free pula maka kawalan terhadap perbelanjaan menurun. Main belanja je.

Hari kerja di London adalah lima hari seminggu. Hari Sabtu dan Ahad cuti.

Jadi pada hari itu kami jalan-jalan atau pergi shopping, sekurang-kurangnya window shopping.

Oleh kerana kami bukan kaki rayau kami tak menjelajah ke Europah atau pergi ke luar kotaLondon. Paling jauh kami pergi ialah Whembly.

Di London kami tinggal di Bayswater. Kawasan itu banyak kedai makanan Islam. Bahasa Melayu laku juga di sana kerana ada iklan tertulis “di sini ada nasi baraini”. Jadi makanan tiada masaalah.

Selalunya kami beli bungkus dan makan di apartment. Kerana kalau makan di kedai kena bayar lebih satu pound table charge.

Pergi-balik kerja kami naik kereta api, gunakan pas mingguan.

Pada minggu ketiga boss datang ke London selepas beliau menghadiri seminar di Amerika. Beliau tinggal di London tiga hari.

Beliau menyarankan supaya kami tuntut perjalanan pergi-balik dengan teksi. Kalau tuntut naik kereta api rugi katanya.

Teman pelik juga sehinggalah apabila teman dapat tahu beliau berbuat demikian supaya beliau boleh tuntut taksi. Ini terbukti bila teman tengok traveling claimnya melalui setiausahanya.

Balik dari London ke KL kami naik Singapore Airlines (SIA). Kebetulan penerbangan SIA tersebut adalah penerbangan terus LondonSingapore tanpa henti yang pertama bagi SIA. Penerbangan tersebut sangat selesa dan teman tidor sepanjang penerbangan. Sedar-sedar dah melalui Lautan Hindi dan tak lama lagi akan mendarat di Tumasik.


AMPS 080728

No comments:

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI