GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Monday, July 28, 2008

PENDUDUK CHANGKAT PETAI

___________________________ Sejarah Anak Pandak _______


Jiran

Pada tahun 40an dan 50an rumah kami di Changkat Petai banyak jiran. Kebanyakan mereka adalah dari Jawa dan menumpang tinggal di Changkat Petai. Ramai juga yang tinggal di kawasan berhampiran saperti Silor dan Langkor.

Di tanah kami terdapat dua rumah yang dibena oleh mereka. Sebuah oleh Tumin dan isterinya Munah dan sebuah lagi Wak Etok dan anaknya Salleh. Rumah Tumin berdindingkan dan berlantaikan buluh manakala rumah Wak Etok menggunakan papan. Tumin dan Munah ada tiga orang anak dan seorang anak angkat.

Wak Etok latah orangnya. Selalu orang mengusiknya. Waktu padi sedang membesar beliau suka memancing di sawah. Selalu dapat ikan puyu. Mungkin itu ikan kegemarannya.

Mengikut mak teman kakak teman selalu ditinggalkan di rumah Wak Etok bila mak teman pergi ke Lubuk atau Kuala. Menurut mak teman lagi ada satu ketika kakak teman terlalu takut bila melihat Wak Etok memukul ikan keli untuk dibunuh sebelum menyiang dan memasaknya. Mungkin sebab takut atau kesihan kepada ikan keli itu sampai sekarang kakak teman tak makan ikan keli. Memasaknya boleh tapi nak memakannya tak larat.

Di belakang rumah Wak Etoklah tempat kami main meriam tanah atau merian busut di bulan puasa. Kami buat lubang dalam busut dan masukkan kabait dalam bekas yang berair. Bila dicucuhkan api kabait tersebut meletup. Letupan tersebut disambut oleh letupan dari meriam lain di kampong. Selalunya kami main waktu malam. Tapi kadang-kadang siangpun kami main.

Di tanah jiran kami, Imam Din pula terdapat sebuah rumah di diami oleh Wak Kassan. Wak Kassan buta tapi boleh berjalan seorang diri. Setiap hari beliau berjalan pergi mandi di perigi keluarga teman. Mungkin bukan buta 100 peratus. Sebab ada satu etika beliau tegor teman memakai baju merah. Beliau ada anak bernama Umi yang berkahwin dengan Hassan dari Langkor.

Dekat rumah Wak Kasan terdapat banyak buluh yang boleh dibuat sumpit dan buluh lemang. Disekitar rumahnya juga teman menjaga kerbau memakan rumput.

Di tanah Pak Abu pula terdapat rumah Likon dan Ja’apor. Juga Wak Karto dan Pak Man di tanah Wan Zenab. Di tanah Pah Usin teman dah lupa nama penghuninyanya. Tapi teman ingat mereka kerana mereka selalu bising ketika mandi dan membasuh kain di telaga dekat sawah Pah Usintu.

Jauh sedikit di Silor terdapat rumah Wak Adi dan isterinya Mak Iti. Mak Iti berniaga barangan dari Jawa. Selalu dia jual barangannya pada orang kampong terutamanya coli kepada mak teman dan Yan. Beliau ada mempunyai (mungkin) kayu Koka yang boleh menyedut bisa binatang saperti lipan. Teman pernah dicubanya dan sakit bisa hilang.

Wak ADi dan Mak Iti mempunyai anak angkat Pian yang berkahwing dengan sedara teman anak Pak Kulup/Wan Rehan.

Dekat rumah Pak Usin ada sebuah rumah yang teman lupa nama keluarga tersebut. Tapi teman ingat mereka kerana mereka sangat periang dan tinggal dekat dengan tempat memesin getah. Semasa memproses getah keping merekalah yang suka melawak. Rumah mereka ini dah jadi jalan raya.

Mereka ini yang semuanya berasal dari Jawa menjelajah mencari rezeki di Malaya (sekarang Malaysia). Bekerja menoreh getah yang tatkala itu mahal harganya. Kehidupan mereka boleh dikatakan selesa. Ada yang menyewa sawah menanam padi tapi tak ramai berbuat demikian kerana sawah banyak diusahakan sendiri oleh tuan punya sawah.

Kebanyakan mereka telah berpindah ke Terong, Taiping pada tahun 50an. Tak tahulah sebabnya. Mungkin di sana lebih baik keadaannya atau lebih ramai saudara mereka dari Jawa.

Yang tinggal hanya Pak Yusuf dan bapanya Pak Man.

Dan sekarang ramai penduduk lain yang berpindah termasuk keluarga teman. Anak mereka pula banyak bekerja di luar kampong. Maka tinggal kosonglah Changkat Petai.

Sekarang di Changkat Petai terdapat sebuah rumah baru dibena oleh Tait (Sharif Omar) bekas kakitangan Bandaraya KL yang pencen dan tinggal di kampong.

Tanah Tait dulunya terdapat sebuah rumah yang diduduki oleh Hj Mulia dan kemudiannya ? (tak ingat namanya tapi beluai banyak anak dan kawin dengan abang kepada Mail Punjab, Kg. Rasau).

Hj Mulia mempunyai anak yang suaminya seorang askar yang terbunuh semasa dharurat. Cucunya Ramli kahwin dengan Fatimah anak Pak Usup. Ramli kalau tak silap masuk askar juga.

Mungkin Changkat Petai akan ramai penghuninya di masa hadapan. Masih terdapat tanah kosong kepunyaan arwah Mail anak Pah Kassim/Wandak abang Hajar (pewarisnya teman tak pasti), adik saya Mazidah dan Jamnah, kakak saya Hasmah, Lamah anak Pak Usin, anak Yan, cucu Mak Chor, keturunan Ngah Resa, dll. Kalau banyak rumah baru dibena makan Changkat Petai akan menjadi meriah macam dulu kala.


AMPS 080728


No comments:

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI