GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Thursday, July 24, 2008

Anak Pandak 88 HongKong

Sejarah Anak Pandak

(8803 - Hong Kong)

Teman dihantar oleh Hongkong Bank untuk berkursus dua minggu di Hongkong pada awal 1988. Masa itu musin bunga suhunya lebih kurang 18 C hingga 28 C.

Tempat kursus ialah pusat latihan kakitangan Hongkong Bank di Cloudsland, The Peak, seakan sama dengan Bukit Bendera di Pulau Pinang. Boleh pergi-balik menggunakan kereta api macam kereta api Bukit Bendera. Naik bas mini pun boleh tapi drebarnya bawa bas sangat laju, kita cemas tapi dia relax je.

Nama kursus ialah Pengurusan Manusia dan Perubahan (Management of People and Change). Ya itu bagaimana kita mengendalikan perangai manusia yang berbagai dan mengurus perubahan yang tidak diduga.

12 peserta dari lima negara (1 USA, 1 Labenon, 1 Switzerland, 1 UK dan bakinya dari Hongkong) mengambil bahagian dan kursus diuruskan oleh empat pengendali termasuk saorang setiausaha.

Mula-mula sampai ke lapangan terbang, teman dah terpaksa mengurus perubahan yang tidak disangka.

Sampai di situ teman cari wakil Bank yang sepatutnya menunggu. Menurut perancangan, teman diberitahu oleh Ferdinand (Hongkong Bank KL) bahawa bila teman sampai di airport nanti pasti ada wakil Bank menunggu dengan sepanduknya sekali supaya teman mudah kenal beliau.

Tunggu punya tunggu tak nampak pun wakil tersebut.

Nasib baik teman relax je. Kalau tidak pressure tentu naik. Teman round kawasan tersebut mencari idea dan lojik berlakunya peristiwa bagini.

Sedang mengkhayal, ternampak logo Hongkong Bank di tingkat satu bangunan lapangan terbang. Apa lagi teman teruslah ke cawangan Bank tersebut dan berjumpa dengan salah seorang kakitangannya.

Selesai masaalah.

Kakitangan cawangan tersebut masuk ke dalam pelabatnya dan lebih kurang 5 minit kemudian menahan teksi dan menyuruh teman masuk untuk ke Cloudsland. Alhamdullillah. Selamat. Selesai satu masaalah. Kakitangan tersebut telah menguruskan segala yang perlu untuk teman sampai ke Cloudsland.

Sampai ke Cloudsland, kakitangan yang menunggu di situ berkali-kali meminta maaf atas kesilapan pehak Bank. Teman buat relax je. Maklumlah dah selamat sampai.

Kalau tidak tak taulah apa akan jadi sebab teman tiada alamat Cloudsland. Nak tahu alamatnya teman kena telefon Ferdinand di KL. Masa itu tengah hari ofisnya tentu buka.

Dalam keadaan terburuk? . . . . mungkin teman kena tidor di hotel dan pergi ke Ibu Pejabat Hongkong Bank esoknya. Duit tak ada masaalah kerana elaun ada dalam poket. Kredit kad pun ada.

Kesah teman mengurus perubahan di lapangan terbang tak habis di situ rupanya.

Sebagai sahabat teman hantar satu kad kepada Ferdinand menyatakan teman kena “manage change” di airport sebelum mengikuti kursus “Management of Change . . .” .

Beliau mengamok apabila menerima kad tersebut. Habis staff Hongkong yang terlibat dihempoknya. Teman dapat tahu perkara ini dari setiausaha yang mengendalikan kursus tersebut kerana dia juga kena hempok, tapi bukan oleh Ferdinand tapi bossnya yang dihempok oleh Ferdinand (ini dinamakan chain reaction). Kesihan Marinda (setiausha tersebut). Apa yang dapat teman buat ialah minta maaf. Tak sengaja.

Sebenarnya teman bukan nak buat komplin tapi hanya tak ada cerita lain bila hantar kad tersebut. Lagi pun peristiwa di lapangan tersebut releven dengan tajuk kursus yang teman akan ikuti.

Bila balik ke Malaysia kemudiannya teman kirimkan satu set duit peringatan keluaran Bank Negara pada Marinda. Beliau adalah kakitangan yang baik.

Kursus tersebut dikendalikan oleh Paul, John dan saorang lagi yang teman lupa namanya.

Yang dua itu teman ingat kerana pernah teman tanya Paul semasa kursus tersebut, di mana George dan Ringo? Mula-mula Paul terperanjat kerana tak fahan soalan teman. Bila teman kata Paul ada, John ada tapi George dan Ringo tiada.

Baru dia faham saya melawak. Kata Paul mereka dah berpecah, Ringo Starr dan George Harrison bawa diri mereka sendiri. Tinggallah Paul McCartney dan John Lennon, dia sambungkan lawak teman.

Kalau anda lahir selepas awal 60an mungkin anda tak kenal mereka. mereka adalah kumpulan The Beatles. Dalam internet ada ceritanya.

Kursus yang teman hadiri ini tidak mempunyai jadual. Dan tidak menggunakan meja. Hanya ada 12 kerusi disediakan untuk kami duduk. Tak ada pen tak ada kertas. Pelikkan?

Pada sessi pertama tiada kelas kerana pengendalinya tak datang masuk.

Marah sakanlah kebanyakan kami. Yang teman lihat relax je ialah Nabil dari Lebanon, teman sendiri dan dua lagi peserta dari Hongkong. Yang lain macam-macam komplen dilemparkan. Ada dua-tiga peserta yang rasional semasa memberi pendapat mereka semasa itu. Yang lain main kutuk je.

Sebenarnya bukan penyelaras tak datang. Mereka ada dalam bilik mereka melihat telatah kami dan mengkaji kami. Kami tak perasan ada kamera dalam bilik yang merakam segala tingkah laku kami. Dari situ mereka membuat rumusan dan merancang apa nak dibuat dengan kumpulan kami.

Teman tak dapat melihat rakaman tersebut. Kalau dapat tengok elok juga.

Objektif kursus ini ialah membolehkan peserta membuat keputusan dan tindakan tepat apabila berhadapan dengan situasi yang berubah. Dan bertindak secara rasional apabila menghadapt kerenah perangai manusia yang bagai.

Asasnya: Manusia atau institusi yang cepat menyesuaikan diri dengan perubahan akan berjaya. Yang lambat tinggallah di takuk lama. Konsep inilah yang ditanamkan oleh Hongkong Bank pada kakitangannya. Konsep inilah juga yang digunakan oleh Citibank dan Standard Chartered. Bank Malaysia?

Satu module yang menarik dalam kursus tersebut ialah kami perlu menganggapkan diri kami sebagai bahagian daripada sebuah kereta.

Kereta ada tayar, ada injin, ada kaborater, ada brek, ada tempat duduk, ada lampu, ada tempat barang, ada tempat simpan/bawa barang di atasnya, dan sebagainya.

Kami terpaksa membayangkan bahawa kumpulan kami adalah sebuah kereta dan setiap seorang daripada kami adalah sebahagian kereta tersebut.. Siapa diantara kami yang menjadi brek, siapa yang jadi tayar dan sebagainya.

Gambar sebuah kereta digantungkan di hadapan kumpulan dan kami kena menulis nama peserta ditempat yang sesuai pada kereta tersebut. Syaratnya ialah jangan tulis nama sendiri tapi tulis nama peserta lain dan dianggap sesuai dengan peranan mereka.

Apabila selesai kami membuat kajian terhadap apa yang kami tulis.

Keputusan: Ada yang kata kereta kami tak boleh bergerak kerana banyak sangat menjadi brek. Ada yang kata kereta akan panas kerana kurang yang jadi radiator. Dan macam-macan lagi komen peserta. Penyelaras hanya lihat dan seyum.

Sebenarnya itulah kita sebagai manusia. Kita menjadi sebahagian daripada kereta. Ada yang menjadi brek yang melambatkan perjalanan. Ada yang menjadi tayar yang memudahkan perjalanan, ada yang menjadi injin yang berkuasa untuk mengerakkan kereta dan sebagainya.

Brek perlu ada tetapi kalau selalu sangat brek penatlah injin dan hauslah tayar. Dan lambatlah sampai ke distinasi.

Kalau tak ada brek ? tak boleh juga. Masuk longkanglah!

Yang penting perjalanan mesti dibuat. Cepat atau lambat bergantung kepada bahagan kereta tersebut dan bagaimana ia dikoordinasinya. Istillahnya: TEAMWORK.

Peristiwa yang tak kurang penting ialah mengenai seorang peserta mak cik dari New York, USA. Dia selalu beri komen dalam kelas. Tapi kebanyakan komennya tak menarik, semacam orang US lain juga. Berlagak macan tau tapi bila cakap tiada isi. Ada je modal tapi ianya tak releven.

Beliau banyak “membebel” memberi pendapat pada tiga hari pertama. Pada hari keempat dia tak cakap banyak. Bila kami Tanya jawapannya, lebih kurang:

“I talk but you won’t listen. What for I talk now”

Kesihan mak cik, macam orang keciwa je. Dia cakap tapi orang tak dengar. Dia perasan perkara ini apabila kami tak layan atau tak sokong atau tak bangkang percakapannya.

Malah dalam kebanyakan keadaan peserta yang bercakap selepasnya menukar topik kepada topik lain. Pada sangkannya kami sepatutnya memanjangkan point yang dia cakap.

Mungkin inilah sikap kebanyakan orang US terutamanya apabila di luar negaranya.


Setahun selepas kursus ini teman berjumpa John sekali lagi tatkala beliau menjalankan kursus yang sama di Subang. Teman pergi dinner dengannya. Peristiwa kursus di Hongkong banyak kami bincangkan.

Menurut Paul, Armstrong (peserta yang paling vokal) kena buang kerja kerana tak cekap tapi cakap banyak. Juga beliau banyak menyalahkan orang lain.

Teman setuju dengan Paul. Pernah Armstrong kata dalam sessi pengenalan kursus yang apabila beliau mengambil alih jawatan pengurus prestasi cawangannya meningkat. Ego nampaknya.

Semasa kursus pun dia selalu kata orang lain tak bagus atau tak betul. Pada sessi pertama kursus dialah yang lantang mengutuk apabila penyelaras tak masuk kelas.

Tapi teman baik dengan Armstrong. Selalu teman berikan surat khabar kepadanya sewaktu breakfast, nak ampu konon. Sebenarnya nak tengok reaksinya.

Pelajaran yang paling berguna semasa menghadiri kursus ini ialah:

Jangan ada prangka. Orang yang kita sangka terbaik mungkin orang yang terburuk. Orang yang kita sangka buruk mungkin terbaik. Jangan bergantung sangat pada first impression kerana manusia banyak suka berlakun.

Tentang first impression ini teman ada cerita semasa di Mekah tahun 1990.

Masa sampai ke Mekah kami diberi bilik lapan orang satu bilik. Teman tengok Mustafa (masa itu belum kenal lagi) semacam saja. Sombong sangat nampaknya. Teman buat relax saja. Perasaan benci padanya pun ada.

Tapi selama berada di Mekah Mustafalah my best friend. Dia banyak ilmu dan tak kedekut memberi tips. Yang best lagi dia pandai cakap Arab dan bila shopping dengannya selalu dapat diskaun terbaik.

Tapi pada satu hari dia cakap Arab tapi Pak Arab tu cakap Melayu dengannya. . . . . . Sambung balik . . . . ..cerita di Hong Kong tadi. . .. . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Inilah yang berlaku dalam kursus kami. Armstrong, yang kita sangka terbaik telah dibuang kerja dan yang disangkan kurang baik mungkin yang terbaik.

Seorang peserta, Ms Chan yang tak cakap banyak dianggap terbaik dan beliau telah membuat presentation pada hari akhir kursus. Teman sempat menjalankan penyelidikan dan soal selidik dengannya. Memang berkualiti kerjanya.

Sambutan semasa di Hong Kong memang baik. Teman dapat makanan Islam kerana mereka tahu teman Muslim.

Tapi masa special lunch di Ibu Pejabat, di depan meja buffet terdampar kepala khinzir kemerahan siap dengan pelayannya yang bersedia untuk memotong kepingannya.

Dia offer pada teman tapi teman senyum tolak offernya.

Public transport di Hongkong memang murah. Naik feri macam yang ada di Pulau Pinang tu hanya HK50cent atau lebih kurang RM0.15 sen. Kalau tingkat atas HK70cent. Itu tambang feri dari pulau ke Mainland.

Kawasan Islam ada di Nathan Road. Ada masjid besar di situ.

Masa naik bas pada satu hari, teman ternampak dari jauh sebuah lagi masjid, tapi bila dekat rupanya kuil kaum Sikh.

Rasanya cukuplah untuk kali ini. Yang lain ada lagi InshaAllah . . . . . . . ..


No comments:

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI