GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Monday, June 29, 2009

SIAPA ANDA

SIAPA ANDA DALAM MASYARAKAT ANDA
Tiada seorang pun dapat hidup bersendirian.

Lahirnya seorang bayi, lelaki atau perempuan, ianya mesti dibantu biasanya oleh ibu bapanya atau saudara maranya atau orang yang lalu lalang berhampiran surau atau masjid jika bayi tersebut ditinggalkan di situ untuk dibantu (ini kes buang bayi yang kita baca dan dengar di laporkan dalam mass media kita). Tanpa bantuan bayi manusia akan mati kerana itulah fitrah manusia. Berlainan dengan kambing atau lembu kerbau yang melompat berlari beberapa jam selepas dilahirkan ibunya.

Sejak lahir manusia mesti hidup berkumpulan, kumpulan kecil kita namakan keluarga. Kemudian semakin hari kumpulan manusia menjadi bertambah besar. Mat Salleh kata ianya networking atau walaupun tak tepat boleh kita Melayukan sebagai rangkaian bermasyarakat yang saling membantu.

Walau pun berlaku pergaduhan, pertengkaranan, pulau memulau dan yang paling teruknya bunuh membunuh, manusia terus hidup bermasyarakat membantu antara atu sama lain.

Sekuat atau sekaya mana pun manusia tak boleh hidup bersendirian. Inilah fitrah manusia saling bantu membantu ibarat aur (buluh) dengan tebing. Agong atau PM pun tak boleh hidup bersendirian. Kena ada pembantunya, bininya, anaknya, dll. dll. Yang kaya membantu yang miskin mendapatkan kerja/wang. Yang miskin membantu yang kaya meneruskan kehidupannya. Yang kaya membayar zakat dan yang fakir miskin menerimanya. Tapi kalau silap tanpa amanah ianya dilesapkan.

Oleh kerana manusia saperti kita memerlukan masyarakat dan masyarakat juga memerlukan kita maka kita perlu menilai peranan kita di dalam masyarakat dan pengaruh masyarakat kepada kita.

Masyarakat merupakan satu kumpulan manusia yang berinteraksi antara satu sama lain. Bertambah baiknya interaksi antara individu dalam masyarat tersebut maka bertambahlah nilai masyarakat tersebut. Jika saling gantungan individu meningkat maka masyarakat akan menjadi lebih harmoni dan bersatu padu bergerak maju. Jika majoriti anggota masyarakat berpecah belah maka jadi macam negara berperanglah jadinya.

Perlukah kita sedar dan tahu peranan kita dalam masyarak kita? Masyrakat mungkin kumpulan kampong kita, atau kumpulam pejabat kita, atau kumpulan keluarga kita dan sebagainya.

Sebenarnya kita perlulah tahu apakah peranan kita dalam
masyarakat kita. Jika tidak kita hanya akan shok sendiri.

Rajah sebelah ini menunjukkan di mana kita dalam mayarakakt kita.

Adakah kitani sangat diperlukan oleh masyarakat sehingga jika kita tak ada masyarakat tak akan berjaya atau pincang?

Atau jika kita tak ada masyarakat tak akan maju ke dahapan. Atau jika kita tak ada masyarakat akan bersorak kerana kita adalah pengacau menyarakat.

Macam Chin Peng: Adakah masyarakat benci padanya sehingga beliau tak boleh balik ke Malaysia?

Atau kematian Tun Razak pada tahun 1975: kenapa ditangisi? Tapi anaknya pula bayak kontraversi pula diceritakan. Atau P Ramli: Diingati sampai ke anak cucu kita dan kematiannya mendapat gelaran Tan Sri .

Anda bagaimana? Di perlukan? Anda berpengaruh dalam mayarakat anda? Atau tak berpengaruh? Masyarakat "Tak Nak" (harap bukan yang ini. Tapi kalau pun yangni masih ada masa lagi untuk berjuang membaikinya).

Penting juga kita ketahui pandangan masyarakat tentang peranan kita. Mungkin kita rasa kita diperlukan tapi majoriti masyarakat menyampah kepada kita, mana kita tahu. Sejarah dah pun menunjukkan yang ramai manusia yang masyarakat tak suka tapi ia tak tahu orang tak suka padanya.

Tapi ada juga manusia yang ramai janggota asyarakatnya suka dan menganjungnya tapi ia merasakan masyarakat tak suka padanya dan terus ia membawa diri.

Tapi yang penting kita mestilah menjadikan diri kita sebagai individu yang berguna kepada masyarakatnya dan banyak menyumbang kepadanya. Tak perlulah kita berbuat demikian secara terbuka dan mendapat liputan di akbar dan TV. Mamadalah kita berbakti secara iklas tanpa berbuat bising.

Tidor pun boleh nyenyak kerana keiklasan diri memtenteramkan jiwa dan menyeronokkan hati. Yang sangat penting lagi ianya membekalkan kta tanpa disedari, pahala matawang akhirat.

.

Thursday, June 11, 2009

PERSEKITARAN KITA

PENGARUH PERSEKITARAN


Yang ada pada manusia apabila ia lahir ke dunia ini adalah anggota badannya dan rohnya. Ia keseorangan tanpa apa-apa. Tanpa kuasa, tanpa tenaga, tanpa pengaruh. Ianya lemah, “helpless” menunggu masa untuk mati.


Kecualilah jika ia mendapat pertolongan alam sekitarnya. Pertolongan utama ialah yang datang dari pehak ibubapanya dan saudara maranya.


Nabi Muhammad dilahirkan tanpa kehadiran bapanya tapi baginda ada ibunya, Aminah dan ramai saudara maranya. Baginda dapat makanan susu manusia dari Halimatul Saadiah. Bapa saudaranya menjaganya dengan baik sehingga baginda besar. Seorang janda kaya dan pengusaha terkenal, Khadijah melengkapkan penjagaan hidupnya ketika baginda berumur 25 tahun Kamariah (24 tahun masehi). Baginda juga mendapat pemeliharaan dan bantuan malaikat dan Tuhannya, Allah.


Bagitu jugalah keadaan kita, manusia. Kita semua adalah lemah-helpless semasa kita dilahirkan. Jika kita tak dibantu makluk lain maka mengikut adatnya, kita akan mati beberapa jam selepas kita dilahirkan.


Berbeza dengan anak kucing atau anjing atau lembu dan binatang lainnya. Mereka lebih kuat dari kita manusia. Lembu boleh bangun berlari beberapa minit atau jam selepas ianya dilahirkan. Manusia biasanya mengambil masa 10 bulan untuk berbuat demikian.


Itulah kekurangan manusia berbanding dengan binatang.



***************


Akan tetapi manusia adalah kalifah di bumi ini. Maka kita sebagai manusia-khalifah telah diberi keupayaan untuk membahu kewajipan sebagai kalifah alam ini. Bagi manusia yang menggunakan keupayaan yang dibekalkan ini dengan sepenuhnya, ia akan menjadi khalifah yang berjaya. Bagi yang gagal berbuat demikian maka ia sudah tentu akan gagal menjadi khalifah dunia. kecuali jika ia sedar akan kegagalan tersebut dan berusaha membaiki dirinya secara sendiri atau dengan bantuan manusia lain.

Kita balik ke tajuk lemah-helpless tadi.


Manusia lemah dan helpless ketika dilahirkan ke dunia ini. Kita perlu ditetekkan oleh ibu kita atau zaman moden ini anak-anak kita yang baru lahir diputingkan dengan susu kembu atau susu kambing yang diproses dan ditinkan. Apabila besar sedikit dan anggota perutnya menjadi lebih kuat, manusia disuapkan makanan. Masa itu dia tak ada pilihan, makanlah apa yang disuapkan. Beri racunpun dia akan makan. Sebab apa? Sebab ia masih lemah helpless. Nasib baiklah menjaganya berhati perut menyuapkannya makan yang terbaik sahaja.


Keadaan manusia yang lemah helpless ini berpanjangan sehingga beberapa tahun. Ada yang sampai 20 tahun baru ianya berdikari. Ada pula yang mengambil masa yang lebih panjang untuk berdikari. Dan ada yang sampai tua bangka pun belum dapat berdikari.



Bersambung . . . . . .



Dari keadaan lemah helpless ini manusia mula banngun dan memperlengkapkan diri.


Proses ini mengambil masa yang agak lama. Manusia yang pada mulanya hanya dalam keadaan terlentang menangis ketika lapar dan tidak dalam keadaan selesa mula berlawan usaha. Ia mula menairap, merangkak, bertatih, berdiri dan kemudian berlari.


Otaknya pula mula berfungsi. Dari tak tahu kepada tahu. Dari berfikiran lurus menjadi penipu dan pembohong (bukan semua, bergantung didikannya dan suasana keliling). Syaitan dan malaikat saling berganti membisik dan menasihatinya. Kawan dan saudara mara mula mempengaruhinya ada yang baik dan ada yang tak baik.


Mulalah ia dipengaruhi oleh alam kelilingnya.


Kenapakah kebanyakan orang Melayu tak tahu bahasa China? Kenapakah orang Cina dan India di Malaysia pandai bahasa Melayu, kadangkala ada yang lebih fasih dari orang Melatu sendiri? Jawabnya kerana mereka berusaha belajar. Kita sama-sama telanjang bulat* dulu tapi siapa yang berusaha dapatlah apa yang diusahakan. Kita sama-sama tak tahu apa-apa dulu, kita lemah helpless tapi siapa yang berusaha dapatlah apa yang diusahakan. (* semasa lahir semua orang telanjang bulat).


Alam sekitar terbuka luas untuk manusia mengambil faedah darinya. Mulanya manusia tiada apa-apa. In memerlukan bantuan manusia lain untuk hidup. Kemudian ia mula belajar untuk hidup sehingga ia berdikari.


Untuk hidup ia belajar bahasa pertuturan, biasanya bermula dengan bahasa penjaganya, tak misti bahasa ibu bapanya sebab terdapat juga sekarang ini anak keturunan Cina tak tahu cakap China terutamanya yang di ambil anak angkatkan oleh keluarga Melayu. Ini berlaku pada tahun 40an dan 50han dulu, sekarang dah tiada kerana orang Cina dak kayaraya dan berdikari dan bijak pandai. Kawan keturunan baba Melaka saya pun tak tahu cakap Cina.


Bersambung . . . . . .










Tuesday, June 2, 2009

BUNYI MEMPENGARUHI MANUSIA

Kesan Bunyi


Menurut ahli Sains bunyi terdiri dari gelombang yang berbagai bentuk. Lain susunan bentuk gelombang tersebut akan mengeluarkan bunyi yang berbeza.








Kebejaksanaan manusia anugerah Allah telah membolehnya mereka menulis bunyi dan menbacakannya. Salah seorang manusia yang pandai menulis bunyi ialah P. Ramli yang telah menulis lebih dari 1,000 susunan bunyi dalam lagu ciptaannya. Tulisan ini kita namakan “nota lagu”. Sesiapa yang pandai membaca tulisannya ia akan boleh mengeluarkan bunyi (menyanyi) mengikut apa yang ditulis-ciptakankannya.



Getaran Jiwa P Ramlee:
http://www.youtube.com/watch?v=6L1_empGNvg&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=8PdoelbBKi8&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=OiA3dhIRS1M
http://www.youtube.com/watch?v=0YTKkIahNOg&feature=related


Kawan saya Pak Daud (Capt. Daud Manan) juga pandai menulis suara. Beliau pernah menang peraduan di London semasa belajar di sana tahun 70an dulu. Namanya tercatat di dinding Dewan tempat beliau belajar dulu.

Bunyi pula mempunyai pengaruh yang sangat kuat pada manusia yang boleh mendengar. Apa taknya jika kita contohnya, mendengar bunyi suara harimau di hutan atau di rimba tentu kita akan merasa takut dan cabut lari. Tapi bila kita dengar bunyi harimau di dalam zoo atau yang keluar dari TV kita “relax” sahaja.


Ada pula orang yang bila mendengar bunyi harimau di hutan dia seronok gumbira dan akan menuju kearah bunyi tersebut. Kenapa? Kerana dia adalah pemburu harimau.


Inilah salah satu contoh kesan bunyi terhadap kita manusia. Bunyi yang sama (suara harimau) boleh mendatangkan tiga tindakan manusia yang berlainan tindakannya. Yang takut, yang “relax aje” dan yang seronok mendengarnya.


Bunyi juga mendatangkan kesan kepada air. Contohnya: Bacaan Al Quran pada air dapat menukarkan bentuk molikiul air tersebut. Ini telah dibuktikan oleh seorang saintis Jepun yang membuat kajian kesan bacaan Al Quran terhadap air. Bacalah ceritanya di sini: http://ubudiahampang.blogspot.com/2008/08/pengaruh-al-quran-terhadap-air.html


Badan kita adalah 75% air. Jadi jika ayat Al Quran boleh mempegaruhi air maka Al Quran pastilah boleh mempengaruhi air dalam badan kita bila kita membaca atau mendengar bacaan Al Quran. Dapatkah pula ia mempengaruhi perangai dan peribadi kita. Sudah tentu boleh. Lagipun air banyak pengaruhnya pada badan kita. Tegok apa jadi jika kita kekurangan air? Atau kita salah minum air. Air dalam badan kita sudah tentulah banyak mempengaruhi kita.


Kita boleh juga melihat peribadi mereka yang selalu membaca/mendengar Al Quran dan bandingkan dengan mereka yang tak pernah berbuat demikian. Sangat berbeza peribadi mereka.


Dikatakan juga membaca dan melihat Al Quran boleh mengurangkan penyakit rabun dan nyanyuk. Inilah kesan bunyi dan cahaya Al Quran.


Kesan bunyi terhadap air ini dah lama kita gunakan di dalam ilmu perubatan tradisional kita yang berbentuk air jampi atau air menawar. Atau air Yassin dan lain-lain jenis air yang di bacakan ayat-ayat Al Quran padanya. Memang mujarab kesan air tersebut untuk membaiki penyakit terutamanya penyakit bukan fisikal yang ada kaitan dengan emosi atau kerohanian.


Secara amnya memang bunyi ada pengaruh atas manusia. Kalau kita sebut Ahmad misalnya, hanya Ahmad yang akan menyahut. Ali, Musa, Fikri atau Salmiah tak akan menyahut. Sebab apa? Sebab panggilan (bunyi) Ahmad tidak ada pengaruh terhadap mereka. Kalau mereka bertindak balas pun hanyalah mereka akan melihat ke arah bunyi panggilan tersebut, tak llebih dari itu. Kalau panggil “Musa” pula hanya Musa akan menjawab.


Inilah kesan bunyi kepada manusia. Satu bunyi mempunyai kesan yang tak sama kepada manusia yang berlainan.


Bolehkah bunyi membunuh? Jawapannya boleh. Caranya?


Contoh: Apabila seorang askar disuruh tembak musuhnya dia akan menembaknya dan membunuhnya. Dia membunuh musuhnya hanya selepas mendengar bunyi perkataan “tembak” dari ketuanya. Kalau ketuanya berkata “jangan tembak” maka sudah tentu dia tak akan tembak, kecuali jika dia “kaki bangkang” atau dah geram atau turun minyak.


Secara rengkasnya kita boleh menyatakan yang bunyi mempengaruhi manusia. Jadi apabila kita mengeluarkan bunyi maka pastikan jika boleh bunyi tersebut mendatangkan riaksi atau pengaruh yang menguntungkian manusia.


Janganlah kita kata anak kita bodoh kepadanya kerana “bunyi ada kesan padanya”. Mengikut Islam pula apa yang kita bunyikan (cakap) adalah doa terutamanya jika yang berbunyi itu adalah ibu atau bapa anak tersebut.


Tapi jika kita kata anak kita pandai bijak kepadanya. Dan dikatakan perkataan tersebut selalu padanya ini akan menjadikan ia bijak. Inilah doa. Inilah ransangan. Inilah semangat. Inilah keyakinan diri.


Inilah cara orang Yahudi mendidik anak mereka. Mereka kata kaum mereka adalah kaum terbaik pilihan Allah dan kaum lain adalah dungu taraf binatang. Jadi sejak lahir mereka disogok dengan falsafah begini.


Bila besar mereka pun menjadi terbaik kerana mereka terpaksa buktikan kepada diri mereka sendiri yang mereka adalah terbaik dan orang lain tak boleh jadi lebih baik dari mereka.


Prinsip sebegini boleh juga kita pakai tapi janganlah terlalu melampau. Tak semua prinsip gunapakai orang Yahudi tak baik. Yang baik kita boleh gunakan untuk kebaikan kita khasnya da kebaikan manusia amnya.


Ingatkah anda bila masanya anda mula mendengar?


Tentulah tak ingat kerana tak ada manusia yang ingat. Ini adalah kerana otak kita berfungsi untuk mengingati apa-apa peristiwa lama selepas kita mula mendengar.


Kita mula mendengar apabila satu selaput di telinga kita pecah sebaik sahaja kita dilahirlan. Selaput ini boleh dipecahkan oleh suara atau bunyi. Itulah sebabnya kita diwajibkan jika boleh, supaya suara pertama yang kita sepatutnya dengar ialah suara tauhid, azan dan qamat. Supaya kita tak sempat dibisikkan dengan suara syaitan dan kuncu2nya. Itulah sebabnya kita azan dan qamat di telinga bayi yang baru lahir.


Jika anda tak dapat mendengar suara azan dan qamat ketika anda dlahirkan dahulu, janganlah biarkan perkara yang sama berlaku pada anak cucu anda. Pastikan anak cucu anda tatkala dilahirkan dihadiahkan suara tauhid ini sebelum mendengar suara2 lain. Tatkala mendengar suara azan/qamat selaput ditelinga akan pecah dan ia akan mendengar azan dan qamat sebagai bunyi pertama yang didengarinya. Bertuahlah dia. Bertuahlah anak atau cucu anda. Dan anda akan menjadi bapa atau atok bertuah. Mak/Neneknya bagaimana pula. Yang ini kena tanya Uztaz/Ustazah. Saya tak tahu kerana saya tak tanya dan tak diberitahu dan tak pernah terbaca mengenainya. Tapi kalau mengikut prinsp am segala yang baik itu boleh digunakan oleh sesiapa pun.


Jika suara pertama yang anda dengar tatkala anda dilahirkan dahulu adalah suara azan dan qamat maka bertuahlah anda. Dan bertuahlah ibu bapa anda.


Dan anda telah menerima hadiah hari jadi pertama yang terbaik. Dan bersedialah anda untuk memberi hadiah yang sama pada anak atau cucu anda.



"UCAPKANLAH ALHAMDULILLAH"



TokkiDi = 2KD = two ki di

Monday, June 1, 2009

MERAYAU LAGI (02) - BENTUNG PAHANG


MERAYAU 02 – BENTUNG



Ahad lalu merayau lagi. Kali ini ke Bentung Pahang. Tapi kali ini merayau tanpa rancangan yang rapi. Maklumlah terpaksa kerana dharurat.


Sebenarnya saya terpaksa ke Hospital Bentung untuk menjemput balik saudara saya yang terlantar sementara di Hospital Bentung.


Pada mulanya beliau nak ke Kuantan ada assignment katanya. Tapi dalam perjalanan menaiki bas ke Kuantan, bila sampai kawasan Bentung beliau merasa tak sihat dan terpaksa pergi ke Hospital Bentung untuk mendapat rawatan kecemasan. Petangnya kira2 pukul enam saya mendapat telefon menyatakan beliau berada di hospital dan ketiadaan kenderaan untuk balik ke KL. Maksudnya beliau suruh saya pergi ke Bentung jemput dia balik KL.


Panik juga saya kerana pada mulanya saya ingat beliau kena kemalangan dalam perjalanan. Maklumlah kan Malaysia ini terkenal dengan kadar kemalangan jalan rayanya yang tinggi. Nasib baik tidak. Katanya beliau tak sihat, sudah mendapat rawatan di hospital dan dibenarkan pulang.


Saya mengalabah juga kerana saya pun tiada kenderaan untuk mengambilnya balik ke KL. Kereta saya saya dah berikan kepada adik saya untuk beliau gunakan. Kereta anak sulung saya pula kereta kancil lama dan saya kurang yakin membawanya. Kalau terpaksa baru saya nak bawa. Bukan apa takut ada masaalah teknikal di tengah perjalanan nanti masaalah pula. Lagi pun perjalananya di waktu malam.


Kemudian saya telefon anak bungsu saya bertanyakan samaada dia balik ke rumah saya pada malamnya. Beliau tinggal di Jalan Universiti PJ. Dia kata “on the way”.


Jadi memang rezeki saya nak ada kereta. Dan dia pula setuju untuk pergi ke Bentung dengan keretanya. Saya namakan keretanya Malaysia merdeka kerana nombor pletnya 63 (tertubuhnya Malaysia) 57 (tahun kemerdekaan). Jadi kod digital Malaysia Merdeka ialah 6357.


Nak jadikan cerita mak kepada saudara saya yang terlantar di Bentung tadi “tertelefon” anak saya. Anak saya pula tercakap nak ke Bentung malamnya. Dan terbongkar “rahsia” anaknya berada di hospital Bentung. Apa lagi paniklah dia. Maklumlah anak. Sakit pula tu dan maknya pun tak diberitahunya.


Maknya telefon saya pula nak tahu lebih lanjut tentang anaknya. Saya kata tiada masaalah besar. Anaknya kurang sihat sahaja dan hospital pun dah benarkan dia pulang. Kami pun sedang dalam persediaan untuk berangkat menjemputnya. Hanya nak tunggu anak saya balik rumah saya untuk kami pergi bersama ke Bentung.


Saya, kalau boleh memang tak mahu maknya tahu tentang kes ini kerana kalau dia tahu nanti dia risau pula. Atau pehak yang patut beritahu ialah anaknya sendiri. Tapi anaknya saya diberitahu kemudiannya, memang tak nak beritahu sehingga segalanga OK.


Lepas maghrib anak saya sampai ke rumah saya dan kami terus bertolak ke Bentung. Sampai Bentung jam 9.00 malam.


Perjalanan agak suspen juga kerana jalan ke Bentung adalah jalan baru dan saya tak pernah melaluinya. Kalau ikut tiorinya perjalanan memang mudah: naik bukit sampai terowong dan turun bukit melalui Bukit Tinggi terus ke persimpangan Bentung. Belok kiri masuk ke Bentung.


Masa saya buat tugasan audit di Bentung tahun 1986 dulu kami masih menggunakan jalan lama tanpa tol. Sekarang ini tolnya saja dah RM16.00 pergi balik.


Kali ini jalannya lain macam aje. Tapi papan pandu arahnya jalannya adalah baik. Lagi pun anak saya pernah menggunakan jalan tersebut untuk ke Kuantan beberapa bulan dahulu. Jadi tahap keyakinan kami agak tinggi untuk selamat dan betul sampai ke Bentung. Lagi pun saya sempat tengok peta "Googe map" http://maps.google.com/


Jalan masuk ke Bentung dari lebuh raya ada dua yaitu Bentung Timur dan Bentung Barat. Yang manakah lebih dekat kami tak tahu. Bila sampai tol dekat Bentung (tol RM3.00) saudara saya yang di hospital telefon dan sempat kami tanya dia nak ikut Bentung timur atau Barat? Beliau kata ikut Timur.


Sebenarnya jika ikut Barat lebih dekat. Bila kami sampai persimpangan Bentung Barat ternampak papan tanda tertulis arah Hospital Bentung. Tapi kami tak sempat nak masuk jalan tersebut kerana kereta dah melintasi persimpangan tersebut. Jadi tak ada pilihan kena juga masuk persimpangan Bentung Timur.


Ketika hampir sampai bandar Bentung saudara saya telefon kami menyatakan yang dia berada dekat Balai Polis Bentung kerana telah merayau di pekan tersebut kerana dah lugu (bosan) menunggu kami. Saya tahu di mana terletaknya Balai Polis tersebut jadi saya suruh dia tunggu di situ.


Yang saya tahu Balai Polis tersebut dekat dengan Bank HSBC (Hongkong Bank). Dan HSBC terletak di jalan besar Bentung. Jadi senanglah kami cari tempat tersebut.


Tapi malangnya suasana Bandar Bentung dah berubah. Bila kami masuk Bandar Bentung kami tak jumpa HSBC. Jadi tak dapatlah jumpa Balai Polis tersebut. Yang kami jumpa ialah Hospital Bentung. Jadi kenalah tukar rancangan nak jumpa di Balai Polis.


Kami singgah di Hospital dan menelefon saudara saya dan beritahu yang kami berada di hospital dan tak berani nak merayau mencari Balai Polis yang dimaksudkan dan menyuruh dia datang ke Hospital bertemu kami di situ. Waktu malam memang susah nak mencarinya.


Rupa2nya Bentung dah jadikan jalan besarnya jalan sehala. Kalau dari KL tak akan jumpa HSBC. Kalau nak jumpa HSBC kenalah patah balik masuk bandarnya dari arah Raub. Kalau masuk dari arah Raub akan jumpa hospital/masjid kemudian balai polis dan HSBC.


Itulah akibat kalau gunakan ilmu yang dah luput dan ketinggalan zaman. Dulunya jalan tersebut adalah jalan dua hala. Kalau ikut jalan dulu pastilah jumpa HSBC dan simpang ke Balai Polis. Sekarang dah jadi jalan sehala maka untuk ke balai polis tersebut kenalan patah balik untuk jumpa HSBC.


Inilah juga akibat terlampau yakin. Mat Sallah kata “over confident”. Bila saudara saya kata nak tunggu di kawasan Balai Polis saya terlalu yakin tahu di mana balai tersebut. Tapi saya tak tahu ada berubahan terhadap jalan di situ.


Tapi alhamdulillah segalanya selamat dan kemudiannya kami balik ke KL. Dah dekat sampai rumah saudara saya kata nak pergi klinik pula kerana rasa tak selesa.


Maka pergilah hantarnya ke Klinik Sentosa 24 jam. Klinik lain dah tutup. Kenalah bayar RM40.00. Doktor pula memberi surat suruh pergi periksa di Hospital Ampang besoknya.


Hasil pemeriksaan di hospital Ampang mendapati keadaan saudara saya “Normal” tak ada apa2 masaalah. Masaalahnya ialah kerana lemah badan kerana kerja kuat, tidor tak cukup dan makan tak menentu.


Manataknya, siang malam buat kerja. Hari minggu pun buat kerja. Manalah nak dapat rehat yang cukup.


Budaknya semasa 3 tahun



2KD

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI