GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Sunday, May 31, 2009

MUTIARA YANG TERBIAR

TASKIRAH:

Baru sebentar tadi saya menghadiri taskirah Kagat. Saya namakan taskirah Kagat kerana penceramahnya datang dari Kagat (Kor Agama Angkatan Tentera).


Di Lembah Kelang ini memang senang untuk mendapat ilmu termasuklah ilmu Agama. Tiap-tiap malam dan pagi hujung minggu sesiapa yang berminat menuntut ilmu bermasaalah pula. Bukannya masaalah ketiadaan tempat mendengar ceramah dan kelas agama tetapi masaalah memilih kelas. Dah terlalu banyak surau dan masjid yang menganjurkan kelas atau ceramah tersebut.


Terpaksalah ponteng pula. Maksudnya: Kadang-kadang pada satu malam itu misalnya ada lima kelas agama di sekitar kawasan Ampang (contohnya). Maka kenalah ponteng empat kelas untuk pergi ke satu kelas sahaja.

Yang bagusnya jika kita masuk gang merayau, kaki rayau malam akan memberi kita tips pula di mana ada kelas yang best dan siapa ustaznya. Kadang-kadang saya juga mendapat tips dari kaki rayau malam ini. Dan kalau kita nak tahu di mana ada kelas tanyalah salah satu dari kaki rayau ini. Mereka ada hand phone jadi senang nak dapat tahu dari gang mereka jika mereka tak pasti.


Bagus juga menjadi kaki rayau ini. Dapat juga pahala kerana memberi tips kepada mereka yang mencari pahala menghadiri kelas agama. (Kaki rayau malam = mereka yang suka menghadiri kelas agama selepas Maghrib. Kebanyakannya ada motor tapi tak jadi macam mat rempit).


00000000000000000000000


Saya tertarik dengan salah satu topik yang dinyatakan dalam taskirah kagat tersebut. Perkara yang dinyatakannya menang ramai dari kita yang dah melupakannya. Dan mereka yang melupakannya adalah mereka yang rugi. Rugi kerana kehilangan mutiara yang betaburan tapi tidak dipungutnya.


Mutiara ini ada di mana2. Di rumah, di kedai, di jalan raya, di sekolah, di Bandar, di kampong, di hutan . . . . senarainya tak habis jika mahu dinyatakan.


Misalnya, bila kita balik ke rumah mungkin kita akan lihat kipas angin dalam rumah kita dah hitam bersawang. Itulah mutiara. Ambillah dia dan simpan atau gunakan. Caranya: Ambil kain dan lapkan kipas tersebut supaya menjadi bersih.


Atau halaman rumah kita ada sampah. Ini pun mutiara. Sampah adalah juga mutiara. Maka ambillah dia menggunakan penyapu dan bersihkan kawasan rumah kita.


Ambillah mutiara dari perabut kita yang berhabok dengan mengelapkannya dan menjadikan ianya berkilat dan berseri.


Semuanya itu mutiara. Bukan di rumah sahaja, di surau atau masjid pun ada mutiara. Banyak mutiara di situ.


Juga di jalan raya dan di pejabat. Malah di mana-mana. Banyaknya mutiara yang kita terlepas pandang kalau kita tak nampak atau tak “menampakkannya”.


Biasanya di rumah kita mengharap orang lain (isteri atau anak atau pembantu) membuat kerja memungut mutiara tersebut. Rugilah kita. Mereka sahaja yang mendapat mutiara tersebut. Kita macam mana? Tak nakke mendapat mutiara tersebut?


Tak nakkah kita mengumpul mutiara sambil menjadikan rumah yang bersih dan kemas. Juga mendapatkan surau atau masjid yang indah isi kandungannya dan selesa digunakan.


Saya teringat satu masa dulu ramai yang komplen masjid kami yang baru-tukar-karpet mempunyai banyak sisa bulu karpet. Mereka marahkan siak dan AJK masjid kerana tak buat kerja membuang sisa bulu karpet itu. Kami pun buat cadangan supaya setiap orang yang datang sembahyang di masjid tersebut supaya cuba ambil sisa karpet tersebut dam masuk ke dalam poket mereka. Lepas sembahyang buangkan sisa karpet tersebut dalam tong sampah. Selesailah masaalah sisa karpet tersebut.


Tok siak bukan tak buat kerja tetapi masjid tersebut luas (“3,000 kali sembahyang”) dan mengambil masalah untuk beliau saorang, membuang sisa/buku karpet tersebut.


Tapi sekarang dah okey kerana karpetnya dah setahun digunakan.


Penutup:

Jangan lupa mutiara yang bertabran dimerata2. Pungutlah untuk disimpan. Apabila sampai masanya nanti kita akan lihat mutiara tersebut mengelilingi kita. Bila masanya? Selepas kita melepasi tarikh luput kita nanti.


Janganlah membiarkan orang lain memungutnya. Bukankah lebih elok lagi kalau berkongsi memungutnya.


0000000 - Baru-baru ini dengar taskirah oleh Zakaria Ahmad Perak - 000000000


Tajuknya: Jadilah pengajar (1), pelajar (2), pendengar (3) atau membantu orang belajar (4). Tapi jangan jadi penghalang mereka yang nak belajar (5 - nahas kamu nanti).


2KD


Monday, May 25, 2009

MENIKMATI MAKANAN JASMANI

















Saya sangat minat melihat orang sedang makan. Masa majlis khenduri atau jamuan doa selamat yang saya dijemput selalunya saya tengok orang lain mengambil makanan dan memakannya dahulu sebelum saya mengambil makanan untuk saya. Itu pun kalau makanan disediakan bentuk buffet. Kalau bentuk hidang saya tengok orang lain makan dulu baru saya mula makan.


Ini boleh dikatakan hobi saya. Melihat orang lain makan. Ada semacam sejenis kepuasan menengok orang lain makan, terutamanya kalau mereka itu sahabat saya. Ada yang gelojoh, ada yang tertib, ada yang kelihatan tamak (mungkin tidak, hanya kelihatan) dan ada yang suka berkongsi makanan, dan sebagainya. Itulah juga mungkin menunjukkan sikap peribadi mereka.

Kalau ada jamuan di surau, biasanya saya dan beberapa orang rakan akan menghidangkan makanan. Seronok berbuat demikian kerana sambil menghidang bolehlah ujikaji makanan tersebut sedap atau tidak. Kalau sedap lebihkanlah ujikaji kami. Dan ada diantara kami yang mencukai makanan tersebut (maksudnya mereka macam Jabatan Cukai Negara) menyimpan makanan untuk dibawa pulang nanti. Ini sikap yang tak baik tapi ada yang buat demikian. Kami tak akan marah jika makanan banyak sebab kalau tak dicukainya nanti makanan membazir. kalaulah makan dirasakan tak cukup maka ada di antara kami yang akan mengambilnya balik untuk di makan oleh tetamu lain.

Dari amatan saya selalunya ramai orang yang makan cara gelojoh di tempat jamuan khenduri. Tak tahulah sebabnya. Mat Salleh kata kurang table manners. Atau kita dah biasa begitu. Tambah-tambah lagi jika makanan itu sedap dan tidak banyak.

Sepatutnya jika makanan itu sedap maka kita perlulah makannya dengan perlahan untuk merasakan kenikmatannya secara lebih lama. Kita boleh lihat contoh berikut:

Katakan makanan itu sedap dan kita gelojoh makannya kerana ianya sedap dan perlu makan banyak. Bila makan gelojoh cepatlah habis makanan tersebut dan masa kita menikmati makanan tersebut sangatlah singkat. Tetapi jika kita makan perlahan dan mengungahnya dengan baik maka kelazatan makanan tersebut akan meresap di mulut kita dengan baik dan tahan lama.

Mungkin kalau makan gelojoh kelazatannya akan berada di mulut selama mungkin tiga minit tapi kalau makan cara tertib kelazatannya akan dirasai selama mungkin sepuluh minit. Sebab apa? Kelazatan makanan hanya diperolihi ketika makanan tersebut berada di dalam mulut. Bila masuk kerongkong dan perut "nasi basi pun menjadi sedap". Jadi kenapakan kita perlu makan cepat2 dan mengurangkan masa merasakan kelazatan makanannya.

Silap2 bila kita makan cepat2 kita akan makan banyak. Dan kita dah tahu penangan makan banyak itu. Silap2 pula makanan tersebut beracun (Kolestrol, minyak, pengawit, pewarna, asid, kencing tikus (kawan saya dah terkena yang ini
(rujuklah web di bawah ini) makanan basi, dan sebagainya).


Jadi untuk menjaga kesihatan makanlah sedikit tapi yang perlu pakai dan yang dihabis pakai oleh badan kita.

Satu lagi yang saya perhatikan ialah konsep "ambil banyak makan sikit: yang masih lagi ada dipraktikkan semasa jamuan khenduri. Mereka masukkan banyak makanan ke dalam pinggan tapi yang dimakan hanya sedikit sahaja. Bakinya tinggal tidak dimakan. Takkanlah makanan tersebut basi kot.

Yang keciwa nanti bukan sahaja tuan rumah yang menyediakan jemuan tersebut tetapi juga tuan basuh pinggan.

Saya dan kumpulan saya pernah buat kerja membasuh tersebut dan saya tahulah perasaan mereka apabila melihat pinggan yang masih ada makanan tidak habis dimakan. Rasa nak bawa pinggan tersebut ke India atau dulunya, Biafra supaya mereka yang kebuluran boleh dapat makanan.

Mungkin tuan rumah nampak pada pandangannya wang kertas RM yang tercarik seribu yang ditinggalkan pada pinggan tersebut. Apakan daya RM carik seribu manalah laku lagi . . . . (Di Amerika Syarikat wang kertas lama dilupuskan secara mencariknya menggunakan mesin. Kemudian dijadikan cenderamata. Di Malaysia mulanya dulu kita bakar tapi Bandaraya haramkan dan Bank Negara sekarang juga carikkan wang kertas tersebut. Satu ketika dulu wang tersebut tak habis dibakar (bakaran terbuka di Kepong) dan dipungut oleh orang yang tinggal disekitarnya. Heboh satu Parlimen mengenainya. Di antara yang terlibat bakar tak habis tersebut dah pun dapat gelaran Dato').

Rengkasnya:
Makanlah sikit tapi biarlah makanan tersebut digunapakai oleh badan. Kalau makan gelojoh/cepat tentulah kita akan makan banyak. Makanlah lambat2 supaya kita boleh merasakan kelazatan makanan tersebut lebih lama. Ini akan membawa kita hidup lebih bahagia disebabkan merasa kelazatan makanan yang lebih lama. Seronoknya akan berterusan sekurang-nya untuk beberapa jam selepas itu. Kalau kita teringat maka kebahagiannya akan kekal lebih lama.

Habiskan makan hingga menjilat jari. Jangan tinggalkan sisa makan kecuali jika ianya tak boleh dimakan lagi. Sediakan bag plastik untuk membawa pulang lebihan makanan yang kita tak larat nak makan lagi. Jika tak mahu berbuat demikian ambillah hanya sedikit makanan dan pastikan yang diambil dilicinkan.

Satu lagi yang sangat penting ialah jangan lupa baca Basmallah sebelum makan kerana Kalau kita tak baca Basmallah (Bismillah hir Rahman nir Rahhim) secara ghaibnya, syiatan yang makan dulu dan kita akan makan sisanya. (Ada yang kata syaitan kencingkan makanan dulu). Kalau baca Basmallah syaitan akan terhakang memakannya. Dan bacalah doa sebelum makan. Lepas makan pula ucapkanlah pujian bagi Allah yang mengurniakan rezeki makanan kepada kita. http://ubudiahampang.blogspot.com/2009/05/taskirah-ubudiah-090525.html

00000000000000000000

Memang hobi saya melihat orang lain makan. Banyak yang saya ketahui dari hobi saya ini. Kalau anda makan dengan saya sudah tentu saya akan melihat cara anda makan.

Tapi saya jarang bagi orang lain makan. Mungkin itu bukan hobi saya. Tapi saya ada kawan yang selalu memberi orang lain makan. Tapi caranya bukan dengan membuat khenduri di rumahnya tetapi secara belanja minum di warung kopi. Selalu beliau berbuat demikian di Warung Ubudiah (petang), Warung Pak Mid (pagi), Warung Cherri (pagi), Warung depan runah Ustaz Azrai (pagi Jumaat), Kubur Korner (sekaki sekala), dan lain-lain tempat. Asyik dia sahaja yang nak bayar, tak kasi can orang lain. Maklumlah dia dah pencen dan anak2 dah besar. Kemanakah nak taburkan rezekinya kalau tidak kepada kami. Duit bukan boleh bawa ke kubur tapi hasil belanja makan boleh. Semoga Allah berikannya kesihatan dan pahala yang banyak kepadanya. Amin.

[MakananBerkat.JPG]

2KD

Friday, May 22, 2009

KATA TAK SERUPA NIAT



YANG DIKATAKAN TAK SERUPA YANG DINIATKAN



Inilah yang sangat menghairankan. Ramai manusia kala ini berkata apa yang tidak diniatkannya. Ini termasuklah saya sendiri yang kadangkala berbuat demikian. Bukannya apa, ini adalah strateji hidup manusia.

Saya boleh berikan contoh apa yang saya cakap lain tapi niatnya lain ini, yaitu:

Kes pertama tahun 1995:
Semasa itu saya terlibat dalam mengendalikan penyata dan akaun pinjaman syarikat yang saya bekerja. Pelanggan yang membuat pinjaman dari syarikat ini taklah banyak kerana perniagaannya dah merosot disebabkan oleh keadaan dalaman syarikat tersebut.

Syarikat tersebut menggunakan satu sistem komputer yang dah lapok dan bermasaalah. Untuk mengatasi masaalah yang ada kami telah membuat cadangan supaya sistem komputer tersebut dinaik taraf. Cadangan ini telah ditolak bulat-bulat oleh pehak pengurusan (Pengurusan baru yang mengambil alih dari pengurusan lama yang bermasaalah).

Kami pun pasang rancangan "cakap apa yang tidak diniatkan"

Apa yang kami buat ialah kami buat satu cadangan baru untuk menghapuskan sistem komputer yang ada dan digantikan dengan satu sistem manual menggunakan kad lejer.

Cadangan kami yang baru ini juga ditolak. Tapi yang anihnya pehak pengurusan mencadangkan supaya kami meneruskan sistem komputer yang ada tapi menaik taraf sistem komputer tersebut.

Pelik tapi benar. Cadangan pertama ditolak. OK. Cadangan kedua juga ditolak tapi diluluskan pula cadangan pertama. Kedua2 keputusan tersebut dibuat oleh jawatankuasa pengurusan yang sama dalam jarak masa lebih kurang satu bulan sahaja.

Pelik tapi benar. Inilah kesan cakap lain niatnya lain. Niatnya ialah untuk menaik taraf sistem komputer tapi yang diminta/cadang ialah hapuskan sistem komputer untuk diganti dengan sistem manual (kad leger).

Jadi jika perlu kita mesti cakap apa yang kita tidak niatkan untuk berjaya mendapatkan apa yang kita niatkan.

Hasil cakap lain niat lain ini. kami mendapat satu sistem komputer yang lebih cekap dan murah mengendalikan. Dahulunya syarikat tersebut menggunakan khidmat syarikat lain bagi mengendalikan sistem kumputer tersebut. Tujuannya ialah untuk menolong syarikat tersebut meraih pendapatan lebih kurang RM40,000 sebulan hasil perkhidmatan mereka.

Kos sistem yang baru berjumlah RM30,000 tanpa bayaran bulanan kerana kami kendalikan sistem tersebut tanpa bantuan syarikat luar.

Bos syarikat terlibat memang marahkan kami kerana menutup periok nasinya. Memang itu juga niat kami kerana mereka dah lama memacat atau melintah syarikat kami (gunakan istilah belumgunapakai di sini kerana mereka memang pacat dan lintah).

Kes Kedua Tahun 1986:
Kes ini lebih kepada tukar topik menggunakan cara cakap lain niat lain. Prinsip yang digunakan ialah menukar topik yang menyebabkan bos marahkan kita.

Biasalah bos kita selalu tension dan pressure disebabkan kerja dan tanggung jawab mereka. Ada kawan saya yang dahulunya penyabar telah bertukar sikap menjadi pemarah apabila ia dinaikkan pangkat dan menjadi bos. Memang ramai manusia yang begitu. Mungkin itu sebabnya saya tak suka jadi bos.

Bos saya dulunya penyabar dan suka bercerita. Tetapi sejak dinaikan pangkat dan tekanan kerja beliau menjadi cepat marah dan suka menyalahkan orang lain.

Tapi kami buat satu pakatan yaitu bila dia marah kami kalau boleh akan menukar topik atau alihkan tumpuannya kepada perkara lain yang dia suka.

Banyak kali juga kami berjaya dan kemarahannya berkurangan.

Selanjutnya kami beri sokongan kuat kepadanya dalam kerja harian kami. Bukan mengampu tapi inilah satu cara menguatkan team work atau kerja kumpulan juga mengurangkan geresan yang merugikan. Kalau tidak akan menjadi macam kerajaan Perak sekarang ini. Mahkamah pun jadi kelam kabut dibuatnya.

Cakap lain niat lain boleh kita amalkan jika ia menguntungkan semua pehak atau ianya mendatangkan kesan yang positif dan bukan satu kerja yang haram. Kalau yang haram kena jawablah nanti.

Satu lagi prinsip manusia kini ialah buatlah masaalah (kecil) bagi menyelesaikan masaalah (besar). Tapi janganlah bakar kelambu untuk membunuh nyamuk kerana kosnya sangat besar berbanding faedahnya yang kenit.






Saturday, May 2, 2009

TAK TAHU TAK SAMA DENGAN TAHU

TAHU TAK SAMA DENGAN TAK TAHU

Baru-baru ini saya dan HAS pergi ke rumah jiran se kampung untuk membaiki alatan letrik di rumahnya yang tidak berfungsi. Mengikut lapurannya lampu dan kipas di salah satu bilik rumahnya tak dapat digunakan.

Saya bukan mahir tentang letrik. Sikit2 tu bolehlah. Itu sebabnya saya bawa rakan kongsi saya HAS yang saya anggap pakar tentangnya. Saya nyatakan beliau adalah pakar sebab dah ada track record (kesan perbuatannya) dan saya yakin padanya. Juga biasanya tanpa kos. Bawa orang lain nanti takut kena bayar pula. Kami pernah bekerja menyelengara sebuah Pangsa Puri lima blok 15 tingkat di AU2 Ulu Klang beberapa tahun dahulu.

Sampai ke rumah tersebut kami beri salam dan terus ke bilik yang bermasaalah tersebut. Bila diperiksa memang tiada aliran letrik masuk ke dawainya. Bila kami periksa kotak fius semuanya berfungsi dengan baik. Ini bermaksud aliran letrik ada masuk tapi tak sampai ke bilik tersebut. Apakah sebabnya? Pening kami dibuatnya.

Tiba2 sahabat kami Roy datang ke rumah tersebut. Dan tanpa melengah kami mengajukan masaalah kami. Roy memang seorang pakar letrik kerana beliau adalah seorang electrican pernah dijemput oleh masjid apabila masjid ada masaalah letrik di bangunannya.

Roy pernah membuat kerja letrik di rumah tersebut. Jadi dengan senangnya beliau tahu masaalah yang kami sedang hadapi. Beliau bertanya sama ada suis di tingkat dua on atau off. Kami kata kami tak tahu. Kami juga tak tahu ada swis di tingkat tersebut. Kami juga tak tahu ada kaitan aliran letrik di bilik yang bermasalah dengan suis yang disebutkannya.

Roy naik ke atas dan onkan suis yang dimaksudkannya dan kami di bawah periksa sama ada ada aliran letrik masuk ke dawai letrik di bilik tersebut. Nyatalah ada aliran letrik apabila kami periksa dawai tersebut.

Inilah namanya rezeki. Bukan rezeki makan tapi rezeki tenaga.

Kalaulah Roy tak datang kami sudah tentu tak dapat kesan masaalah yang dihadapi. Atau untuk mengesannya mungkin mengambil masa yang lama, sangat lama. Dengan kedatangan Roy segalanya selesai dengan sekelip mata. Roy telah membawa Joy (bahagia).

Tapi awas, janganlah kami menjadi syirik! Roy bukan datang sendiri. Beliau di hantar oleh Yang Maha Kuasa. Jadi yang memberi pertolongan kepada kami bukanlah Roy tapi Allah. Subhanallah. Roy hanyalah perantaraan Allah diilhamkan untuk datang pada saat yang sangat kami perlukan ilmu pengalamannya. "He sent the expert". DihantarNya seorang pakar. Alhamdulillah !

Ketika itu Roy memang sebuk sebab selepas beliau membantu memulihkan aliran letrik ke bilik tersebut beliau beredar menjalankan tugasnya yang lain. Tapi tidak sebelum pekena minum (redix dan jus pengaga) dan makan satey SPA yang disediakan.

Yang tahu tak sama dengan yang tak tahu. Yang tak tahu meraba2 saperti kami yang kena periksa macam2 untuk mencari punca masaalah. Sebaliknya puncaya sangatlah simple yaitu suis tak di"on"kan. Yang lain kacang sahaja. Kacang bukan sebab apa, sebab memang tiada masaalah langsung. Masaalahnya ialah suis tak di"on"kan. Itu pun kalau kita nak katakan ianya masaalah. Sebenarnya kalau difikir2kan itu juga bukannya masaalah. Masaalahnya ialah KAMI TAK TAHU.

Kalau ikut falsafahnya budak darjah satu pun boleh menyelesaikan masaalah kami tadi. Apa yang dia perlu buat ialah onkan suis di tingkat dua dan kipas dan lampu bermasalah tersebut akan berfungsi.

Itu pun kalau dia tahu. TAHU tak sama dengan TAK TAHU. Inilah pentingnya lmu. Dan itulah sebabnya kita mesti sentiasa menambahkan ilmu kita "dari buaian hingga ke liang lahat".

Kawan saya pernah kena bayar RM120.00 untuk mengantikan penyambung paip yang pecah bocor. Kos penyambung itu tak lebih dari RM1.00. Untungnya RM119.00 sebelum tolak kos minyak motosikalnya. Yang pelik lagi resitnya ditulis RM100.00 sebab katanya RM20.00 untuk poketnya dan RM100.00 untuk syarikatnya. Inilah kesan "TAHU tak sama dengan TAK TAHU". Kalau tahu kawan saya tersebut boleh cari orang yang tahu untuk membantunya dan jimat wang. Janganlah pilih orang yang tahu kita tak tahu membantu selesaikan masaalah kerana kita akan mudah di"kencingnya" (istilah orang muda yang bermaksud ditipunya). Kecualilah jika di kawan kita yang kita percaya.

Selasai tugas kami, kami diserahkan RM50.00. Serba salah pula kami dibuatnya. Kos kerja kami adalah kosong tapi dibayar RM50.00. Nak ambil tak elok, tak ambil tak boleh pula.

Keputusannya kami ambil wang tersebut dan kemudiannya menyuruh sahabat kami, OO belikan sebuah cerek letrik untuk kegunaan Madrasah (saya katakan pada OO yang saya suruh beliau supaya beliau juga akan dapat pahala nanti. Kalau saya beli sendiri tak dapat kongsi pahala). Besoknya OO belikan cerek tersebut dengan harga RM60.00 menggunakan wangnya RM10.00 (sedekah untuk Madrasah, katanya).

Biasanya yang akan menggunakan cerek itu ialah saya, HAS dan OO sendiri. Jadi pusing punya pusing kesitu juga, saya, HAS dan OO yang untung. Dulunya bila kami nak buat air minuman kami kena guna dapor gas untuk masak air. Dah ada cerek baru ini senanglah kami.

Kalau ada HM (kali ini tak jumpa beliau) jadilah kami kumpulan Mawarsari sebab kami berempat pernah sama2 bekerja di situ (Mawarsari) dahulu.

Yang peliknya lagi sahabat kami, HSM bila tahu yang kami nak beli cerek letrik untuk Madrasah memberikan saya RM50.00 sebagai sedekahnya untuk menampung pembelian cerek tersebut. Inilah satu masaalah yang ditunggu2. Kos cerek RM60.00 tapi wangnya ada RM100.00. Apa perlu dibuat sekarang dengan baki RM40.00?

????? Inilah rezeki Allah. Tak siapa yang rugi. Jika iklas InshaAllah akan diberikan pahala yang tak kita nampak.

Terima kasih kepada semua, termasuk yang membaca artikel ini. Wassalam.


. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI