GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Monday, May 25, 2009

MENIKMATI MAKANAN JASMANI

















Saya sangat minat melihat orang sedang makan. Masa majlis khenduri atau jamuan doa selamat yang saya dijemput selalunya saya tengok orang lain mengambil makanan dan memakannya dahulu sebelum saya mengambil makanan untuk saya. Itu pun kalau makanan disediakan bentuk buffet. Kalau bentuk hidang saya tengok orang lain makan dulu baru saya mula makan.


Ini boleh dikatakan hobi saya. Melihat orang lain makan. Ada semacam sejenis kepuasan menengok orang lain makan, terutamanya kalau mereka itu sahabat saya. Ada yang gelojoh, ada yang tertib, ada yang kelihatan tamak (mungkin tidak, hanya kelihatan) dan ada yang suka berkongsi makanan, dan sebagainya. Itulah juga mungkin menunjukkan sikap peribadi mereka.

Kalau ada jamuan di surau, biasanya saya dan beberapa orang rakan akan menghidangkan makanan. Seronok berbuat demikian kerana sambil menghidang bolehlah ujikaji makanan tersebut sedap atau tidak. Kalau sedap lebihkanlah ujikaji kami. Dan ada diantara kami yang mencukai makanan tersebut (maksudnya mereka macam Jabatan Cukai Negara) menyimpan makanan untuk dibawa pulang nanti. Ini sikap yang tak baik tapi ada yang buat demikian. Kami tak akan marah jika makanan banyak sebab kalau tak dicukainya nanti makanan membazir. kalaulah makan dirasakan tak cukup maka ada di antara kami yang akan mengambilnya balik untuk di makan oleh tetamu lain.

Dari amatan saya selalunya ramai orang yang makan cara gelojoh di tempat jamuan khenduri. Tak tahulah sebabnya. Mat Salleh kata kurang table manners. Atau kita dah biasa begitu. Tambah-tambah lagi jika makanan itu sedap dan tidak banyak.

Sepatutnya jika makanan itu sedap maka kita perlulah makannya dengan perlahan untuk merasakan kenikmatannya secara lebih lama. Kita boleh lihat contoh berikut:

Katakan makanan itu sedap dan kita gelojoh makannya kerana ianya sedap dan perlu makan banyak. Bila makan gelojoh cepatlah habis makanan tersebut dan masa kita menikmati makanan tersebut sangatlah singkat. Tetapi jika kita makan perlahan dan mengungahnya dengan baik maka kelazatan makanan tersebut akan meresap di mulut kita dengan baik dan tahan lama.

Mungkin kalau makan gelojoh kelazatannya akan berada di mulut selama mungkin tiga minit tapi kalau makan cara tertib kelazatannya akan dirasai selama mungkin sepuluh minit. Sebab apa? Kelazatan makanan hanya diperolihi ketika makanan tersebut berada di dalam mulut. Bila masuk kerongkong dan perut "nasi basi pun menjadi sedap". Jadi kenapakan kita perlu makan cepat2 dan mengurangkan masa merasakan kelazatan makanannya.

Silap2 bila kita makan cepat2 kita akan makan banyak. Dan kita dah tahu penangan makan banyak itu. Silap2 pula makanan tersebut beracun (Kolestrol, minyak, pengawit, pewarna, asid, kencing tikus (kawan saya dah terkena yang ini
(rujuklah web di bawah ini) makanan basi, dan sebagainya).


Jadi untuk menjaga kesihatan makanlah sedikit tapi yang perlu pakai dan yang dihabis pakai oleh badan kita.

Satu lagi yang saya perhatikan ialah konsep "ambil banyak makan sikit: yang masih lagi ada dipraktikkan semasa jamuan khenduri. Mereka masukkan banyak makanan ke dalam pinggan tapi yang dimakan hanya sedikit sahaja. Bakinya tinggal tidak dimakan. Takkanlah makanan tersebut basi kot.

Yang keciwa nanti bukan sahaja tuan rumah yang menyediakan jemuan tersebut tetapi juga tuan basuh pinggan.

Saya dan kumpulan saya pernah buat kerja membasuh tersebut dan saya tahulah perasaan mereka apabila melihat pinggan yang masih ada makanan tidak habis dimakan. Rasa nak bawa pinggan tersebut ke India atau dulunya, Biafra supaya mereka yang kebuluran boleh dapat makanan.

Mungkin tuan rumah nampak pada pandangannya wang kertas RM yang tercarik seribu yang ditinggalkan pada pinggan tersebut. Apakan daya RM carik seribu manalah laku lagi . . . . (Di Amerika Syarikat wang kertas lama dilupuskan secara mencariknya menggunakan mesin. Kemudian dijadikan cenderamata. Di Malaysia mulanya dulu kita bakar tapi Bandaraya haramkan dan Bank Negara sekarang juga carikkan wang kertas tersebut. Satu ketika dulu wang tersebut tak habis dibakar (bakaran terbuka di Kepong) dan dipungut oleh orang yang tinggal disekitarnya. Heboh satu Parlimen mengenainya. Di antara yang terlibat bakar tak habis tersebut dah pun dapat gelaran Dato').

Rengkasnya:
Makanlah sikit tapi biarlah makanan tersebut digunapakai oleh badan. Kalau makan gelojoh/cepat tentulah kita akan makan banyak. Makanlah lambat2 supaya kita boleh merasakan kelazatan makanan tersebut lebih lama. Ini akan membawa kita hidup lebih bahagia disebabkan merasa kelazatan makanan yang lebih lama. Seronoknya akan berterusan sekurang-nya untuk beberapa jam selepas itu. Kalau kita teringat maka kebahagiannya akan kekal lebih lama.

Habiskan makan hingga menjilat jari. Jangan tinggalkan sisa makan kecuali jika ianya tak boleh dimakan lagi. Sediakan bag plastik untuk membawa pulang lebihan makanan yang kita tak larat nak makan lagi. Jika tak mahu berbuat demikian ambillah hanya sedikit makanan dan pastikan yang diambil dilicinkan.

Satu lagi yang sangat penting ialah jangan lupa baca Basmallah sebelum makan kerana Kalau kita tak baca Basmallah (Bismillah hir Rahman nir Rahhim) secara ghaibnya, syiatan yang makan dulu dan kita akan makan sisanya. (Ada yang kata syaitan kencingkan makanan dulu). Kalau baca Basmallah syaitan akan terhakang memakannya. Dan bacalah doa sebelum makan. Lepas makan pula ucapkanlah pujian bagi Allah yang mengurniakan rezeki makanan kepada kita. http://ubudiahampang.blogspot.com/2009/05/taskirah-ubudiah-090525.html

00000000000000000000

Memang hobi saya melihat orang lain makan. Banyak yang saya ketahui dari hobi saya ini. Kalau anda makan dengan saya sudah tentu saya akan melihat cara anda makan.

Tapi saya jarang bagi orang lain makan. Mungkin itu bukan hobi saya. Tapi saya ada kawan yang selalu memberi orang lain makan. Tapi caranya bukan dengan membuat khenduri di rumahnya tetapi secara belanja minum di warung kopi. Selalu beliau berbuat demikian di Warung Ubudiah (petang), Warung Pak Mid (pagi), Warung Cherri (pagi), Warung depan runah Ustaz Azrai (pagi Jumaat), Kubur Korner (sekaki sekala), dan lain-lain tempat. Asyik dia sahaja yang nak bayar, tak kasi can orang lain. Maklumlah dia dah pencen dan anak2 dah besar. Kemanakah nak taburkan rezekinya kalau tidak kepada kami. Duit bukan boleh bawa ke kubur tapi hasil belanja makan boleh. Semoga Allah berikannya kesihatan dan pahala yang banyak kepadanya. Amin.

[MakananBerkat.JPG]

2KD

No comments:

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI