GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Friday, May 22, 2009

KATA TAK SERUPA NIAT



YANG DIKATAKAN TAK SERUPA YANG DINIATKAN



Inilah yang sangat menghairankan. Ramai manusia kala ini berkata apa yang tidak diniatkannya. Ini termasuklah saya sendiri yang kadangkala berbuat demikian. Bukannya apa, ini adalah strateji hidup manusia.

Saya boleh berikan contoh apa yang saya cakap lain tapi niatnya lain ini, yaitu:

Kes pertama tahun 1995:
Semasa itu saya terlibat dalam mengendalikan penyata dan akaun pinjaman syarikat yang saya bekerja. Pelanggan yang membuat pinjaman dari syarikat ini taklah banyak kerana perniagaannya dah merosot disebabkan oleh keadaan dalaman syarikat tersebut.

Syarikat tersebut menggunakan satu sistem komputer yang dah lapok dan bermasaalah. Untuk mengatasi masaalah yang ada kami telah membuat cadangan supaya sistem komputer tersebut dinaik taraf. Cadangan ini telah ditolak bulat-bulat oleh pehak pengurusan (Pengurusan baru yang mengambil alih dari pengurusan lama yang bermasaalah).

Kami pun pasang rancangan "cakap apa yang tidak diniatkan"

Apa yang kami buat ialah kami buat satu cadangan baru untuk menghapuskan sistem komputer yang ada dan digantikan dengan satu sistem manual menggunakan kad lejer.

Cadangan kami yang baru ini juga ditolak. Tapi yang anihnya pehak pengurusan mencadangkan supaya kami meneruskan sistem komputer yang ada tapi menaik taraf sistem komputer tersebut.

Pelik tapi benar. Cadangan pertama ditolak. OK. Cadangan kedua juga ditolak tapi diluluskan pula cadangan pertama. Kedua2 keputusan tersebut dibuat oleh jawatankuasa pengurusan yang sama dalam jarak masa lebih kurang satu bulan sahaja.

Pelik tapi benar. Inilah kesan cakap lain niatnya lain. Niatnya ialah untuk menaik taraf sistem komputer tapi yang diminta/cadang ialah hapuskan sistem komputer untuk diganti dengan sistem manual (kad leger).

Jadi jika perlu kita mesti cakap apa yang kita tidak niatkan untuk berjaya mendapatkan apa yang kita niatkan.

Hasil cakap lain niat lain ini. kami mendapat satu sistem komputer yang lebih cekap dan murah mengendalikan. Dahulunya syarikat tersebut menggunakan khidmat syarikat lain bagi mengendalikan sistem kumputer tersebut. Tujuannya ialah untuk menolong syarikat tersebut meraih pendapatan lebih kurang RM40,000 sebulan hasil perkhidmatan mereka.

Kos sistem yang baru berjumlah RM30,000 tanpa bayaran bulanan kerana kami kendalikan sistem tersebut tanpa bantuan syarikat luar.

Bos syarikat terlibat memang marahkan kami kerana menutup periok nasinya. Memang itu juga niat kami kerana mereka dah lama memacat atau melintah syarikat kami (gunakan istilah belumgunapakai di sini kerana mereka memang pacat dan lintah).

Kes Kedua Tahun 1986:
Kes ini lebih kepada tukar topik menggunakan cara cakap lain niat lain. Prinsip yang digunakan ialah menukar topik yang menyebabkan bos marahkan kita.

Biasalah bos kita selalu tension dan pressure disebabkan kerja dan tanggung jawab mereka. Ada kawan saya yang dahulunya penyabar telah bertukar sikap menjadi pemarah apabila ia dinaikkan pangkat dan menjadi bos. Memang ramai manusia yang begitu. Mungkin itu sebabnya saya tak suka jadi bos.

Bos saya dulunya penyabar dan suka bercerita. Tetapi sejak dinaikan pangkat dan tekanan kerja beliau menjadi cepat marah dan suka menyalahkan orang lain.

Tapi kami buat satu pakatan yaitu bila dia marah kami kalau boleh akan menukar topik atau alihkan tumpuannya kepada perkara lain yang dia suka.

Banyak kali juga kami berjaya dan kemarahannya berkurangan.

Selanjutnya kami beri sokongan kuat kepadanya dalam kerja harian kami. Bukan mengampu tapi inilah satu cara menguatkan team work atau kerja kumpulan juga mengurangkan geresan yang merugikan. Kalau tidak akan menjadi macam kerajaan Perak sekarang ini. Mahkamah pun jadi kelam kabut dibuatnya.

Cakap lain niat lain boleh kita amalkan jika ia menguntungkan semua pehak atau ianya mendatangkan kesan yang positif dan bukan satu kerja yang haram. Kalau yang haram kena jawablah nanti.

Satu lagi prinsip manusia kini ialah buatlah masaalah (kecil) bagi menyelesaikan masaalah (besar). Tapi janganlah bakar kelambu untuk membunuh nyamuk kerana kosnya sangat besar berbanding faedahnya yang kenit.






No comments:

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI