GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Friday, November 20, 2009

PILIHAN KITA


Membuat pilihan


Apabila kita makan durian kita hanya makan isinya. Kulit durian kita buang. Biji durian juga kita buang. Mungkin ada juga yang memasak biji durian untuk dimakan.


Apabila kita makan rambutan kulitnya kita buang. Bijinya juga kita buang. Tapi ada pula yang mencambahkan bijinya untuk menjadi benih. Kalau di zaman dulu dengan niat untuk hasilnya dimakan oleh anak cucunya.


Saya teringat ketika mengikut nenek saya untuk menanan anak pokok buah2an. Di antara doa beliau semasa hendak menanannya ialah: “InshaAllah, pokok ini cepat berbuah untuk dimakan oleh anak cucu aku”.


Nangka juga jika kita makan kita hanya makan isinya. Kulit dan bijinya kita buang. Tapi ada juga mereka yang merebuskan bijinya untuk dimakan. Sedap juga biji nangka rebus sebagai makanan tambahan. Semasa kecil dulu saya ada berbuat demikian.


Begitulah tabiat kita manusia. Kita hanya ambil gunakan yang kita fakir berfaedah untuk kita. Yang tidak berguna kita lempar buang.


Tapi tak semua manusia berbuat demikian.


Mereka yang bijak menggunakan kesemua yang ada untuk faedahnya. Sebab semua bahan cipaan tuhan ada faedahnya untuk manusia. Hanya manusia yang tidak mahu menggunakan faedah yang tersedia ada untuknya.


Sekarangni barangan dalam tong sampah pun boleh dibuat duit. Kalau tak percaya pergilah ke kawasan KL dan sekitarnya (tempat lain saya tak tahu) dan kegiatan mereka yang mencari barangan berguna yang (“tak berguna” pada yang “kaya” atau ingat dia “kaya” tak mahu menggunakannya) dibuang dalam tong sampah: plastic, kertas, logam dll semuanya dipungut dan dijual bagi mendapatkan wang.


Pencari barangan tersebut ada yang menggunakan basikal, motor dan kereta sorong. Kalau mereka rajin mereka boleh dapat banyak juga untuk ditukar menjadi wang membeli makanan.


Satu ketika dulu besi penutup longkang banyak yang dikebas mereka (tatkala itu harga besi buruk tinggi).


Pendek kata manusia biasanya banyak memilih. Kita hanya memilih benda yang berguna untuk kita dan membuang mana yang kita tak mahu.


Kadang2 tu pula membuangnya merata2. Pernah saya lihat (banyak kali pulaktu) makluk membaling sampah yang dibawa dari rumahnya ke dalam parit/longkang semasa menaiki motor dalam perjalanan hendak pergi kerja. Banyak ketika juga saya lihat makluk membuang sampah ke dalam longkang di belakang rumahnya.


Perbuatan sebegitu di zaman dahulu mungkin Ok.


Dulunya semasa saya kecil terdapat banyak rumah kecil di sungai Perak. Kalau kita naik bot pada tahun 50han dulu kita bolehlah lihat. Rumah ini kita istilahkan sekarang ini sebagai kata orang Amerika “rest room” (bilik rehat?), orang British kata “toilet”. Tapi sekarang ini dah tak ada lagi. Sekarang “bilik rehat” tersebut berada di dalam rumah.


Tapi perangai membuang sampah sisa tersebut masih ada.


Di Blok D sebuah pangsapuri mewah (mereka kena bayar kos pengelanggaraan bulanan RM120.00) setiap hari adaje lampin bayi dibuang ke tingkat bawahnya. Terjatuhlah dekat tadika di situ. Lama juga kami intip tapi tak jumpa siapa yang buangnya. Masa itu saya menolong sahabat saya mengelenggarakan pangsapuri tersebut. Nasib baik selepas beberapa minggu ianya tidak berlaku lagi. Tak taulah sebabnya. Mungkin sebab kami bernasib baik.


Manusia suka membuat pilihan. Termasuklah membuat pilihan membuang sampah saperti contoh di atas.


Perbuatan memilih ini banyakah baiknya. Lebih baik lagi kalau dapat membuat pilihan yang terancang.


Contoh: Makan durian: Pilih durian yang baik. Pilih harga yang sesuai. Pilih masa berhenti makan yang sesuai (jangan makan terlalu banyak, atau terlalu sedikit). Pilih apa nak buat dengan bijinya, kulitnya (buang di mana, buat bajake!, buat makanan rengan ke kalau boleh). Pilih makan sekarang atau kemudian dengan gang atau ahli keluargnya. Pilih nak makan atau buat tempoyak. DLL pilihan yang banyak itu. Tapi elakkan membuat pilihan salah.


Di rengkaskan:

Pilihan yang dibuat itu mestilah berfaedah dan tidak membawa mudarat terutamanya pada masa akan datang. Seorang kawan saya pilih pulun makan durian ketika berada di kampungnya dan bila balik rumah dapat strok kerana banyak makan durian. Pilihan salah walaupun memuaskan hati ketika itu, membawa padah dan mungkin sengsara sepanjang hidup.


"Melalut juga posting kali ini. Maklumlah dah lama cuti tak menulis. . ."


Pokoknya manusia perlu membuat pilihan. Perlulah setiap manusia membuat pilihan yang terbaik bukan untuk masa sekarang tapi untuk masa hadapannya dan untuk kehidupan yang kekal abadi. Bukan untuknya sahaja tetapi untuk semua manusia.


Renungan: Dulu kalau kita malas belajar apa kesannya pada kita sekarang dan generasi akan datang. Dulu jika kita rajin belajar apa kesannya pada kita sekarang. Itulah pilihan kita. Sekarang jika kita terus belajar apa akan jadi pada kita dan anak cucu kita akan datang.


Dulu dihentikan pelajaran tulisan jawi di sekolah. Sekarang apa kesannya pada generasi yang terlibat yang tak tahu membaca tulisan jawi? Dulu kita ada dasar DEB, sekarang yang terlibat menikmati hasilnya. Pilihan terbaik akan menghasilkan yang terbaik juga.


Kata orang jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita pun wangi. Kalau berlawan dengan perokok kretek mungkin baju kita juga berlubang macam bajunya terkena serpehan api kretek. Itu belum asap yang kita sedut walaupun jika kita tidak merokok.


Maka. Buatlah pilihan. Pilihan terbaik untuk sekarang dan sepanjang masa. Segala pilihan kita membawa kesan kepada kita dan persekitaran kita.

Selamat memilih yang terbaik untuk semua.


Ini juga kesan memilih (gambar hiasan sahaja)

No comments:

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI