GELANG GETAH

GELANG GETAH
Alat untuk kita sentiasa bersikap dan berfikiran positif.

PEJABATKUcing

PEJABATKUcing
Sahabatku, Gemok. (te)Tikus di hadapannya

Sunday, April 5, 2009

MERAYAU LAGI

Minggu lepas saya merayau lagi.

Kali ini bukan merayau berjalan kaki macam dahulu. Kali ini saya menaiki kuda besi saya yaitu Yamaha Cub saya. Jarak perjalanan kira-kira 100 kilometer pergi balik.

Saya bermula dari rumah jam 7.30 pagi bagi mengelak cuaca panas kalau bertolak lambat.

Perjalan melalui Jalan Cheras, Balakong, Tol Serdang terus ke Jalan besar Kuala Lumpur Seremban pada km206 berdekatan Kajang. Dari situ melalui kawasan Bangi dan Nilai. Saya kemudian memasuki Tol Nilai, belok ke kanan selepas Tol tersebut untuk ke Salat Tinggi. Perjalan dari Tol Nilai ke Salak tinggi lebih kurang 10 kilometer, melalui dua roundabout besar.

Tersesat juga. Mulanya tersesat di Jalan Balakong. Dulu jalan tersebut mudah sahaja kerana saya selalu melaluinya untuk ke Bukit Belimbing dekat The Mines atau ke Serdang. Sekarang dah komplikated kalau tak biasa meronda macam saya sekarang ni. Dulu macam naik bukit dari Jalan Ceras dan turun bukit dekat The Mines. Kemudian jumpa Stesen Kereta Api Serdang. Hari itu The Mines saya tak nampak dan Stesen Kereta Api pun macam dah pindah, saya tak jumpa. Jalan ke Pekan kecil dekat stesen kereta api pun saya tak jumpa. Tau-tau dah bergerak selari dengan Jalan Besar KL-Seremban. Nasib baik nampak Highway tersebut Sekurang-kurangnya saya yakin dah berada dekat Serdang dan boleh terus ke Tol Serdang untuk ke selatan melalui jalan KL-Seremban. Yang saya takut sangat ialah saya berada di jalan yang menuju ke KL. Kelam kabutlah nanti nak cari jalan berpusing balik ke arah selatan (Seremban).

Bila sampai ke Tol Serdang dan masuk highway KL-Seremban saya bolehlah relax sedikit kerana tak risau lagi tersalah jalan.

Dari situ tak jauh rasanya. Akan melalui kawasan Bangi, Tempat jual buah-buahan berhampiran Taman Perkuburan Nirwana (Nilai) kemudian persimpangan KLIA Sepang dan Tol Nilai. Jarak antara Serdang dan Nilai ialah 20 kilometer.

Sampai Tol Nilai saya berhenti untuk bertanya arah kerana tahap keyakinan saya dah menurun.

Walau pun saya dah tengok peta Google dan bertanya kawan-kawan yang biasa ke Salak Tinggi (Haji Halim Che Mat ada anaknya yang belajar di Sekolah berasrama di situ), tapi tahap keyakinan saya kurang dan dengan itu lebih baik saya bertanya orang di situ.

Kebetulan saya terserempak dengan drebar taxi sedang berehat dekat Tol tersebut. Ambil peluanglah saya bertanyakan arah ke Salak Tinggi. Tapi saya tersasul dan tersebut Bukit Tinggi bukan Salak Tinggi. Beliau pun nampak hairan juga sehinggalah saya perasan tersalah cakap dan menyatakan Salak Tinggi bukan Bukit Tinggi. Katanya terus dan beluk kanan pada lampu isyarat. Kemudian akan melalui dua bulatan besar sebelun sampai ke Salak Tinggi.

Syukur Alhamdulillah. Saya menjadi lebih yakin. Orang dulu dah kata: Malu bertanya sesat jalan. Tapi kadang-kadang tu kalau sesat jalan ada hikmahnya, sekurang-kurangnya kita dapat gunakan segala kemampuan kita untuk mengatasi masaalah. Bila berjaya tentulah seronok. Kalau gagal cuba lagi. Macam saya di Hong Kong tahun 1980an dulu. Masa itu mungkin saya terlalu yakin ada orang tunggu di Lapangan Terbang Kai Tak saperti yang telah dijanjikan. http://pandakchangkatpetai.blogspot.com/search/label/Anak%20Pandak%20Hongkong%201988

Barulah saya seronok sedikit kerana sekarang dah yakin arah tujuan saya. Tapi selepas melalui dua bulatan tersebut mana pula arahnya? Saya terfikir tak apa, ikut kata Mak Cik saya (Mak Cor) yang pernah pergi ke KL seorang diri. untuk ke rumah anaknya Che Lin. Katanya "Kalau sesat mulut ada tanyalah orang".

Saya pun ikut panduan Mak Cor saya,jika perlu. Tapi sebelum itu saya nak meredah dulu sebab meredahni banyak faedah sampingannya, terutamanya apabila kita ada masa yang banyak untuknya. Kalau kurang masa jangan buat hal kerana risko kesan sampingan (yang tidak diingini) tinggi. Untuk hari itu saya buat keputusan hanya bertanya kalau terasa saya dah sesat. Kalau tidak teruskan meredah. Bukan ada apa bahayanya/riskonya.

Saya pun meredah sehingga ternampak papan tanda "Kompleks Pejabat Kerajaan". Di situ baru saya tanya pengawal (yang ini riskonya tinggi kalau tak tanya kerana tempat yang saya nak pergitu sangat hampir sangat. Kalau tak tanya mungkin saya akan tersasar keluar "kasawan".. Beliau pun mengarahkan saya untuk "naik bukit kemudian turun bukit", jalan terus sampai simpang empat berlampu isyarat. Dekat situ ada Kompleks makan, Pejabat Agama dan Pejabat SIRIM. Selamat. Tepat pada tempat yang saya nak tujui.

Selepas berjumpa kawan saya saya pun beredar pulang ke KL. Tapi saya tak terus balik KL malah saya teruskan meronda kerana ada masa dan cuaca mengizinkan saya berbuat demikian.

Balik ke KL saya melalui highway Seremban-KL melalui Bangi dan keluar melalui Kajang. Saya bercadang berhenti di Pekan Kajang untuk merayau lagi tapi bila saya melalui jalan di situ saya tak tersempak pun pekan kajang. Tahu-tahu dah sampai ke Jalan Ceras kerana jalan baru yang saya gunakan tidak masuk Pekan Kajang. Highway baru rupanya. Dulu ada melalui Taman terbelangkalai sebelum sampai Sungau Chua, Kajang (bertahun saya melaluinya untuk ke Muar tahun 80an dulu tapi rumah-rumahnya masih tak siap. Sekarang nak melalui kawasan itu pun saya tak tahu kerana jalan baru banyak).

Apa lagi terus baliklah saya. Beli makanan tegah hari di warung kegemaran saya di Taman Saraya dan terus pulang ke rumah makan tengah hari.

Selesailah saya merayau sejauh 100 kilometer dengan kapcai saya. Kos minyak ialah hanya RM3.00 . Saya isi tangki penuh sebelum bertolak dan apabila balik sampai ke rumah masih ada minyak separuh tangki. Kos makan dan minum ialah RM0.00 kerana kawan saya belanja saya ketika di Salak Tinggi. Hanya kepenatan sedikit tapi seronok. Kalau ada peluang akan merayau lagi, dengan kapcai saya juga. Saya ada motor superbike Kawasaki EN500 tapi tak seronoklah merayau dengannya. Dengan kapcai lagi seronok.

Persediaan untuk merayau:
Peta kawasan. Boleh diperolihi samaada melaui internet, http://maps.google.com/ atau tanya kawan yang tahu. Peta tersebut kena ada dalam kepala bukan pada kertas.

Kenderaan yang sesuai. Kapcai pun boleh. Kalau basikal lagi bagus jika nak cari lebih pengalaman.

Pancaindra yang baik atau sederhana baik. Ini kurnia Allah, gunakan sebaiknya. Merayauni sebenarnya kita menggunakan pancaindra kalau boleh secara maksimunnya.

Kalau ada, sebuah kamera. Terbaik sekali ialah kamera digital kerana kos pengelengaraannya sangat minima, hanya bateri kena beli, yang lainnya percuma. (Hari itu saya ada bawa kamera saya. Tapi saya tak ada mood nak ambil gambar).

Tawakkal dan doa. Bermotor kapcai di jalan raya banyak bahayanya terutama sekali kita pelanduk dan gajah dan harimau banyak di jalan raya. Mana tak tinggi riskonya. Tapi dengan berasaskan beberapa teknik menjaga keselamatan inshaAllah kita akan selamat pergi-balik. Orang kata kalau nak mati atau nak cedera di atas katil pun akan berlaku.

Pada siapa yang suka merayau teruslah merayau. Zaman 60an dulu ramai suka hitch hiking (merayau berjalan kaki dan tumpang sesiapa yang sudi beri tumpang). Satu ketika dulu dianjurkan pertandingan mengembara. Tapi sekarang hitch hiking dah pupus nampaknya. Mungkin faktor keselamatan, kita takut dan orang yang nak beri tumpang pun takut.
Orang kampung saya, Farah Tambi pernah merayau. Tau-tau saya dengar di TV3 (tahun 1995) yang beliau berada di Hawaii bekerja di sana. Tapi rancangan TV tersebut tak tunjuk gambarnya, hanya ceritanya sahaja. Katanya Farah berasal dari Lubuk Merbau. Memang saya kena beliau kerana masa kecil2 dulu selalu jumpa merayau di kampong.

Tapi jangan jadi kutu rayau tanpa tujuan.






No comments:

. KENANGANKU DITULIS SUPAYA KU TAK TERLUPA . . . 067:003 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jka engkau ragu, maka ulangilah pandanganmu – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"[Al Mulk:003]

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

ASAL NAMA CHANGKAT PETAI

NEGERI ASALKU

NEGERI ASALKU

YANG DIMINATI

YANG DIMINATI
Petikan Dari Buku Keluaran MARDI

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2

PANDAK CHANGKAT PETAI