UBATKU
Mood saya hari ini bertambah baik. Apa tak baiknya pressure dah turun dan berat pun dah turun. Ini mungkin disebabkan saya mula tukar cara hidup saya. Mereka istilahkan tukar “life style”.
Bila kita tukar cara hidup perkara lain disekeliling kita juga akan berubah untuk mengikut cara hidup baru kita. Kalau tukar cara hidup yang baik alam keliling kita akan bertambah baik. Dan kalau tular cara hidup yang kurang baik maka alam keliling kita pun akan jadi kurang baik.
Sebenarnya saya dah mula kurangkan makan dan memilih apa yang dimakan. Dan saya juga dah mula-balik bersenam, yaitu berjalan kaki merayau bagi memanaskan badan dan membaiki perjalanan darah.
Itulah yang saya
Harap2 perubahan cara hidup saya ini bukan hangat2 tahi ayam.
Ramai kawan2 saya berjalan kaki keliling
Tapi saya tak suka berjalan keliling
Biasanya saya akan hanya berhenti minum selepas kira2 satu jam berjalan kaki.
Tadi saya jalan 4 kilometer dan jumpa Azmi Mekanik yang kemudiannya belanja saya minum teh o limau. Semalam Pak Hamid belanja minum selepas saya berjalan. Akan datang? . . . Tak tahulah.
Mungkin cara bersenam berjalan kaki merayau ini dapat mengeratkan persahabatan. Juga mendapat sahabat baru kalau kita ramah dan kita tak segan menegor orang lain yang berada di laluan kita berjalan.
Sebenarnya saya baru selesai buat pemeriksaan berkala saya di Klinik Kerajaan di Cheras. Hasilnya: tekanan darah tinggi saya ialah 82/134. Ini catatan terbaik pernah saya dapat sejak membuat pemeriksaan darah tinggi di Klinik itu sejah dua tahun lalu. Berat badan saya juga turun satu unit (jadilah buat kali ini. Harap dapat turun lagi).
Kalau saya dapatkan turunkan lagi berat badan saya di masa akan datang bolehlah saya pakai balik seluar saya yang lama tu. Sekarang seluar saya dah banyak yang ketat walaupun masih berkeadaan baik. Nak buang sayang, nak bagi orang tak patut rasanya!
Kaki tangan yang memeriksa saya pun nampaknya puas hati dengan keadaan tekanan darah saya buat kali ini. Di masa2 dulu tekanan darah saya semasa mereka buat pemeriksaan adalah agak tinggi.
Kali ini, sekali ambil dah dapat 82/134. Ini adalah tekanan darah bagi orang biasa. Alhamdulillah. Bila Doktor mengambil bacaan tekan darah saya kemudiannya, bacaan ialah 85/135.
Sebenarnya saya dah lama mengidap tekanan darah tinggi. Tapi saya tak perasan kerana tak pernah membuat pemeriksaan.
Hanya perasan apabila kaki saya terkena gigit kucing. Bengkak kaki saya tak surut dan saya pergi buat pemeriksaan di Hospital Ampang selepas mendapat
Sejak itu saya kenalah makan ubat setiap hari bagi mengawal tekanan tersebut.
Pada mulanya saya membuat pemeriksaan berkala tekanan darah dan mendapatkan ubatnya dari klinik swasta. Berat juga kena bayar. Setiap kali saya buat pemeriksaan kena bayar tak kurang RM200.00. Mana boleh tahan.
Sehinggalah kawan saya menyarankan saya pergi ke klinik kerajaan. Hanya kena bayar RM1.00 dan yang lainnya adalah percuma.
Selamat duit aku!
Nasihat saya: Pergilah buat pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital kerajaan.
Inilah Klinik Kesihatan Cheras Baru (klik untuk lihat)
http://pandakchangkatpetai.blogspot.com/2009/02/klinik-kesihatan-cheras-baru.html
2 comments:
Salam,
Tahniah Yop..!! Teruskan semangat yang bagus tu.! Teman pun dah terasa sekarang penangan lebih muatan..!! Isshhh....nak start jogging balik le nampak gayanya ni.
Macam sayani tak perlu makan banyak kalau diikutkan. Makan untuk meneruskan hidup sahaja. Sikitpun dah cukup asalkan seimbang.
Tapi mafsu makan memang menghalang segalanya. Bersama2lah kita cuba.
Semalam pergi khenduri di Lubuk. Tak makan banyak sudah juga padahnya. Besoknya ada masakan rusa pula di Beluru/Geliong. Tapi teman terlepas kerana balik lepas khenduli di Lubuk tu.
Post a Comment