DUIT DAN PERNIAGAAN
Di awal temadun manusia dulu mereka tidak menggunakan wang sebagai media urusniaga mereka. Tatkala itu mereka berurusniaga menggunakan sistem barter atau pertukaran barangan.
Kalau si A ada beras tapi tak ada ikan maka dia akan menukarkan berasnya dengan ikan kepunyaan misalnya si B. Si B yang pada mulanya tak ada beras akan mendapat beras dari si A dan Si A yang pada mulanya tak ada ikan mendapat ikan dari si B. Kadar pertukaran bergangtunglah kepada persetujuan masing2. Mungkin satu bakul beras ditukar dengan satu bakul ikan. Asalkan masing2 setuju dengan kadarnya.
Cara ini kadangkala menyusahkan kerana si A akan menghadapi masaalah untuk mencari orang yang ada ikan untuk di tukarnya. Atau kalau semua orang ada beras sahaja maka macam mana nak mendapatkan ikan atau barangan lain.
Kemudian timbullah cara berniaga menggunakan benda yang beharga sebagai bahan pertukaran.
Caranya: Jual beras dapat emas contohnya. Emas boleh tahan
lama dan di masa lain emas tersebut boleh digunakan untuk membeli ikan, atau sayur atau lain2 barangan.
Mengikut cerita ada yang menggunakan kulit kerang sebagai bahan pertukaran ini. Bahan pertukaran ini perlu ianya tahan lama dan diterima ramai.
Dengan peredaran masa wang kertas dan siling digunakan. Konsepnya masih sama yaitu ianya perlu tahan lama dan diterima ramai. Sekarang pula ditambahkan dengan ianya perlu diyakini ramai. Kalau tak diyakini ramai ianya akan tak laku kerana kertas tersebut tiada mempunyai nilai jika ianya tak boleh digunakan kembali di masa akan datang.
Contoh: Duit pokok pisang Jepun satu ketika dulu tiada nilai langsung. Atau wang kertas
Perniagaan secara sistem barter atau tukaran barangan ini sudah tidak banyak diamalkan lagi dengan adanya perantaraan wang yang sekarang ini dijamin oleh Negara yang mengeluarkan wang tersebut (disebut sah laku). Mungkin sistem barter ini ada lagi berlaku di beberapa tempat termasuk di Negara kita. Misalnya kita jual kelapa sawit untuk ditukar dengan misalnya, bahan lain dari
Sistem jual beli barangan menggunakan wang sekarang ini telah pun berkembang dengan pesatnya dengan ada perdagangan antara bangsa dan pilihan barangan yang berbagai dari Negara yang berbagai.
Sekarang ini kalau kita nak beli barangan dari Amerika kita terpaksa membeli wang USD dulu baru boleh membeli barangan dari Negara itu. Serupa juga jika kita nak beli barangan dari
Kalau mereka nak beli barangan buatan
beli RM dulu dan bayarkan RM tersebut kepada penjual di
Atau jika mereka mahu, mereka (pembeli dan penjual) boleh bersetuju untuk menggunakan mana2 matawang yang mereka berdua pilih. Contohnya getah Malaysia boleh dibeli oleh pembeli Europah menggunakan mata wang USD atau Euro. Penjual Malaysia akan dapat USD atau Euro bukan RM. Segalanya bergantung pada perjanjian jual beli mereka.
Bakal haji kita perlu beli Rial Saudi kalau nak ke Mekah. Kalau tidak tak bolehlah berbeli di sana sebab RM tak laku di sana.
Secara tiorinya zaman sekarang kita perlu beli duit (mata wang) sebelum kita boleh membeli barangan (atau perkhidmatan) keluaran Negara lain. Bagi peniaga antarabangsa mereka membelinya dari bank mereka melalui sistem "Letter of Credit " atau L/C http://en.wikipedia.org/wiki/Letter_of_credit
Apabila ada urusniaga jual beli mata wang maka perlulah ada peniaga yang menjual dan membeli matawang tersebut. Maka timbullah satu perniagaan yaitu perniagaan matawang atau sekarang dinamakan pengurup matawang (berlesen?).
Setiap bank di
Berniaga jual beli matawang sekarang ini adalah perniagaan yang sangat menguntungkan. Satu ketika dulu BNM untung berbilion tapi tak dipertikaikan, sebab masyarakat biasa dan pemberita tak tahu (saya tahu kerana saya ramai member saya di situ). Bila mereka rugi pada awal 90an dulu bising seluruh Negara, kena buang kerja pula (member saya pun kena). Kawan saya orang banker
Kalau ikut pandangan saya BNM ketika itu belum rugi. Tapi bila kita panik kita jual dan menyebabkan ianya rugi. Kalau tak panik dan ditunda jual setahun dua kemudiannya BNM akan dapat untung. Tapi bila panik mengelabahlah mereka yang mengambil alih. Dulu ramai juga yang mengatakan book loss sahaja. Tapi bila panik mereka jual jadilah actual loss bukan lagi book loss.
Nasib baik kumpulan ini tak lemah semangat dan berjaya kemudiannya membantu menaikkan nilai matawang kita melalui polisi "wang besar tak laku" (hanya RM100 kebawah je yang laku) wang
Bermula dengan pertukaran barangan perniagaan pertukarangan antara manusia berkembang kepada pertukaran matawang. Ini adalah kerana contoh, jika kita nak beli barangan keluaran USA kita kena dapatkan dulu USD yang digunakan membayar harga bayaran tersebut Orang USA yang nak membeli bahan letronik kita mereka kena beli RM dulu untuk digunakan membayar bahan letrnik yang mereka beli Kalau nak beli kereta dari Jepun pula kita kena beli matawang Yen dulu dan gunakan Yen tersebut untuk membayar belian kereta tersebut.
Secara praktiknya kita tak nampak yang kita beli matawang. Ini adalah kerana urusniaganya dibuat melalui perantaraan bank.
Apa yang kita tahu bila kita beli barangan Jepun misalnya, kita hanya perlu tahu harganya dan matawang yang perlu digunakan, dan memberi tahu bank supaya membayar (gunakan duit dari akaun kita lah) harga barangan tersebut. Bank pula akan membayar dalam matawang yang dipersetujui dan debit akaun kita dengan nilai dalam RM. Secara tak langsung kita telah membeli matawang asing yang dibayar dengan matawang RM.
Bank memperolihi untung menjual matawang asing kepada kita. Juga ia terima komisen dari perkhidmatan yang diberikannya bagi memudahkan bayaran dibuat. Kalau kita buat sendiri tentu payah dan tinggi kosnya.
Hasilnya matawang dijadikan satu barangan yang dijual beli.
Beli USD jual RM, beli RM jual USD, beli S$ jual RM, beli RM jual HK$, beli Yen jual USD, dan . . . . .lain lain lagi urusniaga jual beli matawang yang mereka istilahkan FOREX. (Foreign Exchange).
Jadilah pula kegiatan jual beli matawang satu perniagaan.
Kalaulah S$ ramai yang memerlukannya harganya akan naik. Kalau S$ tak ramai yang memerlukannya maka harganya akan turun.
Itulah sebabnya ketika ini satu S$ harganya ialah RM2.60 misalnya. Dulunya satu S$ = RM1.00. Ini menunjukkan bahawa RM mencari S$. Orang yang ada RM memerlukan S$ dan setuju membeli S$ dengan harga RM2.60 seyunit.
Kalaulah ramai orang tak memerlukan S$ maka permintaan terhadap S$ akan menurun dan harganya akan juga turun mungkin pada nisbah S$1.00 = RM2.30 atau rendah lagi.
Kalau ramai yang memerlukan RM berbanding dengan S$ maka kadar pertukaran antara S$ dan RM mungkin berubah menjadi RM3.00 = S$1.00.
Begitulah juga dengan kadar pertukaran (jual beli) matawang yang lain.
Kita akan dapati kadar pertukaran matawang berubah bergantung kepada penawaran dan permintaan setiap matawang yang terlibat.
Kecualilah jika kerajaan menetapkan kadar pertukaran tersebut bagi menghalang ianya berubah. Sapertinama yang dibuat oleh kerajaan Malaysia dan China satu masa dahulu.
_________________________________
URUSNIAGA MATAWANG
Kita sekarang ini boleh menganggap bahawa matawang adalah satu barangan saperti kereta, durian atau rumah.
Ianya boleh diniagakan macam kita jual beli kereta durian atau rumah.
Orang Malaysia dah biasa beli Rial Saudi (matawang Saudi Arabia) jika mereka nak ke Mekah, beli USD jika nak ke Amerika, atau Hong Kong Dollar jika nak ke Hong Kong atau terdekat sekali Sing (Dolar Singapore) atau Baht atau Pesos atau Rupiah.
Lencongan/Catatan:
Kami dulu beli USD untuk pergi buat tugasan di London. Sampai sana nilai USD naik jadi kami dapat untunglah. Lepas itu kami dapat kadar tukar wang yang "staff rate" maksudnya kadar yang special untuk kakitangan bank sahaja. 2x untung nampaknya. Dalam kumpulan kami ada seorang yang kami gelar dia expert dalam FOREX. Inilah dinamakan niaga atas angin agaknya, tanpa modal kerana wang tersebut adalah wang pendahuluan dari majikan kami untuk digunakan semasa tugasan kami. Tapi awas! Jika nilai USD turun ketika itu kami paksa ikat perut agaknya. Kami duduk apartment dan tuntut penginapan tanpa resit yang jumlahnya lebih tinggi dari kos kami tinggal di apartment. Untung lagi. Tapi untung tu tak sebanyak mana dan tak ke mana. Habis juga. Tapi trillnya (seronoknya) ,kepuasannya dapatlah! Lihat Sejarah Anak Pandak
Segala matawang itu sekarang dianggap sebagai barangan dan dijual beli dengan jumlah yang besarnya.
Jika kita pandai kita boleh beli matawang tersebut ketika ianya murah dan menjualkannya apabila harganya naik. Inilah tugas peniaga matawang yang mengambil risko. Untungnya besar.
Tapi kalau salah langkah kita beli apabila harga tinggi dan bila nak jual harganya menurun. Ha! Ruginya pun besar kalau kita jual. Tapi kalau kita tak jual kita tak rugi. Tunggulah bila harganya naik baru kita jual. Jangka masanya . . . . Hanya tuhan yang tahu. Kalau modal banyak bolehlah tunggu lama kerana menunggunya melibatkan kos juga.
Setengah peniaga tak akan tunggu lama. Menurut mereka biar mereka rugi sekarang asalkan mereka dapatkan sedikit modal untuk cuba memperolihi untung ditempat atau di masa lain.
Peniaga begini sangat bijak dan berani. Mereka pula luas networkingnya dan banyak tips yang mereka dapat dari networking mereka.
Mereka boleh tahu misalnya di pasaran Hong Kong harga USD tinggi tapi di pasaran London harganya rendah sedikit. Apa mereka buat ialah mereka beli USD di London dan pada masa yang sama menjualnya di Hong Kong. Sekelip mata sahaja mereka mengaut untung.
Tapi bila ramai orang tahu maka harga USD di Hong Kong akan menjadi sama dengan harganya di London. Tapi siapa yang tahu dulu dah pada masa itu mengaut untung.
Kadangkala pula mereka buat spekulasi terhadap satu2 matawang dan akan "serang" matawang itu.
Katakan mereka yakin USD akan turun tak lama lagi. Mereka akan jual USD pada harga sekarang dan apabila harga USD turun mereka akan membelinya dengan harga yang rendah itu. Jadi pada kiraannya mereka dapat beli dengan harga yang rendah dan memjualnya dengan harga yang lebih mahal.
Pada mereka modal tak susah nak dapat kerana mereka boleh berhutang semasa membuat belian dan membayarnya balik apabila mereka menjual matawang tersebut.
Dulu RM banyak kali juga kena serang, termasuk juga oleh kumpulan Soros.
Itulah sebabnya dahulunya BNM bekerja 24 jam mengawal dan memerhati pergerakan RM di pasaran matawang. Hasilnya serangan mereka dapat diawasi dan dihindarkan. Kalau tak bekerja 24 jam mereka boleh serang RM ketika kita tidor kerana ketika itu mereka baru buka pasaran di London dan New York atau di bandaraya lain seluruh dunia.
Dan kemudiannya BNM membuka cawangan yang terlibat dengan urusan perniagaan matawang di London dan New York.
Perniagaan matawang ini dianggap perniagaan orang elit dan yang bijak pandai. Tak semua orang boleh membuat perniagaan yang sangat pantas kegiatannya ini. Dalam beberapa saat boleh untung berjuta2 dan sebaliknya boleh rugi berjuta2 juga.
Tapi walau bagaimanapun ramai juga rakyat Malaysia yang cekap mengendalikan urusniaga ini. Nak tahu pergilah tengok kegiatan mereka di Jabatan FOREX mereka. (FOREX = Foreign Exchange = Pertukaran Matawang Asing). Mungkin juga ada sahabat atau anak buah anda yang menjadi sebahagian dari kumpulan elit ini di HSBC atau SCB atau Maybank atau Citibank atau CIMB atau banyak lagi.
Oleh kerana urusniaga matawang asing dianggap dikendalikan oleh mereka yang elit (ini hanya anggapan sahaja) maka tugas mengaudit jabatan ini juga dianggap tugas yang elit.
Itulah halnya pada tahun awal 80an dan sebelumnya.
"Yang tak elit" jangan nak harap dapat menjalankan tugas mengaudit jabatan ini. Hasilnya merekalah (yang anggap mereka ini elit ) menjadi kumpulan elit membuat audit FOREX. Yang lain tak boleh atau tak berani menwar diri.
Sampai masanya terbocor juga monopoli mereka apabila M Ibrahim (sekarang Dato') ditugaskan membuat audit terhadap Forex. Katanya kacang saja. Ianya macam tugas audit yang lain juga. Yang penting sikap ingin tahu dan sikap ingin belajar. Banyak juga perkara yang diperbetulkannya tapi yang dapat nama ialah "sapi bukan lembu".
Lembu (MI) punya susu sapi (LKS) dapat nama
Perkara sebegini sama juga dengan masa kami nak masuk jurusan Sains dulu semasa di Tingkatan empat. Ramai yang memberi sikap negatif pada rancangan kami itu termasuklah keluarga kami yang senior. Alih2 kami dapati bahawa belajar jurusan sains lebih senang dari jurusan bukan sains.
Samalah juga dengan keadaan di fakulti yang dianggap elit di UM dulu. Sekarang semuanya dah berubah.
Sekarang ini bertimbun pelajar yang masuk jurusan sains termasuk di Universiti dan kolej.
Yang penting beranikan diri menyambut cabaran dan kita pasti berjaya. InshaAllah.
Bagi menguatkan semangat jaya elakkan mendapat subsidi. Kerana tanpa subsidi keyakinan diri pasti dapat dibentukkan dengan lebih mudah. Tapi ada yang kata kalau orang bagi ambillah!.
Yang muda pula jangan merempit dan jangan dibiarkan merempit.
Cukuplah buat kali ini.
No comments:
Post a Comment