Rumah kampong saya di Changkat Petai terdapat banyak pokok rambutan. Berbagai jenis pula tu. Yang buahnya masam ada dan yang buahnya manis pun ada.
Terdapat 13 pokok rambutan di kampong tersebut ditanda 1 sampai 13 dalam rajah.
Pokok 1 – pokok tua dan buahnya masam. Tapi kalau masak betul2 dan tak ada rambutan lain dimakan juga. Selalu mak saya masak buah tersebut buat jam rambutan. Makan dengan roti.
Pokok 2 – Pokok lama juga. Tapi buahnya besar dan lebih manis dari pokok satu.
Pokok 3 – manis buahnya dan lekang. Tapi buahnya kecil dan bulunya kasar. Saya minat yang ini. Kadang2 panjat dan makan di atas pokoknya.
Ada orang ambil-gunanya untuk berbekam (dengar cerita je, saya tak pernak tengok).
Pokok 4 – Pokok tanam baka beli. Buahnya manis. Lebih kurang sama dengan buah jenis budak sekolah yang popular sekarang ini.
Pokok 5 – Terbaik. Kami namakan rambutan Ayah kempena ayah kami yang tanamnya. Kadang2 tak sempat masak dah kami kait dan makan buahnya. Jenis ini kalau terlampau masak ada ulat dalamnya. Jadi kena makan yang belum masak sangat. Lekang dan tak perlu gunakan tangan untuk keuarkan hijinya dari mulut. Banyak saya dah todkan (bud grafting) dan ditaman di tempat lain. Saya anggap "the best rambutan in the world"
Pokok 6 – macam pokok 4.
Pokok 7 – Kami namakan pokok Nyah kerana Nyah (kakak, Ngah Hasmah) yang tanam dan jaganya. Inilah polisi mak saya dulu. Cara nak buat anak-anaknya rajin tanam pokok dan MENJAGANYA ialah dengan berikan genama pada pokok tersebut. Kami masing-masing seronok menjaganya, malah ada yang berlawan-lawan pula. Buahnya kecik dan kuning. Sedap dimakan kerana lekang, manis dan rangup. Dulu saya tak perlu makan nasi tengah hari selepas makan buahnya, kerana kenyang makan banyak sangat sebab sedap.
Pokok 8 – Rambutan Din kerana Zainuddin (abang) yang taman dan jaga. Buahnya macam Pokok 4.
Pokok 9 – Rambutan Hassan kerana hassan (abang) yang tanam dan jaga.
Pokok 10 – Rambutan Latiff kerana Latiff yang tanam dan jaga.
Pokok 11 – Buahnya kurang popular kerana kurang sedap dari yang lainnya. Yang ini tiada jenama mungkin . .? ? . . tak taulah.
Pokok 12 – macam pokok 4 buahnya.
Pokok 13 – Pokok lama/tua. Buahnya kecil tapi manis. Warnanya kuning. Di bawah pokok inilah ayah saya nampak askar peronda berteduh ketika hujan pada tahun 1959 dulu. Rasanya masih zaman dharurat lagi masa tu. Beliau jemput mereka ke rumah pekena kopi sehingga hujan berhenti.
Jadi terdapat banyak pokok ranbutan di keliling rumah yang mempunyai 9 - 10 rasa yang berbeza. Yang terbaik masihlah Pokok 5.
Di rumah kami di Lubuk pula ada satu pokok rambutan yang rasanya lain daripada yang ada di Changkat Petai. Isinya manis dan lembut.
Di hujung sawah dekat sungai ada pula jalan raya menghubungkan kami ke Geliong/Ipoh/Sungai Siput/Kuala/Grik/Lenggong (mengilir) dan Lubuk/Taiping/Kuala/Lenggong/Grik (menghulu). Ke Kuala ikut arah hulu (ikut Lubuk) = 15km. Kalau ikut hilir (ikut Geliong) =20 km.
Sebelah sungai ada kampong dan kebun dan dusun. Lepas itu ada bukit. Kalau turun bukit tu boleh sampai jalan keretapi KL/Butterworth dan stesen Kereta Api Kuala Kangsar.
Tapi sayangnya kampong Changkai Petai saya dah tiada penghuni kerana keluarga kami pindah ke Lubuk pada tahun 1979. Tinggallah Changkat Petai dengan pokok rambutannya dan lain-lain tanaman kami.
No comments:
Post a Comment