Waktu itu tiada bantuan kerajaan. Semuanya dibuat sendiri. Teman ingat lagi di kampong teman ada empat tempat ampangan dimana air sungai di naikkan bagi tujuan disalirkan ke sawah. Tempat tersebut terletak di Jias dekat rumah Pak Isa, Tanah Merah (2) dekat rumah Pak Ngah Ketua Kampong dan dekat rumah Pak Senu, dan di Sungai Akar.
Empang ini orang kampong kami namakan “jojoi”.
Inilah teknoloji orang kampong tatkala itu. Paras air sungai dapat mereka dinaikkan supaya mengalir ke sawah.
Sekarang teknoloji ini tidak digunakan lagi kerana kerajaan dah bena ampangan konkret dan sistem tali air moden. Orang kampong tak perlulah lagi bergotong royong mengairkan air sawah mereka. Terkini, mereka tak perlu menanam padi lagi kerana tanah mereka di pajakkan kepada syarikat menanam padi secara besar-besaran.
Penyediaan sawah
Selepas menaikan air unuk disalirkan ke sawah, penduduk mula menerang sawah dengan membuang menerung dan rumput secara menajak. Selepas ditajak tanah dibajak dan digolek. Golek menggunakan kayu golek yang digolekkan di atas sawah, biasanya menggunakan tenaga kerbau.
Pokok padi diredihkan dulu. Caranya dengan menabur benih padi di satu kawasan tanah dan biarkan padi tersebut tumbuh. Bila dah besar (teman tak ingat panjang masa meredih tersebut) ianya dicabut untuk dialih tanam di sawah.
selepas ditanam sawah dimasukkan air separas buku lali dan pokok padi dibiarkan tumbuh hingga mengeluarkan hasilnya.
Inilah masanya untuk memancing ikan di sawah kerana ikan banyak. Juga masa untuk membela itik kerana sawah menjadi tempat itik mudah mendapatkan makanan. Itik tersebut menjadi duit i.i. diternakkan banyak untuk dijual.
Makanan itik biasanya ialah sagu rumbia yang telah dicincang dan dikeringkan. Nak cepat membesar siput jenis "kelemuai" yang dipungut di pohon keladi dalam parit dicincang dan campurkan dengan sagu tadi.
Itik biasa dilepaskan sehari suntuk di sawah umtuk mencari makanan di celah-celah pokok padi. Kalau dilatih awal-awal itik boleh balik ke rebannya tatkala petangnya tanpa dihalau.
Musuh pukok padi ialah tumbuhan rumput-rumpai yang perlu dibuang. Kalau tidak pokok padi tak subur.
Musuh kedua ialah cenangau, sejenis binatang kecil yang menghisap isi/susu padi apabila ia mula nak berisi. Ini yang menyebabkab padi hampa atau tak berisi. Cenangai ini busuk baunya. Racun disembur untuk membunuh musuh ini.
Oh ya, dulu orang kampong tanam padi sekali setahun tapi cukup untuk makan sekeluarga bagi tahun berikutnya, malah ada yang boleh memjual hasil padi mereka
Apabila tidak menenan padi sawah pun dibiarkan naik rumput menerong. Kerbau pun tidak diikat dengan tali lagi. Ianya dibiar bebas di kawasan sawah dan sekitarnya. Inilah pula masa untuk ikan membesar.
Penduduk yang rajin pula memaman jagong.
Belalang
Semasa sawah terbiar belalang mula banyak.
Ianya sedap dibuat goring terutamanya goring pedas.
Cara menangkapnya adalah di waktu malam apabila belalang tersebut tidor di batang menerong. Batang menerong diurut dengan tangan dan belalang yang berada padanya di tangkap. Bagi mengelak ianya terbang belalang tersebut di masukkan ke dalam botol.
Seronok pergi menangkap belalang ini terutamanya apabila dibuat bersama keluarga dan jiran. Lagi ramai lagi seronok. Lagi pun bila ramai bahaya ular tiada sebab ular biasanya akan beredar ketempat lain.
Jojoi
Air juga boleh di salirkan ke sawah jika ada suak atau paya yang mengandungi mata air. Cara ini alah cara asli mendapatkan bekalan air untuk sawah. Terdapat dua kawasan di kampong teman yang menggunakan air suak, i.i. kawasan silor dan Rimba Tebuk.
Jojoi tersebut terletak di Jias untuk sawah di kawasan Rasau, Dua di Tanah Merah satu untuk kawasan Kampong Tengah, Changkat Petai dan Lembah dan satu lagi untuk kawasan berdekatan Sungai Akar. Dan satu di Sungai Akar bagi sawah di hilirnya termasuk Geliong dan Beluru.
Jojio dibena oleh orang kampong kerana tatkala itu tiada bantuan kerajaan membena ampangan dan tali air. Mereka berusaha sendiri secara berpakat.
Teknologi yang digunakan sangat menarik.
Palang dari beberapa batang kelapa di letakkan melintang sungai. Batang bakau kemudian di susun di atasnya. Ini menyebabkan air tak dapat mengalir ke hilir kecuali apabila parasnya naik melebihi paras kayu bakau tersebut. Terjadilah air terjun.
Parit dibena di bahagian hulu jojoi untuk mengalirkan air ke sawah.
Sekarang Jojoi tersebut menjadi nostalgia kerana perkhidmatannya di tamatkan hasil adanya ampangan yang di bena kerajaan, satu di Lanih dan satu lagi di Tanah Merah. Pupuslah satu konsep kehidupan masyarakat kampong yang sangat istemewa ini. Bertambah nostalgia kerana di situlah kami dulu mandi berenang (lengkap dengan diving kepala dulunya) dan memancing ikan.
Oleh kerana ketiadaan gambar, hanya rajahlah yang dapat dimuatkan di sini.
Nostaljia:
Tiang dijadikan diving board untuk
kami terjun ke "kolam mandi"
AMPS 0808
No comments:
Post a Comment